Monday, December 31, 2012

2012 yang INDAH bagi kami sekeluarga

Hari ni hari terakhir 2012. Alhamdulillah, syukur sangt 2012 banyak meninggalkan kenangan yang indah2 buat saya dan keluarga.. Kalau tanya bab azam 2012, ntah la. Setiap tahun azam aku sentiasa sama yakni ingin berubah ke arah yang lebih baik... Memang klise la T__T  Aku ni bukan jenis orang yg spesifik letak azam, tahun ni saya nak beli kereta jenama xxxx, tahun ni saya nak melancong ke xxx... Memang tak pernah kot aku buat azam gitu, tapi impian ada. Impian tu tak kesah tahun bila nak capai ye dak.

Orang kata kalau dah berazam nnt kita akan usaha. Tapi aku ni bkn kategori tu kot, aku adalah jenis orang yg follow the flow.  Dari dulu lagi. Aku hanya berdoa agar segala yang aku lalui dan dapat itu yang terbaik dan membawa aku ke jalan yg baik.  Alhamdulillah, walaupun perangai aku macam tu Allah sentiasa permudahkan dan tunjuk aku jalan untuk aku dapat apa yg aku impikan.

Entri ni nak menyingkap kenangan manis aku sepanjang 2012, ni yang mana aku ingat dan ada gambar aje la.. Yang tak ingat tu kene la godek balik blog ni heheh.. Ada jugak yg tak tulis dalam blog, bukan seme kita boleh tulis ye dak?

Tahun ni aku dapat rantai yang terukir nama aku ngan habi ni sempena tak-tahu-apa. T___T Habi memang gini suke bagi adiah yg tiba2. Rantai yg terukir nama ni mmg dah lama diidamkan. Tahun ni baru tercapai. Dan sepanjang dah kawen, inilah kali pertama habi bg hadiah emas emas ni. Mahai kot, tak boleh bagi tetiap tahun.....


Tahun ni jugak, saya dapat menjejakkan kaki ke Disneyland. (Entri Disneyland belum buat lagi, ramai yg rikuest, baiklah tahun depan saya akan buat) .. Disneyland ni tempat impian waktu kecik dulu, tingin sangat nak p, tapi mana mampu masa tu. Alhamdulillah, company hantar saya training ke China, terus masuk Hong Kong gara2 nak ke Disneyland punya pasal. Satu hari nanti, insyaallah teringin nak bawa anak2 plak ke kota fantasi ni.


Tahun ni jugak, impian saya utk bawa mak dan adik2 bercuti terlaksana. Alhamdulillah, saya dapat menggembirakan hati mak, bawa mak dan adik2 ke Langkawi. Mungkin pada orang lain benda ni nampak kecil je, tapi pada saya besar maknanye.. Sepanjang saya bekerja, saya belum pnh berkesempatan nak bawa mak dan adik2 pergi melancung. Dulu masa arwah ayah ada memang ada plan nak bawa tapi tak sempat. Ralat sangat rasa hati ni. Sbb tu bila mak kata tingin nak p langkawi, saya cepat2 book tix flight masa promo AA. Takmo terlambat lagi!


Selain bercuti dengan famili saya, antara kenangan yang best tahun ni kami jugak dapat bercuti dengan famili in laws saya. Seme pun join percutian kali ni. Walaupun hanya 2D1N di Cameron Highland tapi bila bersama keluarga, segalanya haruslah indah bukan?


Dan masa awal tahun ritu, kami jugak telah dapat menjejakkan kaki ke Pulau Impian kami. Pulau Mabul. Indah sangat pulau Mabul tu, sampaikan kami decide untuk pergi lagi satu hari nanti jika ada peluang. Oh ye kami ni pencinta pulau pulau... So next target yg ada dalam wishlist kami Maldive dan Boracay Island.


Saya jugak telah menjejakkan kaki ke Holand Eh bukan lah. ke China buat kali ke 2 tahun ini. Alhamdulillah, dengan pekerjaan saya skang saya dapat banyak peluang utk berkursus di luar negara sekaligus memberi peluang untk saya berjalan ke negara orang, sesuatu yang tak pernah saya impikan pun. Terima kasih Ya Allah atas rezeki dan nikmatMu.


Tahun ni jugak saya dapat percutian yang ditaja ke Gold Coast Sepang, hotel ni mahai. Tak pernah terfikir pn untuk menginap kat sini. Sbb harga yg mahai dan tak mampu la kami. Tak sanggup nak bazirkan duet semata2 utk tido di hotel. Tapi Allah maha kaya, Dia beri saya peluang tu melalui cara lain. Syukur!


Dan rezeki di penghujung tahun, di kala saya menghadapi musibah anak sakit dan masuk wad. Allah beri nikmatnya dalam bentuk lain. Saya dapat hadiah percutian 3D2N di Penang hasil dari contest. Percutian ni utk tahun depan. Jimat duet kami.


Dan satu lagi kemenangan yakni percutian ke Gold Coast Sepang jugak, tapi utk tahun depan. Hehe T____T Hasil dari contest jugak. Semoga tahun depan 2013, rezeki contest saya makin melimpah ruah.


Dan alhamdulillah, 2 nikmat terbesar yang allah beri pada kami tahun 2012 ni, pertamanya, saya telah dinaikkan pangkat ke Manager. Alhmdulillah dengan naik pangkat tu rezeki kami sekeluarga bertambah. Dan tanggungjawab pun bertambah jugak T__T

Dan yang kedua, kami dah berjaya membeli rumah sendiri. Sekarang masih dalam proses pembinaan. Kedua2 kejayaan tersebut tak pernah pun saya rancang dan jangka ianya akan tercapai dalam masa yang terdekat ini. Tapi perancangan Allah itu indah. Dia tahu mana yang terbaik buat kami. 


Saya benar2 bersyukur sangat dengan apa yang mampu saya capai dan miliki sepanjang tahun 2012 ni. Ada yang indah ada yang pahit. Yang indah tu akan tetap menjadi kenangan dan yang pahit tu saya nak lupakan je. Takmo simpan dalam hati.

Semoga 2013 akan menjadi lebih baik buat saya dan keluarga. dan untuk anda jugak! 
So, hows your 2012???



Friday, December 28, 2012

Sambut New Year Atas Menara KL!


sesape yg takde plan and ada duet lebey hehehe boleh la gi sambut new year kat atas menara KL. Hehe
Ktorg memang tak pernah sambut new year ke merdeka ke, sbbnya saya tak suke tempat sesak gitu.. Rasa sesak napas, rimas seme la.. Tu yg memang seumor idop tak pernah gi celebrate new year ke merdeka ke..

Dulu masa kat UKM ingat lagi, ramai kekawan hostel ingat saya ni kolot. Sbbnya asal new year ke merdeka ke saya lepak bilik je, layan drama korea atau layan game The Sim, pastu sebok la nak beranakkan si Sim tu hahhahhaha.. T___T gile loser! orang lain seme kuar ngan boipren gi tengok bunga api ke apa. Aku kalau kuar pun ngan BFF je, g tengok sambutan merdeka actually gi bazzaar kat area   kolej keris mas hahahha kat dalam UKM gak.. Sbb selalunya bila merdeka ke apa, ada jualan so gi cuci mata la.. ngeeeee... best gilak wa cakap lu, walaupun kite lepak ngan BFF je.
Tak kesah pun orang nak panggil looser ke apa, saya memang tak suka bersesak dan berembun memalam ni. Sampaikan ada orang tak caya aku ni lahir kat KL dan membesar kat KL, kolot sangat gamaknye. Ceteknye pemikiran sesetangah orang, tak semestinya kalau lahir dan membesar di KL you have to be up to date and wild. 

Ha back to the topic. Pakej kali ni agak menarik, sbb boleh tengok via observation deck. So kompem boleh tengok seme bunga api kat sekitar KL... Mesti cantek, tapi regenya pun cantek T____T...
So aku lebih rela duk rumah layan CD. As usual! Banyak list movie yg dah donlod nak layan nie...




Lepas beli buku, kita............

Sambung kesah 2nd visit kami ke BBW, sorry la entri ni terstop kejap sbb rayyan admitted so mmg tak de masa nak ngadap blog. Ngadap anak lagi penting masa tu.

Aku rasa ini adalah satu inisiatif yang bagus yg BBW bt tahun ni. Kat level atas diaorang ada sediakan playground so sesape yg bawa anak, leh la bergilir2 memilih buku dan jaga anak kat sini.

Tapi.... masuk kene bayar ye, takde free der! ktorg masuk sejam RM10.. Memang mahai tapi berbaloi la.. Puas hati dengan servis die..


Bila dah bayar die akan bagi tag utk anak ngan parents. So bila nak kuar nnt die akan pastikan tag tu sama so takde la kes salah amek anak orang kan...


Let see mainan yang ada dalam ni...



Kuda ni berpusing pusing tau... macam meery go round gitu...



Rayyan kemain suka main kat bola bola ni ha..... Seronok la die bergolek golek dalam ni...





Best kan? memang banyak. Puas la rayyan berlari2 main dalam tu.. Yang papanye lepak kat luar dok mengurut kat kusi.. Hahah sementara menunggu adik2 beli buku. Kami dah settle dah bayar seme time nie...




Thursday, December 27, 2012

27 december

ada apa pada 27 December?

27 December 2012, andainya arwah ayah masih hidup, hari ni hari jadi beliau yg ke 55...Dah 3 tahun arwah pergi tapi ktorg tak pernah lupa beday beliau. Dan setiap tahun beliau  tak pernah lupa untuk SMS anak2 bila tiba beday kami. Sesungguhnya aku rindu nak terima SMS arwah. SMS yg memberi semangat di kala aku putus asa, SMS yang memujuk hati, SMS beritahu ayah dah masukkan duit.

Rindu sangat kat arwah ayah. Lama tak dengar kata2 nasihat beliau yg menenangkan.  Antara anak2 beliau, boleh dikatakan saya agak rapat jugak. Ingat lagi, masa saya belajar kat UKM. Ayah ada masalah, beliau telefon saya, mungkin niat nk meluahkan tap tak terluah. Bila saya tanya kenapa, beliau hanya jawab "Ayah nak dengar suara along... Lega rasa hati"...

Semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah.

Merindu orang yg dah tiada, adalah perasaan yg paling luka terdalam dalam hati. Nak dengar suara tak dapat, nak usap tangan tak boleh, nak dapat pelukan jauh sekali.

Sesiapa yg masih punya ibu-ayah. Please please please appreciate them. Saya merayu pada anda.  Peluk dan cium mereka selagi adanya jasad dan nyawa mereka. Bersembang dan berbual la puas2. Bila tiba saat mereka tiada nanti, takde kata2 dapat menggambarkan kerinduan dan takde apa yg boleh jadi galang ganti. Percayalah! Selagi mereka masih hidup berbaktilah, jangan biarkan mereka mengalir airmata kerna kamu, jangan biarkan mereka ternanti2 kepulangan kamu.


Wednesday, December 26, 2012

3 tahun sudah berlalu.... Syukur!


Alhamdulillah.... Dah 3 tahun usia rumahtangga kami.. Syukur Allah masih tetapkan hati kami antara satu sama lain, masih pelihara rasa cinta antara kami.... Sesungguhnya hubungan ini adalah Lillahi Taala.. Keluarga ini adalah tanggungjawab dan amanah...

3 tahun lepas, kami telah selamat diijabkabulkan pada tarikh ini 25 December. Dengan sekali lafaz, saya telah selamat menjadi isteri kepada Muhammad Amirul Adlee.. Bermulalah kehidupan rumahtangga kami yang kami bayangkan indah indah belaka :)

Walaupun telah berkawan lebih 10 tahun tapi hidup berdua atas ikatan suami isteri itu banyak bezanya ye. Orang yg dikahwini dan duduk serumah, tido sebatal tu tak sama dengan orang yg kita dok bercinta sakan 10 tahun tu. Heh bukanlah lain macam mana, masa bercinta kentut pun cover cover kan. Dah kawen baru tahu, kentut busuk ke wangi ke. Selama ni tak pernah tido sebilik, bangun pagi baru tahu macam mana muka pasangan ngan air liur basinya, selama 10 tahun kuar dating mana pernah nampak, selalu jumpa smart macho habes, perfume sebotol tu.... T___T lumrah alam bercinta dan alam perkahwinan... Betul tak? 

Awal2 memang banyak ketidaksamaan yang dinampak. Banyak cacat cela yang timbul. Tapi kami sering muhasabah diri, perkahwinan bukanlah mencari kesempurnaan tetapi ia adalah langkah dan jalan untuk mencipta kebahgiaan. Masing2 ada tanggungjawab dan peranan masing2.

Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang ringan tulang, tak segan membantu saya menjemur baju di luar rumah, yang menolong saya melipat baju sambil berborak kisah harian kami, yang sudi meminjamkan lengan untuk saya tidur lena, yang akan memberi semangat apabila saya hampir rebah dan putus asa, yang sudi membantu saya mop lantai, cuci toilet walaupun tak capai tahap piawaian kebersihan saya tapi beliau tak pernah jemu membantu...  Buruk baik die adalah suami saya dunia dan akhirat.

Bersyukur sangat atas nikmat dan pinjaman Allah yang satu ini. 


Kami di hari pernikahan pada 3 tahun lepas. Tarikh di mana segala nya berubah.  Syurga saya turut berubah. Redha beliau adalah jaminan syurga bagi saya.





Sejak detik ini, suami adalah imam solat saya.  Apa saja keputusan yang saya buat, akan minta pendapat suami. Dari sebesar2 keputusan hinggalah sekecil2 keputusan seperti membeli baju. Bagi saya, walaupun ia kecil ianya tetap penting. Sbb apa yang saya pakai, tanggungjawab suami. Kalau tak sopan, suami lah yang menanggung dosa.

Teringat masa awal perkahwinan, suami menegur saya memakai tudung yg jarang. Katanya tak sesuai dan meminta saya tukar. Sentapnya perasaan saya waktu itu, memang bikin saya panas hati. Tapi dalam panas hati tu, kaki tetap melangkah mengikut apa yg diperintahkan. Tak boleh derhaka. Waktu tu saya hanya pikir, suami tak sporting ah. Dulu kenapa tak tegur, kenapa sebelum kahwin boleh. Lepas kahwin mcam2 pulak tak boleh, macam saja nak jadik bossy pulak. Kalau ikot perasaan yg marah memang boleh jadi gaduh. Tapi saya ambil langkah pasif, ikot dan diam sahaja jangan banyak cakap, cakap bila seme dah cool down.

Malam tu lepas solat jemaah, suami terangkan (gamaknye die pun dah cool down) sekarang saya sudah jadi isteri beliau yang sah. Dosa saya dia yang akan tanggung sekiranya dia tak tegur. Masa tu terus saya tersentak. Rasa macam bodohnya saya. Merajuk dan marah sebab benda yang memang betul salah saya. Suami tegur demi kebaikkan tapi saya sentap pulak.

Itu adalah peristiwa yang saya paling akan ingat sepanjang perkahwinan kami, pada mulanya ianya menyentapkan hati ni tapi bila difikir secara rasional, ianya sesuatu yg sweet. Sweet dan comel bila mana suami mula memainkan peranan beliau sebagai ketua keluarga, sebagai imam, sebagai pembimbing saya. T___T bukankah itu yg diidamkan oleh seorang wanita?






Secara ringkas.

Dalam perkahwinan, jangan dicari titik persefahaman, sebab tidak wujud titik itu. Perkahwinan melibatkan dua individu yang berbeza dari segi sosial, budaya, persefahaman dan cara hidup. Apa yang penting, proses memberi dan menerima segala kekurangan dan kelebihan pasangan, tolak ansur dalam perbezaan, pikir sebelum berkata2, bersabar dalam ujian. Insyaallah, jika kita amalkan seme tu harmonilah rumahtangga.

Percayalah, perbezaan itulah yang melengkapkan kita dan pasangan. Setiap pasangan tu memang telah dijodohkan oleh Allah. Yakinilah dalam hati, pilihan Allah yang telah DIA tetapkan untuk kita itulah yg terbaik.




Suamiku,

Terima kasih menerima saya seadanya. Saya cinta kamu Lillahi Taala. Semoga Allah pelihara rasa cinta antara kita, kekalkan kasih dan sayang ini hingga syurga.

Amin

sawan shopping sudah mari!!





Bila segalanya di hujung jari ni agak bahaya jugak.. Sempena hujung tahun ni, kalau kat obersea kan ada boxing day, so banyak la barang2 yg sale kaw kaw punya...

Dan disebabkan sale itu, aku dah order banyak online shopping via personal shopper kat US and UK sana nun...... Rasakanlah bulan ni bakal ketayap yap yap... Dah la baru lepas bayar duti stamp rumah. Mahai gilak duti stamp, RM7K.. huhu aku ingatkan duti stamp tu macam beli setem tampal, tapi salah rupanya.. Kuikuikui nampak sangat jahil bab bab beli rumah duti stamp bagai nie.....

Antara item yang aku dah order...

Pinggan mangkuk Corelle... Kehkehkeh amek design Twilight Groove ni, Bulan Feb nanti dijangkakan sampai...


Order satu set je sekali ada membe bagitau adik die nak balik dr Ostolia, dapat offer lagi murah. Udah gatei gi order lagi satu set sbb nak cukupkan 8 biji pinggan mangkuk.. Alasan terbaik bagi kat somi, persediaan masuk rumah baru T___T ... Bila beli pinggan mangkuk ni terasa macam aku dah masuk dalam golongan makcik makcik pulak =D Tapi rasanya dimaafkan sbb sepanjang kawen ktorg tak pernah beli pinggan mangkuk, seme pakai hadiah yg org bagi masa kawen ritu...

Pastu semalam buhsan dok umah takde keje, udah gatai tangangi klik klik blause kat Poplook.. Actually dah byk kali ronda mall, MV, Pavi, Paradigm mall cari blause tapi daku ni cerewet. Kene plak habi dah tetapkan baju kene tutup bontut. Udah satu hal nak cari. Bukan senang nk cari blause cover pungkok ni. Selalunya Tshirt Muslimah la. Tu pun selalu aku order online je, tp design Tshirt muslimah tak banyak.

Hasil dari browsing Poplook. Ini la 3 lai blause.
Shiela Blouse - Fuschia/Navy Stripes

Shiela Blouse - Lime Zag

Sharon Blouse - Cream Tex Mex

Now, tengah browsing enbeg pulak.... HOIHHHHHH sawan apa yg merasuk aku ni???? Tapi dalam hati ngah mengidam bracelet charm Pandora.... T____T nak rikuest adiah annibesari mrangkap beday bulan depan la kat habi.. PANGGGG skali!



Monday, December 24, 2012

My Happy Moments


Momen gembira saya setelah selamat diijabkabulkan bersama pasangan yg dicintai. HAri indah turut sama diraikan bersama BFF kesayangan...


Contest My Happy Moments dianjurkan Eyriqazz.com bagi menyahut Cabaran iPhone 5 Gadget Impian

Tag rakan blogger : 1. Norina  2. NanaNor  3. Izzatul Izma


Kita hanya mampu merancang...

Alhamdulillah, Rayyan dah discharged wad semalam. Iaitu hari Khamis mlm maknanye kami dok sepital selama 4 hari 3 malam.

Cete asalnya Rayyan high feverhari Jumaat tu, sampai cecah 40 degree suhu dari Sabtu dah bawa gi kenek, tapi demamnya surut kejap pastu naik balik.. Sampai la hari Ahad.... Tu yang hari isnin tu, subuh pukol 4 pagi kami gi sepital pantai ampang, gara2 rayyan dah mengigil.. Padahal cek suhu 40 darjah. Takot plak sawan ke apa nanti kan. Sampai sepital terus ke emrgency, doc terus tahan wad. Antaranya sebab high fever dan lung ada infection hasil dari xray. Kebetulan platlet darah pun low, doc suspek denggi. Tapi yang tu kene further cek la kan. Aku plak siap suh cek skali untuk leptoprosis aka kencing tikus. Bukan apa, risau, skang ni banyak sangat virus yang pelik2. Lagipun, kencing tikus ni bukan tikus je penyebarnya. Kucing pun boleh menyebarkan jugak.

Masa ni kat emergency kol 4 pagi, sampai je mmg doc terus drip sbb nak amek darah.


Pagi tu msa kat emergency rayyan kene amek gas. Doc kata gas tu untuk kembangkan paru2 die dan bagi kahak tu naik ke atas. Memula tu die ok je, tapi bila nampak asap kepuk kepuk keluar dari corong mulut tu melalak la die, kemain la takot. Selama 4 hari tu, asal tiba je time amek gas, memang nurse seme kene bekerjasama nak pegang rayyan. Sbb die meronta2. Nurse pun terkejut, makan ubat, ambek darah tak nages, tapi amek gas melalak kemain lagi.


Masa ni hari ke-2, sbbkan rayyan terlalu panas suhu die tapi mengigil cakap sejuk, nurse suh buka seme baju, pastu spooging ngan air.. Nurse cakap klu naik lagi, memang terus mandikan je.. Alhamdulillah, pas masuk ubat buntot ngan spooging, suhu turun..


 Sebabkan bosan, bawa la rayyan gi playground kat wad paed ni. Tapi bila orang lain masuk je, kami cepat2 balik bilik. Bukan apa, takot menjangkit. Dah la antibodi tgh lemah.


Masa hari selasa tu demam rayyan dah kebah, batuk pun dah kurang, paru2 pun dah clear tapi ada masalah lain yakni platlet darah keep on drop. Bila chek darah tok denggi negatif, so doc tak release keluar selagi platlet darah tak naik. Tu yang kami stuck kat hospital lama tu.


Opahnya plak dah sedih kemain, risaukan cucu tunggal die ni. Hari2 datang sepital. Kesian plak aku nengoknya, memang masa tu cuba la try gugel pasal platlet drop ni, seme info yang dapat seme menakutkan. So terus stop gugel, takmo sedih2 and think negative. Masa tu aku just berdoa, agar kesihatan rayyan dikembalikan. Tak sanggup rasa nak menengok anak sakit.

Masa ktorg kat hospital, BFF ada datang melawat. Time kasih bebanyak, siyes you all just made my day. Bila kita rasa sedih bercelaru gitu ada orang datang ziarah memang lega rasanya. Siap abwa donut T____T Rayyan makan donut kemain banyak sbb peberet die kan...

Hari Khamis ptg baru doc bg kami balik tu pun sbb bila tengok platlet darah rayyan naik sikit. Tapi jumaat pagi  tu kene datang sepital lagi amek darah sbb ptang Khamis tu result darah rayyan walaupun dah naik still border line..

Alhamdulillah, msa amek darah jumaat tu, platlet darah rayyan dah normal. Syukur sangat. Rasa lega sangat hati. Sampai skang ktorg tak tau virus apa yg serang rayyan, sbb seme test virus yang bt seme negative. Huhuhu...

Sebbkan rayyan baru sembuh, percutian annibesary kami yang sepatutnya hari ni sampai rabu terpaksa cancel. Kami taknak amek risiko, since rayyan pun belum betol2 recover, better dok rumah je. Bercuti bila2 masa boleh ye dak. Naseb baik la aritu booking hotel takyah bayar deposit, kalau tak burn je.. Dah rugi..

Total cost dok hospital 4 hari 3 malam, seme RM4556.00 pergh mahai gile.. naseb la company tanggung, kalau guna insurans sendiri sakit gak. So personal insurans dapatlah ktorg claim elaun sepital sehari RM300...

Itulah kesah kami di penghujung tahun 2012.... Memang dugaan, tapi kami redha.. Mungkin ini ujian Allah ke atas kami sebagai ibu bapa...



Saturday, December 22, 2012

Kiter tak diet la!


my dinner hampir setiap malam. Bukan diet. Sumpah! skang takde pikir langsung nak diet tapi lebih kepada nak improve cara pemaknn agar lebih sihat.

Nak kurangkan kadar asid dalam badan so utk mengalkali kan badan kene banyak makan sayur. Lagi bagus sayur yang segar dan mentah. Bt permulaan saya makan sayur salad ni la, sbbnya manis dan sedap. Pegaga pun makan juga, tapi saya bt jus.

Now daging pun kurang makan, banyak makan ikan.. Hhehehe ikan kan bagus, banyak omega DHA bagus utk otak.

Dah mcam pakar pemakanan pulak :)


Friday, December 21, 2012

Terkentut kentut aje


ni adalah jus orange+halia tua.... Memang raw and pure juice ye, siap pulp die pun ada lagi.. Tak tapis... Bagus kalau minum ngan pulp ni, sambil minum tu kunyah2.. So enzim2 yang ada dalam air liur kita akan mlancarkan proses pengkhadaman....

Lepas minum jus ni memang terkentut2 aje la kuar angin... Legaaa.... Rasa ringan badan.... Hehhee...


Thursday, December 20, 2012

tahniah!!! Happy..


Hehe semalam kan result PMR keluar.. Tahniah bt adik sepupu kite.. Dapat 7A 1B.. Alhamdulillah.... Heheh nanti kak long banje la makan ye....

Sebenarnye kite kat sepital ni rayyan admitted.. So tu yg blog takleh nak hapdet.. Hapdet ala kadar aje ni... Dah la minggu depan mmg dah apply cuti.. Minggu ni macam cuti terus je sampai jumaat... Kalau gini mmg cuti sampai tahun depan la kita....



Tengok result pekse orang lain tingat result pekse kita dulu hehe alhamdulillah masa PMR kita dapat 8A... rasa gembira sangat dapat bahagiakan hati orang tua.. Arwah ayah la paling gembira masa tu....

Rindu arwah. Al-Fatihah.


Wednesday, December 19, 2012

kerisauan

Huhu kita masih di hospital ni, Rayyan admitted.. Airtu demam panas then paru2 dijangkiti kuman... Paru2 dah oke, tapi platlet darah keep on turun.... Huhuhu memula ingat denggi tapi bila check negative denggi... Masalahnya platlet keep on turun, risau sangat......

Kekawan, doakan kesihatan Rayyan ye... 

Ya Allah, kau kembalikanlah kesihatan anakku ya allah, ya rahim......

Amin..

Meroyan kali ke #2 di BIG BAD WOLF 2012

Kali kedua g BBW ni aku x belek sgt buku sebok kejar rayyan... kasi can habi pulak pilih buku die.... aku just ronda2, main capai buku tok member.. ada kirim tok anak.. yela, sesape yg dok luar kl tu yg x kesemptan dtg, diaorg ada kirim... dah sampai ni, tlg belikn skali... tolong menolong kan amalan mulia :) 


Ni buku anime mangga habi... habi mmg peberet die mangga ni, so die lengkapkan koleksi die terus... harga anime ni hanya rrm3.... saja la tanya Habi murah ke rege tu.. hi kata murah giler, klu kat luar harga anime ni boleh samapi rm20.... gulppp... jauhnye beza.....


Yang ni plak buku pengetahuan am.. hehe habi yg pilih.. actually masa gi ngan opismate tu berminat gak nak beli tapi kotak dah berat.. tak larat nak angkat kekdahnye...
Buku 100 greatest wonder tu best, gamba pun cantek2.. Bila baca tu, rasa macam nak simpan duet ke tempat yg ada dalam buku tu...

Yang 1001 Natural wonders tu pun best. Buku tu tebal gile tapi harga die RM8.. memang classic la buku ni.... Tempat menarik dalam malaysia pun ada tau masuk senarai...



Ni antara buku yg mmg aku cari...bkn la cita cita aku nk jd doctor ke apa... tp aku mmg percaya bhan bhan semulajadi rather than benda yg byk processed and chemi├žal ni... buku ni sgt best, sgt tebal, sgt informatif tp harga hanya rm18.... mn nak cari?????


Yang ni buku pasal photography... Hehe habi ngan kite yang pilih.. Dedua minat fotografi ni cuma takde la mendalami.. Minat gitu2 je... Buku ni satu RM25 yang kecik tu RM8...


Dan yang terakhir buku baking.. Best giler buku ni, memang die ajar dari basic and step by step.. siap gamab seme..... Buku ni hanya RM25...

Nilah hasil lawatan ke BBW utk kali ke-2.. Memang berbaloi2 datang sini...


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails