Wednesday, December 9, 2015

Indian Cuisine yg authentic di Aroma Brickfield

Semalam kami mendapat jemputan untuk merasai sendiri keenakkan masakan berempah authentic dr India di Restoran Aroma, Brickfield.

Saya bukanlah fan of Indian food ni, tapi apabila travel ke oversea, Indian food je yg halal selalunya. Dr situ lah saya telah cuba untuk makan masakan asli India ni dan diakui, I love the taste. Most of their food full of spices, penuh rasa, jadik takde la boring and plain je masakan tu.

Yesterday, the whole family was here to taste the North & South Indian food. Kedai ni s enang je nak cari, treletak di Brickfield. Betol2 di traffik lite persimpangan nak masuk ke jalan Bangsar dr KL Sentral.



Suasana dalam kedai agak tenang dan bersih, pekerja pun kemas dan tertibe je melayan kami.


Ni Chicken Tikka. Sedap pada saya, sesuai sangat siapa yg nak diet makan ni sbb ianya hanya diadun dgn rempah dr India dan yogurt sebelum dibakar di dalam oven. Chicken Tikka ni memberikan rasa enak dan segar.

Lebih sedap bila saya makan dicicah bersama sos hijau ini, saya tak pasti apa nama sos ini tp ianya membuatkan rasa ayam tikka dapat lebih menyelerakan.


Yg ini pula Mumbai Fish Tikka. Sekali tengok macam ayam tandoori tapi bila makan baru saya sedar ianya ikan. Rasa ikan masih kekal berjus membuatkan saya tak berhenti untuk meratah. Anak2 pun sukakan Mumbai Fish Tikka ni.




Ini antara menu favourite kami anak beranak. Percaya tak kalau saya cakap yg digoreng tu cauliflower atau nama melayunya bunga kobis hihihi.

Yes,ini adalah bunga kobis yg digoreng bersama rempah yg telah diadun atau nama menunya Pepper cauliflower. Rasa agak pedas sedikit, actually rasa pedas rempah tu tapi anak2 saya sangat sukakan menu ni. Agaknya sbb sayur ni rasa ranggup dan salutan rempah tu yg membangkitkan rasa yg enak, mmg tak puas la kami makan. Tu pun kami ratah2 makan gitu je, takde pn makan dgn nasi. Jadi menu ni maybe sesuai la bt appetizer tak pun menu makan santai2 sambil sembang2...


Ni sape tak kenal. Papadom la. Indian cuisine wajib la ada papadom ni kan.



Yang ni ni adalah puri bayam tak silap saya, nampak mmg tak menarik tapi try la makan bersama roti paratha yg disediakan. Ya ampun, sedap okeh!


Yg ni plak Goa prawn Tandoori. Yg ni pun must try, I tell you.... Rasa sendiri kelainan masakan ni. Macam masak pedas tapi bukan. Yg pasti sedap sangat bila dimakan bersama nasi.


Cuba teka apa ni?
Its actually telur rebus, kuah tu macam creamy butter curry. Tak pedas tapi penuh rasa, rasa rempah, manis dan lemak2.


Sebahagian dari kami yg join Aromatic dinner.


Kalau cuba indian cuisine, please dont forget to try their paratha. Ini specialities diaorg ok, roti paratha ni mmg sedap, lembut je evem dah sejuk. Dimakan bersama Punjab Lamb.

Punjab Lamb ni mmg husband puji la, sedap katanya. Daging kambing yg lembut dan kuahnya yang lemak berempah.



Tengok la si kecil pun enjoy the food here so much. Kegemaran adik telor beremepah tadi dan Pepper Cauliflower, walaupun agak pedas tapi tetap asyik nak aje.



Selepas dihidangkan dengan main meal, kami disajikan dgn dessert dr Indian yg saya tak pernah try pun sebelum ni. Kiranya ini kali pertama saya merasai dessert ni.

Yg ni namanya Carrot Halwa.  Carrot yg diparut dan ada rasa susu sedikit. Kids mmg sukakan sangat Carrot Halwa ni.


Yg ni pula Gulap Jamun. Its actually milk dumpling in syrup. Bila dah makan lemak, pedas berempah tadi mmg kena la kita potong rasa lemak tadi dgn manisan macam ni.


Look how this kids love the Carrot Halwa so much.


And lastly, this is Masala tea. Tea ni mmg lain dr yg lain, tea susu tapi ada campuran rempah, rasa pedas halia pun ada. Tapi jangan risau, percayalah sedap tea ni sebenarnya, saya berjaya habiskan secawan. Balik tu puas lah buang angin, rasa lega badan. Hihihi..



Thank PandaFood Team yg menjemput kami...




Aroma Restaurant ini turut menyediakan perkhidmatan delivery via Food Panda. Boleh klik Foodpanda and place your order from Aroma Restaurant, its will deliver direct to your door steps.
Kalau hujan2, cuaca sejuk, malas nak keluar memang elok la order Indian Cuisine dr Food Panda ni untuk memanaskan badan.
 Delivery fees hanya RM 8. Berbaloi pada saya, dr kita meredah jem, nak cari paking. Baik lah order delivery, boleh makan santai2 di rumah sambil tengok TV.

Kalau nak walk in pun boleh, boleh la terjah

19, Jalan Travers, Brickfileds, 50470, Kuala Lumpur 50470, Malaysia

0322721749


2 comments :

  1. mcm makanan aku masa kat HK. sedap tapi mahal.

    ReplyDelete
  2. walaupun harga dia mahal tapi mmg terasa sedap makan dia kan...salam kenal dari Sally :)

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails