Monday, January 18, 2016

Popia Crabstick Sesuai utk Bento

Thun ni ramai saya tgk ibu2 sediakan bento utk anak2 ke sekolah... Saya masih belum menjebakkan diri lagi, since anak masih lg 6 thun. Takpe la nak, makan je makanan yg tadika sediakan. Kadang2 je sy belikan nasi lemak atau kuih muih. 
Kagum tengok ibu2 sediakan bekal, comel2 belaka. Pukul berapa la bangun utk siapkan tu. Kalau sy agaknya kene bangun pukul 4 la kut. Skang pn kol 5 bgn, sejam utk siap2, kejut bebudak.. Kol 6 ktorg dh kene kluar umah. MAcam skang azan subuh lambat, ktorg solat subuh kat surau area rumah pengasuh Mayyah. Selalu 645 gitu dah sampai, terpaksa kluar awal nk avoid jem. Kalau jem, perjlanan 45 minit boleh lajak jadi 2 jam....

Hari ni kita nak share resipi popia crabstick. SImple je resipi ni, boleh bt frozen lg, so bgn pg tinggal goreng ja...

Bahan.

1. crabstick
2. Cheesedale
3. Carrot
4. Sengkuang (Kalau nak)

Cara2 buat.
1. Crabstick td kisar halus, saya guna food processor je kisar.
2. Carrot pn parut halus dgn sengkuang tadi. Sy takde msukkan sengkuang sbb takde beli pn.
3. Cheesedale pn leh parutkan jugak.
4. Gaul seme bhan2 dgn mayonis skit, buh lada hitam skit. Gaul sebati.
5. Then boleh la start wrap guna popia wrappers tu...



Gambar selepas siap tak sempat amek, licin anak2 makan....


1 comment :

  1. Aqil awal thn lepas je bwk bekal tu pn bkn bento dia nak roti je..
    Skrg ni kite dh x bekalkan dia duk beli kat kantin..
    Beli apa?! Roti jgk yg jd pilihan..
    Kat roti sggh..
    Ibu pn kagum dgn ibu2 emak2 lain yg gigih siapkan bento utk cinta hati masing2..
    Kreatif sggh deme.. ;)

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails