Monday, October 31, 2016

Minggu2 terakhir ke 35

Wow.. Sekejap je dah 35 minggu usia kandungan. Kandungan kali ni tak byk sy abadikan dalam blog. Ntah, lebey low profile maybe. Sejujurnya makin dewasa ni macam malas nk expose byk benda kat blog sangat. Dengan crime rate sosial media yg makin berleluasa rasa macam unsecure je nak expose too much thing dalam blog.

Tapi jiwa blogger dan keinginan menulis tu masih ada. 

So kandungan ketiga, ini lah kali pertama saya update. Kali ni saya masih akan bersalin di Hospital Al Islam Kg Baru insyallah. Masih mengekalkan gynae yg sama. The reason why, still sama. Saya selesa dgn doctor, rawatan dan segala yg ada di hospital tersebut. Dr segi service dan islamic way nya.

Last week pergi check up up, apa yg saya suka bila pergi check up sini, saya leh makan kat kedai Suraya seafood depan hospital ni hahha sbb tu la saya selalu minta appoinment ptg. Kihkih boleh lunch kat situ.



Peneman saya setiap kali check up. Eh mengada kan anak no 3 pun laki kene teman. HAHAH pedulik la, buat anak sesama, check up pun kene la sesama. Ini hal bersama. No kompromi, kecuali betul2 urgent hal keje.

Maybe ada yg kata saya mengada ke kejam. I dont care. Lagipun hasben mmg willing nk teman pun, anak dia pun kan. Dia perlu tahu dan perlu berada di sisi saya saat2 macam ni. Bukan saya mengandung setiap tahun pun.

So masa sy tgh scan perot tu, hasben amek la gambo baby kat TV. Amboi berat iye dah 2.2kg. Ada lagi 5 weeks dik. Mama harap adik kluar awal macam abang ngn kakak, 38 weeks dah kluar sbb mama dah tak daya nak membawa perot.



Lepas2 scan semua, doc kabo nk bt Strep B test aka GBS test, dimana swap akan di buat di area vagina macam kita bt pap smear tu. GBS test tu penting untuk pastikan tiada kuman GBS yg dibawa oleh ibu, kalau ada kene treat masa dalam labor room, and baby pn kene drip antibiotic sejurus lahir. Sbb GBS boleh transfer ke baby masa proses kelahiran dan menyebabkan jangkitan pada otak, paru2, darah etc  dan risikonya boleh menyebabkan kematian pada bayi.

Bahaya kan? Masa  Sumayyah saya positif GBS tapi sbb dah bt test jadik segala precaution dah diambil kira.

Lepas tu kene cucuk Tetanus booster pulak. Ya ampun, sakit giler injection ni. 3 hari takleh angkat tangan. Mujur ada driver sbb lepas injek pn dah terasa sakit nya.

Setakat ni, progress baby alhamdulillah membesar dgn jaya. Doakan yg baik2 ye utk kelahiran saya kali ni,

Itu je. Bai hahhahaha.


No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails