Thursday, March 31, 2016

BMW 2 biji

Aritu g collect adiah Menang contest Jackers kat Viva Mall.... Dapat la 2 biji jam ice watch.
Janji ngn PIC jumpa kat Starbuck kat sana, sampai2 die suh kita isi borang etc pastu tanya kita nak jam kaler apa..

Sbbkan ada 2 kaler je, so kita mintak la kaler putih satu biru satu...



Ni la die jam nya, besa sangat and nampak ekslusif.... Jam ni takde nak bg sesape, hubby pn taknak sbb ritu dah dapat jam Roscani mahai tu kan (menang contest jugak)... So jam ni mmg dedua kita jual..

Alhamdulillah rezeki tabung holiday family kami hehhee...



Semoga Allah murahkan rezeki pembaca2 blog saya juga dan permudahkan semua urusan kamu. Amin....


Wednesday, March 30, 2016

Baru nk berganti setelah setahun lebih


Masa pindah ritu buat satu set langsir pesen eyelet. Mmg itu je satu2nya langsir rumah ni, heheh sudah setahun tak berganti. Actually masa beli langsir nk masuk rumah ni dulu, beli 2 set tp cuma 1 set je kita siap jait. Yg 1 set lg tersadai dalam plastik, ntah bila nk berjahit sampai la mak dah sound lelama reput kain langsir dok tersadai gitu.

Sebabkan dah beli mesin jahit, so kita pn asah la balik skill menjahit hehe mmg aim nk siapkan langsir yg dah lama terbiar ni. So gunting kain sesiap, one thing menyampah bt langsir ni, nk potong tu jenuh nk sukat sbb panjang.. Pastu bila jait kalau sliding door tu jenuhnya lahai nak bg lurus....

hasil bertungkus lumus 2 hari, siap la langsir sliding door ngn bilik atas. Mmg satu rmh kita amek kaler ni. Sliding door ni je 5 meter utk bidang kain 45 inci. kene potong 4 panel kain. Kalau amek lebar 60 inci potong 2 panel je....


Kali ni warna kelabu silver plak, tapi bt pesen biasa je, takde eyelet sbb kain ni jns tak sesuai nk bt eyelet....

Sblm jait langsir ni ada la g Kamdar sbb nk beli tape kepala langsir tu kan.. Ya allah cantek2 nya lahai langsir kt Kamdar kehkeh dah usha dah a few design nk tambah koleksi langsir rmh hehehe...Langsir ni at least kene tukar setahun sekali sbb lelama nnt die reput lak tergantung je makan dek matahari. Lgpun kita jenis bukan beli kain mahal pn, plg mahai RM15 semeter.... sbb satu sliding door je dah 5 meter, kalau satu rumah saya ni x silap kene 45 meter...


Tuesday, March 29, 2016

10 best airport, 3 je pernah sampai

Aritu terjumpa artikel ni, 10 listed as best airport in the world. Out of 10 ni saya pernah sampai 3 airport. 
Changi Singapore, Heathrow London Airport dgn Hong Kong International Airport.



Tak dinafikan la memang canggih. Airport Changi memang selayaknya la dapat No. 1. Besar sangat and convenient, teratur semuanya.

Banyak fasiliti, masa tu sampai awal 3 jam, siap lepak kat fun room dia main games, main PS, ada snooker tak silap, ada Wii Game.... Tapi mmg ada byk aktiviti yg boleh buat kalau flight delay ke apa, kalau transit situ pn rasanya tak boring. Shopping pun boleh.

Airport HK one thing for sure besaq gile. Dr satu terminal ke terminal yg lain kene naik train. Changi pun camtu gak. Imigresen straight bangat. Member kene tahan habis beg kene selongkar, tak ingat plak sbb apa.. Habis stok makanan kene soal hahahhaha..... Toilet tip top walaupun negara majoriti Chinese. Hahaha saya ni mmg jenis sampai je airport cr toilet dulu sbb selalu dlm flight selagi boleh tahan ku tahan jebat. Tak sanggup nk guna toilet on flight kehkeh rasanya korang memahami kot kenapa. Kat HKIA ni ada Popeye FastFood, yg tu halal so kalau nk makan boleh la.. Now tak sure la ada lg ke tak....

Airport Heathrow pn best jugak, fasiliti banyak tapi epot ni memang bizi gile la mcm KLIA jugak la cuma lagi berganda bizi sbb serve utk London, England ngn UK kan. Tp imigresen die byk soal skit, ada member kene soal berejam2 sbb nama die tak silap, ada Muhammad. Lg satu kat epot ni ada anjing pengesan, so mmg depa ada gunakan anjing tok hidu beg, hidu kita.. Be prepared aje la ye, jgn tepis2 ke apa kang deme ingat kita bawa barang terlarang plak ie dadah ke bom ke, tak pasal kene tahan...

Gitu la sedikit sebanyak pengalaman menengok negara orang, mmg jauh berbeza dgn negara kita tapi Malaysia tetap di hati kehkeh (without thinking current political situation) hohoho...


Monday, March 28, 2016

Pembelian yg berbaloi hihi


1st dress Sumayyah yg saya jait sendiri dgn penuh kasih sayang. Biasa la beginner kene la lakar pola dlu, takleh  nk terus lorek atas kain. Kang kalau salah ukuran, naya je...

Projek pertama nk bt dress kembang sumayyah. Bt pola dlu then potong ikot pola with basi skit.


Setelah dicantumkan, ini la hasilnya... mmg labuh, tu sy belum kelim bawah skirt tu. Saja bt labuh sbb leh pakai lama, pendek sangat pn tak molek aih.. Nnt Rayyan marah adik pakai seksi katanya hihihi...



Friday, March 25, 2016

Tips Do & Dont jika travel ke Lombok

Saya tak pernah g Lombok ni, tp Lombok is one of bucket list dalam destination travel saya. Maybe annivesary ke 10 nnt ke boleh g honeymoon ke sana. Insyaallah jika ada rezeki. Masa cr info tentang Lombok ritu, terjumpa la Do & Donts ni. Saja nk share kat blog so that nnt sy boleh refer balik jika diberi kesempatan utk ke sana.

Hehe korang mesti perasan destinasi yg saya nk g seme nya nature based. Yup, saya bukan kaki sopim, most of the time sy travel sbb nk release mind and nak tgk keunikkan negara org . So sy akan pilih tmpt yg nature based. 













Pic credit to  https://www.facebook.com/travelsatudunia/

Satu lg tips saya nak share, kita kalau travel ke mana2 luar negara belilah insurans travel. Mmg betul dah ada personal insurans, tp selalunya tak cover kalau kat oversea. Benda ni penting sbb kita tak tau apa yg akan berlaku at least kita dah ada insurans tak de la if anything happen jenuh nk bayar bill medical. Kos perubatan di negara luar maybe lagi mahai dr negara kita bila dah ada forex exchange ya.




Thursday, March 24, 2016

Boifren baru kita

Kisah sambungan dr projek bersama Dayu. Apa projek kami tu?

Ni ha beli mesin jahit hahaha.. Actually Dayu tgh sakan menjahit tu, saya plak mmg dah lama nk beli sbb selalu pinjam mesin mak. Okay je mesin mak, cuma mesin org professional ni sy tak berani usik lebey2 sat g rosak, naya je. Tu sy decide beli mesin sndiri, boleh jait kat rumah memalam hihi.. Masa bitau mak nak beli mesin ni, saya nk beli mesin jait Global je kat Lazada dalam RM 150 je gitu. Tapi mak kata, alang2 nak beli, beli la yg elok terus. Jgn la asal boleh je. Hurm ye tak ye jugak kan.

Puas la gugel mencari info (mmg peel saya gini sblm beli baca review gugel info baru decide) . Memula nak beli Brother NV95 tapi sbbkan harga tu lebey RM1k macam berfikir byk kali jugak. Siap bt list Pro & Cons. Pastu pikir2 balik saya ni nak jahit basis je, so tak perlu la mesin canggih2 sangat. Akhirnya saya decide utk beli GS 2700 Brother.

Sebelum beli ni, saya ajak hasben ke LSN kat Bandar Tun Hussein Onn nk try test mesin, bagus staf LSN melayan seme permintaan saya, ajar cane nak pasang footer, macam mana nak bt benang Robin, eh seme la die ajar, last2 saya tak beli pn kat LSN huhuhu...


Sudahnya Brother GS 2700 ni saya beli di Karysma Store Shah Alam,  dgn harga RM 805. Itu sbb saya swipe credit card hehe nak kumpul poin kan. Beli brg value besar ni baloi swipe CC sbb leh kumpul point.Tapi!!!!! Dgn syarat korang dah ada cash utk bt full settlement, CC ni guna kene disiplin ya. Jgn bt hutang lelama interestnya tggi.

Alhamdulillah setakat ni saya memang berdisiplin bab penggunaan CC ni. Guna utk minyak, hotel, travel dan selalunya kalau swipe CC masa sopim saya pastikan mmg ada cash yg cukup utk bayar balik full settlement, takkan biarkan hutang tertunggak kang naya je bayar interest.


Ini la rupa mesin tu ada 27 jenis stiches which is saya baru test guna beberapa jenis je. Boleh auto needle thread hehe kalau mesin lama tu jenuh gak nak masukkan benang tapi ni, senang ya amat ya....


Utk testing mesin, saya jait la kain batik yg dah lama hubby belikan. Heheh masa die outstation ke Langkawi, die belikan saya kain batik ni buah tangan tapi saya ni kain batik pakai masa dalam pantang je tu yg takde nak cantumkan. For the purpose nk test mesin, saya jait la kain batik ni..



 Alhamdulillah its working!

Overall, best mesin jait ni. Utk beginner mmg sesuai sangat la...


Tuesday, March 22, 2016

PRODUK SEMULAJADI L'OCCITANE KINI DI ZALORA

Sekarang banyak sangat lambakan produk kecantikkan untuk wanita, tapi saya kalau memilih produk kecantikkan, kriteria utama saya akan pastikan ianya dihasilkan dr bahan semulajadi. Bukan apa, kalau boleh nak elakkan pengunaan bahan kimia yg berlebihan, nak avoid paraben etc. Not good for skin kan.

Antara product natural dan amat bagus bagi saya salah satunya L’OCCITANE. Pernah dengar?
Product ni amat famous dan banyak butik2 nya yg dibuka di merata shopping kompleks. Tak susah nak jumpa butik L’OCCITANE ni.

Product L’OCCITANE ni mempunyai pelbagai range ya, dr shower foam, cleanser, body cream, make up remover, serum yg sesuai untuk lelaki dan wanita. Dan ianya diformulasikan dr bahan2 semulajadi yg kaya dengan kebaikan dan khasiat. Musim2 panas ni, emmang molek la sekiranya kita sentiasa bawa bersama body cream dan UV cream utk elakkan kekeringan. Produk L’OCCITANE sememangnya ccukup berkualiti dan sesuai dgn semua jenis kulit.





Penggunaan bahan-bahan semulajadi ini bukan sahaja selamat digunakan, malah tidak mendatangkan kemudaratan kepada mereka yang menhidapi masalah kulit bermasalah atau sensitive. Bukan itu sahaja, set wangian L’Occitane yang juga diperbuat daripada penggunaan bahan-bahan alami ini juga memberikan Haruman wangian yang berpanjangan sepanjang hari.

Wangian L’OCCITANE mempunyai pelbagai varian yg memberikan efek segar dan harum, antara wangian yg menjadi all time favourite saya adalah LOCCITANE Pivoine Flora Edt. Ianya penuh dengan haruman segar dr bungaan yg membuatkan saya lebih yakin berhadapan dengan orang ramai.


Set cream dr L’OCCITANE juga amat banyak, pasti rambang mata untuk membuat pilihan dan yang pastinya ianya disertai wangian yg membuatkan kita rasa segar.



Oleh kerana popularity jenama ini yang turut melanda negara kita Malaysia, anda juga kini boleh menemui butik L’Occitane Malaysia di pusat-pusat membeli-belah terkemuka di ibu kota. 

Tetapi, bg yg malas nk keluar jgn risau kini anda juga berpeluang membeli produk-produk skincare L’Occitane, set wangian dan set mandian ini secara online di portal-portal online.

Hanya duduk saja depan PC dan klik2 jemari anda di hujung jari. Dan segala pembelian produk L’OCCITANE anda akan dihantar ke depan muka pintu.






Alami pengalaman membeli-belah yang mudah di ZALORA dengan menikmati perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah anda dengan pantas. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat pembayaran dengan selamat termasuklah kaedah bayar waktu terima atau ‘cash on delivery’ di beberapa kawasan. 

Utk alihkan perhatian anak2 dr gadjet ini saya buat--laminated printouts

Nak share one of effort saya utk anak2 agar tak mengadap gadjet sangat and alhamdulillah ianya sukses!!!! So hari ni saya nk share ngn korang seme, mana tau kot membantu...

Memang saya selalu print activity sheet utk anak2, cuma selalu pas bt sure la koyak ke atau jd bahan contengan pastu print balik. Lastly sy terpikir utk print and laminatekan je worksheet tu so boleh pakai banyak kali.

Cnth mcm buku kat bawah yg Sumayyah tulis ni, saya beli ada 8 bijik satu set, seme yg jenis kita boleh tulis guna erasable/washable maker pen and padam pastu tulis semula. Sangat praktikal, jimat pun iye. Lagi satu buku ni payah nak dikoyakkan. So utk budak lasak mmg amat sesuai la. Itu yg datang idea nk laminate je semua worksheet anak2 ni, cuma kene invest skit la beli printer and laminator. 

Best tau buku ni, ada 8 biji satu set. Tak ingat bape saya beli, lama dah beli masa Rayyan 3 years lagi, so now adik plak guna. Masih elok lg, kesan maker leh padam je guna baby wipes hehe...so dr abang dah turun ke adik. Abang dah terer dan kenal huruf, skang turn adik plak bru nk belajar kenal huruf etc.


Yg bawah ni hasil worksheet yg dilaminate. Berusaha keras gak nak buat, total dah siap ada la 8 buah buku, each with different topic of activity. Antara contoh2 topic yg ada

-Addition/Subtraction
-Tracing the word
-English for fun
-Maze
-Find the difference
-Shape and colors
- colors by numbers
- connect the dot
- fill in the blanks

Eh macam2 la, korang google je banyak info pasal home school ni.. Kita bukan homeschool anak2 ye, cuma kita create activity utk diaorg, takde la ngadap TV atau hendpon ja... Mmg wiken kalau dok umah, kita layan anak2 buat aktiviti gini la selain buat art.


Ada English...



Jawi pn ada jugak tau, banyak gak sumber jawi yg boleh dijumpai kat internet.

Bukan saja akademik, yg fun2 pun saya print jugak cnth macam find the different, maze, pastu macam circle mana  small mana big... And banyak lagi, semua sumber2 saya dapat dr internet je.

Saya donlodkan seme printsheet yg saya jumpa, compile into one folder then saya printkan satu page A4 size tu dgn 2 worksheet berbeza. Laminatekan. Then cut into half. Lebey mudah kalau ada cutter besau tu, sekali zas je potong.


Hasilnya cuti sekolah seminggu ritu, anak2 ralit ngn benda ni je. Takde sibuk nak main tab ke apa... Dok la ngadap worksheet. Rayyan pn nampaknya makin suka dan hari2 nk buat matematic hehehe..
Ni mmg mama tak paksa ye, cuma awal2 dlu selalu pujuk suh bt hari2.. Now macam dah jadik rutin plak, so mama suka la cr soklan2 maths utk dia bt hari2.

Actually saya nk tiru masa saya sekolah cina dlu, the way cikgu nak tanamkan cinta subjek Math tu ialah dgn latihan hari2. Memang hari2 akan ada homework Maths, hari2 kene bt Maths, tanpa sedar saya jadik sukakan subjek Maths tu sndiri. Hari2 mesti nak buat. And itu la saya try terapkan kat anak, saya taknak diaorg rasa matematik tu susah.



Ni saya share ngn uols worksheet yg saya dah compile dalam dropbox saya, uols leh la donlod. Tapi saya ada set expiry kat worksheet ni Nnt kalau dah takleh buka email je la, nnt saya share...

Facebook

DROPBOX

Uols boleh cari lagi banyak kat internet. SIyes zaman skang seme di hujung jari, senang sangat nk dapatkan info2 dan sumber bahan gini. Kalau zaman kita dlu sumber terhad.

Saya selalu percaya, kita adalah cermin anak2. Kalau kita inginkan anak2 yg cemerlang dunia dan akhirat, kita adalah model contoh diaorg. So kalau ada anak2 buat salah, semak balik diri masing2. Jangan salahkan anak2, sbb diaorg ibarat kain putih. Kita adalah role model yg paling dekat dgn diaorg.

Hihik my fren yg terjebak jugak..


seronok anak2 haaaa

Monday, March 21, 2016

Projek with Dayu

Last week p kuar ngn Dayu ke Shah alam, ada projek baik punya.. Hahha itu nnt la cerita... Ktorg makan kat Seksyen 2 foodcourt.

Takde makan apa pn, sy order kuew teow sup maklum lah masih berpuasa makan nasi lg...


Tapi cheat day skit haha sbb belasah ABC spesel gitu hehhee


Lai Chee Kang sy punya tp pd saya tak sedap mana pn, sbb pelik skit LCK sini. Ada laici pastu ntah macam bkn sama LCK yg saya selalu makan...


Dayu order ABC durian. Memula ingat ada letak durian rupanya letak flavor je.


Apa projek ktorg?? Tu kat belakang tu.. Nmpak x???

Nnnt saya share details okay..




Friday, March 18, 2016

Tisu Tandas Basah Kleenex® atasi Fobia saya

Saya tak pasti sama ada korang facing same problem mcam saya tak bila nak menggunakan public toilet. Setiap kali keluar ke shopping mall atau travel ke mana2, public toilet merupakan satu nightmare untuk saya. Bukan apa, kebanyyak public toilet yg saya jumpa selalunya lantai kotor, penuh dgn air, toilet bowl ada kesan pijak dan air sekelilingnya. Tu yg selalu terjadi saya akan tahan je untuk membuang air kecil atau besar di public toilet, rela tunggu sampai hotel atau rumah.
Betapa azabnya kan proses menahan tu. Tapi bila dah ada anak susah plak nak minta anak "menahan", so solution sekarang selalunya saya akan bawa tisu baby wipes utk membantu saya dalam masalah kebersihan public toilet ni.


TAPI now dengan penciptaan terbaru oleh Kleenex® iaitu Tisu Tandas Basah Kleenex®  satu produk pertama di  perkenalkan di Malaysia bg membantu kita menghadapi masalah dgn kebersihan public toilet ni.


Mari kita lihat bagai mana Tisu Tandas Basah Kleenex® menghilangkan fobia saya apabila menggunakan public toilet?

Masuk2 tandas, ini adalah fenomena biasa yg kita lihat, lantai basah dgn air. 


Masuk untuk menunaikan "hajat". Tengok la lantai sudah pastinya hitam dan kotor, toilet bowl plak basah dan kita sendiri tidak pasti tahap kebersihan toilet tersebut sebelum kita nk gunakannya. 
Euwwwwwww... Geli okayy!!!


Nampak tak betapa kotornya? Lihat dengan mata kasar kita tak nampak micro bacteria di atas tu, kalau diberi keistimewaan untuk melihat micro bacteria tersebut, sure kita semua takkan nak guna public toilet dah lepas ni..


Nak lap dgn tisu tandas??? Ini la yg selalu berlaku.... Kehabisan tisu tandas... 
Jadi, nak buat apa sekarang? Keluar cari tandas lain dan hadapi masalah yg sama again???


Tidak lagi bagi saya. Tisu Tandas Basah Kleenex®  kini sentiasa saya selitkan di dalam poket seluar dan henbeg saya bg kegunaan emergency begini.

Ianya nipis je jadi mmg fit into pocket la...


Untuk menggunakan Tisu Tandas Basah Kleenex®  ni mudah je, kita hanya perlu koyakkan sedikit permukaan atas, amek selai tisu yg diperlukan dan tutup semula untuk memastikan tisu kekal basah.




Tisu Tandas Basah Kleenex®  yg diformulasikan dgn air yg telah ditapis sebanyak 9 peringkat amat sesuai digunakan bagi memastikan 99.9% kebersihan. Ianya bebas dr alcohol dan telah diuji secara clinical hypoallergic, ia juga dihasilkan dgn bahan natural chamomile dan green tea extract.

Menarik kan???? Bukan saja memastikan kuman habis di sapu, tetapi ia juga sesuai untuk intimate area kerana bahan yg digunakan natural dan telah diuji secara klinikal kesan terhadap kulit. Ia menjadikan Tisu Tandas Basah Kleenex®  ini sesuai untuk kanak2 jugak.




Yg lagi menarik adalah, Tisu Tandas Basah Kleenex®  boleh di'flush' terus ke dalam toilet setelah kita gunakan. Tidak perlu mencari tong sampah untuk membuangnya.

Ianya mesra alam okayyyy....




Nah.. dah bersih berkilat dah toilet bowl. Baru la rasa selamat je nak duduk dan menunaikan hajat. anak2 pn kita tak risau untuk beri mereka menggunakan public toilet. Kita boleh pastikan kebersihan mereka.




Sekarang fobia saya dah dapat di atasi. Korang pn boleh menggunakan Tisu Tandas Basah Kleenex® .

Ianya sudah dijual di pasaran Malaysia. Boleh didapati dalam 3 versi pek yg berbeza.
Pek dgn 10 helai tisu yg muat kita selitkan di dalam poket atau henbeg berharga RM 2.10



Seterusnya pek yg mengandungi 40 helai yg berharga RM7.40

Dan yg terakhir pek nilai jimat yg mengandungi 3 paket Tisu Tandas Basah Kleenex®  berharga RM5.80

Anda juga boleh membawa tisu ini ketika travel ke luar negara, ia akan membuatkan travel journey anda lebih indah dan kurang stress hahaha ini melalui pengalaman saya sendiri ya, di mana setiap kali travel ke luar negara saya perlu memikirkan masalah menggunakan public toilet ni. Kini dengan Tisu Tandas Basah Kleenex® , masalah saya dapat di atasi sepenuhnya..

Thanks  Kleenex®  atas innovasi terkini yg memudahkan. You just made my life easier & Tisu Tandas Basah Kleenex®  will be my BFF starting today!


videoen


Bagi yg masih sangsi dgn inovasi penciptaan Tisu Tandas Basah Kleenex®  ni, anda semua jangan risau.... Anda boleh dapatkan sampel percuma di wwww.kleenexcleans.com.my dan rasai sendiri kehebatan inovasi terkini Tisu Tandas Basah Kleenex® ni. 


You'll definately fall in love with it. Believe me.

Anda juga boleh menyertai kuiz mudah untuk memenangi bekalan setahun Tisu Tandas Basah Kleenex® . 


Whoahhhh yang ni memang syiok. Who doesnt love freebies kan? I am sure all of you love it. So lets give it a try, who know u will be lucky.

Grand Prizes IPhone 6 yaaa.. Sesambil kita berkongsi pengalaman mana tahu rezei kita menang IPHone kan......

Setelah dapat sampel nanti jangan lupa ya kongsikan pengalaman anda menggunakan Tisu Tandas Basah Kleenex®  di media sosial dgn menggunakan hastag #KleenexSurvivalGuide

Thursday, March 17, 2016

Boboiboy the movie time

Halluuu.. Lama blog terabai. Bizi giler ya tuhan, sbbnya ada projek kita nak launch, so kat opis mmg tak cukup kaki tangan bt keje, balik rmh kdg sambung keje, pastu ngajar anak lagi, mmg seme terabai, wassap grup terabai, fb terabai, blog terabai hahaha... Utamakan mana yg penting ye dak.

Ni kisah weken 2 minggu sudah. Masa yg Boboiboy the Movie baru keluar tu. Kebetulan hasben cuti plak ahad tu, tu yg ajak g nengok Boboiboy ni, bebudak mmg dah lama tunggu movie ni. Sbbkan ahad pg bru decide nk tgk wayang, bangun2 tido trs g cr tix online. Merata gak cr GSC, TGV yg dekat2 area rmh, seme full booked. Sudahnya kami ke MBO Viva Mall. Hihihi

Kelaur pepagi, sarapan kat Bandar Tun Razak. Ini mmg jarang2 berlaku, selalu even nk kluar pn saya dah sesiap masak, ni mmg malas so makan luar aje la..



Adik yg sememangnya DIVA. Tak payah cete la, tengok la tu, keluar kete, amek spek mula lah bergaya sakan. Menurun sape ntah, mama idok gitu huhu..


Amek gamba ngan poster Boboiboy.. Nape gaya gitu Ar Rayyan oi? Macam2 la bebudak ni...


Rayyan ktorg dah kene beli 1 seat so skang kalau tgk movie kene beli 3 seat dah.. Anak2 dah beso mana boleh share2 kusi..

Overall cete boboiboy the movie best pulak. Masa memula nak tengok tu agak skeptikal kehkeh biasal selalu cete katun ktorg hanya layan kalau Disney je, kalau lain mmg jarang la nk p wayang tgk... Tp Boboiboy ni dah buktikan filem melayu pn best setanding la filem animasi luar negara.

Bebudak jangan cakap la bersorak tengok, time boboiboy kuasa lima tu keluar, bebudak ni pun sama bersilat dalam tu hahaha.. Tapi ok je kot sbb ada bebudak lain lagi horror lasaknya hihihi.. under control lagi la, cuma bab suara tu, kita suh ckp slow2, deme tetap la menjerit mcm tengok TV kat rumah hahhaha..

Habis je tgk wayang, bw bebudak g kat concourse hall kat bawah ada macam aktiviti utk bebudak.. ada ballon castle , clown macam2 la... so bebudak main la kat situ kejap..


Minta belon dr badut. Rambut dah serabai dah ha...





Sila lah g tgk boboiboy the movie, tak rugi.. hehhe :)




















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails