Wednesday, February 7, 2018

Perth Trip :Kwinana Adventure Park Heaven for Kids

Half day jugak aktiviti kami di Penguin Island. Sampai mainland dalam kol 2 gitu. Pastu mula la pikir nak g mana, rasa macam nk bawa anak2 g park. So tu terus pergi ke Kwinana Adventure Park. Park ni kat area Kwinana, korang waze je confirm jumpa, di tengah2 taman perumahan skit. 

Dr Penguin Island  nk ke sini dalam 30minit. Takde la lama perjalanan, drive santai2 je, sini mmg takleh drive laju dalam 60-80km/hr je. 

Sebenarnya sebelum pergi Perth saya dh google kat website pasal Park ni, agak teruja jugak la tengok 3D view kat website dia. Bebudak nampak park mmg dah melompat2 tak sabar nak main.

Memula kita pose dulu kat bench ni, bench ni unik sangat. Rare okay, macam diperbuat dr kayu ranting ke apa ntah.


Nah la panorama view park dia. Park die besar giler, ada banyak s ection, ada water park yg ni mmg  basah la, ada air pancut, budak nak mandi2 ke apa, main pistol air disediakan, nampak tak area yg berbumbung tu? Yang tu area water park games basah2 kat area situ.

Pastu ada area yg berpasir, budak2 boleh main dan ada macam2 games kat area pasir ni. Ada jugak bahagian adventure kat sini ada mcm flying fox utk kanak2, ada mcm2 games la yg adventure skit. 
Ada banyak slide, yg kecik, yg besar semua ada. Mana la budak2 ni tak tentu arah



Giant swing. Swing ni bapak besar. Muat kami duduk berlima okay... Mama pn jakun apatah lagi budak2 kan.






Area yg Rayyan pergi ni area berpasir... Mmg semua mainan kat situ macam korek pasir, pindah pasir, macam2 la.. Ada slide jugak kat area tu.


Dah puas main kita makan lunch, mmg dah siap masak dari rumah. Kita bt pasta tuna marinara je. Alhamdulillah budak2 makan habis heheh lapar kan, main2 lapar. Selain pasta tuna, kita bawa jajan macam KitKat, air kotak, Air Dare (wajib), sandwich. Dekat area South ni susah skit jumpa kedai halal, melainkan kebab or fish and chip sebab tu mmg saya masak utk lunch. Diner plak beli lauk masak makan kat rumah.

Kami makan kat meja picnic yg disediakan je. If nk bt BBQ pn kat sini ada disediakan pit BBQ, tinggal bakar je.



Ni la tempat area berpasir tu.... Budak2 mmg spend masa kat sini paling lama. Syiok main pasir. Setakat sy tengok, pasirnya putih bersih, takde la sisa buangan anjing atau manusia. Sebab tu yakin nk bg bebudak ni main kat sini.


Mama dok ayun dia atas giant swing ni, naik syiok sangat sampai tertido terus hahhaha.. Cuaca nampak macam panas tapi sejuk berangin, mmg nyaman je tido.


Apa lagi, main pasir la bukan selalu dapat peluang mcam ni. Mama pn tak marah mesti la kita enjoy puas2.



View yg sangat lawa, sesuai sangat nk fotoshoot tapi begini la, budak2 bukan dgr arahan hahahha. Takpe la janji ada gambar boleh mama bt fotobook nanti.


Ramai2 duduk atas giant swing ni, kemahen seronok diaorg ni main kat sini sampai taknak balik la.



Kita suka sangat pokok ni sbb macam besar dan lawa. Haha lepas tu paksa husband and rayyan posing situ.




One of the play area, ada lompat2 ala2 trampoline ni, pastu ada ketuk2 macam alat music. Overall mmg best taman ni, budak2 mmg stp hari ajak pergi tapi bila dah duduk Perth CBD jauh la dr rumah kan. dalam 30minit drive jugak hehhee...




Tak tau nama apa pokok ni, mmg sepanjang jalan banyak jumpa sbb unik marilah bergambar hahahha.



Ni la map Kwinana Adventre Park ni, besar I tell you.... 


List of play area dia, saya tak tipu mmg banyak ok.




No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails