Monday, October 1, 2018

Perth International Hawker Market & Jejalan sekitar City


Masa ni kat FB dapat notification ada Perth hawker Market malam dekat Hays Street. So ktrog pn decide saja nk join the crowd, nak tengok apa ada. Sebab tulis situ international food festival and ada halal kiosk so moh la try.

Susah cari paking kat area town ni and mahal. Cari paking ni ktorg guna apps. So dapat la jumpa paking dalam building. Saya lupa dah apps apa, apps tu tunjuk paking available and berapa rate.

Ktorg dapat paking dalam building, lepas tu terus keluar jaaln cari area Hawker kat mana. Best jalan sini, cuaca sejuk je. xde becak ketiak.



Kat sini senang nak lintas, pedestrial pn elok je. Kalau g Vietnam ke Indon ke pening nk lintas jalan. Surrender hahaha. Sini rilek je nk lintas.


Dah sampai area hawker. Dia macam satu kawasan lapang, buka gerai makanan international. Dari middle east ke western ke eastern. Name it semua ada, orang pn ramai. Konsep nya eat and go haha takde meja ye. So dok la tetepi tu makan. Hehhe merasa la anak2 pengalaman adventure gini. Tp derang enjoy je.




Meriah kan? Nampak tak tu Satay. Hehe bangga makanan Malaysia pn ada.


Ktorg try turki Gozleme ni, ya ampun sedapppp.....


Moroccan meal ni pn sedap.



Paella ni ktorg beli gak...

Dah sesiap tapau, bw ke tepi ada mcm bench, lepak je situ makan sesambil layan lampu2. Tapi pas makna tlg buang sampah ke tong sampah ye, jgn ditinggal gitu je.


Lepas habis makan, ktorg jejalan sekitar bandar Perth. Lawa sangat bandar Perth malam. Tapi tu la camera masa tu dah nyawa nyawa ikan. power bank pn habs, dah satu hari duduk luar kan.

So apa ada je la gambar.





Masa ni bayar paking, tak silap 10AUD haha bersama dgn RM34. pitam oi. Ada la dalam 5 jam kot paking.



So kalau korang travel nk masuk city, sayang duit takyah la bawa kereta. naik je la bus, ktorg ngn bebudak malas la nk berangkut sgt.


No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails