Monday, March 31, 2008

Di kala kebosanan..

Salam~~

Hari nie disebabkan terlalu lah bosan, saya telah membina fotopages bagi diri sendiri..
Luangkan lah masa bagi melawat Masyimalo's~mine seperti yang tertera di bawah tittle blogsroll di sebelah kiri blog niey...

Buku OH Buku 3

Salam~~

Kekecewaan kerana gagal cinta pertama membawa Nabil ke negara Kemboja. Niatnya adalah untuk berjihad. Namun, di sana, dia bertemu dengan sesuatu yang mengubah hidupnya. Dalam begitu, dia keliru bila tiba-tiba tersepit antara cinta lama dan perasaan sayang yang mula menjelma.

"Cinta itu adalah rasa yang harus diberi dan dikongsi"

Weekend nie bawu lepas habes baca buku nie sampai tak tido malam la membaca..Cete nie memang best sampai tak leh nak berenti baca sebokk nak taw ending die.. Novel-novel karya Aina Emir memang tak jemu dibaca..Tak sabar nak tunggu pesta buku 2008, nak beli karya terbaru Aina terbitan KarnaDya jugakss!!! Pastu mesti tak tido malam lagi baca buku..Isk..Isk...

P/S : Its true love is something we have to give and share...

Wednesday, March 26, 2008

Suami, Isteri dan....

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.
TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...
KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?"
TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?
Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !


Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...
Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI
Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain ..
Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..
Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan
yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???
Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memang tidak ada....
Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak,
ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

Ed tunang..


Salam~

Weekend p ke majlis Ed tunang..
Ed nie kawanku masa kat teknik dulu, ketua pelajar nakal die nie..Hee tapi pada hari majlis berlangsung tengok die ayu giler.. Canteekkk sangat berbaju putih hee~
Tahniah Ed, semoga segalanyer berjalan lancar..
Amin..

Monday, March 3, 2008

buku OH buku 2


cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
Addin mengemukakan teorinya begini:

  1. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
  2. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun kemudian...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz


~P.S. I love you~

..Story about losing a loved one~continuing to love that lost one..

Just finished read this book..It is heartwarming ,funny, realistic and sad. It has all the characteristics a book should have. The story and the characters touched my heart from the beginning right through to the very end.

P/S : 5 star for this book!!!
Buku nie telah diadaptasikan menjadik filem..
Hero & heroin will be Hilary Swank + Gerard Butler -->yg berlakon 300 tuh..

















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails