Showing posts with label solid food. Show all posts
Showing posts with label solid food. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Sharing : Baby food Chart


For new mommies or sesape je, food chart ni la yg saya guna as reference bila nk bagi food pada HS. And remeber here, kene follow 4 days rule. Makna di sini, 3/4 hari kita akan bagi baby makan menu yg sama tok ensure takde sebarang alergik. Lepas 4 hr alau ok, then maknanya baby boleh terima maknan tu dgn baik, so boleh la introduce veges atau fruit yg baru or lain pulak....



Sumber: Google image


Sumber: Google image



Sumber: Google image



Sumber: Google image



Sumber: Google image



Sumber: Google image



Sumber: Google image

Thursday, April 24, 2014

Solid Food Utk Sumayyah

Hari ni share solid food yg kita prepare tok HS. Alhamdulillah dr zaman Rayyan lagi, makanan anak2 mmg saya bekalkan, sepenat mana pun saya tetap akan usahakan utk buatkan makanan tok bekal anak2...

Sumayyah dah start makan since 5 bulan setengah, ada few veges and fruits yg saya dah introduce and she is ok with it. Antaranya labu, sweet potato, potato, carrot, epal, pisang, pir, broccolo, saderi, avocado hahaha banyak nyee hahaha saya memang follow veges and fruit chart tu tapi ada gak yg saya try and error, dalam chart maybe 8 bulan tp saya try bagi tengok ok, so terus proceed je... Ibu2 kat luar jangan tiru perangai saya ni tu hihi ni kes dah takde idea nk bagi makan apa,  Mayyah plak cepat muak kalau sama je menu so mama try je bg kalau tengok takde kembung, takde rashes so saya assume dia boleh maknan tu at that age....



Stok sayur mayur tok puri Mayyah, tok Rayyan sayur lain... Kalau ada option sayur yg organic memang saya akan beli yg organic... selalunya yg organic ni saya beli kat cold storage... Kalau Tesco ngn carrefour takde bahagian organic ni.....

Sayur macam labu, sweet potato and carrot ni saya akan buang kulit then steam kan... Kalau steam kita boleh kekalkan rasa manis tu, kalau rebus kurang sket.. Boleh jugak rebus tapi guna air skit tau....Epal pun boleh apply konsep yg sama....

Dah steam dah agak2 lembut, saya akan blender... Saya guna blender biasa je takde yg spesel for baby ke apa. Kebetulan hadiah kawen ritu dapat 3 biji blender, so satu sy guna tok blend cili, satu mmg khas tok bt puri and smoothies, satu lgi saya dah bg orang hihihi....



Bila dah blender saya akan masukkan dalam food cube macam kat bawah ni... So bila pagi senang keje saya, saya masak bubur nasi then agak2 bubur dah masak,  saya masukkan satu cube puri buah/sayur ni...

Puri ni saya akan frozenkan, malam sebelum tu saya akan defrost dlu. (Apply konsep yg sama macam saya manage frozen EB). So bila pagi puri dah tak keras kejung, boleh masukkan dalam bubur dan gaul rata....


Tang bubur nasi plak, if uols malas nak blender pepagi.. Uols boleh cuba try apa yg saya buat ni setiap wiken.

1. Amek beras perang dalam secawan rendam dalam 4 jam pastu basuh then toskan airnya.
2. Pastu sangaikan atas api perlahan, tujuan sangai ni nak keringkan beras yg dah dibasuh tadi... So takde la berkulat.....
3. Bila beras tu dah kering, boleh la blender kering.. So beras dah jadi halus mulus....
4. Bila beras dah halus gitu, pepagi nak masak amek je sesudu gitu masak dalam 20 minit... Bubur yg dah siap pun halus je, takyah blender dah... 

Senang keje pepagi... Bangun tido, masukkan beras sesudu dalam piuk, masukkan air, tenggek atas api... Pastu g la mandi, solat, setelkan susu seme... Nanti bubur dah masak, campakkan cube puri kacau sebati then pack dalam termal box utk bekal si kenit. Mudah je kan? Gitu la rutin setiap pagi saya, kadang buatkan bekal si Abang plak...

Setakat ni menu yg saya pernah try tok Mayyah

- Puri labu, carrot, sweet potato, epal, pir, pisang, avocado..
- Mixed puri labu+carot, epal+carot, avocado+carot, pir+epal, pir+carrot, carrot+labu, carrot+saderi...

Kalau avocado takyah blend pun if nak bg makan avocado saja, just lenyekkan then campur susu ibu... Kalau nk bt mixed puri avocado campur carrot baru blendkan bersama carrot....

Next month nak try menu lain plak tok Mayyah... Skang ni selalunya pagi Mayyah akan makan oat bersama fruit puri, lunch bubur ansi bersama vege puri....

Oat tu uols bolend blend halus dulu, tak payah basuh tau... Dah blend halus, pagi tu masak macam bubur nasi jugak, tak payah blend lagi dah...




Friday, March 21, 2014

Hannah Sumayyah & Solid Food

Start dr bulan Mac bila HS dah 4 bulan, hari2 susu dia tak ckup.. Memula hantar ke BS 8x4oz, belum pukul 5 kdg BS dah text kata susu dah habes, kelam kabut la mama balik cepat takot kang ada yg merengek nak susu....

Pastu dah upkan bilangan botol, tambah jadik 9 botol, pun jadik benda yg sama jugak.. Memula ingat grow spurt, so xpe la.. Kita just penuhi demand die... Pastu wiken bila saya jaga, saya monitor tengok dia memang banyak nyusus sbb dia tak tido.. Bukan taknak tido, tapi tido tak lena.... Cane eh nak cakap? Dia ngantok, kita tidokan dalam 15min dia jaga nak susu balik... Pastu tak tido dah.. Macam tak kenyang la susu tu... Memang kalau ikot logik, kenyang susu dengan kenyang makan berbeza pun kan... Tapi masa ni kita still taknak bg solid food lagi, nak tunggu 6 bulan baru bagi... Masa Rayyan dulu 5m2w start solid food, so at least nak tunggu 5 bulan....

Bila masuk 5 bulan, lagi terok demand susu dia, at one day sampai 40 oz sehari -____-.. Tanjat mama tau!
Susu kat rumah BS dah habes bila balik rumah menyusu lagi tapi tetap nampak macam lapar.. Ntah la, memula dok pk susu kita ni tak cukup khasiat ke...

Benda yg buatkan kita rasa dia dah patut makan selain dr demand susu ni bila satu kali tu kita makan sweet potato rebus, die sebok nganga2 macam nak sangat so kita pun try la colek hujung jari... Kita sua je jari, terus HS capai jari kita bawa masuk mulut nyonyot... Taknak lepas pulak tu... Hihi tengok la video kat bawah ni, abaikan background music abang tengah baca ABC hihi..



Bila tengok keadaan camtu, kita rasa die mmg dah ready for solid food. So terus gi dapor, kukus carrot then blend... Bagi dia makan dalam 10 sudu, amazingly dia pandai makan. Saya pernah baca if baby tak ready utk makan, dia akan luahkan balik maknan tu. Tapi kes HS, elok je die telan, siap jilat bibir hihi.. So i guess its about time dah.

Bermula la episod mama buat bekal solid food tok Mayyah.....



So budak kenit mama ni secara rasmi 5m1w dah bagi makan, awal seminggu dr abangnya... Hihi first day, mama hantar puri carrot satu bekas, dalam 3oz gitu... Tgahri BS wazzap kata licin, HS suka sangat makan, pas makan tido 3 jam... Lama betol, so memang betol la jangkaan kita HS lapa and tido tak lena.. So mommies, tak semestinya nak tunggu 6 bulan. If anak dah tunjuk sign perlukan solid food, kita boleh try bg..... Kalau positive, teruskan je bagi.. kalau baby refuse, maybe boleh tunggu dulu...



Bekal HS utk minggu ni. Memang puri carrot aje la sbbnya carrot je ada dalam peti.. Lagipun HS ada eczema, so saya memang follow 4 days rules utk solid food, so senang saya nak detect if HS ada alergik apa....

Nanti saya akan share lagi resipi2 baby solid food yg saya bg HS. Saya memang sediakan maknan bekal anak2 sendiri. Buka apa, seperti yg saya tulis di FB, saya kehilangan banyak masa bersama mereka, melihat mereka membesar sbb bekerja. So at least saya siapkan makanan diaorg, biar diaorang makan air tangan saya, air tangan mama diaorg. huhu sedih kan? 

Wednesday, April 18, 2012

Resipi: Spagetti Aglio Olio sesuai buat anak2 dan bapak2..


Hurm oleh sebab now Rayyan picky on solid food, beliau hanya suka makan pasta dan seangkatannya... Kalau bagi nasi bercinta la nak habes. So everyday, terpaksalah saya memerah otak memikirkan resipi2 yang sesuai buat si bujang yang dah pandai demand tu. Dalam masa yang sama tekak bapaknye pun boleh cater jugak. Malas ler nak masak banyak2, lebih2 lagi kalau hari kerja kan. 

So hari ni saya akan share resipi Pasta Aglio Olio versi Juelee.. T___T
Actually ni versi campak2 je, apa bahan yang ada dalam peti ais, yang itu la saya tabur masok.



Bahannya seperti di atas:

1. Bawang besar didadu
2. Bawang putih potong dadu jugak
3. Tomato penambah rasa
4. Hotdog dihiris
5. Kebetulan adalebihan chinken minced, so saya perabeskan je.
6. Cili padi tu lepas dah dah masak dah asingkan Rayyan punya, baru masukkan. Kami ni laki bini kalau tak pedas, tak emngancam je rasa nak makan.
7. Cendawan Shitake dihiris hiris.
8. Letak udang sikit kalau ada, kalau takde pun takpe..

Cara Masak:

1. Tumis bawang besar and bawang putih tadi tu sampai naik bau. Sebabkan ni menu asal tok Rayyan so saya tumis guna minyak sayur. Lebih sihat la tok baby.
2. Dah naik bau, masukkan hotdog, minced chicken, udang dan lain2 bahan basah yang ada.
3. Oh sebelum tu jgn lupe rebus spagetti or any kind of pasta and toskan airnya.
4. Lepas agak2 dah garing tu, baru masukkan cendawan shitake.
5. And then masukkan spagetti yang dah tos tadi.
6. Last sekali baru masukkan tomato.
7. Tabut sikit blackpepper.
8. Tok yang ada anak ekcik boleh la asingkan bahagian bagi si comel anda sebelum cili padi dimasukkan...

TARA.... Siap!


Ni la Spagetti Aglio Olio saya!!


Nyum Nyum Nyum...


Walaupun menggunakan bahan2 campak2, the taste turn out very yummy. Rayyan memang suka, makan bertambah2. Laju je suap. Cer kalau bagi nasik, hazabbbbb nak kasik habes satu suap....

Thursday, April 12, 2012

Grilled Salmon for Ar-Rayyan

Baru la nak update blog, Ahad ke Penang. Outstation. Ada keje kat sana. Bila outstation adalah super penat. Extra dari penat biasa. Yela, penat drive. Penat buat keje. Sampai hotel malam memang tido aje. Takde benda lain dalam kepala. Tu yang bila aku outstaion, blog terabai. Terlupa sekejap yang aku ni ada blog yang perlu dijaga. Nevermind. The hard day is over. Hikhik. now back to normal routine balik.

Nak cete, Rayyan dah 2, 3 bulan jugak refused nasi. Kalau suap nasi memang payah sangat nak bukak mulut. As mother, confirm la risau. Takut tak cukup khasiat pulak anak. Ada orang cakap, itu adalah fasa pembesaran diaorang. At one phase, akan ada fasa takmo makan ni semua. OK, it doesnt make me feel relief pun. Tetap risau. Normal la kan. Mak mana yang tak risau.

Macam2 benda aku try, I/ve read somewhere. Walau macam mana pun budak tak mahu makan, mesti ada one type of food yang dia suka. Exactly betol! Saat dan ketika ini, Rayyan sangat suka anything that related to pasta, kuew teow, bihun and mee. T_____T

Kalau masak all above that, memang laju je Rayyan makan. Tapi mama die la pening pikir menu everyday.
Selalunya cara mudah ialah, buat sup and rebus la pasta ke,  spagetti ke, bihun ke. Mee memang tak bagi sebab tau ada coloring and kita pun tahu mee pun tak berapa baik kan ada  asid borik la ape la. So better avoid. Bagi je yang natural based. Pasta is the best la for kids. 

And now new dish that we figure out yang Rayyan suka. Salmon grilled! Grilled bodoh je, marinate dengan pepper sikit and grilled. Alhamdulillah habes seketol ni Rayyan makan.


Ikan yang penuh dengan lemak O Mega.
Siyes, terasa rasa lemak bila makan. Rayyan suka, layan aje la. Mama tak suke. Hahaha but kita tahu Omega is good for brain development so boleh la beli lagi lepas ni.





Monday, October 10, 2011

Pasta for Babies.


Hehehe di pagi Isnin ni meh kiter share resipi for our babies ye..

Actually time2 wiken ni boleh la buat special sket tok anak, time ari keje mana sempat aje la... Janji berkhasiat... 

Pasta ni selalu Jue guna yang sama je jenama Heins, baby pasta.., yang ubah cuma gravy.. Nak try pasta lain, tapi since Rayyan hanya ada 2 batang gigi je dari 10 bulan ritu, tak berani la sebab die kadang2 kunyah pun tak betol2..

Meh Jue share kan resipi..

1. Pasta kasi rebus hingga lembut dan toskan.

Gravy tok pasta .

1. Rebus tomato & ubi keledek merah tu. - Jue guna tomato sebab nak bg rasa masam dan keledek merah tu nak bagi rasa manis.
2. Guna minyak zaitun tumiskan halia, bawang putih dan bawang.. Pastu masukkan isi ayam dan renehkan hingga masak.
3. Tomato tadi buang kulit dan biji ( sebab biji tomato bila blend tak hancur, bahaya.. Takut indigestion toward baby).
4. Bila ayam tadi dah empuk boleh tutup api.
5. Blenderkan tomato, isi ayam, keledek dan gunakan air rebusan ayam tadi sekali..

Garam, gula dan perasa Jue memang tak bagi Rayyan makan lagi.. Alhamdulillah setakat ni he's ok with it...

Jadi lah gravy die.. Ala2 bolognaise.. Cuma yang ni without cili la.. 
Ayam tu memang saja tumiskan dulu bawang dan halia tu, biar ada rasa dan bau sikit hehe..
Alhamdulillah Rayyan suke..

Uols leh la try ye..

Thursday, August 18, 2011

Cheezy Pasta Star For Ar-Rayyan

Kali ni nak share resipi for baby yang dah 8 month above..
Selama ni memang main menu Rayyan potridge je..
Tapi skang Rayyan dah choosy.. Haha macam mama die jugak..
Cepat jemu, so kene la me jadik kreatif prepare food tok anak bujang sorang tu..
Serius, bukan senang tau..
Sebab no added salt allowed sampai lah tiba masa yang sesuai nanti..
Rayyan plak takde gigi lagi so takleh la nak bg yg super keras nye solid food kan..

Finally I jumpe pasta ni kat Carrefour..
Terus la beli..
Cute sangat sebab ianya shape bintang gitu..


First of all boil the pasta..
Jangan risau kalau anak takde gigi lagi..
Sebab pasta ni sangat lembut sesuai ngan baby..
Lagipun baby by the age 8 month gusi die dah keras..


Bila pasta dah kembang..
Tapiskan then campurkan dengan cheese yang selalu kita makan ngan roti tu..
Thats all...

Semalam plak sbb takut Rayyan jemu makan pasta with cheese..
Me tukar ingredient die..
Rebus brokoli, ayam then blend sampai halus..
PAstu gaulkan ngan pasta yang dah direbus, campur cheese sket..
Gravy tu leh tukar2, yang penting mommy kene kreatif okeh!

Rayyan sangat suke!!!!!
Hehehe
So you all leh la try..
Menu yang senang, sihat & yang terpenting dijamin bersih dari air tangan ibu..

Wednesday, July 27, 2011

Congratulations to all mommies..

First of all aku nak congratulate all mommies kat luar sana yang susah payah bangun awal prepare solid food for their babies..
Instead of bagi readymade food, uols tegar bangun pagi nak siapkan makanan for our little one..
Share a very good news for us yang dah bersusah payah!!

Generic pic of a baby eating an apple.

Off to a good start ... study finds kids' fruit and vegetable intake is higher if they had homemade baby food. Photo: Natalie Boog

Babies fed home-cooked food are more likely to eat fruit and vegetables when they are older than those given meals from jars and packets, researchers say.

by the age of seven.

Infants weaned on homemade casseroles and puddings develop a taste for what is good for them

Experts from from De Montfort University in Leicester, and the universities of Bristol and Birmingham, analysed data from 7866 mothers of children born in 1991 and 1992.


The results showed that youngsters who were frequently given home-cooked fruit or vegetables aged six months were more likely to be eating higher amounts of fruit and vegetables at the age of seven than those given home-cooked meals less often.


There was no positive effect on later eating habits for babies fed shop-bought meals.

Writing in the journal Public Health Nutrition, the researchers said: "The findings support the concept that exposure to fruit and vegetables is important in the early weaning period."

Dr Helen Coulthard, from De Montfort University, said mothers should be giving their infants a home-cooked fruit or vegetable every day.


She said: "The range and type of foods that young children eat is becoming an increasing cause for concern.


"In particular, children do not seem to be eating the amounts of fruit and vegetables recommended

for health.


"In 1998 the average intake of fruit and vegetables in young children in the UK was two and a half

portions a day.


"There have been, and continue to be, many initiatives to increase this figure to the recommended

five portions a day.


"It is interesting that feeding babies ready-prepared fruit and vegetables at six months had no positive effect on later fruit and vegetable consumption.


"This may be due to the fact that infants are fed types of vegetables in ready-prepared foods that the family do not usually eat.


"It may also be that mothers who use ready-prepared foods do not eat as much fruit and vegetables themselves or are more likely to rely on convenience foods.


"In addition fruit and vegetables from packets, jars and tins are likely to have a uniform taste and texture, whereas those cooked at home or eaten raw will vary according to the variety of the particular fruit or vegetable, whether it is in season and the cooking method.


"These variations in the taste and texture of fruit and vegetables should expose an infant's palate to a wider range of experience, increasing the likelihood they will accept a wider range of foods."


The study found that babies weaned earlier, between four and six months, and exposed to fruit and vegetables regularly, had the highest level of consumption aged seven.


Those weaned when they were aged around six months old, and given fruit and vegetables less frequently, were less likely to eat fruit and veg aged seven.


However, those babies given home-cooked fruit and vegetables at a later age but given them more frequently, had similar levels of consumption as those given them earlier.


Dr Coulthard said the early weaning period is an important time for the introduction of fruit and vegetables.


"It is likely that mothers who place importance on providing their child with a diet that is high in fruit and vegetables will start this process during the early weaning period.


"Health workers should encourage the introduction of home-cooked fruit and vegetables rather than ready-prepared baby foods to infants during the weaning process.


"High levels of fruit and vegetable feeding should be recommended early in the weaning process to optimise the effects of exposure."



Read more: http://www.smh.com.au/lifestyle/wellbeing/healthy-diet-starts-with-baby-food-20110720-1hobs.html#ixzz1TGzxJpMx

Resipi Oat + Fruit for baby


Now Rayyan dah 9 months...
saya perasan dia dah kurang nak makan bubur nasi maybe sebab jemu kot..
So now me pelbagaikan menu die..
Breakfast me akan bangun awal buatkan oatmeal and for lunch still lagi bubur nasi, for dinner is either biscuit or suhun lembut+sup..


Kali nie saya share recipe oat...
Actually ada banyak tau recipe oat ni yang uols boleh try..
Ni one of yang saya dah try la...
Pasni saya akan share lagi, dun worry saya tak kedekut..
Sharing is caring!!

Since Rayyan takde gigi lagi so agak masalah gak nak bagi makanan pejal kan..
Tapi pada umor Rayyan skang saya dah kenalkan die kepada makanan pejal since 8 months lagi sebab takut kalau lewat nanti die efek plak jadik tak pandai mengunyah ke or so on..
Info ni saya baca tau, bukan pandai2 buat fakta sendiri..


Kalau bubur nasi, skang ni memang saya tak blender dah sebab nye bila masak dalam slow cooker tu, nasi tu memang dah lembut sangat, so saya hanya blend sayur+ayam or lauk2 yang lain then campur dan gaul ngan bubur nasi yang siap masak tadi..

So nasi tu macam kenyal2 sket la, kene la kunyah2 sket guna gusi.. Gusi Rayyan memang dah keras, takde la masalah nak ngunyah tu...

Sama gak ngan oat ni, oat saya tak blend, just masak atas api.. Yang blend cuma buah-buahan..
If anak uols dah leh makan pejal dah ada gigi, takde masalah la...

Just masakkan oat atas api.. Campur susu ke or air biasa.. Up to you nak masakkan oat tu dengan apa..


Macam saya, saya masakkan oat campur susu sket...
Biar rasa lemak2 sket..
Can use formula milk or breast milk..


And then saya rebus epal+kurma... Pastu blend then campurkan dengan oat tadi..
Kalau anak dah ada gigi, leh la potong2 buah-buahan yang pelbagai, such as epal+kiwi+pisang and letak topping kat atas oat nie.. Sure nampak menyelerakan..
Remember, kid sangat sukakan colorful..
So kalau food die ada macam2 kaler sure lagi menarek hati nak makan kan...

Nyum Nyum.. Berselera Rayyan makan..
Uols boleh la try...
Bergantung pada kreativiti uols la, leh jugak campur ngan yogurt ke, ngan ikan bilis pun boleh...

Nanti saya share recipe yang lain ok.. Maybe suhun sup kot hehee..

Wednesday, July 20, 2011

Jadual pemakanan bayi ku Ar-Rayyan


Entri sambungan cuti2 kami insyallah aku akan sambung bila aku dah kurang sibok, minggu ni agak bizi sebab Santu ni aku ada exam untuk profesional cert aku so kene stadi, nak taip netri pun leh taip yg lite2 aje..

So hari ni aku nak share jadual pemakanan Ar-Rayyan sejak die masuk 8-9 bulan nie..
Ar-Rayyan akan ada 3 main meal which is breakfast, lunch and dinner. Tapi between tu aku ad ala bagi snack macam biskut ke buah ke..

Ar-Rayyan jnis bangun awal, kol 6 selalunye die dah bangun so memang takde masalah, pagi2 sebelum gi keje aku suapkan makan, kalau tak sempat barulah minta BS dia suapkan..


730-830 : Breakfast ( Oat+ buahan @ Sayuran @ kurma @ kismis)
1000 : Baby biscuit
100 : Lunch ( bubur nasi + ayam@ikan + sayur )
330 : Buahan ( oren sunquick @ epal @ betik @ pear)
630: Dinner ( bubur nasi + ayam@ikan + sayur )

Kalau rayyan tido lambat sebelum tido aku akan bagi makan biskut... Selalunye Rayyan kol 9 dah tido dah...

Pernah try gak nak bg Rayyan minum air glucose tu kan tapi Rayyan tak suke, dia lagi prefer air suam so memang akan bagi die minum air suam...

Between emal tu memang akan ada susu la kan, Rayyan minum susu kalau siang 7 botol X 5 oz...
Banyakkan?
Hehhe takpe la, janji anak mama sihat..

Nanti saya share resipi Bekpes Rayyan, yang oat+buahan tu..
Bagus tau for baby.. Oat kan makanan yang sihat, lagipun Rayyan tak suke nestum tu yang saya ubah guna oat tu...


Memang dari 6 bulan Rayyan tak penah makan nestum, pernah try nak bagi sekali tengok die takleh terima, so sampai skang tak pernah la bagi nestum.. Which is good la kan, sebab nestum kan readymade food, banyak artificial ingredient yang kita tak tau dalam die..


Ok, tu saja nak kongsi ngan mommies sekalian..

Gambar buah hati saya buat tatapan kalian..



Thursday, June 9, 2011

Food For My Love | Resipi Solid Food

Rasanya sebabkan hobi aku ni memasak..
So aku nak bt segmen resipi la every week..
Satu resipi solid food yang aku masak tok Ar-Rayyan..
Satu resipi makan laaaa..

Jom la sesama kiter memasak tok famili kiter..
Insyaallah kebersihan lebih terjamin ..
Yang penting menambahkan rasa sayang suami dan anak2 pada kiter..

OO ni resipi Ar-Rayyan minggu ni..
Ni resipi baru nie..
Since Rayyan dah 8 bulan, aku mula introduce meat kat die..
Daging ni kan pembekal protein, but remember..
Meat shud be eaten once a week yo!!!!!




Kat atas ni gambo sebelum blender..

1. Beras segenggam
2. Carrot dipotong panjang
3. Daun sup.

Memula rebus beras sampai kembang bersama daging then baru masukkan carrot dan daun sup penambah aroma.. Boleh jugak guna daun saderi ye kekaawannn..




Taaadaaaa sesudah blender.. Yummyyy!!!
Rayyan suke sebab ada rasa manis2 daging tu...

Monday, May 16, 2011

Resipi solid food tok anak

Masuk bulan ni dah sebulan aku bagi solid food kat Ar-Rayyan..

selama sebulan ni dah macam2 gak introduce kat Rayyan.. Antara menu yang aku dah bagi meh kasi list kot2 korang leh guna tok resipi anak korang kan..

  • Carrot+ikan bilis
  • Brokoli +ikan bilis
  • Carrot+epal+kismis
  • Brokoli+kismis+epal
  • Carrot+pear+aprikot
  • Aprikot+kismis
  • Kentang+karot
  • Kentang+brokoli
  • Bayam+ikan bilis
  • Bayang+kentang
  • Avocado+carot
  • Avocado+kismis
  • Avocado+brokoli
  • Avocado+aprikot
Heheh tu je la menu yang diperkenalkan setakat nie.. Selama sebulan ni Rayyan makan lunch n dinner je..

Start 7 bulan ni dah bagi bekpes.. Sebabkan Rayyan tak suke bekpes so mama kene bt puree tok bekpes Rayyan, lunch and dinner bubur nasi...

Kalau dulu puree bagi waktu malam.. Skang kene tukar.. Rayyan takmo langsung makan nestum or any baby biscuit so nak tak nak kene la bt puree ni.. Setakat ni puree yang dah try

  • Carrot+kismis
  • Kentang
  • Avocado
  • Avocado+kismis
  • Pisang
  • Pisang+kismis
  • Epal
  • Epal+kismis
  • Pera
  • Pear+kismis
Most of the menu memang aku akan letak kismis.. Bagus untuk otak kan, tips die sambil rebus tu basuh2 kismis or others ingredient tu selawat la sambil doa semoga anak yang kiter siapkan makanan tu emmbesar jadik anak yg sihat soleh dan bijak.. Insyaallah, kuasa air tangan ibu.. Bukan kilang hehhehe..

So bulan ni ingat nak kaisk try labu, keledek merah, oat, barley..... Hopefully rayyan suke...

Ni la die bekpes Rayyan, wiken akan blend and simpan dalam baby cubes masuk dalam freezer..

Baby cubes ni best sebab die bertutup and ada tray so senang la nak organize dalam freezer..



Malam sebelum tido akan turunkan ke bahagian ats bagi cair.. pagi2 masa bersiap tu panaskan dalam warmer so bila hantar kat BS takde la susahkan BS lagi nak panaskan, tinggal nak suapkan aje..

PS/ aku bersyukur ngan BS yang baru nie.. Dia sangat baik dan jaga Rayyan ngan baik sekali, no more komplen2...

Tuesday, March 22, 2011

Semangat Chef tok anak Plak | Solid Food tok Ar-Rayyan

Sebabkan mama AR-Rayyan ni ngah semangat nak prepare solid food tok anak die.. So meh la kiter sharing info2 yang saya tau ye...

Berkenaan resipi puree avocado semalam... Ada yang bertanya, camne nak tau avocado dah beli tu dah masak ranum..

Sebabnye avocado yang tak masak, keras cam batu.. Memang takleh nak korek2 isi die..

Kiter leh tengok based on structure color die.. Kalau dah masak, kaler die akan perang keseluruhan dan lembik bila ditekan...

Bila kiter belah isi dalam die lembut je and creamy...

Avocado ni bila beli kalau masuk peti ais memang tak masak ranum sampai sudah.. Kalau rasa nak guna nak buat puree, biarkan je dalam bakul for 1-3 days, bila terdedah dalam suhu bilik, 2-3 hari die masak la.. Tapi kene monitor la, takut terlebey masak, busuk sudah...

And lagi satu, avocado ni mudah lebam so kalau dah kupas nak elakkan lebam, perah la setitis dua air limau nipis ke limau kasturi... Setitik dua je tau.. Jangan banyak2..

Tu saja tips tok hari ini bagi masakan baby..

Monday, March 21, 2011

Avocado Puree tok Ar-Rayyan | Baby solid food

Aku dah introduce Ar-Rayyan with Solid food.. Wiken aritu try.. Alhamdulillah die suka, dan boleh telan..

Memula cam was2 gak perlu ke bagi, sebab die baru 5 bulan 2 minggu.. Tapi ada satu incident menguatkan aku, aku perlu bagi.. Lately malam2 die mesti jaga dan menages.. Huhu pastu bagi nenen baru senyap dan tak elpas sampai pagi.. Lenguh makcik haaaaa..

Pastu ada sekali tu, aku dok dukung Rayyan, tangan pegang roti nak makan, sekali beriya2 la die meyua mulut sambil nganga nak ngap roti yang aku pegang tu.. Kesian.. maybe die lapar dan dah tau nak makan kan.. Pulak tu dah aktif semacam.. Tu yang aku decide bagi je la makan, coba2 je dulu..

1st menu aku kasik try puree avocado.. Hehehe meh aku share camne aku buat puree ni...

Ni la die buah avocado kekawan.. Beli kat Cold Storage.. Rege boleh tahan mahai, tapi demi anak dan memikirkan kahsiat yang banyak dalam die, aku beli jugak.. Tutup mata je la tengok rege, takyah nak berkira ngan anak.. Kerja carik duet pun tok anak2 jugak..


Packaging die ada tunjuk camne nak tau yang dah ripe tu ghuper die camne.. Bagus gak info nie, sebab tak pernah hayat aku beli buah avocado nie.. Pestaim beli, tak tau nak tengok camne rupe dah masak ranumnye.. Kalau rambutan tu tau la nak tengok camne rupe yang dah ranum tu..


Dah pilih buah yang sesuai, belah dua cam gambo nie...


Pastu korek ngan sudu isi die...


Pastu lenyek2 sampai jadik gini.. Isi die lembut je..
Aku try gak rasa, buah ni tak manis tapi die lemak2 gitu... So aku campur breastmilk nak kasik juicy sket...

Rayyan suke!!!!



Nanti aku share menu2 yang lain ye..

Friday, March 18, 2011

Tip masak bubur nasi tok anak | Solid food

Saya tahu ramai mommies yang kat luar tu bekerja dan tentu cam pikir.. Camne nak masak bubur nasi tok anak.. Takkan nak bangun subuh alam masak bubur nasi..

Dah la masak bubur nasi leceh, kene jaga api die, jaga air die.. Silap2 kang nasi leh hangus, atau dari nak buat bubur terus jadik nasi seketol.. Hehehe saya paham itu, sebab saya pun ibu bekerja gak.. Tak gigih wei nak bangun 5 pagi... Bangun kol 6 pun dah tersenguk senguk rasa..

Okeh meh saya ajar, kiter leh guna satu alat yang berguna.. Nama die SLOW COOKER.. sape tak tahu tu slow cooker leh tanya Mr Serba Tahu, Encit Google kite..



Slow cooker ni memudahkan kite ibu2 berkerja ni nak buat bubur nasi.. Malam2 sebelum tido, mommies sume leh je campak segenggam beras ke secupak ke then masukkan air kalau nak tambah sayur ke daging ke ayam ke hape silakan campak saja.. Pastu ON, dan tinggalkan je.. Kiter masuk tido..

Bila bangun pagi besok, siap la dah bubur nasi.. Tinggal blender je.. Mudah kan?? So takde alasan malas nak buat la bubur, leceh la nak buat... huhu nak yg terbaik untuk anak, kene la berkorban sket ye tak.. Remember, tok baby lebey elok makanan ni kiter prepare sendiri bukan makan yang dah diproses atau readymade...

Jangan riso pasal periuk tu semalaman, die memang direka cipta gitu, nama pun slow cooker.. Mana aku tau pasal ni?? Dulu mak aku keje nuseri kat UIA, so die kata orang kat nuseri tu masak bubur nasi tok baby kat nuseri gini la caranye, guna slow cooker..

So, skang boleh la gi JJ ke carik sebijik hehehe.. I dah ada, amek mak punye.. HAHAHA eh mak pinjamkan lah ...

Tuesday, March 15, 2011

Peraturan selama 4 hari | Introducing solid food

Apakah 4 days rules ini??

Actually dalam memperkenalkan baby dalam solid food, dinasihatkan kiter follow 4 days rules ni.. Die gini, selama 4 hari kiter bagi baby kiter makan solid food yang sama..

Contohnya:
Day 1- Day 4: Bubur nasi+ Carot
Day 5- Day 8: Bubur Nasi + Bayam + ikan bilis..
Dan seterusnya..

Kenapa ye???

Sebabnya melalui cara gini, kiter boleh detect baby kiter ada any alergik atau tak.. Some babies yang ada history family alergik, memang sangat bagus follow 4 days rules ni.. Sape yang less history allergik tu, leh la reducekan ke 2 hari ke kan... Ikot kesesuaian masing2...

So for mommies out there yang nak introduce solid food for their baby, boleh try this method.. Untuk beginning je, pastu leh la campur2 ..

For detail, refer sini..


Monday, March 14, 2011

Ar-Rayyan & Solid Food..

Ar-Rayyan skang dah 5 bulan 10 hari.. Alhamdulillah masih lagi menyusu badan sepenuhnye.. Diulang SEPENUHNYA tanpa sebarang campuran susu formula.. Kenapa perlu bold perkataan sepenuhnya tu? Because I'm proud of it, I'm proud I can fully breastfeed my son untill now and hopefully sampai umur setahun...

And skang saya tengah search on solid food preparation and type.. Buat masa ni tengah survey what type of puree yang sesuai tok Ar-Rayyan bila 6 bulan nanti..

Okay, kenapa saya tak bagi Nestum je? Senang di bancuh sedappp dimakan... Huhu sebagaimana saya telah masak tok suami dan jarang sekali makan diluar, begitu jugak lah saya ingin pektikkan pada anak saya.. Say no to readymade food..

Uols pun tau, kalau makan kat luar kebersihan diragui.. Kalau readymade? Sama jugak, kebersihan diragui, bahan2 pun diragui... Kalau perot kiter yang dah tua bangka ni, mungkin boleh tolerate lagi.. But, perot baby??? Huhu better prevent than cure.. Selagi saya terdaya, insyaallah akan saya usahakan untuk membuat homemade puree, bubur nasi tok Ar-Rayyan...
Air tangan ibu tu yang terbaik kan... Tingin jugak bila dah tua sok, bila anak2 dah jauh.. Anak2 akan merindui masakan saya, mama mereka.. Hehehe

Skang yang saya masih lagi tengah belajar pasal solid food nie, insyaallah akan share ilmu yang saya dapat... Dan resipi tok Ar-Rayyan, setakat nie saya dah siapkan Ikan bilis bakar tanpa minyak yang telah diblender halus tok diisi dalam bubur nasi..

Remember, gula dan garam tak dibenarkan.. So kiter leh replace favor ni sume ngan ikan bilis, labu, carrot, kentang... Kene pandai lah mix and match, yang penting kene ada sayur, buah, dan karbo.. Diet yang balance...

Ok, nanti kiter sambung lagi pasal solid food nie..

Saya dah ada buku ni, kamu dah ada?




















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails