Showing posts with label RAYA. Show all posts
Showing posts with label RAYA. Show all posts

Thursday, August 13, 2015

Raya di Melaka


Masa hari Sabtu ritu ktorg gi beraya kat Bukit Katil Melaka, rumah BFF mawar.. Plan ngn Fatimah nak g, sekali Saz pun nak join... Cuma Azrin, Liza, Hani ngn Imah yg tak dapat join. Its ok, mana ada je...

Awal pagi ktorg dah gerak, sbbkan malas nk bt bekpes so pg tu ktrog bekpes kat kedai ja.. Tu pun hasben ngn Rayyan je kluar sbb Mayyah tido so malas nak kacau.. Kita lepak dalam kete aje la.. Ktorg ikot jalan dalam exit senawang then baru masuk highway sampai Air keruh. Tak jem pun jalan.
Masa sampai, ktorg sampai dulu. 


Sementara tunggu yg lelain sampai, bebudak puas la main kat luar, laman rumah mawar luas plak tu mmg seronok sangat Rayyan ngn Mayyah jumpa kawan main...


Masa ni hasben ngn hb Mawar gi surau semayang  Zohor, kita pun amek peluang la posing2 ngn anak dara hehehe... Ni pun minta Rayyan snapkan gambar, eh pandai plak abang tangkap gamba skang... Kalau tak tu asyik la gegar gambarnya hihihi..


Posing bukan baju raya.. Haha ni baju mix and match je.. Baju raya kita sepasang je tahun ni, baju di pagi raya warna merah tu je... Tahun jimat cermat kan, so guna apa yg ada. Lagipun kita banyak baju yg elok2 lagi yg jarang pakai so mix and match aje la...


Aritu Mawar jamu kami makan tengahari, ada siakap besar masak 3 rasa, kepah tumis air, sambal belacan dan ulaman, rendang ayam, ketupat palas, sambal udang... wah pelbagai menu makyung ni jamu kami.. Ni yg best kalau gi rumah mawar. Pastu Fatimah lak bawa cake sempena beday Khalif anak Mawar no 2...

Ni 3 org BFF saya ni, tiga2 peknen.. Hihi Fatimah peknen anak k4, Saz peknen anak sulung, Mawar peknen anak ke3. Alhamdulillah murah rezeki BFF seme. Kita nnt la lagi 3 thn baru menyusul eh...


Meh selfie jap... Tangan kita pendek, payah nau nak selfie.. dapat masuk muka sipi2 ja..


Bergamba bersama kek... Payah betul nak panggil bebudak suh potong kek, seme dok main kat luar laman.. Para bapa lak dok sembang kat hall, kemain rancak sembang sampai taknak balik...
dah kol 5 kita terus prompt hasben bila nak baliknya hahhaa patut plan asal lepas raya rumh mawar nk g ziarah makck pakck kat Lubok China, sudahnya tak sempat pun. Dah agak dah. sbb mmg kalau raya rumah mawar, leka bersembang memasing. Hasben pun kalau jmpa hasben BFF ni pon ralit dok sembang gak...


Akhirnya dpt pggl bebudak potong kek. Awat Khalif bt muka lagu tu dik?


Kanak2 yg ceria seme.. Kek tu sedap... bnyk gak kita makan sbb kek jenis tak jemu makan... Strawberry cheese tak silap nama die.


papepun best raya ngn BFF, bukan selalu dpt jumpa pun...


Thursday, August 6, 2015

Syawal ke 3 kat KL

Malam raya ke2 tu lepas magrib kami dah gerak balik KL. Alhamdulillah jalan tak jem pun. Gerak lepas Magrib, kol 10 camtu dah sampai rumah. Bebudak pun tido je dalam kereta, kepenatan main seharian kan....

Besoknya tu kami gi raya rumah mil plak kat Beranang. Pepagi lagi dah kejutkan bebudak bangun  mandi sesiap nk g umah nenek. Sebelum naik umah nenek, kita posing dulu kat bawah.


Dok umah nenek makan2, pastu hasben ajak g jalan.. Takde arah tuju pun hahah last2 g IOI City Mall Putrajaya, gi jejalan cuci mata kat mall lak. Tak sangka ramai je org beraya kat mall hahahah...



Dah puas jalan perot pon lapar, moh ler kita makan kat Johnys.




Kitaorg order set nasi sebab memasing kelaparan nak makan nasi pastu amek set steamboat yg utk 2org. Licin habes uolsss...


Wednesday, August 5, 2015

Syawal ke2 kami

Syawal ke2 kami masih di kampung tapi hari ni kami menerima kunjungan orang je la... Sbb selalu sedara mmg datang ziarah opah, time ni je la jumpa seme. Menu itu hari nasi ayam ngn lauk kampung. kehkehkeh. Apa lagi lauk tempoyak daun la, kata tempoyak banyak, Pucuk paku petik je belakang umah. Kemain banyak pokok pucuk paku opah kita.

Perapan ayam utk bt nasi ayam.


Ini bahan2 utk masak tempoyak daun. Hehehe nnt kita share resipi, senang je uols...


Kat luar plak, idupkan api nak bakar ikan terubuk.


Macam biasa, durian dilupa jangan. Dessert wajib raya kali ni. Durian kampung beb!



Gulai tempoyak pucuk paku yg mabeles...


Gulai rebung ngan ikan masin..


Ikan bakar..


Menu hari ke2 mmg tema kampung sungguh. Nasi ayam utk tetamu dan anak2. Hihihi... Kalau duduk kampung mmg makan aje la ceritanya. Dah la menu sedap2. Mmg lepas raya naik berkilo kilo la ni..


Tuesday, August 4, 2015

Menu hasil air tangan saya di pagi raya

Masa 1 syawal selain ada menu rendang daging, rendang ayam, rendang kerang, nasi impit & lemang.. Kita tahun ni spesel bt soto. All dari awal sampai siap seme kita bt sendiri. Masa malam raya tu sesiap kopek kentang, goreng then tumbuk. Pagi raya kol 4 dah bangun siapkan kuah soto, buat begedil, carikkan isi ayam, goreng suhun seme. pergh rasa cam x caya. Heheh dlu mak yg siapkan juadah raya, now dah fasa saya plak yg siapakn juadah raya utk famili. Walaupun pagi tu berebut la dapor sbb Ucu kita nak bt rendang ayam, hihihi kita plak dok bt soto. Tapi alhamdulillah seme lauk dapat siap sebelum kul 7.



Soto yg laku keras hari tu. Hihi begedil tu jenuh gak nk bt bebanyak tp ok je dapat gak siap dalam 60 biji. Sape yg kendian mmg makan takde begedil la sbb sekejap je begedil tu licin hahahhaa...

Kat perak mmg jarang ada rumah yg prepare soto, kami pun baru tahun ni saya plan masak soto sbb utk bebudak senang kuah sup gitu. Kalau org tua nak makan buh la cili hitam. Tu yg menu ni laku keras. Licin seperiuk beso.

Tahun depan raya KL, masak kat rumah sendiri la jawabnya hihihi...

Monday, August 3, 2015

Keseronokkan di kampung

Lepas semayang Jumaat baru kami g beraya sbb dok layan org datang pastu dah panas mencarak.. Lepas solat jumaat dah reda baru kami kluar beraya... Adik pun dah tukar uniform. Gi 2 bijik rumah je. Pastu balik umah opah balik, tunggu malam plak nk g umah paklong. 

Balik dr beraya ptg tu, kami dok kait rambutan pokok opah. Pokok ni belakang umah je, banyak buah, dah la manis isi rambutan tu cuma kerengga je banyak.


Papa nya dok kait, anak tukang kutip.


Budak bandar seronok dok kampung kutip rambutan main keliling rumah.


Yg kenit ni pun tolong kutip gak sampai kene geget kerengga...


makan fresh2 pas kait terus NGAP...




Ni la ktiviti kami di kampung.


Malam kami g beraya rumah paklong plak.... Reramai konvoi g raya heheheh..



Besar kan famili saya? Bila raya je dapat kumpul reramai meriah gini.... Time tak raya payah nk kumpul semua gini...

Friday, July 31, 2015

Gambar keluarga di pagi raya

Dah habes salam2.. kami pun posing la gambar raya.. Tapi tak dapat nk snap bebanyak sbb famili Paklong kita datang. So kenelah masuk rumah sesiapkan juadah utk tetamu ye dak... Kita share je la gambar raya famili kami....


Tahun ni dapat bergambar berdua hihihi best best..



Bergambar dgn mak.


Dengan famili Ateh. Aih rindu arwah Pakteh.


Anak dara sibuk nk pegang pelita..


Ngn Ateh n  Ucu.. tapi anak2 Ucu semua camera shy kahkahkah


My adik bongsu & Mak


Dua beradik ni tak tau apa cete. Si abang masukkan duet raya dalam beg adik.. Hihihi..


Otai kg pisang


Famili Mokde.


Thursday, July 30, 2015

1 syawal edisi bermaafan

Hari yg dinanti 1 syawal pun tiba. Ni kali Raya ke 2 untuk Sumayyah. Masa 1sti time  raya belum setahun lagi so tak pandai lgi berjalan and tak paham erti baju raya, baju cantik. Tahun ni, budak kenit ni dah bijak, dah pandai makan kuih raya, pandai makan lemang dan rendang ok! Pandai dah salam raya, pandai dah nak pakai baju cecantik. Si  abang lagi la pandai kan, dah byk kali raya. Pape pun, raya kali ni anak2 enjoy.

Pagi raya hasben balik semayang raya, cepat2 kita tarik tok sesi amek gamba ngn salam2. Org lain seme sibuk bersiap lagi kehkeh.. So dapat la kami bergambar tanpa gangguan gitu. Kat kampung mmg kene awal bangun and bersiap sbb ramai umatnya, bilik mandi satu je hihihi.. adik2 sepupu yg bujang biasa la, nak lilit tudung je 30min so kita yg mak2 ni dah siap dulu dah.

Si abang gambar tahun ni macam2 pose die bagi. Sabo aje la...


Gambar sekeluarga hehehe... walaupun ada yg tak pandang kamera..


Adik bersalam raya ngn papa...


Mama plak punya turn nak salam. Masa ni rayyan dah ke mana ntah. Kat kampung mmg tak diam dia sbb ada geng kan.


Nak salam pun boleh posing kihkih... Minta maaf kat hasben kalau ada tersentap, terkurang, terkecikkan hati. Biasala iols ni mulut je bising hati baik. Kehkehkeh. Ye la kalau mulut ni tak potpetpotpet, sunyi sepi la rumah hihihhihi...



Adik plak salam raya....


Kat kg ada 3 org kanak2 ni tapi ini pun cukup riuh ok. RIUH!


Adik salam opah minta maaf konon.


Last2 die posing bila nampak kita amek gambar hihi mmg kaki posing ni..


Yg ni tak payah cakap la. Apa punya pesen salam ntah la.


Ni opah kita ngn makteh kita.


Salam mama je molek gambo nya.. hihi dah salam minta duet raya. Takde duet raya, kita g legoland hujung bulan nanti yep.


Adik2 ngn mak saya plak bersalaman..


The only menantu lelaki yg mak den ado... hihihi...


Ni la pakcu, org kuat di sebalik lemang



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails