Showing posts with label besday. Show all posts
Showing posts with label besday. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

Menang Jam Roscani worth RM900

Cerita last month. Kita menang contest dr magazine, hadiah die Jam Tangan Roscani. Masa dapat SMS tu kita pun tak tau jam lelaki ke jam perempuan. Tapi mmg suka la sbb kita memang pengumpul koleksi jam tegar hehehe rasa kita pernah share dulu, jam2 yg dalam koleksi kita. 

Free je sehari tu, terus la g collect adiah kat PJ sana, rupanya dekat je ngn opis, cuma jalan tu pening skit sbb jalan kat area PJ byk dah jadik one-way, berpusing gak la hahahaha. 

Jam yg saya dapat ni la dia, dalam bekas merah. Nampak ekslusif you. Mau tak ekslusif, regenya RM899 hoiii. Menitis airlior dengar. Tapi rupanya jam tangan lelaki.


Ni la jam nya, besau surface, solid dan lawa. Kaler brown. Kita mmg suka earth color gini, kebetulan plak besday hubby bulan 9. Konon nak jual la jam ni tapi bila pk bagi adiah kat hasben aje la dah kebetulan besday die, jimat duit kita tak payah beli adiah hihihi...


sebulan lamanya kita peram, bulan lepas besday dia barulah saya bagi hehe kemain hepi org tu dapat jam tangan baru. sebelum ni mmg hasben takde jam, sbb jam hantaran dulu dah rosak pehtu mmg takde beli2 jam pun... Kira ni adiah besday merangkap ganti jam hantaran yg rosak tu la kan...

Pagi besday tu selamat dah pakai. Ktorg dedua pakai jam tangan kiri kehkeh tengok gambar ni baru perasan.


Tuesday, October 13, 2015

Rayyan 5th besday celebration

4th October Ahad lepas genap dah usia Ar Rayyan 5 tahun. Ya allah sekejap sngat masa. Tup tup dah bujang dah anak sulung kami ni. Macam biasa Rayyan tau October adalah bulan besday dia. Masuk 1 october je dah demand hadiah hehe. So ritu bawa la g Chow Kit cari adiah, dia sibuk nak skuter. Pilih2 dapat la adiah sebijik skuter eh bukan skuter motor tu tau hahaha. Ni skuter yg bebudak naik selalu tu. Next entri la saya cerita.

4 october jatuh hari Ahad, kebetulan hari tu papanya keje plak. So saya just order kek dari Fad. Mujur Fad willing nak hantar ke rumah, nk drive ber3 g collect cake mmg horror kot. Kang habis la penyek kek dikejekan si adik ni, bukan leh caya ni.

Tghari hasben balik nak celebrate, siap beli belon deco2 seme. Masa tu anak2 seme tgh tido, so berdua la dgn hasben dok deco, tiup belon hihi padahal nak celebrate anak beranak je. Tak pe la kasik feel skit, maklum lah tahun ni kami celebrate berempat je. Tahun lepas siap party, Rayyan rikuest gak bt party, tapi tahun ni mama bizi sangat and bajet pn tak meriah. Nnt la tahun2 depan bila adik pn dah paham kita bt besday party lagi ye.

Bangun2 tido, terkejut Rayyan tengok "ehhhhhh lawanya siap belon".. Muka terus senyum sbb tau besday dia.. Siap tanya, nnt kekawan datang ke mama.. aloooooo tahun ni celebrate berempat je la sayang. next year la if ada rezeki lebih... Pujuk2 la cakap, dah bawa g Legoland apa seme. pastu dia ok je. Happy2 nyanyi lagu beday, potong cake hehehe..

Gambar kami selfie.. hehe guna monopod je seme gambar ni.. Dr DSLR ada gak tapi tak transfer lagi. Apa ada je la ye..

Adik muka masam sbb baru bangun tido... suh tinyum taknak tinyum pun..


kek tu sempena besday papa, rayyan and adik hahha adik besday 11 october tak jauh beza dr abang so celebrate la sekali jalan ye dik.. adik pn tak paham lagi..


Ni besday boi tua plak nak potong cake... Mmuahhhh! Love you papa, smg murah rezeki dan sihat selalu!


Ni mood baru mari hehehhe...


Mama harap rayyan membesar dgn sihat, jadik anak yg soleh yg mendoakan mama dan papa, yg boleh jaga adik jaga mama bila mama dah tua nnt. Mama sayang rayyan. Mama tau mama garang, tapi mama garang sbb mama sayang Rayyan, mama nak Rayyan jadik manusia berguna, berakhlak...

Sebak sebak ...


Wednesday, September 30, 2015

Yesterday celebration

Sempena besday hasben semalam, takde celebration yg fancy or makan di restoran mewah ke apa. Semalam saya decide balik awal, even keje tengah banyak. Memang rasanya dah sebulan balik lambat. Sibuk siapkan write up project. Sebabkan semalam adalah spesel, take a chance utk balik awal. Memula konon ingat nak dinner kat luar je, but besday boy prefer homecooked. So puas gak pk dalam kereta nak masak apa, sbb lauk seme kejung beku. Tak plan nak masak so pagi tak kluarkan dr freezer utk defrost.

Sampai rumah pukul 6, defrost lauk. Lepak2 ngan hasben bagi adiah sempena besaday yg dah sebulan saya simpan hehehehe Jeng jeng jeng ni la adiah nya....


Jam tangan Roscani. Actually jam ni saya menang dr contest. Last month saya g collect. Memula plan nak jual sbb harga almost RM1k. Tapi bila teringat eh besay hasben bulan Sept, tu saya simpan je. Baik bagi adiah ke hasben. 

Dlu hasben tak pakai jam sbb keje teknikal, kene buka enjin apa seme. Now, dah tukar keje ofis so rasanya sesuai dah utk pakai jam.

Setelah sebulan diperap, akhirnya dah pergi ke pemilik yg sepatutnya :) 


Dinner utk besday boy semalam, gulai patin tempoyak, sambal udang petai dan tumis sawi.
Patin tu spesel, datang dr Pahang. Saya memang takkan beli patin KL sbb bau tanah, takleh nak telak. Kalau yg dari Pahang ni sedap, manis isi dan tiada bau. Ni je lauk utk celebration semalam, sempoi ja kan? Jadik laaa... Yg penting sambut bersama yg tersayang.


Tadaaaa.. pagi ni hasben dah pakai jam tangan tu g keje.
Sukanya saya tengok, nampak smart and sesuai kat tangan die. Actually puas hati sbb beso so nampak jelas nombor jam hihihi... Rezeki hasben, rezeki saya tak perlu pk nak beli adiah apa hihi...
Menggembirakan hasben, semalam saya dapat 2 kemenangan melalui kontest.

Syukur alhamdulillah atas nikmat Allah yg tak putus bt kami.



Friday, June 5, 2015

First time g besday kat KFC

Dah lama dah gambar ni terperap. Tetang besday  Chacha anak Dayu. Dayu invite awal dan perlu RSVP sbb buat di KFC ya. Jauh pulak tu kat Bukit Jelutung sana. Hasben plak kebetulan keroje hari tu, sbb dah janji and anak2 pun eksaited nk pergi besday fiend, mama gigih drive sorang. Alhamdulillah masa pergi tu Mayyah dok diam je dalam car seat siap tertido. Lega sbb perjalanan jauh jugak and yg paling haru iols tak tau jalan mmg bergantung pd Waze je. Dah la salah masuk jalan pastu reroute pastu kene bayar tol 2-3 kali. Arghhh tensen tapi seb bek Mayyah tido. And seperti saya jangkakan yg saya akan sesat so memang awal kluar. Bila sampai KFC tu kami sampai saing tuan rumah hahaha. Pastu takkan nak duduk dalam kereta je, haruslah kluar jugak. Akhirnya g la melepak bersama tuan rumah yg bz memasang belon kat atas.

Anak2 masa baru sampai.


Masa ni enjin tak panas lagi, so adik berkepit aje la dgn abang. Abang lak malu2 miow. Abang ni mmg jenis ngn gegel malu, kalau ngn boboi kejap je dh buat geng. Die kabo, abang tak suka kawan ngn gurl la mama, gurl suka jerit. HAHAHA stetmen ko nak oi, mama pun suka jerit kan.

Bila ramai tetamu dah sampai,  acara pun bermula..

Kami antara tetamu yg awal sampai.

Seterusnya ada acara face painting. Memula Rayyan aku tengok tgh main skali tetiba die dah duk kat depan skali beratur, amboi pantas ko nak ye...

Bila acik tukang paint tu tanya nak gambar apa. Dengan muka konpiden jawab, "saya nak spiderman". Hahaha kemain dia punya rikuest.



Muka spiderman yg dah siap. kemain bergaya hebat. Bajet hero sangat ni.

Mayyah as usual. Dengan makanan berpisah tiada. Kalau jumpa makanan tak heran benda lain dah. So makanan sentiasa di tangan ye. Apa jadi keliling, i dont care katanya. Janji perot kenyam.

Mayyah bersama boipren mat salleh celup.

Kat sana Rayyan dapat new fren nama Auf. Nama Auf aja yg disebut2 sepanjang perjalanan balik. Masa Auf nak bt face painting ni, kemain lagi die suh Auf lukis gamba spiderman sama ngan die.

Mama curik dengar die borak " Awak lukis la spiderman, lagi kuat"

Haaa gitu perbualan hero2.. Lalu Auf pun terpedaya. Nah inilah dua org spiserman menyelamat bumi.

Geng kacik Spiderman.

Sebelum potong kek ada la games utk bebudak. Memang fun game die, Rayyan pun kemain semangat join sbb nakkan adiah hahaha


Si kecik ni tengok je


Bila nk mula acara potong kek.


Kluar la dua ekor maskot KFC ni, CHICKY ke apa nama. Anak2 saya ni sorang pn tak takot, yg Rayyan dok la ngekor si Chicky ni. Mayyah lagi la di tepuk2 nya Chicky ni hahaha... Agaknya org kat dalam suit tu menahan sabor je la ngn bebudak ni kan...


Tengok la Rayyan siap pegang tangan Chicky.


Upacar meniup kek bermula. Tengok la anak sape depan kek tu. HAHAHA memang kalau p besday, die depan skali macam kan besday dia pulak hihi..


Anak2 having fun sungguh kat besday party  Chacha ni. Rayyan sepanjang perjalanan balik dok cete pastu dok tnya besday Rayyan October kan mama.

Ye nak, October tapi idok ler mama sambut kat KFC gini gayanya nak oi.......


Tuesday, March 3, 2015

Birthday Treat By Husband pulak

Hahaha cerita lama sbb nya bulan lepas bizi ya amat tak dapat nk hapdet blog sesangat.. Masa besday ritu, hasben tnya nak apa, kita jawab nak beli sandal baru, sandal lama dah buruk bebenau.. Beli masa peknen Sumayyah, ni dah nak 2 tahun umor adik masih lenjan sandal yg sama. Kita mmg gini,  kasut tu pakai sampai takleh pakai baru tukar, idak ler kejap2 beli kasut... Dah la nk jmpa yg berkenan pn payah...

So that day kluar cr sandal, tak jumpa yg berkenan di hati dan selesa. Last2 sbb kesian ke bebudak, last2 hasben suh g beli sndiri nnt pastu nnt claim ke dia.. yahooo.. I iloike, suka je g sopim sesorang, leh belek lama sket.. hihihi..

pastu hasben banje makan kat The Delicious Midvalley. Lama dah tak makan sini, kat Delicious ni selalu kita suka order pasta....

The menu yg order utk 4 org makan. Hihi 2 adult 2 kids.


Hasben order sandwich.. Apa kes? Kalau nak sandwich ai pun boleh bikin kat rumah.. hihi tapi katanya sandwich kat sini nampak sedap... ecewah...


Menu saya seafood platters, ada udang goreng, sotong goreng, ikan dowry goreng...


Kek Sebesday ygg ke 31 hihihi.. cheese cake, very the cheesy.. Muak sket ler uols... Hasben yg pilih kek ni, kaalu suh kita pilih mmg pilih kek choc aje la...


Celebration with love hehehe skang dah ada 2  anak tau.. Bukan single lagi..


Ni kids meal, rayyan punya fish and chips...


Sumayyah punya spagetti cabonara... Hahaha actually kids meal ni free utk stp main meal... so order je la if tak habes kita tapau.. apa susah kan...



Thanks hasben for the treat... Sedap. And the most precious, dapat celebrate dgn family tersayang...


Tuesday, February 24, 2015

Birthday Lunch Treat with Officemate

kisah besday sendiri masa hujung bulan Jan ritu, kebetulan jatuhnya hari Jumaat. Opismate seme pakat nk g lunch birthday kat Tony Romas sbb dapat dessert free utk besday gurl hehehe...

Dr opis nek LRT je ke KL central, kat Nu Central ada TR. Mujur masa sampai x ramai sgt org so tak payah la queue tguu tempat. Kat sini lunch hour mmg packed, ramai sungguh umat nya ha....


Air order ice lemon tea je, free flow.. Puas ati.... Kita order ribs, hihi lama dah tak makan ribs so ini la time nak makan kan... Set ni ada ribs ngan chicken tender.. Nyums....


Ni je gamba yg snap pun hahaha.. Hp benggong byk gambo ilang.... Dessert cam biasa die bg free yg ice cream with cake tu.... Waiters tu memula nak nyanyi2 saya awal2 dah ckp, tak yah nyanyi iols maluu......

TQ pada yg banje heheheh

Monday, January 26, 2015

happy besday alia kaiyisah

Patutnya masa tarikh kejadian ni kita g Melaka ada reunion fil, tapi kita tak g sbb hasben tetibe kene g Kelantan join Mercy Banjir. Sebabkan membe bt sebesday anak hari tu, kita gigih la drive ngn anak2 dr KL ke Putrajaya Presint 18, kat Putrajaya ni mmg kita waze je P18 hehe seb bek la jumpa. Dan syukur sangat Allah permudahkan perjalanan saya, Sumayyah very good gurl dok je dalam carseat tak nages even journey jauh.

Sampai2 tengok kita org pertama hihi kita mmg suka jd yg first ni sbb leh amek gambar food dulu. Antara food yg ada, masa ni kek tak sampai lagi.


Sedapnya sate willy. Ladi sedap dr Hj Samuri, sbb die marinate tu pergh sedap....


Share gambar acara tiup lilin. Being normal kids, besday sesape pun diaorg tetap nk tiup lilin hahaha... Tengok la Rayyan tu, dia depan skali nak tiup lilin.


Belum tiup lagi, dah ada tangan2 yg nak capai patung atas tu. adoi hai anak2..


Antara yg hadir, seme ni geng2 blogger jugek ni.. hehhe memang balik2 muka ni je yg nampak kalau aktiviti blogger, so jgn bosan ok..


Mama yg superwoman ngan kiddos.. hehe good la anak2 mama ni, sangat behave kat rumah orang...



Kekecohan ketika nk tiup kek...


habes je potong kek, haaa seme pakat cabut patung atas kek Aliaa hahahhaha kasihan awak Alia.. lenkali minta anty fad letak patung extra lebey sket...



Iklan: Sape nak Iphone 6??

KLIK SINI

Isi details seme and share kat FB, based on luck je ni... Insyaallah da rezeki menang la ek..

Wednesday, October 15, 2014

doa selamat masuk rumah & beday anak2

Hari Sabtu yg lepas 12 October 2014, alhamdulillah majlis doa selamat sempena kami masuk rumah baru selamat diadakan... Plan lama dah, tunggu budget je.. Dah sebulan kami pindah, baru lah ada budget nk bt kenduri doa selamat.. Kebetulan pulak beday anak2 bulan October, sumayyah beday Sabtu 11 Oct, Rayyan lak Sabtu sebelum tu 4 Oct so kami gabungkan sekali celebrate beday anak2... Rayyan pn skang dah pandai nk rikuest beday potong kek ngn friends katanya....

Masa hari Jumaat tu saya cuti, gi beli few things... Sabtu mmg laki bini cuti, dok umah kemas rumah sbb ptg tu mak, adik ngn sedara mara saya semua datang tido umah.... Kami tempah catering je, tapi utk mkn pagi tu ktorg buat pulut kuning ngan sambal ikan bilis petai.. Pastu ada beli karipap frozen tok goreng,.....

Hari Ahad tu kemain awal la bangun tanak nasi pulut hihi pastu bt sambal bilis petai, dalam kol 9 gitu dah selesai masak dah.. Pastu habi pun siap2 kemas khemas kusi meja seme...  Pagi tu ada la jiran yg singgah so bg la makan pulut ngn sambal dulu, org katering pn tak sampai lagi.... 

Bacaan doa hari tu diketuai oleh suami hihi actually taman ktorg ni taman baru, utk fasa 4 mostly semua cina fasa 6 ni baru ada melayu so surau masih dalam pembinaan,  ada pun surau taman lain, jauh sket la... Habi ada g jemput jemaah surau tu Sabtu malam tapi diaorg pn ada kenduri lain kat taman diaorg.. so suami la yg lead bacaan doa.. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan... Terima kasih kepada jiran2 yg join bacaan doa dan memeriahkan majlis...

Lepas habes bacaan doa acara makan2 la kan hihihi



Menu aritu masakan kampung, ada gulai ikan masin nangka, sambal sotong, ayam berempah, sayur campur...

Bubur pulut itam, air teh, air sirap ngn buah tembikai.. Ada kuih muih yg disponsor oleh makcik makcik kuuuuu yg tersayang hihi...


Laksa ni mmg sedap, ramai kekawan yg datang puji laksa sedap siap makan 2- 3 round hihihi.... Saya tak sempat nak jamah pun, mak ada simpankan sikit tok saya tapi bila malam mmg dah tak larat nk makan, pk nak tido je masa tu, penat melampau kot...


Bubur pulut itam ni pun sedap hihi dapat lah jamah 2 suap jugak, cilok dr mangkuk kekawan hahaha...

Ni pestaim ktorg bt celebrate beday anak2 besar besaran gini, siyes ya allah huru hara ya amat.. Rayyan takleh dicontrol, dapat jmpa kekawan mmg main aje la kan.. Pastu die sebok la nak potong kek potong kek, bg goodies bag ke  seme org adoiiii padahal mama tak ready lagi ni... Last2 sbb dah tak daya dgr die zikir nk potong kek, kita potong aje la kek... Sbb sy pun nk layan tetamu.. Habi kat luar mmg x menang tangan la layan tetamu....

Dah la meja takdok hahaha meja makan takde, meja kat dapor dah penuh, tak tau mana nak letak kek sudahnya amek meja yg letak kuih kat luar hahahhaha... jadik ler...


Kek tema CAR utk rayyan utk beday yg ke4... Kek ni nama die devil food choc cake.. Cake ni sy tak dapat rasa, huwaaa kejap nau dah habes licin... Kek ni, mmg saya sndiri yg gugel nk design camne and wassap ke baker iaitu Fad utk buat kek ikot citarasa saya hihi.. Fad mmg buat sebijik macam saya nak.. Puas hati sangat dgn kek Car ni....



Ni kek beday yg pertama utk Sumayyah, kek nama fruit flan, dapat la rasa secubit... sedappp, rasa buahan gitu....


Yg ni plak choc brownies... yg ni sy dapat mkn sepotong, hoi sedap gile yg ni, saya akan repeat order..... Kek2 ni seme saya order dr IG thesweetwonder heheheh korang nk boleh la order...


Ha masa memotong kek.. Nampak x betapa huru hara nya???
Hahhahah..




tiup tiup lilin pn takde... macam biasa la, saya mmg tak gemar tiup lilin ni hahah so mmg takkan igt sesi tiup lilin kalau takde org remind.. since takde yg ingtkan so takde la lilin padahal Fad dah sesiap cucuk lilin kat kek tu hihihi.....

Yg sumayyah plak sebok nak capai kek adoiii akhirnya gini la jadi gambar beday kami huru hara.. takpe la kenangan seme ni... pape pun kami enjoy, bebudak pun happy....



lepas potong kek saya kluar kejap sbb ada jiran nakjmpa, masuk bk tgk kek dah habes hihi tinggal bape slice je... tu pun saya tak sempat jamah, bg tetamu kat luar plak rasa... alhamdulillah tetamu ramai datang, majlis pn lancar...

Biasala tu kalau tuan rumah tak dapat makan kan kalau majlis sndiri sbb sebok melayan tetamu hihi.... janji seme seronok...



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails