Peel anak. Bila dah besar ni, makin menjadi2 keletah Rayyan... Now tengah fasa nak bercakap aje. Adoihai.. Walaupun Rayyan bercakap takde la penuh, Rayyan pelat sikit. Die cakap, die amek hujung perkataan aje. padahal ktorg ajar die becakap, macam normal. Takde la saja2 bt pelat ke hape. Ramai gak yg dok komen. Kecik ati kita as mak tau. Tapi kita bt pekak aje. Ala, biasa la development budak2. Bukan seme sama ye dak. Kalau anak kau dah pandai cakap mcam keretaapi meluncur laju, maka bersyukur lah. Jangan nak komen anak orang cakap lambat la, pelat la. Tu seme anugerah Allah, skali Allah tarik baru tahu.
Aku ni walaupun kasar tapi kan bab anak2 ni memang sensitip. Aku tak suka nak komen2 anak orang. Like "eh anak kau tak jalan lagi? Anak aku dah laju jalan" Prffttttttttttttttttttttttttttttttt. Tahukah komen mcam tu menusuk hati. Memang nampak muka aku cool je, like nothing happen. dalam hati ni marah tau.
Apapun, Rayyan baru 2 tahun 2 bulan, masih lagi dalam fasa nak belajar cakap. Takes time la, now pun ada certain perkataan die dah boleh cakap penuh. Normal lah kan? Lainlah dah umur 6 tahun pelat lagi! Tu harus jumpa doctor.
Rayyan skang amatlah suka main. Kalau siang selagi kita tak bawa die tido for nap time memang die bantai main non-stop. Penyudahnya kol 7 dan mengantok.
Kat bawah ni, gamba brader ni ketiduran waktu tengah makan.
Tengah suap2 makan, die mai baring kat peha kita, sekali tengok dah lelap. Dalam mulut penuh nasi.
Jenuh la papanya kasik duduk, tu pun rayyan pejam mata. Memang penat sungguh! Papa korek2 mulut kasik kuar nasik seme, then bagi minum. Terus bawa masuk bilik. Ye la, kang kalau dibiarkan tersedak, bahaya plak kan...