Thursday, May 21, 2015

So Much More by Johnson's Baby

Dr kecik Johnson’s Baby  adalah satu brand yg tak asing lg bagi saya. Lotion dan mandian adalah all time favourite saya. Wangi sangat!

Baru2 ni saya telah dijemput utk menghadiri pelancaran So Much More Campaign oleh Johnson’s Baby . Memula saya ingatkan J&J ada melancarkan produk baru, rupanya ia bukan pelancaran produk, tetapi kempen utk educate parents di luar sana tentang Science of SensesTM

3 intipati penting dalam kempen ini adalah


  • Science of SensesTM telah membuktikan pelbagai sentuhan yg diransang oleh ibu kepada bayi ketika mandi adalah penting bagi membantu proses pembentukkan otak bayi.
  • Menteri Wanita, Keluarga & Masyarakat terpanggil utk berkongsi kepentingan Kempen So Much More ini yg menekankan kepentingan masa yg berkualiti dalam membesarkan anak2 generasi Malaysia yg lebih bijak, dan stabil dr segi emosinya.
  • Johnson’s Baby  juga bekerjasama dgn KPJ Ampang Puteri utk menyampaikan educate ibu muda tentang pentingnya menjadikan waktu mandi itu sebagai multi sensorial ritual for babies.


 Pelancaran kempen oleh YB Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun.

Selepas pelancaran, satu sesi diskusi bersama pakar diadakan dan celebriti mommy jemputan pada hari itu adalah Scha Al Yahya..

Dari kiri, Scha Al Yahya, KPJ Paed Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi, R&D expert Robert Kwok, dan Scent Expert Pabitra Ghosh from J&J
Sesi perbincangan yg diadakan sangat berguna dan memberikan banyak informasi berguna buat saya sebagai seorang ibu.

Melalui kajian yg dilakukan oleh Johnson’s Baby ,  Science of SensesTM indicate that a balance between familiar routine and novel stimulation to the senses promotes and shapes baby's brain development. The brain's processes for learning are enhanced when multiple senses are stimulated, as compared with the use of just one sense.

Secara ringkasnya, ketika mandi kita boleh gunakan pelbagai daya sentuhan utk meransang minda dan otak anak2.. Contohnya, ketika mandi, jari2 kita akan mengurut badan bayi sambil menyapu sabun dan menjirus air, di samping itu kita boleh memberi bayi merasa dgn tangan mereka sendiri air yg sejuk atau panas, bermain bersama soft toys,  sambil mandi kita boleh mengagah bayi bergelak ketawa, ini meransang dr segi mimik muka. Dalam satu aktiviti mandi sahaja, pelbagai kognitif skill dapat kita develop. Tidak perlukan masa yg lama, hanya 20minit, put off all your gadgets and spend your quality bath time with your baby.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga & Masyarakat, YB Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun turut menekankan "Anak adalah Masa Depan". Justeru itu, utk kita melahirkan masa depan yg cemerlang, ibu bapa perlu dilengkapi ilmu pengetahun utk menghasilkan generasi yg berkualiti.

Bagi 3 tahun pertama perkembangan bayi, kajian menunjukkan pentingnya multisensory utk membantu pembentukkan komukasi, sosial dan emosi anak. Multisensori ini merangkumi apa yg bayi rasa, bau, dengar dan lihat, di mana semua deria asas tersebut membantu proses pembelajaran bayi dalam jangka masa panjang.

Mari saya share antara multisensori yg berlaku ketika proses mandian bersama bayi:

  • Sentuhan: Melalui aktiviti  sentuhan dan urutan harian yg dilakukan oleh ibu bapa kepada bayi ketika mandi, bukan sahaja melibatkan deria sentuhan malah dalam masa yg sama secara tak langsung eye contact berlaku melalui senyuman dan renungan mata. This keep bonding between us mommies and baby!
  • Bauan: Melalui bauan badan yg dikenali dari lahir, ia membuatkan bayi rasa tenang, dan lebih peka. 
  • Pendengaran: Apabila  kita bercakap2 dan mengagah bayi ketika mandi, ia akan membantu proses pertuturan bayi. Melalui kajian menunjukkan, bayi yg banyak didedahkan dengan percakapan akan mempunyai vocabs yg lebih banyak by the age of 24 months.
  • Penglihatan:  Bayi akan memberikan respon kepada stimulasi visual. Ini adalah advanced eye hand coordination and observation skills yg amat penting dalam pembentukkan sosial anak2.

Powerful of multisensory.

Bersama rakan bloggers mommy yg hadir ke pelancaran dan bersama menimba ilmu parenthood.

Produk J&J yg dr dulu sehingga kini tak pernah jemu menjadi peneman setia saya dan anak2.

Selain dari time mandi, waktu sebelum tidur pun kita boleh stimulate senses anak2... Gunakan minyak Johnson Baby yg calm dan soft ini untuk mengurut bayi, di samping memberikan efek tenang, bayi akan tidur lebih lena hingga subuh.


Bayi saya yg lena tidur setelah diurut dgn minyak bayi Johnson’s Baby . :)


1 comment :

  1. Assalam jue,
    dedolu my boboboy baby memang slalu dok urut
    sekarang ni just dok urut dgn minyak baby jhonson hat ungu tu ja
    yang untuk elak gigit nyamok tu he3

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails