Wednesday, December 29, 2010

Sape Khairul Fahmi

Muahahha..

Sape peminat bola sure dah kenal sapekah jejaka ini..

Ni la keeper Mesia, semalam tengah belog walking, terjumpe belog awek die..

Nak tau klik sini..

Alahai sudah berpunya mamat nie..

Pape pun tahniah Bro sebab mempertahankan tiang gol Mesia dari bolossss....

AM Photography New Year Giveaway 2011



Nak join boleh klik banner...

Hadiah Yg Menanti Pemenang
1. Pakej Fotografi bernilai RM150 + Voucher RM50 AM Collection
2. Pakej Fotografi bernilai RM100 + Voucher RM30 AM Collection
3. Pakej Fotografi bernilai RM50 + Voucher RM15 AM Collection

5 Hadiah Saguhati
Voucher (RM5) utk pembelian di AM Collection

Penaja..

http://amphotogroup.blogspot.com
http://alishamardhiyah.blogspot.com
http://semua-barangmurah.blogspot.com

Piala Suzuki AFF

Dulu masa peknen Ar-Rayyan aku layan world cup..

Skang ni sebab Mesia pulak yang lawan masuk final tetap la layan kan..

Kompem Mesia menang..

Besok kiter cuti reramai.. Hehehe

Monday, December 27, 2010

kehilangan yang tak berganti

Hari ni 27 December 2010..

Seandainye arwah ayah masih hidup, arwah akan menyambut tarekh lahir yang ke-53 nya hari ini... Selalunya pada hari nie, saya akan SMS ayah wish Selamat Hari Lahir tapi tidak untuk tahun ini..

Selalunya arwah akan belanja kami sekeluarga makan, tapi tidak untuk tahun ini.. Yang ada hanyalah pusara ayah yang sepi yang sering kami kunjungi sejak arwah pergi meninggalkan kami pada 18 Ogos yang lalu...

Pada tarikh yang istimewa ini, saya benar2 merindui arwah.. Rindu akan kata2 nasihat dan semangat dari beliau...

Dua hari lepas adalah sambutan ulangtahun perkahwinan kami ... Ayah sendiri yang telah menikahkan saya dan suami pada tarikh yang sama tahun lalu.. Sungguh saya tak sangka, hanya saya saja lah anak perempuan yang sempat beliau nikahkan dalam banyak2 anak perempuan beliau...

Namun saya sangat2 bersyukur ayah sempat menikahkan saya dan menjadi saksi untuk hari penting dan bersejarah saya itu.. Cuma sedikit terkilan, arwah ayah tak berkesempatan untuk melihat cucu sulung nya..

Bila mengenangkan semua tu, makin kuat rasa rindu kat hati nie... Benarlah, kita hanya akan rasa lebih menghargai seseorang setelah kita kehilangannya..

Sebelum ni bukan lah saya tak menghargai ayah, tetapi saya selalu menyangkakan, arwah ayah akan dapat berkongsi setiap saat dengan saya, tak pernah terpikir beliau akan meninggalkan kami seawal ini.. Tapi inilah dia ketentuan Allah, takdir yang tak pernah kita duga dan sangka...

Semoga arwah tenang di sana... Al fatihah

PS: Tak mampu untuk meneruskan entri nie, tak sanggup!

Saturday, December 25, 2010

Happy 1st Annivesary

Hari ni 25 December 2010..

Setahun yang lepas, tepat ketika waktu entri ini dipublish, saya telah selamat bergelar isteri kepada Mohammad Amirul Adlee..

Masih segar dalam ingatan ketika majlis akad, betapa kuatnye debaran di hati.. Saat lafaz sah keluar saja dari mulut tok kadi, jutaan syukur keluar dari mulut ini...

Syukur alhamdulillah kerana segalanye telah selamat berjalan lancar...
Saat pertama kali dahi dikucup oleh suami, masih terasa getar sejuk yang mengalir di badan ni...



Besoknye pulak majlis bersanding, teringat saat kami berdua disandingkan atas pelamin yang indah pilihan hati kami.. Terasa sangat gemilang walaupun takde la sehebat perkahwinan fairy tale kan... Tapi kami tetap rasa puas hati dan gembira...

Saat pertama kali solat jemaah berimamkan suami, tido sekatil dan sebilik.. Segalanya merupakan kenangan terindah dalam hidup nie...

Dan syukur alhamdulillah sekali lagi, hari ini telah genap setahun usia rumahtangga yang kami bina.. Masih jauh lagi perjalanan yang perlu kami tempuh, hubungan ini akan terus kami bajai dengan kasih sayang berlandaskan Al-quran...

Kehidupan kami sekarang lebih bermakna dengan kehadiran Ar-Rayyan... Dan sekarang kami telah bertiga....


Kepada suamiku,

Selamat hari ulangtahun yang pertama kita...
Semoga rumahtangga yang kita bina ini kekal hingga akhir hayat..
Terima kasih atas segala-galanya...

You're the best thing happen in my life!!!!
I love you always and always be.....




Jom Join Contest Si Manjaku Comel

Ini adalah entry sticy note!!!!!!

Meh join contest yang aku nak anjurkan nie... Kiranya ni contest kedua la, yang pertama sape berjaya capture visitor 33,333 tu..


Sape yang berjaya boleh print screen dan emelkan ke miss_pooh84@yahoo.com.sg..

Ni contest kedua sempena Ar-Rayyan dah botak hehehe.. Dan sempena nuffnang ku dah mencecah ehem ehem... Harap2 sudi lah join..

Lepas ni ada satu lagi contest sempena 1st annibesary wedding aku yang pertama... So tunggu yee...




syarat-syarat sangat mudah...
1- jadi follower blog Masyimalo Heart nie..

2- anda mempunyai blog sendiri... (tak mau orang lain punya blog taw)

3- buat satu entry berkenaan contest si manjaku comel ni dan sertakan gamba Si comel anda yang paling comelll skalik (yang ni wajib)

4- tampalkan banner kat atas tue kat side bar dan entry korang... (ni pun wajib gak)

5- last sekali tinggalkan link entry korang kat comment entry ni...

6. Yang buleh join baby dari baru lahir hingga 6 tahun....

7. tag rakan2 anda 5 org...

8. Juri adalah hubbyku dan ibuku okeh...



hadiah :
Jeng jeng.. serprise..
tapi yang pasti hadiah die best

tarikh tutup:
25 December 2010 230pm (tarikh dan masa aku dinikahkan nie)

Friday, December 24, 2010

Contest Si Manjaku Akan Tamat & Pemenang capture 33333

Salam..

Contest Si Manjaku akan tamat besok..

Phewwww mendapat sambutan hangat betol, time kasih pada yg join....

Pasni kene amek masa nak save gamba pastu buat pemilihan ..

Chewahhhhhh...

Untuk contest capture 33333 tu, ada 3 org yang hantar emel..

Tak pasti la sape yg capture dulu, so tuan tanah takmo la bagi adiah kat sorang aje kan...

So tiga2 orang yang dapat capture tu akan dapat hadiah...

Iaitu ..

Fiesyah
Hanis Suzana
Mama Balqis

Tahniah buat pemenang... Hadiah akan dipos kemudian sekali ngan hadiah tuk contest eh.. Heheh ni kes malas nak berulang Post opis ler nie...



Wednesday, December 22, 2010

Capture 33333 dan Manjaku Comel

Salam...

Wah sangat hangat contest si manjuku comel nie... Banyak sungguh penyertaan di terima sampai tak sempat nak masuk dan kompem sume penyertaan..

Setakat ni dok copy and save gamba sume dalam Microsoft Opis so nanti senang la nak tunjuk kat juri kan...

Siyes sangat tak sangka begitu ramai akan join.. Mekaseh bebanyak atas sokongan sume,mana yang tak dapat feedback tu, jgn riso.. Bukannye penyertaan anda ditolak tapi tuan tanah bizi sesangat tak sempat nak komen pape...

Walaupun coti, tuan tanah bizi mengemas rumah sebab nak pindah rumah.. Ngan nak uruskan nuseri Ar-rayyan lagi so memang bizi lak sket... hujung minggu ni ke JB plak attend kenduri kawen bestie..

Tapi jangan risooooo.. Contest tetap tutp pada 25 December, hadiahnye mungkin bertambah sebab penyertaan dah banyak, baby yang tomeiiiiii2 pun banyakk... Geramsss!!!! rasa cam sume pemenang aje..

Satu penyertaan ada dua gambo pun saya terima, jangan riso k.. T______T

Heheh bagi capture 33333 tu dah ada pemenang nye...

Tahniahhh ye pada Nurul aisyah...

Insyaallah hadiah akan di post sekali ngan pemenang si manjaku comel.. Lambat sket la, tahun depan la baru pos....

skang ni nak buat 2 contest lagi, satu sempena annibesari hujung minggu ni.. Tapi tak pasti lagi bila publish, maybe tahun depan minggu depan.. just check it out ok!!!

satu lagi rasa nak buat contest capture gak.. No 44444 ok???

hehehhe

Monday, December 20, 2010

9 panduan penyusuan susu ibu untuk ibu yang bekerjaya

Kejayaan penyusuan eksklusif tanpa makanan pelengkap, susu formula dan air kosong selama 6 bulan oleh para ibu berkerjaya banyak bergantung untuk ibu berkerjaya kepada beberapa faktor sampingan. INTAN JASTINA JAMALUDDIN menyenaraikan faktor-faktor itu atas bantuan kaunselor laktasi, Aishah Mariam.

1. Timba ilmu sepanjang masa
Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudah pun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya.

Dalam masa yang sama, anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah.

Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.

Sekiranya anda mengalami apa-apa masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan yang dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf. Anda boleh merujuk kepada rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.

2. Mulakan dengan betul
Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperoleh. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa dan pada masa yang dapat memastikan bayi melekap dengan betul.

Ingatlah, bahawa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukannya pada masa-masa yang diingini si manja.

Sementara itu, anda diingatkan juga agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yang meragam. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan dia mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dengan penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di sampingnya sepanjang tempoh bekerja.

3. Simpan stok susu
Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.

Dalam pada itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/ atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yang bersesuaian.

4. Peralatan penyusuan berkaitan
Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting.

Jika keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.

5. Bincang dengan majikan
Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak.

Pada masa yang sama, anda boleh mengutarakan pandangan kepada majikan untuk menyediakan ruangan khas bagi membolehkan anda dan rakan-rakan lain yang turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yang lain boleh melakukan rutin harian itu dengan tenang yang secara tidak langsung membantu pengeluaran susu yang lancar dan berkesan.

6. Perah susu di pejabat
Anda amat digalakkan untuk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ketika memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi banyak masalah.

Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama daripada itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.

7. Kurangkan tekanan
Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dengan melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lagi jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.

Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak daripada biasa.

8. Makan secara sihat
Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Anda digalakkan untuk makan di antara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan sebagainya.

9. Ikut keperluan bayi
Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif.

Di rumah, gunakan masa yang ada semaksimum boleh dengan lebih kerap menyusukan bayi secara langsung, ia berupaya merangsang penghasilan susu. Jika keadaan memaksa di mana susu anda masih tidak mencukupi, anda boleh memerah payu dara ketika berada di rumah.

Saturday, December 18, 2010

Penang, here we come!!

Assalammualaikum auntie dan uncle..

Ar-Rayyan mau pulang ke Penang hari ni bersama Papa dan Mama.. Ar-Rayyan mau jumpe atok dan nenek di Penang...

Mama ngan Papa dah amek cuti sampai minggu depan... Leh la Ar-Rayyan bertukar angin utara pulak...

Nanti dah balik KL mama akan update belog dan kesah2 Ar-Rayyan di Penang ye...

Babai..

Friday, December 17, 2010

Dapat handphone free

Masuk keje ritu aku dapat HP nie...

Percuma weii, sape tak mo....



Actually phone ni company bagi.. Siap pakej sekali ngan line, tapi line die guna CDMA la (leh google CDMA tu apa kalau tak tau)

Walaupun HP ni tak secanggih Blackberry ke Iphone ke tapi tetap best la bagi aku sebab semua free... Dah la dapat free, call, sms semua free... Boleh browse Internet guna connection 1515, yang tu pun free gak.. Phone nie leh act as modem, so ko sambung kat PC jadik moden leh la start tulis belog, yang ni pun free jugak..

So mesti lah aku suke kan.. Heheheh...

Sapa yang tak suka barang free ye tak???


'PEACE CONTEST' by EZAN IDMA


Nak join leh klik sini...



Cik penganjur, saya pertaruhkan gambo peace yang ini ye...

Jom try google body

Pagi tadi dengar berita pasal goggle invent new features which we name it google body..

So try la usha, kagum giler la ....

korang try la..

Pasni memang takde alasan untuk tak lulus subjek sains or biologi...

Siap 3D tu...


Ni aku printscreen aku test pagi tadi..

Memang best la, pasni gua pun boleh jadik doktor muahhahahha..

Doktor network aje la skang, dok troubleshoot network aje...

Rasa cam eh nape lah zaman aku satdi dulu takde mende2 ni, kalau tak kompem aku dah jadik doktor pakar jantung muahhahha..

Ye la menarek tu belajar ada efek2 3D bagai... Aku suke!



1 TERA Byte. Mau bikin apa?

Bebaru ni PC fair, hubby belikan ini..



Aku tak ikot pun gi KLCC tu sebabnye dah tau mesti sesak giler.. Aku emmang menyampah tempat sesak2 nie, serabut paler... Nak lagi ken bawa baby lagi tak sanggup...

Penyudahnye hubby gi ngan kekawan opis die..

HDD ni 1TByte size, so skang tak tau nak isi apa, selain gamba dan movie..

Hubby tau aku kaki donlod muvie, korea la muvie baru2 memang aku rajen donlod so HDD ni leh la guna tok store maklumlah selama ni store dalam HDD lama HDD lama 160G je so kejap je dah full...

Skang ni misi mendonlod akan bermula lagi..

Nota kaki : Geram sebab Set One Tree Hill aku dari season 1 ke season 5 dah kene delete, tak tau sape punye keje.. Grrrr

Thursday, December 16, 2010

♥♥ Contest Si Cilik & Stroller ♥♥




Nak join leh klik sini...

Gambo Ar-Rayyan dalam stroller yang dipertaruhkan.. gambo ni baru amek last week... Masa gi kenduri akwen membe, syiok je die tido dalam stroller tu, lena bebenor padahal kompang dok pang pung pang pung...


Yeay dah bayar saman

Hehehe kan PDRM umumkan ritu, diskaun bagi sume saman trafik.. Total saman trafik aku RM660 hehehe gielr la.. Banyak nau aku langgar speedtrap..

Sekali masa gi Pulau Redang wal tahun ritu, sekali masa gi Telok Intan...

Bila dapat diskaun ni tanpa buang masa aku pun merenggek2 kat hunny mintak tolong bayarkan.. ye la makcik dah pokai lor.. Muahahhaha asyik shopping aje memanjang..

Seb bek akhirnye hubby ku tolong bayarkan, dapat 50% diskaun so selesai sudah..

Korang dah abyar lum??? tapi dah habes la tempoh diskaunnye.. Hehehe semalam last day..

10 Muharram

Hari nie 10 Muharram iaitu dikenali Hari Asyura..

Korang puasa tak?????

Nak bagi tazkirah siket sempena hari yang mulia nie..

14 perkara yang sunat dilakukan pada Hari 10 Muharram nie..

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri2 fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat
- Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat
- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat
- Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat
- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah

fadhilat
- Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri

fadhilat
- Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat

fadhilat
- Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat
: 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak

fadhilat
- tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

fadhilat
- Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat

fadhilat
- Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat
: 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca

'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat
- Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa

fadhilat
- Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa

Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat
- Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Marilah kita sesama beramal....

Breastfeed bagi ibu yang bekerja

Alhamdulillah hari nie boleh update.

Nak cete sket pengalaman BF selama 2 minggu setelah naik keje nie. Bukan senang Okeh! Betol2 menguji kesabaran, kekuatan, keimanan dan lain2...

Nature of work aku memang keje luar aje la buat testing. Testing ni boleh ada di mana2.. Customer building, tepi jalan, dalam ibusawat, luar ibusawat.

Ok just imagine bila aku kene bt testing tepi jalan, testing ni bukan lah leh siap sejam dua, kekadanag sampai petang pastu sambung lak besok.. Huhu mana tempat aku nak pump susu???

So kat sini kene la carik surau ke masjid ke apa.. Untuk sesi mengepam.

Sepanjang tempoh kat opis aku pam 3 kali.. Kol 9 pagi, kol 1-2 dan kol 5.. setakat nie sehari produk tenusu yang mampu dihasilakan oleh badan aku nie dalam 25-28 oz.. Syukur alhamdulillah murah rezeki Ar-Rayyan..

Memang skang aku sangat kagum dengan ibu2 yang menyusukan anak meraka terutama yang bekerja sebab aku dah faham kepenatan die macam mana.. Penat berganda2..

Macam diri aku sendiri, jadual harian bermula seawal 530 pagi.. Bangun main2 dulu ngan si kenit tu, then siapkan apa2 yang patut botol susu, ice pack, laptop, susu yang akan Rayyan minum pada siang hari tu, siap2 masukkan dalam botol.

Then drive gi keje (buat masa ni mak aku jaga Rayyan, next months akan mula hantar ke Day Care sob~sob~sob).. Sampai opis, aku make sure sarapan dulu minum2 kol 9 sesi pumping akan bermula..

Dah siap simpan la dalam freezzer then buat lah keje kan..

Kol 1-2, after lunch projek akan mula lagi.. Kalau aku hanya dok opis keje nie sume senang tapi bila di luar memang jadik SUPER penat sebab mengagau nak carik tempat pump then nak carik tempat simpan... Boleh letak dalam cooler bag tapi kalau dah testing tepi jalan, apa hal la pulok?? Cair lerrrr....

Kang sebelum balik aku akan pam sekali lagi... sampai umah, terus uruskan stok2 yang pump tadi tu..

Mandi basuh baju sume then main2 ngan Rayyan.. Tu tak payah msak tu.. Tu pun dah rasa penat giler, pasni balik umah sendiri merasa la..... Waaaaaaa..

Hurm ok la, Rayyan dah bangun baru nak tulis panjang2..

Wednesday, December 15, 2010

Photo Contest: My Bestfriend Forever!!


Nak join boleh klik sini...



Atas nun adalah BFF saya..

Kami mula berkawan sejak tahun pertama di Uni hinggalah sekarang.. we called ourself 8 sisterhood..

Hubungan ktorang emmang rapat giler la, sekepala pun ye..

Semua suka main game, karok, syopping tu harus lah, suke gi sungai mandi manda.. Setiap kali pas habes final exam je kompem gi celebrate mandi Sg Gabai hahahhaa..


ni gambo masa kami berkaraoke.. salah sorang dari BFF ni tengah peknen amsa ni tapi tetappppp spoting untuk join... Ye la kan masa ni kami dah ahbes belajar so bukan senang nak jumpe...


Masa ni pun lepas habes belajar, plan satu hari kami spend masa bersama, overnite kat rumah one of the BFF, gi makan, karok then esok pagi pergi Desa water park..

Kenapa saya rasa mereka ni BFF saya???

Seperti yang anda sume tahun, zaman kat Uni nie memang mencabar.. Kat sini ko jauh dari famili, pepandai la ko nak bawa diri, silap hari bulan ko boleh hanyutttttttttt sebab takde orang yang control korang...

Kat Uni, 8 sisterhood ni la teman suka duka gembira tangis semua kami kongsi bersama.. Susah senang kami luahkan antara satu sama lain...

Time belajar pun kami sesama belajar, share knowledge yang ada.. Takde langsung perasaan dengki emndengki, kalau boleh nak sesama score dapat dekan...

Kalau ada yang tetibe terlupa diri kami akan ingatkan antara satu sama lain, tujuan asal datang sini nak belajar and berjaya.. Walaupun ada antara kami yang ebrcinta tapi masa antara ktorg memang tetap ada..

Kami tak pernah berkira dari apa segi sekali pun duet ke, nak tumpang keet gi kelas ke, tenaga ke memang tak pernah berkira.. Bonding ktorg sangat kuat..

Dan kami sangat bertuah sebab suami masing2 sangat memahami perangai kami buktinye kami dapat bt percutian bersama + honeymoon lagi pada awal tahun aritu ke Krabi.. Boleh klik kalau tak percaya...

Sampai sekarang kami masih rapat walaupun dah beranak pinak memasing, 18 Dec ni kami akan konvoi ke Ipoh untuk majlis perkahwinan hani one of sistehood dan 25 Dec nanti pula kami akan ke JB untuk meraikan perkahwinan Azrin one of sistehood also...

Kami harap persahabatn ini akan kekal ke generasi anak2 kami.. Insyaallah...

I love you all 8 sistahood, thanks for always be there either happy or sad moments...

Day 2- Cabaran 30 hari

The meaning behind your blog name


HAHAHAHA dah hari ke berapa baru nak buat cabaran yang ke-2..
Maklumlah susah la nak update blog skang, kat opis agak payah kecuali tak turun lunch.. Kat umah plak bizi ngan si kecit tu mana nye ada masa, pastu penat giler keje pas balik main2 ngan Rayyan terus tido... ZzzzzZZzzzz..

Hidupku dah tak macam dulu dah.. Kalau tak percaya, tunggulah anda ada anak nanti, mana nak layan anak, layan suami, pastu layan diri sendiri, tu belum amsuk part ekams rumah, memasak, basuh baju bagai....Phewwwwwwww... Rasa tak cukup je 24 jam tu...

Ok, dah melalut..

Kenapa nama belog nie Masyimalo Heart???

Actually saya pun tak sure camne leh terkeluar nama tu.. HAHAHA.. it just pop out from my head so lets just name it Masyimalo Heart..

Actually saya start tulis belog dari friendster lagi hehehe pastu bila dah join blogger nie rasanye blogspot lagi syiok kot so stop la memblog kat friendster nun...

Belog nie adalah curahan hati saya kira macam diari maya la.. Segala kisah tentang saya, kekawan, famili, kerja ada saya catat di dalam belog nie..

Tapi ada juga yang takde.. Yela, internet ni kan tanpa batas, ada benda takleh nak story kan? Tol dak? Biarlah jadik rahsia dalam kain HEHEHE..

Kekadang tu malas nak tulis so cete yang ada terkubur aje.. Azam tahun depan 2011 saya nak tulis semua kesah2 dalam belog akalu boleh terutama teantang perkembangan Ar-Rayyan buah hati saya..

Ok dah melalut lagi.. Better stop now!


Tuesday, December 14, 2010

New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199! #AANZ

New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199! #AANZ

*** sticky notes

Wow, skang Air AsiaX dah meluaskan sayapnye ke NZ plak....

NZ ni kat natural beauty punya country, memang syiok la kalau dapat melancong ke sana...

Skang ada promo, harga tiket hanya RM199, so mari kiter reramai plan holiday ke NZ.. (aku belum mampu lagik, so kekawan yang mampu boleh la book sekarang....)

Kalau ke sana jangan lupe cuba buat aktiviti mencabar macam bugge jumping, adrenalin forest, Mokai graviti Canyon (seram nyee yang niee) , wildlife cruises leh tengok paus meloncat2 di tengah laut... Kalau nak tau aktiviti mencabar yang ada di NZ, leh click sini dan plan aktiviti anda di sana...


Gambo dari Mr Google


Bila lagi kan nak pegi??? Time promo2 ni la....

Mari kiter booking beramai2.....

Tak mampu kehilangan kamu!



Inilah 2 orang kesayangan saya... Tak boleh imagine camne idop saya tanpa mereka berdua.. They really complete my life...

Love both of you ya! Muaaaahhhhh...

XOXOXO always!

Monday, December 13, 2010

Ar-Rayyan turn 2 months old

Sudah genap 2 bulan Ar-Rayyan melihat dunia nie...

I am still learning and enjoying motherhood moment.. Bukan senang nak jadik mummy, again KESABARAN yang tinggi amat perlu...

Milestone AR-Rayyan for this 2 months

  • Dah pandai nak main, nak orang agah-agah dia..
  • Dah mula bercakap-cakap dalam bahasa baby.. HAHAHA.. Pening nak paham!
  • Sangat suka mandi, bila dapat mandi melonjak-lonjak la, tangan mengepak-ngepak la.. HEHEHE
  • Sangat MANJA okeh... nak tido berpeluk aje...
  • Pandai nak suh orang dukung diaa..
  • Suka tengok TV especially disney channel, yela kan kalerful cete kat Disney channel tu...
Itu aje la kot buat masa nie~~~


Budak yang demam dan suke manja2...

Friday, December 10, 2010

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!



Nak join leh klik sini.. hadiahnye amat la bestt...

Saya nak tag 3 org:

1. Mama Khyra
2. Mama Arreessa
3. Mama Rafique

Jom kiter lihat hadiahnye


Dan inilah hadiah-hadiahnya:


Hadiah Pertama:
Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel


Hadiah Kedua:
Island Waters Body Mist + Telekung Travel

Hadiah Ketiga: Telekung Travel

Best kan? best kan???? Harap2 leh menang muahahha

pengsan

Tak sempat nak hapdet apa2 malam tadi.. Balik ekej, menyusukan ar-Rayyan, kemas apa yang patut, pengsan teruss....

Penatttt tahapppppppppp dewa wei....

Tak pernah aku rasa penat gini walaupun dulu aku banyak gak keje kekadang balik umah kejap je pastu gi keje balik tok migration malam sampai subuh.. Takde lah letih gini.. Ini memang super letih..

Tapi aku rasa aku leh jadik SUPER MOMMY gini..

Phewwww tapi takpe, aku akan berusaha setiap hari untuk jadik mama yang terbaik buat Ar-Rayyan, isteri yang terhebat di mata suamiku, jurutera yang dapat memenuhi tanggungjawab dan amanah dan tak lupa hamba Allah yang patuh pada setiap perintah...
Semoga usaha aku nie diberkati .. Amin!

Ok, petang ni ada Hi-Tea kat hotel singgahsana, ikot hati malas nak pergi tapi untuk emmenuhi urusan kerja... Pergi jugak la, tapi dalam hati teringat anak!

Thursday, December 9, 2010

Pink Pressie

Sebabkan skang ni henbeg I dah macam beg baby.. Apa keperluan baby kau nak?
Dari sebesar2 benda hinggalah sekecil kecil benda.. Heheheh

Wet wipes? Ada..

Pampers? Ada

Botol susu? Ada

Sapu tangan? Ada

Toy? Ada jugak...

Minyak angin? Pun ada...

Memang barang2 keperluan make up mommy dah tolak tepi la.. Beg besar pun penuh ngan keperluan anak aje.. takpe.. Takpe.. sayang anak punye pasal...

So salah satu keperluan penting mommy pun terpaksa dibawa dalam beg lain dan tak boleh diusung setiap kali keluar ke sana ke mari dah... Apa lagi DSLR kesayangan mommy la..

And being someone that understand me, my love one have bought me another lil cute pinkiee yg boleh diisi dalam henbeg dan dibawa ke mana-mana...



Lil cute pinkiee ni adalah untuk diletak dalam henbeg dan di bawa ke mana2.. Ye la, DSLR kami tu kan berat dah besauu, dulu muat la nak sumbat dalam henbeg skang nie roboh ler tali beg kalau sumbat jugak...

Ate.. takkan nak usung lak beg DSLR kami yg godang tu.. Kalau jejalan mmg la kami bawa, tapi takat nak gi k4 ke tesco ke takkan nak angkut gak..

So skang ngan lil cute pinkiee nie, ke mana2 aje akan di bawa.. Nak gi bilek air pun leh bawa... Kater blogger kan, mana sah kalau takde gambo... Gambo HP tak cun lah...

Lagipun dah ada anak ni, lagi penting kamera nie.. Hehehe 1st priority mesti la DSLR, gambo cantek tip top.. Tapi yang ni pun ok.. Lagi mudah dibawa dan gambo pun ok jugak...

Ok la, mau gi test kamera baru! agaggagaga...



Wednesday, December 8, 2010

1st day at work after longggg confinement oliday

Hari nie hari pertama keje selepas coti selama 2 bulan.. Patutnye Isnin lepas tapi sebabkan Ar-Rayyan demam so amek la cuti, cuti pun banyak lagi kan...

inilah die budak demam yang sangat sangat manja.... Hehehe


Hehehe buat masa skang my mom yang jaga Ar-Rayyan since saya pun hanya akan keje 8 hari je..
So skang ni leh la bangun kol 615 lagi, bangun siap2kan beg susu..

Pastu kemas beg laptop, and normally Ar-Rayyan bangun kol 6 ke 530 ke nak ajak main2.. Memang selalu saya bangun, agah2 sembang2 ngan dia pepagi selama nie..

So pagi nie, kesian la Ar-Rayyan main sorang2.. At last papa die yang bangun main ngan die.. Ye la, dah mamanye sebok nak mandi nak solat nak kemas itu ini.. Huhuhu..

Sayu je rasa hati nak tinggalkan anak padahal tinggal ngan opah die tu.. Kalau antar daycare nanti tak tau la camne...

So rutin harian, pagi tadi pas bekpes pam susu...

Inilah hasilnye untuk pam sessi pertama, kang pas lunch pam lagi dan before kuar opis......

Ooooo rindu sama itu budak botak dan bam bam...

Budak tembam itu sudah botak!

Cete selepas budak tembam itu dibotakkan..

habes je majlis, berhempas pulas la kami hubby and wifey membotakkan kepala budak tembam itu... Alhamdulillah, he a good boy, diam aje bila mama and papa die dok adjust2 paler dia kiri kanan nak cukur rambut, tak cranky at all...

Ini la gambar budak botak diendoikan... Kami tak plan pun nak beli buai tok Ar-Rayyan, nak bagi Ar-Rayyan tido bawah je, senang.. Kalau pergi rumah orang takde la kalut nak carik buai kan...


Closed up..... Ar-Rayyan sangat suka dok dalam buai, leka dan khayal aje.. But mama takkan beli buai untuk awak ye... Tido dalam rocker yang papa beli tu eh..


See.. bertambah bulat je tengok Ar-Rayyan nie bila dah botak gini.. Gerammmmssss tengok pipi dia yang melayut2 tu..


Budak kecit nie sangat suka kerut kening.. I wonder why.. Maybe masa mama die peknen dulu, think too much kot...


Senyum pun ala ala aje.. mahal tol senyuman ...


Ini adalah bokeh... Hehehe Ar-Rayyan blur je nampak tapi yang fokus tang bunga tu je..


Lastly, mama with Ar-Rayyan... Muka cam terpaksa aje anak mama nie~~~ Muahahaha...
Apa pun, mama love you Ar-Rayyan!!!



Monday, December 6, 2010

Jom join Bloglarian



Jom la join bloglarian nie... Nak join leh klik sini..

Bloglarian nie bertujuan untuk memudahkan kiter bloggers nie blogwalking atau jenguk2 blog kekawan blogger yang lain...

Nak tahu kenapa saya suka blogwalking???

Selain dapat kenal rakan2 blogger yang lain, kekadang emallui entri blogger yang lain saya leh dapat tahu tempat makan yg best, tempat coti2 yang menarik, resipi masak memasak yang baru...

Selain tu dapat tukar2 link and UP kan trafik blog saya...

Oleh itu saya ingin ajak rakan2 yang lain untuk join bloglarian ni

1. Mama Arreessa aka Ainul
2. Ummi Uqael aka Dorin
3. Ibu aqil aka Take

Ar-Rayyan gi dating

Hi... saya mau pigi dating... Mekaseh Mama & Papa belikan carseat yang selesa nie.. Setiap kali saya ride on it, I feel sleepy.. So comfort to sleep....




Ahad ritu Ar-Rayyan gi dating ngan Paed die HEHEHE..

Appoinment 2nd check up lol T___T

Kali ni kene injek 3 serangkai, AR-Rayyan very good boy.. Tak nages langsung... Bunyik ek pun nan adoo..

Update untuk 2 months nie..

Berat : 5.9kg
Tinggi : 59 cm...

Dah beso anak mama, patut la lenguh dah tangah meriba..

Pastu mama plak ada ujian Pap Smear...

Sape kata tak sakit??? Sakit woo bila Doc masukkan alat tu kat bawah nun.. Iskk... Ke aku je yang over, ye la aku tak bersalin normal so baru kene masuk sket dah saket mengelupur..

Result Pap Smear akan tahun dalam masa seminggu..

Eh wanita-wanita di luar, silalah bt ujian Pap Smear nie ye sebagai langkah awal mencegah kanser serviks..

Cukur Jambul & Aqiqah Ar-Rayyan

28 November lepas kami menganjurkan kenduri Aqiqah dan cukur jambul Ar-Rayyan... Kenduri ni buat sekali ngan kenduri tahlil arwah ayah dah 100 hari...

Kol 1130 gitu orang surau datang buat tahlil baca Yassin and all that... Kol 2 baru kumpulan marhaban lak datang tok cukur jambul dan berendoi Ar-Rayyan...

Kenduri kali nie pun kami hubby+wife buat aqiqah sekor kambing biri-biri tok ar-Rayyan.. Patut lelaki dua ekor kan?? Tapi kali nie buat sekor dulu, nanti ada duet lebey buat lagi sekor...

Meh kiter view gambo2 sekitar majlis berlangsung...


Ni adalah endoi untuk Ar-Rayyan.. tantekkkkk kan??? I loikeee it a lot!!!!! Sweet sangat...



Ni gambo sebelum majlis, Ar-Rayyan lena je tido....


Papa masukkan Ar-Rayyan dalam buai sebelum mula marhaban...


Ar-Rayyan terkebil2 aje dalam buai.. Agaknye ni la dalam hati Ar-Rayyan nie

"Kat mana la mama papa letak Rayyan nie, cantek.. Siap ada butterfly lagik"


Akhir sekali gamba kami sekeluarga... Nak tengok gambo lebey banyak, leh tengok kat FB paage me..

Saturday, December 4, 2010

Giveaway Separuh Jiwang


Jom join beramai... Boleh klik sini..

Nak tag..

1. Mama Khyra
2. Dorin
3. Fatimah akak Take

My 1st GiveAway in 2011


Mari join beramai2... Boleh klik sini nak join...

Nak tag

1. Mawar
2. Dorin
3. Take aka Fatimah

Adhwa Fashion 1st Giveaway


Mari join... Klik sini ..

2ND CONTEST : THIS IS MY FAMILY


Mari join.. Klik sini..


Ini adalah gambar keluarga kecil kami.... Story sket pasal gambo nie, gambo ni baru lagik, fresh dari ladang... sebelum ni kami hubby+wifey berdua aje... Gambo ni diambil masa cukur jambul Ar-Rayyan, setelah 56 hari usia permata hati kami...

Maknanye dah 56 hari kami bertiga.. Bertiga lebey baik kan??? Hehehe... kehadiran Ar-Rayyan mengindahkan lagi kehidupan seharian kami.. semoga keluarga kecil kami ini terus dilimpahi rahmat dan rezeki dari Allah Taala...

Amin...


Friday, December 3, 2010

Duit saja-saja

Tadi saja je chek nuffnang, selama nie memang jarang la chek.. Maklumlah sedar diri trafik blog ni bukanlah hebat mana pun...

Tapi alhamdulillah ada la juga pendapatannye awalaupun tak banyak mana... Lagipun aku menulis blog bila ada masa, tak jadik rutin atau ketagih.. Dulu masa bujang walau banyak masa pun aku jarang gak hapdet apatah lagik dah ada anak nie.. Tapi skang macam minat plak sebab nak catitkan semua kenangan bersama anak, keluarga dan rakan2...

So semalam chek tengok2 nuffnang ngan baik hatinye bagi blog aku 4 BE.. Ini merupakan BE aku yang ke 28 tak silap... Alhamdulillah, syukur atas rezeki ni walaupun aku ni kira jarang gak la hapdet belog..




Insyaallah hasil nuffnang ni akan di cash out untuk cuti2 tahun depan... Yeya!!!!!!!!!!

Tu yang buat contest nak share ngan kekawan rejeki yg dapat hasil dari berblogging nie~~~

Thursday, December 2, 2010

Day 1- Cabaran 30 Hari

Day 1- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself..



Baru terhegeh2 nak buat cabaran nie.. Cete pasal cukur jambul & aqiqah Ar-Rayyan minggu depan eh....Ini adalah gambar terbaru saya bersama buah hati pengarang jantung Ar-Rayyan..

Seterusnya 15 fakta tentang saya.. Aku terus bagi 25 la, untuk menjawab tag 25 kenali diri ini yang telah di tag oleh Mama Arreessa, Ummi Uqael, Ibu Aqil... Huishhh ramai nau yang tag aku nie... Berkenan sangat nak tau pasal aku nie.. Muahahaha

1. Aku adalah seorang yang amat penakot.. Bukan penakot hantu ke hape.. Apa2 aje aku memang penakot.. Takot tinggi, takot lipas, takot gelap.. Kalau nak disenaraikan memang banyak menda yang aku takot.. Senang cete tak adventure la.. Tapi kalau kene cabar tetibe semangat Tun Teja aku boleh kuar berkobar2 dan tetibe aku boleh buat.. Ajaib kan????

2. Kalau marah aku suke diam.. Memang bila aku merajok or marah, hadiahnye adalah SILENT TREATMENT... Aku bukan jenis bebel2 tak tentu pasal, aku diam aje lama2 aku akan cool sendiri.. Tapi pernah ada orang cakap kat aku silent treatment yang aku bagi lagi meyesakkan dada orang terbabit.. Muahahaha Padan muka!!!

3. Aku sangat suka memasak.. Tak tau dari mana datangnye minat nie, tapi aku memang suka try resipi2 baru, resipi kek2.. Dulu pernah bercita2 nak buat bisnes bakery tapi skang tengah proses merancang kewangan lagik..

4. Mungkin ramai yang tak tahu, aku boleh berbahasa Mandarin dengan fasih sebabnye dulu aku sekolah Cina selama 6 tahun.. Adek aku pun sekolah cina, kekadang kat rumah siap ching chong ching chong ngan adek aku...

5. Aku paling menyampah bila orang suka cakap ngan aku ulang-ulang banyak kali... Uishhhhh mencabar kesabaran betol... Aku ni belum disahkan pekak lagi, tak perlulah ko ulang sattement yang sama sampai menanah tinge aku dengar....

6. Kalau makan mesti ada kuah and kalau boleh kuah tu nak melaut-laut penuh dalam pinggan... Kira sedapp la kalau makan nasi berenang dalam kuah nie..

7. Paling suka makan sup.. Name it sup apa?? Sume sup aku suka janji sup.. Tapi aku tak suka gulai bersantan.. Boleh la makan tapi kurengggggg umphh la..

8. Aku ni jenis kalau aku nak sesuatu aku akan dapatkan juga walau ngan apa cara sekalipun... Idak ler guna cara kotor.. Maksud di sini aku akan usaha sampai dapat.. Lambat pun takpe, janji aku dapat...

9. Berkahwin dengan chenta hati setelah bercinta selama 8 tahun.. Lama kan??? Payah oooo nak jaga hubungan selama 8 tahun nie, macam2 dah kami tempuh....

10. Telah ada sorang cahaya mata yg cumillll, yg baru berusia 56 hari...

11. Tingin nak sambung Master kat obersea tapi impian tertangguh sebab arwah ayah baru meninggal.. Tak sanggup nak tinggalkan mak... Manja kan??

12. Ada penyakit sembelit... Memang payah giler nak poo poo... Masa bersalin dulu, perkara yg paling merisaukan ialah macam mana nak poo poo... Akhirnye makan ubat....

13. Badan fragile, senang masuk angin.. Memang pantang makan segala benda yang berangin... Huhuhuh... Menyampah tau!

14. Suka tido ngan bantal tutup muka hehehe hubby selalu ejek pasal nie tapi memang selesa bila bantal tutup muka...

15. Tak suka minum air gas.... Tak tau kenapa, rasa tak sedap!

16. Sangat suka makan Kenny Rogers & Teppayanki.. Hehehe

17. I am chocolate lover sebab tu la apa2 dessert yang berasaskan cokelat memang jadik faberet la...

18. Tak suka teddy bear.. Cuma suka Pooh aje...

19. Suka pakai handbag besar2 sebab leh sumbat sume dalam tu.. Telekung pun leh masukkan dalam henbeg....

20. Kamera, notebook & pen memang sentiasa ada dalam beg dibawa kemana2...

21. Sangat suka tengok cete2 penyiasatan, seram dan misteri.. Layannnnnn!!!!

22. Aset pertama yg dibeli selepas habes belajar ialah kereta Myvi kaler hitam pada usia 23 tahun...

23. Sangat penggeli.. Kalau toilet tu kotor, jangan harap la aku nak poo poo or pee sanggup menahan tu....

24. aku adalah ketua kebersihan muahahhaha.. aku tak suka kotor tak suka sepah... Semak je mata aku tengok kalau sepah ngan kotor nie, kang laju je tangan aku capai penyapuu...

25. Aku sudah ppunya suami, anak, kerjaya dan sedang gigih mengumpul harta.. Hehehe..

dah selesaiiiiiii...

CONTEST GAMBAR PALING CHILL !!


Nak join, klik sini...

Gambo yang dipertaruhkan ialah :


Tagline kami : Kami adalah geng joyah aka jebon yang gile-gile... walaupun dah bergelar bini org/mak org...

Warna peberet PINK kaler...

Tag : Mawar
Dorin
Take



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails