Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Tuesday, January 27, 2015

sukarelawan banjir di kelantan

Penghujung tahun lepas, Malaysia bernaseb malang bila banyak negeri di landa Banjir.. Banjir yg teruk.. Ya Allah, kasihan sungguh tengok mangsa2 banjir, almost hilang semua harta benda...
Patut hujung tahun tu hasben cuti tapi sebabkan banjir ni, hasben join Mercy JKR jv with Petronas utk hantar bantuan kemanusiaan ke sana.. 4 lori jugak la yg konvoi, tu belum lg 4wd... Masa hasben nk gerak tu risau jugak, sbb tgk tv, FB keadaan kat sana agak teruk, jalan darat banyak terputus, bekalan maknan terhad dan macam2 lagi la.. Tapi pk utk bantu org, kita berlapang dada je la lepaskan dia pegi, walaupun holiday terpaksa kensel.. Insyaallah allah akan ganti dgn yg lebih baik kalau kita redho...

Masa kat sana hasben wasap la gamba2.. Meruntun hati tengok kemusnahan.. Takleh bayang macam mana perasaan mangsa banjir bila tgk keadaan rumah sndiri..


Kat sekolah ni hasben kabo selut paras betis... Kene kaut ngan jentera dlu baru boleh guna waterjet bersihkan...




Semoga allah beri kekuatan kepada mangsa banjir dan lindungi malaysia kita dr sebarang malapetaka pd tahun2 mendatang...

Iklan: Sape nak Iphone 6??

KLIK SINI

Isi details seme and share kat FB, based on luck je ni... Insyaallah da rezeki menang la ek..

Tuesday, September 3, 2013

Hanya 20sen

malam tadi penuh TL kat Facebook ngan Twitter isu kenaikkan harga minyak...

Saya memang tak update and malas komen lebey2, sbb tau ada org jenis emosi sikit tang ni, kang ada plak yg unfren... jadi segala pandangan simpan dalam ati sudah... naseb bek jugak wiken ritu gi jalan raya seremban so habi dah isi full tank so takde la nak berebut2 malam tadi gi isi minyak....

Bila minyak dah naik ni, banyak lagi kenaikkan harga barang lain yg dijangkakan... sigh.... memang akan terasa la beban perbelanjaan famili lepas ni...... Kira kenaikkan berpakej la kan.. Mungkin bg setengah orang tak terjejas kehidupan diaorang, tapi bagi setengah orang yg lain yg macam saya amat memberi kesan... Sbb tu la saya taknak komen in public benda ni, takot ada yg kecik ati or x puas ati.. Stp orang pendapat tak sama, pulak tu isu ni dipolitikkan... Bab2 politik ni memang saya tak kan komen kot...

Apa yg kita boleh buat skang, berjimat cermat je la.... Lebihkan simpanan, huwaaaa cakap pasal simpanan.. Simpanan ku dah zero dah sebab beli rumah ritu, ni baru nak menyimpan balik.... sedih sedih.... 

Ok, jom kita keje dengan lebih gigih lagi... Rezeki Allah tu luas, yg penting kene rajin.. nak cover balik kenaikkan harga minyak...... huhuhu apa la naseb badan ye dak...

Nak share status yg terkesan di hati saya.....




sedihkan coretan ni? sebab saya memang tahu ada orang yg susah kat luar sana.. yg hidup betol2 kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.... saya penah lihat depan mata saya sendiri, betapa susah nk dapatkan sesuap nasi utk anak2...

sedih sangat.... masa tu saya join sukarelawan utk charity ni la.... sampaikan ada yg bagi anak makan air kanji je sbg alas perot... allahuakbar, time tu rasa bersyukur sangat atas nikmat allah, sungguhpun saya takde la kaya tapi tak pernah lg tak dapat mkan apa yg teringin kat tekak ni.....



Friday, January 18, 2013

Dugaan - Kereta Hilang!

Hari Jumaat yang mulia ini kami sekeluarga telah diduga dengan ujian dari Allah. Kereta Perdana kepunyaan arwah ayah saya telah hilang dicuri. Kereta tersebut memang kepunyaan arwah tapi loan atas nama saya, dan sekarang masih lagi under payment dengan bank, ada lagi 2 tahun.  Kereta tu skang, adik yang guna utk bawa mak ke pasar, Tesco, balik kampung. Memang kegunaan adik2 dan mak.

Pagi Jumaat masa hantar Rayyan ke rumah mak, nampak mak ngan adik2 kecoh2 kat luar rumah. Dalam hati dah syak dah, mesti ada something wrong. The moment mak kata kereta hilang tu, terus berdesuppppp darah naik. Tak tau nak digambarkan kata2, rasa marah ada, kecewa ada, rasa kehilangan ada. Ntah. Seribu satu rasa.

So adik lelaki saya cepat2 pergi repot polis. Settle repot polis, saya plak pergi buat claim insurans. Claim insurance saya buat kat Etiqa Takaful kat Dataran Maybank. Bila buat repot tu, orang yang amek repot tu pun cerita die pernah hilang kereta jugak. Proton Waja. Akhirnya memang jumpa, tapi jumpa rangka je kat jerat cina. Enjin dan seme barang lain dalam kereta dah selamat dijual agaknye. Hurm. 

Pastu Call bank, tanya balance loan seme ada berapa lagi. Insurans plak cakap, proses claim will takes about 3-6 months. Sementara tu still kene bayar installment kat bank even kereta dah takde :( 

Lepas settle seme, baru masuk ofis. Duduk sekejap dan mula fikir secara rasional. At the beginning memang frust, marah dengan si pencuri. Tapi, bila dah cool down. Saya pikir secara positive, maybe ini seme ujian Allah, ada hikmah yang kita tak nampak. Kereta tu pun dah lama. Maybe kalau ktorg terus guna akan eksiden ke. So Allah hilangkan dia dari ktorg dulu. Bersangka baik lah pada Allah, kerana DIA maha mengetahui segalanya.

Cepat2 saya istigfar. Redha. Bukan senang nak redhakan hati ni, mulut memang cakap redha. Tapi hati. Bukan senang nak pujuk. Alhamdulillah, lepas wazzap ngan BFF, istigfar. Hati mula redha dengan kehilangan ni. Lagipun, kalau dibandingkan dengan orang lain, ujian bt kami ni kecil aje. Dibandingkan dengan orang lain yang ada anak sakit, banjir, kurang upaya. Terus insaf. 

Betol lah, bila kita ditimpa musibah, look at others that worst than us. Baru kita akan sedar. Jangan pandang ke atas, tapi lihatlah ke bawah. Baru kita akan bersyukur dalam keredhaan.

Satu je doa saya, agar si pencuri tersebut menemui hidayah dari Allah. Saya halalkan duet hasil jualan kereta yang bakal dibaraikan dan dijual tu. Dosa dia dengan saya, settle. Tapi dosa die dengan Allah kerana mencuri, semoga Allah ampunkan. 

My 1st abaya 2013


Abaya pertama yg saya beli pada tahun 2013 bkn tu je seumur hidup kot. Hurm. Habi pun pelik sejak bila saya nak berAbaya bagai ni.
Tahun baru. Revolusi baru. Azam baru. Sinonim kan?
Begitu jugak jiwa ni, nak lakukan pembaharuan. Walau tak banyak, nak jugak buat sikit. Pembaharuan yang membawa kebaikkan.
Biar la apa orang nak kata. Tak stylo, macam orang tua, tak moden. Ye la, umur muda lagi, dah nak berlitup dari atas ke bawah kah???. Ada suara sumbang gitu ok. Tapi tahukah, mati tak mengenal usia?

Sebagai seorang ibu, biarlah aku membawa status ibu yang mulia itu dengan cara aku tersendiri. Menjadik contoh buat anak anak aku. Walaupun aku ibu yang muda. Takpe la aku digelar ibu kolot yang tak reti berfesyen. Takde hal la. Aku berfesyen jugak, tapi kat rumah je. Depan mata suami je ^_^

Sedihkan dengan metaliti orang macam ni kan? Skang abaya pun banyak yg cantek apa. Harga pun cantek. jadi ini adalah permulaan saya untuk berubah. Sepatutnya orang memberi sokongan bukannya komen yang seperti di atas. Takpe la, mungkin pada die satu kerugian perubahan saya ni. Takpe, saya untung. dia yang rugi gamaknye, sbb saya tak beli baju dr die lagi kot T_____T

Abaya ni saya masih belum pakai lagi, walaupun saya beli pada 1 January 2013. Saya perlukan kekuatan untuk menyarungnya. Baju yang sebegini sopan, tingkah laku perlulah sopan jugak kan. HAHAHAHAHA.. jadi kene ubah perangai agar lebih kesopanan dulu. Takkan nak pakai abaya tapi tergedik mengeletis kan, gelak macam pontianak mengilai kan, tak sesuaiiii.. Nanti kang ada plak yang kata, baik takyah pakai supan supan.. Eh, memang betol pun... Skang saya memang gelak kuat, nak lagi kalau duduk ngan geng.. Tetibe je gelak macam nak runtuh meja. Adoi susah nak ubah pangai nie.

Insyaallah saya akan sarung juga abaya ini. Tahun ini. Insyaallah..

Doakan saya. Itulah baru namanya sahabat.








Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013

Selamat Tahun baru semua.
Semoga tahun 2013 ni akan memberi makna dan kebahagiaan bt kekawan dan keluarga.
Dan semoga kita seme akan dimurahkan rezeki dan rahmat dari Allah SWT.
Amin!


Monday, December 31, 2012

2012 yang INDAH bagi kami sekeluarga

Hari ni hari terakhir 2012. Alhamdulillah, syukur sangt 2012 banyak meninggalkan kenangan yang indah2 buat saya dan keluarga.. Kalau tanya bab azam 2012, ntah la. Setiap tahun azam aku sentiasa sama yakni ingin berubah ke arah yang lebih baik... Memang klise la T__T  Aku ni bukan jenis orang yg spesifik letak azam, tahun ni saya nak beli kereta jenama xxxx, tahun ni saya nak melancong ke xxx... Memang tak pernah kot aku buat azam gitu, tapi impian ada. Impian tu tak kesah tahun bila nak capai ye dak.

Orang kata kalau dah berazam nnt kita akan usaha. Tapi aku ni bkn kategori tu kot, aku adalah jenis orang yg follow the flow.  Dari dulu lagi. Aku hanya berdoa agar segala yang aku lalui dan dapat itu yang terbaik dan membawa aku ke jalan yg baik.  Alhamdulillah, walaupun perangai aku macam tu Allah sentiasa permudahkan dan tunjuk aku jalan untuk aku dapat apa yg aku impikan.

Entri ni nak menyingkap kenangan manis aku sepanjang 2012, ni yang mana aku ingat dan ada gambar aje la.. Yang tak ingat tu kene la godek balik blog ni heheh.. Ada jugak yg tak tulis dalam blog, bukan seme kita boleh tulis ye dak?

Tahun ni aku dapat rantai yang terukir nama aku ngan habi ni sempena tak-tahu-apa. T___T Habi memang gini suke bagi adiah yg tiba2. Rantai yg terukir nama ni mmg dah lama diidamkan. Tahun ni baru tercapai. Dan sepanjang dah kawen, inilah kali pertama habi bg hadiah emas emas ni. Mahai kot, tak boleh bagi tetiap tahun.....


Tahun ni jugak, saya dapat menjejakkan kaki ke Disneyland. (Entri Disneyland belum buat lagi, ramai yg rikuest, baiklah tahun depan saya akan buat) .. Disneyland ni tempat impian waktu kecik dulu, tingin sangat nak p, tapi mana mampu masa tu. Alhamdulillah, company hantar saya training ke China, terus masuk Hong Kong gara2 nak ke Disneyland punya pasal. Satu hari nanti, insyaallah teringin nak bawa anak2 plak ke kota fantasi ni.


Tahun ni jugak, impian saya utk bawa mak dan adik2 bercuti terlaksana. Alhamdulillah, saya dapat menggembirakan hati mak, bawa mak dan adik2 ke Langkawi. Mungkin pada orang lain benda ni nampak kecil je, tapi pada saya besar maknanye.. Sepanjang saya bekerja, saya belum pnh berkesempatan nak bawa mak dan adik2 pergi melancung. Dulu masa arwah ayah ada memang ada plan nak bawa tapi tak sempat. Ralat sangat rasa hati ni. Sbb tu bila mak kata tingin nak p langkawi, saya cepat2 book tix flight masa promo AA. Takmo terlambat lagi!


Selain bercuti dengan famili saya, antara kenangan yang best tahun ni kami jugak dapat bercuti dengan famili in laws saya. Seme pun join percutian kali ni. Walaupun hanya 2D1N di Cameron Highland tapi bila bersama keluarga, segalanya haruslah indah bukan?


Dan masa awal tahun ritu, kami jugak telah dapat menjejakkan kaki ke Pulau Impian kami. Pulau Mabul. Indah sangat pulau Mabul tu, sampaikan kami decide untuk pergi lagi satu hari nanti jika ada peluang. Oh ye kami ni pencinta pulau pulau... So next target yg ada dalam wishlist kami Maldive dan Boracay Island.


Saya jugak telah menjejakkan kaki ke Holand Eh bukan lah. ke China buat kali ke 2 tahun ini. Alhamdulillah, dengan pekerjaan saya skang saya dapat banyak peluang utk berkursus di luar negara sekaligus memberi peluang untk saya berjalan ke negara orang, sesuatu yang tak pernah saya impikan pun. Terima kasih Ya Allah atas rezeki dan nikmatMu.


Tahun ni jugak saya dapat percutian yang ditaja ke Gold Coast Sepang, hotel ni mahai. Tak pernah terfikir pn untuk menginap kat sini. Sbb harga yg mahai dan tak mampu la kami. Tak sanggup nak bazirkan duet semata2 utk tido di hotel. Tapi Allah maha kaya, Dia beri saya peluang tu melalui cara lain. Syukur!


Dan rezeki di penghujung tahun, di kala saya menghadapi musibah anak sakit dan masuk wad. Allah beri nikmatnya dalam bentuk lain. Saya dapat hadiah percutian 3D2N di Penang hasil dari contest. Percutian ni utk tahun depan. Jimat duet kami.


Dan satu lagi kemenangan yakni percutian ke Gold Coast Sepang jugak, tapi utk tahun depan. Hehe T____T Hasil dari contest jugak. Semoga tahun depan 2013, rezeki contest saya makin melimpah ruah.


Dan alhamdulillah, 2 nikmat terbesar yang allah beri pada kami tahun 2012 ni, pertamanya, saya telah dinaikkan pangkat ke Manager. Alhmdulillah dengan naik pangkat tu rezeki kami sekeluarga bertambah. Dan tanggungjawab pun bertambah jugak T__T

Dan yang kedua, kami dah berjaya membeli rumah sendiri. Sekarang masih dalam proses pembinaan. Kedua2 kejayaan tersebut tak pernah pun saya rancang dan jangka ianya akan tercapai dalam masa yang terdekat ini. Tapi perancangan Allah itu indah. Dia tahu mana yang terbaik buat kami. 


Saya benar2 bersyukur sangat dengan apa yang mampu saya capai dan miliki sepanjang tahun 2012 ni. Ada yang indah ada yang pahit. Yang indah tu akan tetap menjadi kenangan dan yang pahit tu saya nak lupakan je. Takmo simpan dalam hati.

Semoga 2013 akan menjadi lebih baik buat saya dan keluarga. dan untuk anda jugak! 
So, hows your 2012???



Thursday, December 27, 2012

27 december

ada apa pada 27 December?

27 December 2012, andainya arwah ayah masih hidup, hari ni hari jadi beliau yg ke 55...Dah 3 tahun arwah pergi tapi ktorg tak pernah lupa beday beliau. Dan setiap tahun beliau  tak pernah lupa untuk SMS anak2 bila tiba beday kami. Sesungguhnya aku rindu nak terima SMS arwah. SMS yg memberi semangat di kala aku putus asa, SMS yang memujuk hati, SMS beritahu ayah dah masukkan duit.

Rindu sangat kat arwah ayah. Lama tak dengar kata2 nasihat beliau yg menenangkan.  Antara anak2 beliau, boleh dikatakan saya agak rapat jugak. Ingat lagi, masa saya belajar kat UKM. Ayah ada masalah, beliau telefon saya, mungkin niat nk meluahkan tap tak terluah. Bila saya tanya kenapa, beliau hanya jawab "Ayah nak dengar suara along... Lega rasa hati"...

Semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah.

Merindu orang yg dah tiada, adalah perasaan yg paling luka terdalam dalam hati. Nak dengar suara tak dapat, nak usap tangan tak boleh, nak dapat pelukan jauh sekali.

Sesiapa yg masih punya ibu-ayah. Please please please appreciate them. Saya merayu pada anda.  Peluk dan cium mereka selagi adanya jasad dan nyawa mereka. Bersembang dan berbual la puas2. Bila tiba saat mereka tiada nanti, takde kata2 dapat menggambarkan kerinduan dan takde apa yg boleh jadi galang ganti. Percayalah! Selagi mereka masih hidup berbaktilah, jangan biarkan mereka mengalir airmata kerna kamu, jangan biarkan mereka ternanti2 kepulangan kamu.


Thursday, December 20, 2012

tahniah!!! Happy..


Hehe semalam kan result PMR keluar.. Tahniah bt adik sepupu kite.. Dapat 7A 1B.. Alhamdulillah.... Heheh nanti kak long banje la makan ye....

Sebenarnye kite kat sepital ni rayyan admitted.. So tu yg blog takleh nak hapdet.. Hapdet ala kadar aje ni... Dah la minggu depan mmg dah apply cuti.. Minggu ni macam cuti terus je sampai jumaat... Kalau gini mmg cuti sampai tahun depan la kita....



Tengok result pekse orang lain tingat result pekse kita dulu hehe alhamdulillah masa PMR kita dapat 8A... rasa gembira sangat dapat bahagiakan hati orang tua.. Arwah ayah la paling gembira masa tu....

Rindu arwah. Al-Fatihah.


Tuesday, December 11, 2012

Banyak gile draft


Entri yg masih draft.. Banyak giler..... Masa je xde, sbbnya skang tgh bizi.. Khamis ni ada  exam... Hikhik macam biasa, keje technical ni kene byk amek certificate baru la ada elaun tambahan ie specialist ke apa.. Kalau takde cert and skill memang takat tu je la dok, tak bergerak..

Bagus pada aku sbb ia adalah pemangkin utk lebih berjaya dan improve diri dan knowledge... Secara jujur, sape tak suka gaji tinggi, elaun banyak kan... Bukan lah nak kata wang tu segalanya, tapi wang tu la yg membantu kita utk melengkap keperluan harian...

Contoh mudah, anak2 gi sekolah.. Budak2 skang kan advanced.. Handphone lagi canggih dari mak bapak.. Dok wazzap wazzap.... sesape yg xde kemudahan tu sure rasa rendah diri, terpencil... Aku tau sangat feeling tu, sbb dulu aku sekolah cina.. Bebudak cina seme kaya2... Keluarga Kita ni takde la tahap susah, tapi jenis sederhana... Sekolah Cina tu pun yurannya dah mahal... Takkan nak request macam2 kat parent lagi... Memang rasa rendah diri time tu, tapi rasa rendah diri tu la yg bt aku berusaha utk jadi yg terbaik.... Alhamdulillah, walaupun aku tak mewah macam student cina yg lain tapi aku antara yg excellent kat sekolah. Sbbnya aku nak buktikan, kekurangan aku tak menjejaskan prestasi akademik aku.... Dari situ baru diaorang respek kita, bukan sbb kaya tapi sbb kecemerlangan kita.. Barulah nak berkawan.... Nampak tak kat situ? Orang respek kita bila kita cemerlang.. Tapi zaman skang, nak jadik cemerlang kene ada macam2 akses utk dapatkan maklumat ie internet sbb maklumat dihujung jari, tu kene bayar tu.. Kene beli buku latihan.. Tu pun duet.. So putar kot mana pun zaman skang, memang perlukan duet.

Sedih bila kenang balik... Tapi benda yg aku lalui tu, bt aku kental... Bt aku jadi apa yg korang lihat sekarang...

Tapi kita kene fikir balik, bukan seme orang boleh mengubah kekurangan tu kepada pemangkin untuk lebih berjaya.. Aku tengok bebudak skang, banyak jadikan kesusahan tu sbg alasan. Alasan utk mencuri, alasan utk ponteng sekolah..... Huhu so di situ kita nampak perlunya wang utk membeli kelengkapan hidup.. Tak perlu mewah mewah sampai banglo 5 tingkat kete ferari sebijik.... Tu dah tido atas duet namanye.... Maksud aku, duet tu utk  keperluan agar hidup tu tak susah tak senang.. 

Peace. Tu hanya pendapat peribadi aku je. AKu pun bukanlah tergolong dalam golongan tido atas duet pun. hikhikhikhik


Monday, September 10, 2012

Pregnant Again?

Adoi hai gamaknye sebab tingin nau nak pregnant, malam tadi tido sampai mimpi2 pregnant...... Hikhik siap dah beranak, dalam labour room nak push push seme masuk mimpi.. Pastu dapat breastfeed baby.. Hikhikhik..

Betollah, skang ni memang rasa nak sangat pregnant lagi membuak buak... Rasa nak ada baby kecik balik... bukan kami tak usaha, tengah usaha tapi belum ada rezeki kan.. Rayyan pun next month dah masuk 2 tahun memang sedang elok la nak pregnant lagi... Raya ritu ramai la cakap, takyah la tunggu ekonomi kukuh baru nak beranak.. Coiiiii, bukan tang ekonomi yang kami risaukan.. Aku percaya anak tu rezeki.. Anak yang dilahirkan akan ada bahagian rezeki dia yang Allah dah janjikan so buat pe nak risau.. Itu seme urusan Allah... Cumanya ada few things yang kami nak settle before conceive anak kedua. Aku kan bersalin czer so kalau boleh nak cukup 2 tahun, ni untuk kurangkan risiko dan kesihatan aku jugak.. Ada je orang yg x tunggu 2 tahun.. well, terpulang pada orang la kan... Takleh la nak expect seme orang sama.... Huhuhu... Kami pun kalau boleh taknak lambat2, makin tahun makin tua.. Kang dah tua larat ke nak ngandung?? Kesihatan pun tak tahu mengizinkan ke tak time tu... So lagi cepat lagi bagus.. Besarkan anak2 sekaligus je...

Takpe la, dapat merasa dalam mimpi dapat beby gurl pun dah syiok... Kalau betol2 rezeki kami lepas ni baby gurl memang sejuta kesyukuran dari kami... Now, kami hanya mampu berdoa agar ada rezeki bt kami. 

Marilah bt keje, keje opis banyak menunggu ni...


Friday, August 10, 2012

Menitis air mata di pagi Jumaat



Inilah filem pendek yang buat saya menages tersesak2 di pagi jumaat. Sungguh! Memilukan hati. Rasa bersyukur sangat anak2 kami masih mempunyai kami as parents. Masih dapat merasa kasih sayang dari kami berdua.

Iklan ni jugak membangkitkan rasa rindu yang tak terhingga kat arwah ayah. Ramadhan kali ni genap dah 2 tahun arwah ayah meninggalkan kami sekeluarga. Saya berdoa dengan penuh harapan agar 10 Ramadhan terakhir ni Allah beri saya peluang untu bertemu arwah ayah dalam mimpi. Lama sungguh tak menatap muka arwah, mendengar kaat nasihat beliau. Saya benar2 merindui arwah. Semoga Allah berikan saya peluang tersebut. Amin. Dan Al-Fatihah bt arwah.


Thursday, March 29, 2012

Siyes dalam DILEMA

Hurm actually today I was on leave. Pergi jemput adik yang dah habes diploma kat Kuala Pilah. Gini lah tanggungjawab anak sulung, since arwah ayah dah meninggal, kebanyakkan tanggungjawab kat adik2 dan mak, me ngan adik lelaki yang pegang.. Adik lelaki kebetulan kene outstation plak, so I need to take responsibility la kan... And I am so blessed to have husband yang sangat understanding, orang selalu kata... Perempuan bila dah kawin harus mengikut suami, yes exactly... Tapi alhamdulillah, suami tak pernah mengeluh atau menghalang saya dari menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan kakak..  Syukur!

Samapi Kuala Pilah, lepak kejap makan bekal nasi lemak yang mak bawa... Bila nak gerak balik, tau2 tayar pancit. Adus! Dah satu hal nak menukar tayar, naseb ada adek2 UitM yang baik hati dan sangat ringan tulang tok membantu... Tayar berjaya ditukar tapi kami tetap pergi ke kedai tayar berdekatan tok tampal dan tukar semula ke tayar asal.. Sebabnya tayar temporary tu sungguh la comei alahai....Tak balance langsung dengan 3 tayar yg lain, takut plak jadik apa2 tengah jalan.. Somi pun dah tepon berkali2 suh pegi tampal tayar yg kene paku tu.. Actually bukan paku pun tapi amcam besi yg diasah tajam.. MAcam sengaja je tabur kat jalan biar tayar bocor.

Sampai rumah, saya dikejutkan dengan satu berita. Tak tahu nak kata berita tu berita gembira or berita sedih. Its totally unexplained. 

Having to said, bulan 8 tahun ni genap 5 tahun saya bekerja di company sekarang ni. Dan dah 2 kali saya bertukar division. Alhamdulillah, saya sangattt gembira dengan job scope saya sekarang. Fleksibel time,  well paid walaupun tak mewah mana gaji, yang penting enjoyed the work I am doing now. 

And yesterday, I got an offer to be promoted to manager post with specialist scheme. And as usual, the offer of coz come with great salary increment nak lagi ada specialist scheme tu. Its double my current wedges! T_____T    Melopong mulut ni bila dengar.
Well, sape tak suka gaji tinggi. Income banyak bulan2. Tell me? Orang gila je yang tak suka. Boleh beli handbeg Coach tetiap bulan you! HAHAHA.... Takde la gurau je tang handbeg tu. Ada benda lain yg lebih important that that,  main thing now, we aim nak beli rumah.. So memang actually desperately nak increase our household income la. Tau la dok KL ni, rumah sume above 200K.. Memang tak mampu nak tanggung monthly payment kalau dengan gaji sekarang nie. Mampu, tapi makan pasir la kan.

Last time, saya ada mengadu domba dalam blog ni jugak. Saya declined one great opportunity sebab offer yang saya dapat tu gaji besar tapi kekangan masa with family. Kalau bab nak tukar keje, first thing across my mind, adakah keje tu akan membataskan quality time saya bersama anak dan suami. If the answer is YES, then on the spot I will reject. Without second thought. Sebab perempuan ni pada saya walau se ambitious mana pun, family must be first priority. I dont care if I failed in my career development, but I dont want to fail to grow up my kid, and spoil my marriage. 

Tapi Allah tu Maha Kaya. Bila saya tolak tawaran yang satu tu demi keluarga, Dia utuskan tawaran yang lain yang tak kurang hebatnya dari offer yang sebelum tu. Tapi tawaran kali ni datang dari company saya keje skang. Saya cuma perlu bertukar division dan job scobe. Kalau sekarang saya adalah site engineer, post yang baru adalah consultant engineer kot. HAHAHA sebab jobscope adalah consult and give idea on strategy and bla bla bla...  Tawaran kali ni memang takde masalah tok having quality time with family. I can have my own sweet time with my love one. Cuti pun takde isu, and medical benefit pun akan upgrade. Cuma yang menjadi dilema adakah saya mampu tok menjalankan tanggungjawab tu? Jobscope lain. Keje yang memerlukan tahap kerajinan yang maksima. Ye la consultant ok . Kene serba serbi tahu macam pakcik Google. Tak boleh tak tahu, nanti jatuh la kredibiliti. I am doubt either my knowledge are up to that extent.   Kene alway google-ing to keep  updated with new technology. Macam professor dan doctor sume, kene sentiasa ada inisiatif tok company. Haih... tak dapat la nak facebook-ing and blogg-ing secara kental dah.. Kene buka website networking aje la lepas ni.

Up till now, decision belum buat lagi. Tanya suami, jawapan standard "Ikut ayang la, abg memberi sokongan penuh dari belakang"... Wachaaaaa.... Terus tepuk dahi!

Ada masa seminggu tok berfikir and made up my mind. Tapi kan, I have lesson learned from what have been happened. Allah tu Maha Mengetahui. Bila niat kita ikhlas buat sesuatu demi keluarga, Dia akan sentiasa memberi laluan dan jalan yang lain untuk kita. Betul tak?

Ok la, maybe i need istikarah for this. Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kami sekeluarga.


Sunday, March 25, 2012

busy bee



Life has been very hectic few weeks back. That explain why blog ni sunyi sepi.. A pile of technical report waiting to be completed, training need to be attended, presentation slides to prepared. And not forget, few months coming I need to be on site for testing.. Tak suke!  Dulu kalau dengar outstation sure hati ni melonjak2 kegembiraan. Ye la, sape tak suke dapat berjalan pusing2. Dapat claim and allowance pulak tu. Double happiness

But when I already married, kalau nak berpergian beberapa hari je pun dah rasa sedih. Now, dah bergelar mama. Double sedih. Sedih nak meninggalkan suami tu takde la sangat sebab tahu suami masih mampu idop tanpa kita, and I think is good jugak sometimes berjauhan gini. Rindu rinduan bila berjauhan, bila balik rasa nak terkam. Auwww..


Tapi meninggalkan anak adalah super sad. Remember last year, when I need to go for training at China, banjir KLIA tau. Dah la berjauhan, jauh beribu baru pulak tu. Lama pulak tu. Sape tak sedih? The moment, suami dan anak nak meninggalkan KLIA, maka berjuraian la air mata ni mengalir. Auchhhhh..



Ok, tu saja yang mampu nak update by now. Banyak betul entri draft dalam blog saya nie.  Ntah bila nak dipublish? Tunggula ada masa untuk mengarang. Now, saya perlu siapkan presentation slide for this coming Tuesday punya management meeting. Menyiapkan slides sambil menonton Rescue Dawn, jangan tersalah buat summary sudah!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails