Showing posts with label ShenZhen. Show all posts
Showing posts with label ShenZhen. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Trip ShenZhen: CCV

Selain dari miniture building kat CCV ni macam entri sebelum ni.
Kat CCV ni ada macam rumah2 org China.
Pastu ada pertunjukkan show kebudayaan.
Tapi ada la show time dia.
So kene alert la ngan schedule show tu.

Bergambar dengan rumah Igloo.
Kat bahagian Utara China memang salji.
Ramai orang2 Monghul dok sana.
Kalau kedai halal kat China ni, most of makanan die based on Mongulian punya food.
banyak kambeng je sbb nak panaskan badan.


Ngan Tanglong.
Rumah China ni best.
Bilik2 die besar2 and byk.


Ni antara lanscape yg berasaskan permandangan kat Guilin.
Lawa kan?


Ada jugak mesin kincir air nie.
Ktorg try la kayuh
Siyes penat sangat.
Dari air ni, tenaga lain dijanakan.
Hehehe dah macam belajar fizik plak.


Bergambar ngan apa ntah nama temple nie. Fames katanya



Salah satu show yang korang wajib tengok kat sini ialah HORSE Show.
Die menceritakan zaman perang dulu2.
Ada 2 disnati. Disnati A nak gulingkan Disnati B.

Memang real la diaorang bt, sebijik amcam dalam drama perang China.
Show ni 30 minit je tapi siyes sangat enjoyed!





Lepas habes show korang leh naik kuda.
Die bawa korang naik kuda bukannye jalan slow2 gitu.
Memang kuda tu larik laju ko tahu. Macam tengah perang jugak.
Semput napas aku nengoknye.

Aku memang tak naik.
Alergik bau kuda.



Sekian, saya penakot kuda.

Wednesday, July 11, 2012

Trip ShenZhen : Chinese Culture Village

One of the place kene visit kalau pergi Shenzhen adalah Chinese Culture Village.
Chinese Culture Village -CCV ni besau.
Memang lenguh kalau nak jalan kaki.
So ada buggy, sewa la buggy ye.

Dalam CCV ni ada miniture senibina dan kebudayaan China.
China ni besar sangat negara die and ada banyak province.
Yang aku pergi ni bahagian selatan China.
Kalau Beijing tu dah kat  Bahagian Utara China.
Monggul tu semua kira sebahagian dari negara China tau.
Aku baru tahu. Hikhikhik


Antara senibina yang ada dalam CCV ni.
Ni temple, dalam die ada patung Budha besar sangat.
Aku takot nak amek gamba patung tu.


Ni gambo patung Budha. Aku tak sure patung asal die ada kat bahagian China yang mana.


Yang ni summer palace.
Summer palace ni ada kat Beijing. Orang kata kalau musim sejuk, tasek besar depan summer palace ni akan beku. Siap kita boleh jalan lagi atas tu. Teringin nak pergi satu hari nanti. Insyaallah!


Yang ni Pagoda. Tapi tempat asal aku tak pasti. Memang cantek sangat senibina Pagoda ni. 
Tak dapat tengok yang original, tengok yang palsu pun jadik la.
Tu pun dah rasa untung sangat.


Yang ni batu2 kat Guilin. Guilin ni aku pernah tengok dalam dokumentari. Siyes, tempat ni superb cantek view die. Subhanaallah. Cantek sangat, masa tu aku tengok kat TV je. Kali ni dapat tengok yang miniture ni pun aku dah rasa cantek, tak tau camne nak gambarkan kecantekkan sebenar if aku dapat pergi ke sana satu hari nanti. Korang boleh google Guilin kalau nak tengok gambar permandangan die. Air Asia pun ada bt direct flight ke sana tak silap. Actually China ni banyak je tempat menarik, cuma masalah bahasa ngan makan je.


Kat bwah ni gambo2 Guilin yang aku gugel.
Lawa kan?
Sangat speechless tengok kecantekkan dan ketenangan dia.
Aku rasa tempat ni akan masuk dalam list tempat percutian idaman aku.
#orang-tak-suke-serabut
(perasan tak, tempat holiday idaman aku semua tempat yg calm, tak hiruk pikuk)


Air terjun ni lagilah mengamit hati aku nak pergi..



Ni kami bergambar dengan Forbidden City.
Forbidden City ni memang fames. Sape suka layan drama Cina memang tahu la pasal Forbidden City nie.
Aku memang suka Forbidden City ni, die ada kisah tersendiri.
Aku tahu pun sbb tengaok National Geography dokumentari pasal istana  China lama nie.
Besar giler istana ni, bilik pun banyak oke.
Ate udah gundik rajanye pun banyak.



Forbidden city lagi.


Yeay.. Saya sudah sampai ke Forbidden city.
#berangan-la-kau-mak-jemah!
Forbidden City ni kat Beijing tau..


YAng ni aku tak tahu apa.
Miniture die kecik tapi halus sangat keje seni die.


Hehe nampak comel kan?
Bukan aku yg comel.
Tapi building miniture tu.




Great Wall China.
Salah satu dari 8 keajaiban dunia.
Dapat la sampai sini walaupun tak dapat sampai ke tempat original die kat Beijing.
Jadi la kan, dari takde.
Nak gi Beijing nye ntah tahun bila.

Great wall China ni panjang, merentas ntah berapa province kat China nie.
Struktur dia bukanlah bersambung terus menerus aje, kalau ada sungai, terputus la struktur die, pastu sambung balik.
Actually great wall ni tak habes bina pun.
Dia kan digunakan sebagai kubu pertahanan pada zaman dulu.
Untuk bina great wall ni beribu2 orang mati.
Ye la, zaman dulu mana ada kren nak angkat batu bata ni.
So guna tenaga manusia tok angkat batu bata ni semua.
dah la kat kawasan gunung. Memang hebat la orang zaman dulu.


Our team.....
Siap terbaring2 posing ngan great wall.


Tu je yang aku leh share, actually banyak lagi miniture dalam ni tapi tak terdaya nak letak semua gambar.
Banyak sangat.

Kalau ada peluang, korang leh la visit tempat ni. Memang tak rugi.

Monday, July 9, 2012

ShenZhen trip: Chinese Theater at OCT

Kalau datang China, wajib tengok teater diaorang..
Best gilak...
Stunt, action memang real.
Siap api, air, petir atas pentas tu....
Masa pergi tahun lepas dapat tengok 2 teater.
Tahun ni plak dapat tengok 1 teater, tapi memang puas ati sangat tengok teater die.



Dalam teater hall die.
Tetaer ni ada aircond.
Yang lagi 2 aku pergi tu style open air.
Kalau ada aircond gini memang nak lelap aje la.
Yang ni bnyk show menari2, acrobatic gitu.
Kalau yg style open air tu memang layan...
best sangat!

Kat bawah ni gambar2 masa teater.
Teater yang ni je boleh snap gambo. Tetaer yg lain tak boleh snap.
Asal nak on kamera je nanti kene point lampu merah...
Adoiii.. Terus simpan kamera hikhikhik

Meh layan gambo2 waktu teater kat OCT nie..
Tengok la penari die siap berterbangan......










Nampak real kan?
Padahal effect je...
Teater ni bese2 je la pada aku, yang best teater kat Splendid China...
Nanti akan ada story lain pasal tu...

Tuesday, July 3, 2012

China ShenZhen trip: OCT Tea Valley

OK.
Ni kisah trip di China. Trip ni last year punya.
Yang this year aku akan publishkan selepas habes entri last year.
Memang byk la.
Last year masa gi China aku visit OCT, Chinese Culture Village and Happy Valley.

For trip 2012 ni, aku pergi Window of the World, and Disneyland Hongkong, Victoria Peak HK And and Arena of Star HK.
Dan trip kali ni paling banyak aku shopping ngehngehngeh..
Maklumlah syopping for Hari Raya.

Entri entri sebelum ni pasal OCT

Aku terpaksa bt byk entri sbb OCT ni besar gile. Ni pun aku tak pergi semua.
Kalau jalan semua mau tercabut lutut aku.

Kat OCT ni ada jugak Tea Valley.
Tempat sejok, memang sedang elok la nak tanam teh nie..


Macam biasa China ni sangat terkenal kebudayaan dia yang pelbagai. So kat sini macam2 alat2 muzik yg asal dari sana.
Yang selalu aku tengok dalam drama je.
So kali ni dapat tengok live.


Jed jed yang macam kaler.


Dah kata pergi negara diaorang, memang banyak la patung2 Budha ni kat sana.



Masa ni nak tengok tarian Singa. Tarian singa ni selalunya ada time CNY je kalau kat malaysia.
Kat China ni memang selalu ada  especially kalau ada event apa2


Tarian singa kat China ni memang real. Siap lompat2 dari tiang ke tiang.
Ngeri gile wei.
Ada satu part tu aku tengok hampir nak terjatuh tapi ok je penari dia.
Memang hebat.,.. daebakk!!!


Tengok la betapa tingginya singa tu nak lompat.
Penari tu kalau tengok budak2 kecik je.


Stunt habes.
Memang aku speechless tengok.. Singa ni lompat jauh kot tiang tu...


Dah habes tengok tarian singa, kami berjalan2 menikmati panorama..
Heheh memang syiok jejalan cuaca sejok ni.
Tak berpeluh.



Jambatan gantung ni memang panjang dan tinggi.  Aku jalan menonong je sebab kalau pandang bawah aku gayat.
Kelemahan aku adalah ketinggian. Tapi naik rollercoaster ok HAHAHA..


Cantekkan view bawah tu. 
Pada aku negara China ni maju tapi keindahan alam die still terpelihara la...
Banyak tempat yang cantek2...


Poyo je nak bergambar. Dalam hati dah dap dup dap dup ketarrrrr hehhee..


Bila cuaca sejok, perot asyik lapar je. So bekalan makanan memang sentiasa ada dalam beg. 
Bagusnya bila trip ramai gini, kita boleh pow org punya hahahaha...


Membaca peta. Sebabkan terlalu besar area die, sampai sesat la kami nak carik jalan pulang...





Akhirnya berjaya pulang....

Tip dari penaja:
1. Kalau nak gi OCT ni sila lah pakai kasut yg selesa. Kalau tak memang takkan boleh jalan sebab lenguh. Takyah la pakai heels segala. Pakai je flat shoes.
2. Kat OCT ni ada show2 yang best, kalau bole alert la pukul berapa show so tak missed.
3. Kat sini takde benda sangat nak shopping, just sightseeing and amek gamba banyak2 sbb view adalah lawa and superb!
4. Tak silap aku die ada tix masuk, tapi aku tak tau berapa harga since company yang bayarkan tok ktorg.


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails