Friday, October 30, 2015

Inside Out Movie Time

HAHAHA ni kisah lama terperam dah. Kami gi tengok wayang movie Inside Out, sebenarnya redeem tix wayang hasil contest, expired 30 ogos, so mmg cepat2 la g redeem, tgk je movie katun apa yg ada masa tu. Bebudak ni katun layan la, muvie action setakat ni saya bawa g tgk The Scorch Maze ritu pun ok je dedua. So pass la pasni nk bawa tgk movie. Mayyah mmg layan la, bg popcorn sebekas, dr awal movie smpi la hujung movie tak benti mengunyah popcorn haha diam je kat kusi tgk sambil makan. Lega mama dik oiiiii..
Abg mmg behave so takde la risau bising ke apa. Pasni leh la ON ektibiti layan muvie ni.. Tapinya tix movie pn dah mahai hahaha tunggu menang contest je la ye anak2.

Takyah la kita review cete ni sbb dah basi pun Hehe tapi best tau, penuh dgn mesej positif cerita ni. Cuma rasanya kene tgk ngn anak sbb agak payah bebudak nk paham, Rayyan tak paham sangat so dok la tanya kenapa jadik kenapa jadi gini. So kita la kene explain sesatu ke die.


Kami tgk wayang kat Alamnda ritu hehe skang dah dok area Kajang ni mmg jalan2 area sini je wiken malas nk masuk KL.


3 org ni kalau bergamba mmg over tau!



Selpie satu kali dgn adik hehehe.


Thursday, October 29, 2015

Anak2 Penyejuk Hati Kami

Anak2 lahir hujung tahun, dah hujung tahun baru la genap  5 tahun dgn 2 tahun memasing. Ada dua anak, dedua karakter berbeza. Tapi berbeza macam mana pn, tetap anak2 mama, tetap mama sayang.... Tetap la buah hati penyejuk jantung, intan payung seme.

Alhamdulillah, Rayyan skang dah besar dah pandai solat, pandai jadi imam. Ya allah rasa sejuk sangat perot bila peel anak2 molek gini. Org kata didikan dari rumah, tp jujurnya kami kat rumah bape jam je masa. Selalu bk sempat ajar sikit2 je, sblm tido rutin kami cek bacaan solat, bacaan surah pendek, ayat kursi.... alhamdulillah seme rayyan dah hafal skang, mama bangga dgn anak mama.. lantak la org nk cakap kita berlagak ke apa, tp bgi kita ini achievement anak2 yg sy nk jadikan kenangan dalam membesarkan mereka. once in the life time, lepas ni mereka dah besar dah lain cerita....,  Dan selalunya bebudak kan ngikut apa je yg mak bapak buat, selalunya bila solat Isyak dan Magrib hasben akan try utk berjemaah bersama kalau die tak keje la, bila anak2 tengok itu yg mereka pun ngikut. Bebudak ni gitu la, follow by example kaedahnya.

Skang bila azan je, Rayyan dah pandai ajak adik mama solat. Siap offer jd imam sbb papa takde g keje. Eh Rayyan kene sunat dulu ya HAHAHAHA.  Yang haru nya bila solat berjemaah ngan anak2 ni, suara diaorg baca tu lagi kuat, bergema seisi rumah sampai imam pn kompius2 kekadang.  Dr doa iftitah sampai lah tahyat akhir dia bantai baca kuat2. Adoi la.. Puas gak cakap, tak perlu baca kuat2 tapi nak jugak baca kuat2. Suka ati la nak, janji solat.



Masa ni azan magrib, saya g masuk toilet tengok2 dah sesiap dah dua beradik ni bentang sejadah seme. Bagus adik ngn abang kan, semoga kekal gini sampai besar, takyah mama jerit2 suh solat. Ingat ya apa2 dalam hidup ni, jgn tinggal solat, keberkatan dunia akhirat.


Dah habis salam, abang rikuest nak baca doa. Kita bg la dia baca, kemain la panjang doanya. Syahdu rasa hati bila dgr anak2 doakan kita sbg ibu bapa mereka, nnt kalau mama dah takde teruskan doa utk mama tau sayang...


Adik mmg tak paham lagi, tapi saya lega la sbb dia dah ikot ktorg solat, takde kacau2 jadi senang la.. Tahun depan leh la kita g terawih sekeluarga kat masjid ye anak2.. Kalau peel molek gini takde la mama risau nak bawa.... kalau tak diam mmg tak de la mama bawa sat g ngacau org je...


Selfie skit ngan anak dara tomei2 ni....


Masam muka pasaipa adikk??? HAHAHAH..

Wednesday, October 28, 2015

Menang Vouc JJ RM 300

Alhamdulillah, kita hampir lupa pasal contest ni. Ni mmg kontest plg mudah la masa bulan Syawal ritu, sape jd 100 pertama yg hantar penyertaan dapat voucher JJ RM300 ngn tix wayang 4 keping. Tix wayang dah dapat lama dah, siap dah redeem g tgk Inside Out ritu. Voucher sopim ni je lambat skit, tak kisah la lambat janji dapat hehehehe...

Setakat ni baru habis 100 kehkeh tu pun banje mak ngn adik2. Kita ni mmg jenis bukan kaki sopim kalau mood takde. So even bw voucher kalau mood takde apa pun saya tak beli. Ingat nak beli cadar ke atau baju saya ke lama dah hakak tak sopim baju hehehe .


Tuesday, October 27, 2015

Periuk Noxxa Ada di dapur saya!


Jujurnya saya mmg tak tahu langsung kewujudan piuk Noxxa ni di pasaran. Cuma ritu geng2 wassap opis dok la cete guna Noxxa. Kita tanya bape rege, diaorg ckp RM700++.. Ui tanjat mak. Kensel nk beli walaupun hati dah tertarik2 nk beli, maklumlah iols skang ni fasa nk top up brg rumah and the kitchen item je. Baju bajan seme dah lama tak beli.

Skali tetibe geng wassap opis gitau die nk offer installment Noxxa ni, permonth RM70 ja selama 10 bulan siap kasik free rice dispencer lagi. Baguih la tu kalau installment kehkeh ala2 mcm main kutu gak la, terus saya grab seketui, membe opismate pun grab seketui. Ala RM70 sebulan kalau saya tak guna bayar Noxxa ni ntah ke mana gak duet tu dibelanjakan. Lagipun Noxxa ni praktikal kot utk saya yg mmg masak and makan kat rumah. Ktorg mmg jenis jarang makan kdai, most of time mmg masak. Weekend or weekdays masak  even lauk simple, selain dr jimat mmg hasben lagi suka makan saya masak dr makan kedai.


Dah dapat dah yeay.. ingatkan kecik je, rupanya ha beso seketul gitu, terpaksa amek troli nk bawa g kereta... Boleh masak nasi 2kg katanya mmg suai la kalau nk ajak org datang makan2 kat rumah leh la gunakan sepenuhnya Noxxa ni.


Ni la rupa Noxxa nya, actually ni piuk pressureooker tp boleh jugak masak stir fry, slow cooker.. Kira dah macam multi cooker la, even nk kukus pun boleh. Mmg praktikal la.


Pot yg muat utk msak nasi 2kg skali jalan. 

Apa kelebihan Noxxa ni, setakat ni saya dah buat nsi arab, 7minit je ok nak masak nasi arab.
And then sy bk keje bt nasi goreng, campak je beras keras tu dalam ni lepas tumis segala bahan2 pehtu highpressure kan die setting 7min, siap la nasi goreng saya.
Saya buat nsi daging pun 7min je siap. Senang cete, kalau nak bt nsi berperasa mmg mudah la. Kalau nk lembutkan daging pn kejap dalam 30min dah lembut, selalu saya rebus atas dapor kurang2 2 jam baru lembut.

Best kan? Byk lagi benda best tentang Noxxa ni, korang boleh gugel. Apa yg pasti ia memudahkan saya dan menjimatkan masa...


Monday, October 26, 2015

Santai petang @Pantai Tanjung Aru

Masa kat KK petang2 takde nk g mana hasben ajak g ronda2 bandar, memula kami singgah KK Mall tak silap baru bukak, tengok takde apa pun kat dalam macam sopim mall biasa, banyak butik tak buka lagi... 

Pastu ktorg kluar g Pantai Tanjung Aru.. Best gak lepak tepi pantai ni petang2, ada la 2, 3 grup yg lepak2 tgh piknik. Kalau kita duduk dekat area2 sini mmg every wiken la kut piknik, best je angin bertiup, kawasan pn lapang tok bebudak main, berlari.

Anak2 mmg hepi gile la dapat lepas gitu je lari2... Ktorg perati je dr jauh takot kang ke mana2 ntah peginya bebudak ni..


Hehehe gamba dgn mama, mama malas nak bgn. Bontot berat so panggil bebudak mai amek gamba skali hehehe..





Ajar bebudak amek gamba lompat2 hehehe








Kat area Pantai Tanjung Aru ni ada foodcourt jugak, boleh je kalau nak tapau sayap ayam, air minum2 kat tepi pantai ni. Tapi ktorg baru lepas makan so takde la g tapau pn.. Just lepak2 amek angin petang je...

Thursday, October 22, 2015

Dinner di Menate Steak House Yummy Giler

Aritu balik dr keje kita cam moody sket sbb keje banyak, maklum lah boss iols g Haji, hujung tahun byk nak kejar deadline projek agak stress la jugak bila work alone ni. Masa hasben jemput kat opis hujan lebat, kononya nak terus balik skali tgk jalan sana sini jem merata. Hasben dok ajak g dinner dulu la. Kita menurut je, takde nk banyak bunyi maklumlah tgh moody hihi.. Pusing punya pusing rupanya dia nk bawa kita g makan kat Menate Steak House.

Kita pernah tgk pasal Menate ni kat JJCM ke apa, tapi kat TV la. Tak sangka plak ada org nak banje kita makan kat restorant steak premium ni.

Ni antara menu kat Menate ni



Macam2 menu ada, yg berbeza tentang Menate steak House dan restorant western yg lain, steak die kita boleh pilih daging dia. Nak daging lembu yang makan rumput ke, daging lembu yg makan grains ke. So all depend pd pilihan kita, nak berapa gram, masak apa, sos apa seme kita boleh pilih.

Sy pernah try Waghyu beef masa kat China dulu, mmg sedap lembut dan difference sangat rasa dgn daging biasa. So saya rasa mmg ada beza daging lembu yg makan rumput dan makan grain. Ala ni sama konsep macam buah di negara yg berbeza suhu, masa kat luar negara saya makan sayur dan buah seme sedap dan manis ok. manis yg natural, tapi bila kat mesia buah yg sama jadik masam, and the taste of sayur pun dah different.

Kat Menate ni kita boleh la try daging2 tersebut dan rasai sendiri perbezaannya... Harganya mmg agak mahai tapi percayalah berbaloiii


Yg ni plak, daging, ribs, stirloin, wagyu yg dah siap pack. Harga yg tertera adalah harga skali masak so boleh la kita pilih mengikut bajet. Ada beef, ada lamb ikot la nak beli yg mana. Ada ribs, ada daging steak.

Hasben amek ribs, harga dalam RM37 gitu. Pada saya ok sbb kalau makan kedai yg pemes2 lagi mahai kot pehtu selaluinya kedai tu serve beer so pepaham sendiri la kan. Malas nk cakap  bab gini sbb kang sensitif hihi..


Selain steak, ribs etc.. Ada juga mushroom soup. Ar rayyan seprti biasa, kalau g kedai western menu pilihan tak chicken chop mesti nak mushroom soup... Sedap mushroom soup die, sbb bukan tin punya mmg buat sendiri. Terasa cendawan yg digunakan, full of taste gitu... 



Adik kalau makan mmg comot jenis taknak kita suapkan makan, dia nak bt sndiri seme. hasilnya begini lah. Huhu so mama mmg kene bawa baju spare kalau kluar ngn adik.


Saya order cabonara hehe nape tak order steak sbb tekak takde rasa nk makan steak hehe . Cabonara die pun yummy sangat, creamy. Mmg kita suka la cabonara gini, penuh kenikmatan bila makan, rasa creamy, likat dan sedap la...


Beef Ribs hasben. Marinate die sedap terasa sampai ke tulang. Mash potato pn sedap sangat, gravy pn secukup rasa. Eh seme pun sedap la.. Kita suka! Korang pn boleh try.


Dia serve asing gravy and ribs tu asing so senang la nk makan kita suka bila serve asing gini hehe.. Oh ribs tu sangat juicy dan sedap. Hasben suapkan saya banyak kali gak dapat la rasa. Memang tak macam kedai western biasa yg saya makan, steak di Menate ni punya class tersendiri dan yg penting halal dan toyyiban.. Hehe ini adalah kedai pilihan yg kita ada untuk nikmati steak yg lazat tanpa w as was.

Oh ye, style masakan kita boleh pilih, nak well done ke medium well ke, kalau mat salleh suka yg ala2 merah pinkish lagi kat tgh2 daging tu tp kami prefer well done hehehe...



Tq hasben sudi banje kita.


Wednesday, October 21, 2015

Ke ikea lagi

Bila cuti, papa keje. Bosannya lahai. Terus wasap adik ajak gi Ikea hihi motip g Ikea bukan nk sopim pun. Nak g makan kat kafe atas tu je. Tak sabar betul nk tunggu Ikea Cheras buka, dekat ngn rumah mak kita, opis hasben. Memang sekentut aje la perjalanan. Agaknya pasni tetiap minggu muka kita kat situ beli karipap sedap tu hihi....

Diva kecik ni mcm biasa la, asyik nk bergaya je ceritanya. Sibuk nak make up la, pakai shades la... Ee sabarun aje la nak melayan.


Sampai2 Ikea terus g kafe, kali ni nk try menu baru ada beef ribs, murah je dalam RM25. Haaa besau tau ribs die, mmg puas hati makan, harga pun murah berbaloi2 la kata org. Kalau g makan kat T*** R*** tu mmg ribs die sedap gak cuma mahai la skit. Kalau jumpa yg murah dan sedap gini baik lah g yg murah kan... Onion rings die pun sedap..


Ni adik kita punya, order salmon with dills kut. Then tapau meatball.


Dah sudah makan, mak ajak lak masuk dalam nak usha langsir. Kita pn menurut aje la... Kita takde beli mende pun, beli pokok bunga lili je dgn jam dinding harga RM2.50 hahahaha.. Itu je la pun...



Tuesday, October 20, 2015

Redeem adiah Hush Puppies

Aritu menang contest kat Instgram dapat la vocher Hush Puppies RM 500. Dalam voucher tu tulis boleh beli enbeg atau kasut atau memana aje yg berkenan di hati. Kita mmg aim kasut la kan, kebetulan kasut wedges dah jahanam. Kita bab kasut mmg cerewet ya amat, sbb nk cr yg selesa dan ringan pehtu kalau pakai satu tu mmg itu je la sampai rosak. Enbeg ngn jam sebab koleksi so terkeluar senarai la, haha jadik kita decide nak amek kasut je.

Masa amek bocer kat MV kita usha2 la, pattern kat HP ni mmg tak berapa menarik tapi kasut die mmg selesa ya amat. Kita berkenan dgn heel ni, ringan dan selesa. Tinggi tau 3 inch, tapi bila pakai tak rasa tinggi pun sbb stable and sedap dipakai, tak sakitkan kaki.Harga dia RM379. Kira dalam bajet yg dibenarkan vocer la kan...


Pehtu kita berkenan loafer yg kaler biru jeans tu, kasut ni pn selesa. Kasut2 gini kita mmg pakai especially kalau travel. Senang pakai kasut tutup and flat gini. Kalau g obersea pun saya prefer pakai loafer gini, tak sakit kaki jalan. Sbbkan tahun depan ada trip yg jauh jalan ni so mmg kene grab kasut ni. Harga loafer ni RM 279.

Tapi kita tak beli pn sbb saja nak usha dlu.


Last week jejalan MV tengok ada sale kat butik HP, baru la terhegeh2 nak redeem vocer sbb expired bulan November takut tlupa nak redeem. Tarrraaaaa akhirnya dapat gak beli ksut HP yg selesa ni... Serius mmg selesa, kita pnh beli Clark tapi yg HP ni lg selesa la..



Sebabkan loafer kaler biru dah habis size, kita cari kat butik HP MV, Gardens dedua dah licin size kita, so amek je la kaler kelabu.. Lawa jugak, cuma sbb ni material leather suade kalau kene air nmpak la kesan...

Yg heel tu kita amek gak, nk kaler hitam tapi takde, sokay amek je kaler beige. Kaler peberet kita gak earth kaler gini. Senang matching.


TQ Hush Puppies banje kita kasut mahai 2 pasang!

Monday, October 19, 2015

Snorkelling Di Pulau Manukan

Sampai2 pulau Manukan, lepas register log book ha terus la g cr port menyelam... Suka pulau2 kat Sabah ni, pasir putih halus je...


Adik mmg kategori tak takot air.. die lagi galak kalau nampak air so mmg kene monitor lebih skit. Lagi satu, selalunya air laut kat pulau2 gini tak masin tau. Kalau kat PD tu masin berdesing, saya dah try  kat Mabul, Phuket, Krabi, Sipadan, Perhentian, Redang air laut die tak masin dan tak melekit2.


Gambar2 dalam air ni seme dr SJ400 tak bawa SLR pun sbb payah nak usung.


Sbbkan ada anak, kene la gilir2 snorkelling dalam laut. Dlu masa g Krabi, g Perhentian Redang berdua, seronok la berdua duaan menyelam, skang selam la bergilir2 hahaha. Sorang kene dok darat jaga  anak.


Kemain ha posing peace2 bagai..




Cer teka mana Rayyan?
Si abang penakot skit so main air di tepian aje, takmo nya bila kita ajak berendam gini. Dia takot ombak hahaha bila ombak datang kejar die mulalah die kalut nak lari naik g darat.



Gambar2 fish yg dapat snap masa menyelam...



Cantek2 fish & batu karang tapi mmg tak leh celen Mabul ngn Sipadan.


































Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails