Wednesday, April 29, 2009

Ucapan Ulang tahun yang ke-8

“Love is patient, love is kind. It does not envy, it does not boast, it is not proud. It is not rude, it is not self-seeking, it is not easily angered, it keeps no record of wrongs. Love does not delight in evil but rejoices with the truth. It always protects, always trusts, always hopes, always perseveres.”
--Corinthians


Hari ini ulangtahun cinta kami yang ke-8.. Perghhh ini kalau kawen mau anak dah dua orang kehkehkehkeh.. Lama betoi kami bercinta tak sangka dah sampai ke tahap ini.
Kalau sakit tuh orang kata dah stage kritikal, tapi dalam bab hubungan nie orang kata kes dah patut kawen..

Dalam entri kali nie,saya hanya ingin bagi ucapan bt si dia yang saya sayang..

Kekandaku sayang Amirul Adlee,

Kanda merupakan pelangi dalam hidup dinda. Pelangi yang menyinari ketujuh2 lapisan warna miliknya ke dalam kehidupan dinda.

Kanda tidak pernah jemu melayani dinda sehingga ke saat ini walaupun kekadang dinda bersikap seperti kanak2 yang meminta macam2 dari ibunya. Kanda tak pernah jemu. Di harap kanda takkan pernah jemu kelak untuk terus melayani dinda walaupun ketika itu umur dinda 64 tahun.

Kanda insan yang sentiasa memperbetulkan kesilapan yang dinda lakukan. Sahabat baik yang bisa menegur kesilapan dinda walaupun kanda tahu amat payah untuk menegur insan yang degil seperti dinda tapi kanda tetap cuba, kerana kanda sentiasa inginkan yang terbaik buat dinda, buat kita.

Terima kasih untuk 8 tahun ini yang telah kanda kongsi dan lalui bersama dinda. Segala yang indah dan pahit akan tetap dinda kenang. Sesungguhnya mengenali kanda merupakan sesuatu yang paling berharga dalam hidup dinda.

Dinda harap segala urusan kita tahun ini dipermudahkan, semoga kita sama2 dapat terus menjaga dan membaja kaseh sayang antara kita agar terus subur dan mekar mengharum. Sesungguhnya bukanlah mudah untuk memelihara sesuatu hubungan antara dua hati ini, banyak pengorbanan yang akan berlaku. Semoga hubungan kita dirahmati Allah SWT. Amin.

P/S : I love you always & will always be..


Malam nia ada dinner together! Can't wait...



Monday, April 27, 2009

Sebelum dan Selepas kawen..

Kehkehkeh lawak lawak... I dapat nie dari emel, gelak terbahak bahak haku pepagi buta... Giler lawak, tapi thats the realiti which happened around us sometimes.

Yang kaler merah adalah adegan sebelum kawen masa lovey dovey gitu...
Yang kaler hijau adalah adegan selepas kawen yang mane tetibe sume berubah.. Caittttt

1. ANGKATKAN BEG

Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u...

Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!

2. TERSUNGKUR BATU

'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!P dok tengah jalan buat pe'

Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!

3. PAKAI SEXY

Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak!

'Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang! Dengan babat lemak berlipat-lipat! Tak malu eh?'

4. MANJA DI PUBLIC

Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you! Gebu!!!

Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!

5. KEMPUNAN

U nak makan burger ramly yang kat JB tuh? Ok, besok i turun JB belikan eh syg...

Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!

6. KECANTIKAN

Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you!

Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang pekji pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!

7. KEKAYAAN

U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tak menjanjikan kebahagiaan.

Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duittong sampah bulan nie camne??

8. SEX

Kalau kita kawin, hari2 i nak main dgn u.

Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!

9. KESABARAN

Sudahlah syg, jgn merajuk. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni boipren tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. Maafkan i eh?

Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!

10. MASAKAN

Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)

Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?

11. DUIT NO PROBLEM

Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala...

Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah!

12. LUV PEGI LUV BALIK

Bye syg, I luve u too. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal baru tadi jumpe)

Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!

13. PENGORBANAN

Takpe Sayang, I tak kisah. I sanggup buat apa saja untuk you. Lautan api snaggup kurenangi, I fetch you later eh?

You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat ah!

14. JUMPA LAMBAT

Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai

Takpe la. Da biasa da! tak jumpa pun takpe.

15. BUANG ANGIN

You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni! *cubit-cubit*

Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*


Giler busukkkk ahhh kalau benda nie really happens. Tak boleh ke sebelum dan selepas kahwen maintain je lovey dovey gitu.. Kalau sebelum kawen boleh cinta 100% kenapa lepas kawen tak boleh?


Notes to Encit Lee:
Sayang, please treat me well lepas kahwen taw jangan change jadik camni ye.. Not good.. not good... Lepas kawen harus lah lebey banyak kasih sayang kan? Jom sign agreement! Hehehe agreement kaseh sayang..
I love you, muah muah!
~~~1 days to go for our 8th years anniversary~~~


Sekian, sambung nanti!!!!

Hadiah buat Ibu bapaku

Ingat tak entri lepas, saya ada kata nak beli present untuk my lovely parents sempene kali pertama dapat bonus. Weekend kali nie saya dah selesaikan misi saya tuh. Actually keluar nak beli barang hantaran tapi end up we all tak beli apa2 pun because cam takde yang menarik hati jerk. Hahaha..

So next time kene pegi carik lagi barang hantaran. Ye la, nie dah bulan berapa, saya pun dah risau2 dah nie. Takot tak cukup masa, maklumlah bunga telor sume saya nak bt sendiri, dah start buat nanti memang di rumah je la tempat lepak hujung minggu.

Ok ok dah melalut pulak. Untuk mak tersayang saya belikan subang diamond. Kehkehkeh emak dah lama dok cakap2 kat saya die nak beli subang, saya pun hari tuh ringan mulut lak menjawab,

'Nanti dapat bonus Along beli'...

Takkan nak tarik balik kata2 atau pun tetibe buat2 lupa hilang ingatan kan, anak durhaka gitu... Hahaha

Saya pegi kedai emas beli sendiri. Tak ajak emak pun, konon2 nak surprise la hahaha.. Pastu mula lah jenuh nak buat pilihan, takot pilihan saya nanti emak tak berkenan. Seb bek la wife kedai emas tuh age die area2 age emak. Selalunya taste orang2 tua nie lebey kurang je. At last saya mintak makcik tuh yang choose, masa tu ada dua design yang saya suka. Keputusan akhir saya amek design niey, lagi cantik gitu. Nampak modern je.


Dah tengok subang emak yang cantek, tetibe jeles pulak. I pun nak la jugak.. Hahaha.. And TERBELI lah untuk diri sendiri jugak. TERBELI ye? Hahaha takda maknanya.. Memang dah lama nak beli untuk diri sendiri tapi tak berkesempatan so alang2 dah jumpe yang berkenan di hati haruslah sambar sekali kan...

Ngeee.. This is for me. Sangat cute ok! I loikeeee it...


Untuk ayah pulak hampir sebulan gak la mencari hadiah yang berkenan dan sesuai buat ayahku.
Akhirnya, last weekend dapat lah belikan jam tangan untuk ayahandaku, terkejut2 saya kat kedai jam.. Upernya harga jam lelaki nie mahal2 jugak kan? Hmm Encit Lee pun memilih jam hantarannya semalam tapi nan adoo yang berkenan di hati.. Ermm leh tahan gak cerewet buah hati saya tuh hahaha tapi takleh lawan cerewet saya lah..

Kan sayang??

Actually boley je bagi perfume ke ape. Tapi tak mo. Sebab, saya nak bagi something yang long lasting, as bila ayah tengok hadiah tuh dia akan ingat dekat anak die nie. Maklumlah lepas nie saya akan berkahwin dan mengikut suami saya, biarlah saya sentiasa dekat di hati ibu bapa saya. Ada gak barang2 pemberian saya yang akan mengingat meraka kat saya kan?


Seb bek la ayah suka jam nie, malam tu keluar terus ayah pakai.. Yeay!!!!

Tapi saya still lagi hutang nak belanja famili makan, ye la camne nak belanja makan. Bila sorang balik, sorang takde. Sorang ada sorang lagi plak ilang. Aishh nak bt camne, adik I yang bongsu dok asrama lorrr.. Kene tunggu dia bk cuti lah pulak.

Sekian, itu saja update untuk hari ini.

Thursday, April 23, 2009

The Honeymoon is Over

Tajuk over betoi lah Juliana nie. tak ingat ingat awak tuh anak dara lagi.

Pagi nie saya dah mula jadi wanita berkerjaya balik setelah hampir dua minggu kebosanan tido bangun tengok TV. Workholic. Workholic.

Masuk ofis dengan semangat membara tapi bukak blog dulu hahaha. Blogholic. Blogholic. Mane boleh seharian tak tengok blog. Ketagihan kamu tahu. Lepas luluskan komen2 yang diterima. Buka emel ofis.

Glurppppp.. Terkejot unta saya menengok emel yang masuk. Lebey 1000. Aishh banyak sungguh peminat saya. Tak henti2 hantar emel.

Okies, bagi peluang saya layan peminta saya dulu. Nanti saya akan layan blog saya pulak. Mungkin malam nanti. Hari nie akan jadi hari yang sibok bagi saya.

Babai...

Wednesday, April 22, 2009

Gigiku yang comel

Pagi tadi sungguh indah. Saya pegi ke hospital seorang diri tanpa ditemani sesape. Encit Lee pun tak dapat teman sebab ada kursus PTK. Ape tu PTK saya pun tak tahu, sape penjawat awam maybe tahu. Kagum tau pegi hospital seorang diri. Sebab saya sangat takot hospital. Berhantu bagi saya, erghhh sangat scary. Environment menakotkan, bau memualkan, dan doktor yang paling takot sekali. Hahaha.

Motif pergi hospital pagi2? Pastu bangga dalam blog.

Ada temujanji dengan doktor. Comel sungguh, temujanji dengan doktor. Haha tapi bertemujanji di tempat yang paling menakotkan. Hari nie doktor nak buka jahitan gusi saya nie.

Memula sampai berdebar dup dap dup dap dada. Sampailah nurse comel panggil nama saya. Ketaq lutu masuk. Masuk je doktor suruh baring, keluarkan segala peralatan gunting, cermin untuk tengok mulut tuh. Sila nganga luas luas Juliana. Doktor nak buang jahitan.

2 minit lepas tuh. Siap! Aik, ajaib betoi sekejap je dan tak rasa apa apa pun. Yaey!

Mulut saya dah selesa takde benang dah. Dah boleh makan dengan puas.

Balik tuh terus balas dendam, beli nasi ayam kegemaran saya. Beli cokelat Kinder Bueno, beli Twisties.. Hahaha.. Makan puas puas...

Nak tengok gigi saya.

Nah.



Sangat pelik tengok akar die. Ngee tapi comel. Gigi yang comel nie la yang telah menyebabkan saya kesakitan selama ini. Skang dia dah takde. Doktor bagi saya gigi nie, boleh simpan letak kat muzium.

Psssst.. Besok kene masuk opis. Tempoh bulan madu dah tamat.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, April 21, 2009

Blog Chenta Hati

Pengumuman penting untuk hari ini.

Skang chenta hati saya dah ada blog.... Dah lama dah Encit Lee ada blog cuma tak update je. Normally dia akan tulis pasal benda yang paling menjadi kecintaan hati die selepas saya iaitu GAME.. Perghh. Dia memang GAMERS tegar. Kalau dok ngadap game, gerenti saya lalu sebelah pun dia tak perasan. Dulu memula selalu gak saya merajok, tapi skang saya tak kesah dah. Dia ada interest die, saya pun ada interest saya. Lets us get our own sweet time doing our own interest. Adilkan?

Kekawan sume rerajen la p lawat blog dia, tapi saya tak janji la sama ada dia akan jadik blogger tegar ataw tidak hehehe...

Here the link, Encit Lee

Mari kiter serbu. Ewah. Promote pulak. Sape lagi nak promote kalau bukan saya kan?

Welcome to the blogsphere sayang!


HOT Hygiene: FLUSH TOILET

Kali neh saya nie saya nek cerita tentang sesuatu yang meloyakan, menggelikan dan memualkan. Agak2 mana mana ibu mengandung atau sesaper yang tak tahan yang boleh memuntahkan lahar dari dalam perut janganlah baca.

Flush jamban. Huh nampak cam simple kan? Saya pelik la kenapa masih ada orang yang tak reti nak gunakan flush toilet tuh. Ala tali yang tergantung tuh, butang untuk dipicit, atau pemicu untuk ditarik tuh. Isk mereka nie tak tahu ke fungsi benda benda tadi tuh? Ke sesaja buat buat tak nampak. Banggang betoi la. Penat je sesape yang dah invent function that thing. Penat sebab orang tak appreciate, orang tak nak guna.

Sakit hati ok. Tengah semangat nature call memanggil manggil, masuk je toilet tengok ada benda berketol kuning lagi dalam lubang ajaib siap timbul2 lagi.. Eeeeyuuukkk. Geli! Terus terbantut. Keluar, pegi cari toilet lain. Menyusahkan orang tahu tak? Buatnya dah tak tahan sangat, dah satu hal sambil menari2 pulak nak carik toilet lain. Fikir la sket. Otak letak kat lutut ke. Bodoh piang tak bertempat. Kes ini termasuklah kertas tisu yang sengaja dilemparkan ke dalam lubang ajaib itu walaupun tong sampah ada di depan mata sedang ternganga lebar mulut dia. Pelik, tak reti beza ke lubang ajaib tu dengan tong sampah.

Bukan pertama kali saya facing this kind of problem. Banyak kali. And mostly di tempat awam la kan. Public toilet. Memang la free tapi dah tahu free tu kene la jaga kebersihan. It show the level of your hygiene. Tak guna muka cun meletop letop body mantap bergetah tapi hygiene zero. Geli ahh. Awas kau ye. Kau punya masa untuk scrub kulit kau, lulur or what so ever u call it, mandi susu bagai tapi nak tarik flush toilet amatlah malas. Cis.

Jadik, flush la toilet lepas guna especially toilet awam sebab orang macam saya nie amatlah alergik toilet yang kotor. Saya sanggup menahan nature call yang menyeru2 bagai nak gilak, dari guna toilet yang tak flush tadi. OK, nape saya tak flushkan je? Just tarik or tekan the button rite?

Hello.. Taik sape? Sape yang makan, dia yang buang, dialah yang cuci. Takkan aku pulak.

LU PIKIR LA SENDIRI.

Monday, April 20, 2009

Cinta gila

Saya sering melakukan kesilapan.. Sering terlepas pandang apa yang ada di depan mata saya.. Arghh sungguh lemah minda dan pemikiran saya bukan? Bodoh kerana tak menghargai apa yang ada di depan mata tapi kini saya sedang belajar.. Belajar menghargai setiap sesuatu yang menjadi milik saya.. Belajar bersyukur atas nikmat yang diberikan..

Bukan senang..

Naluri manusia sentiasa bersifat tamak dan sering tak puas hati. Sentiasa mahukan yang lebey baek... Saya pun tak terkecuali.. Dari segi material, kebendaan, duniawi sentiasa mahu lebih..

Tapi bab cinta saya memang SETIA habes.. Tak pernah timbul isu nak cari yang lain, yang lebih kaya, lebih hensem, lebih segala galanya.. Enough is enough bagi saya. Kasih sayang pada saya bukan untuk dikejar dan diukur tahap kedalamannya dengan dibandingkan oleh faktor faktor kaya, rupa paras, pangkat, tajuk nama dato ke datin ke ape..

Itu pandangan saya secara peribadi. Kalau tak suka tak pe.

Hampir 8 tahun hati saya dikhaskan buat Amirul Adlee.. Tiada lelaki lain pernah jejak. Tak pernah wujud lelaki lain selama 8 tahun ini. Jarak jauh atau dekat tak pernah membezakan perasaan saya yang satu ini.. Gila ke saya?

Tipu andai saya katakan tiada dugaan yang menguji selama tempoh kami bercinta nie. Ada. Memang ada. Sekali sekala diuji apa salahnya, makin mengeratkan hubungan kata orang tua2. Tapi, ujian yang datang tak pernah mengubah tahap frekuensi perasaan saya. Saya amat menghargai rasa CINTA yang hadir dalam hati saya. Cinta saya gila ke?

Berjauhan. Ye, kami pernah mengalaminya. Sorang di Selatan sorang di KL. Jauh tu. Sape kata tak jauh. Tapi hati saya tetap dekat dengan dia. Macam mana ye? Secara fizikal memang la jauh, lebih 700km tapi secara lahiriah hati kami adalah dekat. Separuh dari hati saya dia bawa sekali ke selatan. Mana mungkin hati saya berubah walaupun yang lalu sebelah saya adalah lelaki sekacak Johnny Depp. Hati saya tak mungkin berubah sebab separuh lagi hati saya dia bawa bersama diri dia.

Kekawan menjadi saksi betapa airmata ini sering tumpah kerana perasaan rindu bila berjauhan.
Saat menghantar dia pulang ke Selatan, cik air mata nie mesti gugur macam hujan. Malu. Tapi tak boleh kawal. Nama untuk berubah hati dan cari insan yang lebih dekat tidak sekali terlintas di dalam hati saya. Cinta saya memang gila.

Sekarang saat bergelar tunangan orang. Perasaan masih sama cuma makin tebal dan meluap luap. Ujian masih ada, itu wajib. Penyeri kata orang. Saya akan terus menghargai perasaan indah ini dan mengharapkan Amirul Adlee akan terus

Memegang tangan ini walaupun anak telah berderet sepasukan bola mungkin.
Masih membawa hati saya kemana dia pegi.
Masih terus memanggil saya SAYANG walaupun saya sudah berstatus nenek.
Menyayangi diri ini hingga ke hembusan nafas yang terakhir.

Itu saja.

Boleh ke, sayang? Cintai diri saya sampai ke tua?

Kerana cinta gila saya tak pernah berubah hingga saat entri ini ditaip.

Thursday, April 16, 2009

Mari share moment menakotkan hahaha

Syukur alhamdulillah... Saya telah selamat menjalani operation mencabut wisdom tooth yang sangat scary tuh...

Meh saya share detik2 yang menakotkan tuh ngaaa~~ jaga2..

Monday @ 13 April

Pagi neh hospital call suh admit sebelum pukol 10 pagi, memula cadang nak masuk opis dulu settlekan ape yang patut last2 tak jadi, takot lambat plak..

Encit Lee yang hantar saya p hospital pagi neh siap registerkan dan bayar sekali deposit untuk saya.. Hahaha sebabnya dalam wallet saya cuma ada 7 hengget.. Gilerr ahhhhh..

Pas Encit Lee dah siap hantar saya masuk wad, saya pun dah tukar baju hijau tuh Encit Lee balik ke opis, mau keje maaa... Takkan nak ngadap muka saya je kat hospital nun haha.. Tinggallah saya sorang diri..

Pukul 11 gitu, dentist nak jumpe nak X Ray all that.. Sangat teruja sebab kebetulan ada 3 orang lagi yang kes sama cam saya nak operation to extract wisdom tooth, ingatkan saya je yang ada masalah camni upernya ramai lagi adoooooo masalah yang sama...

After check up sume, dentist kata besok turn saya pukul 12 tengahari.. Tanda tangan sume dokumen yang diperlukan, takot gak time neh.. Tapi yakin je la, insyaAllah segalanya selamat...

Pastu naek wad dah tak tahu nak buat ape, maklumlah orang sehat hahaha.. Saya amek wad kelas ke3 je, tu pun dah selesa giler.. Toilet pun OK.. Pas makan tengahari, ayah mai lawat.. Lawat orang sehat haha pelik je rasa, ayah kata besok ayah takleh datang sebab ada meeting huhu so takpe la.. Lagipun operation kecik je..

Dalam koi 3 camtu Encit Lee plak mai.. Baru lah saya hepi sket, ye la ada orang temankan.. Ngee.. Time neh la nak bermanja2, minta KFC la bagai hahaha...

Tuesday @ 14 April

Inilah saat dan detik yang dinanti.. Dalam koi 10 camtu, nurse dah suh saya tukar baju OT warna putih siap suh pakai cap bagai.. First time pakai, barulah saya taw, nak masuk OT kene pakai baju khas dia je, even pakaian dalam pun takleh pakai.. Seksiiii ooo... Tapi masa tuh mane sempat nak pk dah, jantung dup dap dup dap je... Pastu nurse suh naek atas katil die nak tolak p OT.. Masa neh mak ngan Encit Lee tak sampai lagi.. Sebelum tuh nurse bagi makan ubat tido setelah 12 jam saya berpose, neh la baru dapat rasa air seteguk, tu pun seteguk je takleh bebanyak...

Dah baring sume nurse tolak saya ke OT kat tingkat 5, masa neh debaran di hati tak terkata lah.. Segala zikir sume keluar dari mulut.. Sampai je OT, sejok gile macam dalam peti ais... Habes satu badan saya kene sambung wayar2 berselirat, pastu doktor siap cakap nak drip masuk air maybe sakit sket, tapi masa tu saya dah pasrah je dah tak pk takot dah.. Buat je la ape doktor nak buat haha..

Dah drip masuk air, doktor bagi saya gas.. Pertama kali sedut ok lagi, kali kedua ok lagi, kali ketiga terus saya pengsan... Tak sedar ape2 dah lepas tuh..

Sedar2 ada orang panggil nama saya.. Nurse panggil.. Rupanya operation dah selesai, masa neh saya ditempatkan di recovery room.. Nurse kene monitor pernafasan saya, heart beat dan BP stabil before hantar saya masuk ke wad semula..

Masa keluar dari OT, muka pertama saya nampak Encit Lee.. Senyum je die nampak saya keluar, and then die panggil mak yang tengah duduk..

Sesampai je kat katil terus saya diam je, maklumlah mamai kesan bius tak hilang lagi.. Memacam soklan mak tanya tapi saya angguk je la.. Camno nak cakap gusi dah berjahit dua2 belah... Time neh nurse datang nak inject painkiller.. Hmm memang nan adooo rasa sakit lahh...
Tapi saya mamai je, kejap2 lelap.. Lantak p la orang keliling nak cakap ape... Mak dah syahdu2 dah takot saya sakit, maklumlah saya neh bukan leh sakit.. Sakit sket tapi gaya macam sakit terok hahaha... Mak ngan Encit Lee teman saya sampai koi 6 lebey kot, tu pun sebab depa tengok saya cam lemah je baek balik kan.. Ngee.. Pas depa balik, saya sambung mimpi2 indah saya...

Percayalahhhhh, sampai ke subuh saya tak rasa sakit.. Muka saya dok kene tuam ngan ais sebab taknak bagi bengkak besar.. Tapi itu sume tipu, muka saya tetap bengkak macam buah labu OK.. Takot tengok muka sendiri.. Hahaha pas operation, saya takleh makan... Nurse cuma bagi saya minum susu je.. Hmmm selera pun memang takde, tekak sakit je...

Rabu @ 15 April

Pagi neh muka saya semakin bengkak besar.. Hari neh Encit Lee mai tengok saya.. Dua hari die cuti sebab nak jaga saya hahaha.. Ohhhh saya sayang awakkk!!!!

K la, dah tak taw nak tulis ape.. Cuma saya nak gitaw... Cabut gigi geraham bongsu secara GA tak sakit.. Tapi lepas balik rumah, sakitttttt woooooooooo... Berdenyut2 giler, rasa nak hantuk je paler kat dinding... Even makan painkiller pun takde kesan..

Ohh saya dah tengok jahitan dalam mulut neh, sangat menakotkan huhu terasa2 benang kat gusi saya neh.. Ooooooooo sakit ngilu semua ada.. Pening2 pun tak ilang lagi, kekadang sampai tak tido malam sebab menahan denyutan yang teramat.. Azabbbbbbb oooooo...

Huhuu itulah yang saya sedang alami...... Seb bek dapat MC sampai Rabu minggu depan.. Rabu tuh kene p hospital balik bukak jahit.. Huhu lagi satu saat menakotkan nak dihadapi...

Uwaaaa... Sakittt!!!! Tapi hepi sebab pasneh saya takkan mengalami masalah sakit gigi geraham bongsu nak tumbuh la, gusi bengkak lah.... Nyahhhhh kau si Bongsuuu....

Sunday, April 12, 2009

Doakan saya selamat

Jumaat lepas Hospital Selayang call..

Dah sampai my turn untuk operation extraction of wisdom tooth..
Monday neh saya kene pegi ke Hospital admitted bagi proses medical check up..
Doktor pakar bius perlu check kondisi kesihatan saya bagi mengesahkan saya boleh menjalani operation under GA (General anaesthesia) .. Bukan senang sesuka hati ye boleh GA, kalau saya batok or selsema operation takkan dijalankan sebab agak risky bagi saya untuk GA..

Hmm risau jugak hati neh, macam pergi berjuang pun ada jugak.. Pergi berjuang demi gigi geraham bongsukuuuu... Kalau segalanya OK masa check up nanti, Selasa baru saya masuk OT untuk buang dua2 belah gigi geraham bongsu saya neh.. Dua2 belah kiri dan kanan.. Emak ngan ayah dah risau takot saya tak mampu tahan sakit pas operation nanti.. Huhuhu masa operation mungkin saya tak rasa apa2, dah pengsan terus lah katakan tapi selepas operation tuh nanti azabnya sakit tak terkata la.... Saya hanya mampu berdoa kurangkan segala kesulitan yang berlaku, dipercepatkan proses penyembuhan dan selamat dari mula hingga akhir.... Serammmm....

Selapas operation saya still kene tahan wad untuk 2 ari bagi tujuan monitoring takot ada pendarahan ataw komplikasi yang laen... Harap2 segalanya selamat dan tiada apa2 lah yang berlaku....

Kekawan, doakan saya........

Tuesday, April 7, 2009

Bulan CINTA saya

Bulan ini bulan cinta saya..
Hujung bulan ini saya dengan Encit Lee akan menyambut tahun percintaan kami yang ke 8..
Tanpa sedar dah hampir 8 tahun kami menyulam kaseh, cinta dan sayang..
Sepanjang 8 tahun neh, perasaan cinta saya terhadap Encit Lee tak pernah
pudar, surut, dan malap.. Malah ianya semakin bertambah dari hari ke hari..

Perasaan sayang antara kami bermula seawal usia remaja dan alhamdulillah ianya kekal ke saat ini dan kami telah berjaya menamatkannya dengan ikatan pertunangan, Insyaallah hujung tahun ini kami akan bernikah. Amin..

Saya bersyukur kerana mengenali seorang insan yang sangat sempurna pada mata saya yang telah melengkapkan kehidupan saya selama ini..
Encit Lee telah melengkapi segala kekurangan yang saya miliki..
Terima kasih sayang...

Sepanjang 8 tahun neh, terlalu banyak dugaan dan ujian yang kami hadapi..
Benar, bukan mudah untuk mempertahankan suatu ikatan kasih sayang tu, menghancurkannya memang mudah.. Banyak yang perlu dikorbankan untuk sampai ke hari ini.. Hanya kami yang tahu segala rasa dan perasaan yang telah kami kongsi bersama tu. Berkat kesefahaman dan rasa percaya yang terbina antara kami menyebabkan kasih sayang antara kami makin bertambah..


Terlalu banyak ucapan terima kasih yang ingin saya lafazkan untuk Encit Lee..

Terima kasih sayang kerana menerima saya seadanya..
Terima kasih sayang kerana menyayangi diri ini tanpa syarat..

Terima kasih sayang kerana bersama saya ketika susah & senang..
Terima kasih sayang kerana sudi mendengar ketika saya ingin berbicara..

Terima kasih sayang kerana menjadi peta saya setiap kali saya sesat..

Terima kasih sayang kerana sudi menemani ketika saya perlukan teman..
Terima kasih sayang kerana memujuk hati ini ketika duka..
Terima kasih sayang kerana sentiasa memberikan senyuman di bibir ini..

Terima kasih sayang kerana mengambil berat tentang diri ini..

Terima kasih sayang kerana sudi meminjamkan bahu untuk saya tidur, untuk menangis ketika
bersedih..
Terima kasih sayang kerana sudi mengesat airmata yang mengalir dipipi...

Terima kasih sayang kerana sentiasa memberi semangat ketika diri ini seakan
inigin mengalah..
Terima kasih sayang kerana mempercayai diri saya, cinta saya dan tak pernah was was dengan
kejujuran saya..
Terima kasih sayang kerana sentiasa cuba memahami diri saya yang mentally psiko neh..

Terima kasih sayang kerana selalu bersabar melayan kerenah, perangai, keinginan
dan nafsu makan saya yang pelik2..
Terima kasih sayang kerana sudi menjadi teman bergadoh saya..
Terima kasih sayang kerana menjadi matahari yang menyinari kehidupan saya..
Terima kasih sayang kerana menjadi bulan yang menerangi saat kegelapan saya..
Terima kasih sayang kerana sentiasa berada di sisi saya di saat saya memerlukan..

Terima kasih..

Terima kasih..

Terima kasih sayang. terima kasih yang tak terhingga atas segala-galanya...


Sesungguhnya saya amat menyayangi insan yang bernama MOHAMMAD AMIRUL ADLEE ini tanpa
syarat dan sempadan...
Cinta & sayang saya untuk dia sentiasa bertambah setiap detik masa berlalu...
Semoga perasaan kaseh, sayang & cinta ini akan terus mekar antara kami dan diberkati olehNYA..

Sayang, selamat menyambut bulan cinta kiter!


Sunday, April 5, 2009

Improving myself..

Last week saya telah membeli dua buah buku yang amat bermakna dan berguna bagi saya..

First, buku neh bimbingan, penghayatan & kesempurnaan solat..


Actually, dah lama nak beli buku panduan solat yang lengkap neh cuma asyik la menangguh2 dengan alasan duit yang terhad.. Ceh, hampeh betoi saya neh kan?? Kali neh bonus dah masuk tanpa pikir panjang terus saya capai sebijik.. Buku neh sangat lengkap, memang membantu kiter untuk memperbaiki solat kita.. Selama neh memang saya telah dididik dan diajar dengan cara solat yang betul, tetapi ada juga perkara2 yang kekadang saya terlepas pandang, buku neh banyak membantu dan memperbetulkan apa yang mungkin salah yang telah saya praktikkan selama ini...


Satu lagi yang saya suka tentang buku ini, ianya mempunyai cara mengerjakan semua jenis solat, lengkap ngan gambar sekali memang takde masalah la nak membayangkan ape yang disampaikan... Termasuklah solat sunat nikah (ececeh, ni aje yang saya pikir skang), solat ketika takot, solat jamak, solat jenazah, solat sunat tahun baru dan memacam lagi.. Lengkap bukan?? Berserta gambar sebagai rujukan sekali.. Sangat menarik untuk dibaca dan dijadikan rujukan sekeluarga...

Hmm buku kedua ialah, Mushaf Tajwid..

Actually, saya nak beli tafsir Al-Quran.. Sejak nak kahwin neh, saya sentiasa berusaha mengubah diri saya untuk menjadi ke arah yang lebey baek.. Bukanlah selama ini saya tak baek, cuma saya ingin melengkapi diri saya dengan ilmu yang lebey lagi supaya nanti saya mampu menjadi contoh yang baek kepada anak2 saya kelak.. Selama neh, Al-Quran memang dibaca tapi tanpa memahami apa yang saya baca, apa gunanya kan? Jadi, saya membuat keputusan untuk membeli tafsir Al-Quran.. Yang lagi best, Mushaf Tajwid yang saya beli neh, bukan saja lengkap ngan tafsir tapi turut dilengkapi dengan cara2 bacaan Al-Quran yang betul dengan hukum tajwid nya sekali.. Setiap ayat yang perlu dibaca dengan hukum tajwid diwarnakan dengan warna tertentu supaya mudah kite bacakan berserta dengan hukumnya.. Sangat bagus bukan?


Contoh warna merah hukumnya mad wajib dibaca 6 harkat, warna biru wajib diidghamkan.. Hmm memula baca agak lambat jugaklah sebab dok pk2 warna merah ape, biru ape, hijau ape.. Tapi skang dah lancar, dah lekat dalam paler.. Saya lebey yakin ngan bacaan saya, saya berazam untuk khatam Al-Quran sekali lagi sebelum saya bernikah hujung tahun neh.. InsyaAllah... Tapi kali neh, saya ingin bukan sahaja khatam bacaan Al-Quran sahaja, kalau boleh saya ingin khatam dan pahamkan sekali makna ayat2 yang saya baca.. Doakan saya ye teman2...

Semoga ketenangan mengiringi kehidupan seharian saya....



Thursday, April 2, 2009

LET ME ALONE..

Sekarang saya betoi2 takde MOOD..
Banyak sebab, sumpah sungguh banyak..
Banyak sebab yang tak terluah dek hati neh...
Tak terucap keluar dari bibir ini...
Sampai satu saat saya rasa saya malas lagi ingin bercerita dan mengadu..
Biar saya tanggung sorang, thats better...
A way more better definately..

Ape pun yang terjadi selama neh, saya sentiasa berpikir secara positif so that saya takkan regret dengan apa pun yang saya buat..
Tapi kali neh saya tak mampu.. Benar2 tak mampu..
Saya tak mampu untuk terus menjaga hati orang dan mendera perasaan saya sendiri..
Saya senyum, saya gelak, saya ketawa tak bermakna saya menerima segalanya..
Kamu tahu tentang apa yang ada dalam hati saya?
Tentang apa yang saya rasa?
Sedih ke gembira ke marah ke, kamu tahu?
Walaupun kamu begitu mengenali saya, belum tentu kamu dapat meneka perasaan saya dengan tepat..
Kerana apa yang terpancar di muka saya bukanlah apa yang ada di hati saya ketika ini..


Benar2 penat..
Penat kamu tahu?
Lebih penat dari berlari 10 km..
Kerana kali ini saya bukan sahaja penat fizikal, tetapi minda dan emosi saya turut penat..
Saya penat bermaen dengan emosi, saya penat berfikir memilih keputusan yang baek untuk semua tetapi tak pernah di hargai..
Saya penat menjaga tutur bicara saya untuk tidak melukai hati mereka tetapi tak pernah diendahkan..
Susah ke untuk menghargai seseorang?
Susah ke untuk mendengar kata2 dan keluhan saya?

Saat ini, saya sangat ingin bersendirian...
Benar2 bersendirian... Tanpa sesiapa..
Untuk memujuk hati saya..
Saya benar2 penat dengan kerenah manusia di sekeliling saya..
Jadi, biarlah saya bersendirian.

LET ME ALONE....


Wednesday, April 1, 2009

Sensitifkah kamu?

Saya dah kembali memblog, nnt saya akan melawat blog 2 kalian, rindu suday mau baca cete2 terkini & sensasi.. Last week modem kat umah neh rosak, neh baru je ganti.. Orang Streamyx datang tukarkan... Nak hapdet dari opis, jangan harap la.. Tak sempat acik, keje menimbun2 macam gunung tuh... Aiyaaaa...

Sensitif? Lately saya jadi sangat sensitif, either di ofis ataw pun di rumah.. Kekadang benda kecik je tapi hati saya neh bagai dicucuk2 lak aiii... Memang semua yang nak kawen neh sensitif kah?

Yang latest neh masa saya dok borak ngan mak ayah nak belanja famili diner.. Tetiba ayah kata

' Ye la pasneh anak ayah neh nak kawen dah, bukan lagi tanggungjawab ayah ngan mak'

Adoiiii menusuk2 kata2 tuh dalam hati neh, rasa nak meleleh je air mata saya dengar..
Hmmm saya paham perasaan orang tua saya, nak melepaskan anak depa lebey2 lagi saya anak sulung depa.. Saya faham kerisauan yang ada dalam hati mereka.. Ape yang mereka rasa sama je ngan apa yang saya rasa... Cuma seboleh2nya saya tak mahu memikirkan perkara neh sangat, saya ingin memandang segalanya dari sudut positif..

Ye, dengan perkawinan saya nanti, mak dan ayah akan dapat seorang lagi anak lelaki.. Saya harap mak dan ayah akan menyayangi bakal suami saya seperti mereka menyayangi saya.. Dan saya pula akan mendapat seorang teman hidup yang akan berkongsi segala suka duka kehidupan ini nanti bersama dan juga saya akan mendapat ibu bapa yang kedua.. Bukankah lebey bertambah kaseh sayang yang saya dapat?? Indah bukan perkahwinan itu? Banyak betoi hikmah di sebalik perkahwinan tuh kan?

So... Udah tu Jue, jangan sedey2...

To all bride-to-be, its a normal things we feel sad when we need to let go the person we love.. But, it doesn't means we let go them forever, they are still in our heart no matter what.. Cuma, syurga sebagai seorang perempuan yang telah menjadi isteri terletak pada keredhaan suaminya... Jadi tatang maruah suami anda di tempat yang sepatutnya...

Aishh blog neh jadik cam blog tazkirah pun ye jugak...


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails