Sunday, May 31, 2009

Hari AHAD pun keje ok

Aku sangat WORKHOLIC skang. Hari nie AHAD. Cuti umum tapi skang aku tengah bekerja. Live dari bilek meeting huhuhu. Actually aku kat Kuala Terengganu. Ada meeting kat sini. Hmm patut Ahad adalah hari cuti tapi belah Pantai Timur Ahad keje. Huhuhu...

Penat giler. Balik dari Miri hari Jumaat tu, telinga belum baik dari kesan tekanan udara naik flight,
Sabtu dah naik flight pergi KT plak. Dah berdenggung balik telinga aku. Leceh la naik kapal terbang time selsema nie sakit woo telinga.

Nanti aku dah balik KL aku update kesah aku kat Miri, Brunei & KT.
Skang mau kilijaaaaa...

Oh ye. Hari nie 31 Mei genap setahun pertunangan aku ngan Encit Lee. Patutnya kami kawen pertengahan tahun nie, tapi ditunda ke hujung tahun. Hehehe ape pun aku harap segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah sepanjang tempoh pertunangan kami nie, kami jarang menghadapi masalah, gaduh pun tak pernah, gaduh sikit2 je. Heheh kami semakin memahami antara satu sama lain. Kasih sayang semakin mendalam... Syukur sesangat...

Semoga tempoh lagi 6 bulan nie akan dipermudahkan.


Friday, May 29, 2009

Siaran Langsung oleh Masyimalo

Aku bersiaran langsung dari hotel yang aku lepak di Miri.
Cerita ceriti di Brunei & Miri nantilah aku update bila sampai KL. Skang nie guna wireless hotel cam hampeh sket, nak buka blog pun amek 10 minit..

Tak sabar nak balik KL besok. Hujan batu di negeri orang, hujan emas tatappppp di negeri sendiri.. Chewahhh cam jauh je aku p, padahal dalam Malaysia je.. Hikhikhik..
Yang pasti, hati ini rindu .... kangennnnn... bangat sama Encit Lee..
Tak sabar mau pulang dan tatappp wajah chenta hatikuuuuu...
Miss u sayang!
Sejak nak kawen nie, payah betoi nak berpisah jauh2. Perasaan rindu tuh makin menyeksakan pulak bila jauh2 gini. Adoiiiyaaaa....

*** Tak tenang hati aku buat keje kat Miri nie.
Tapi masa kat Brunei hilang ingatan kejap hahaha maklumlah nak SMS pun takleh. Roaming aku tak activate.

Tuesday, May 26, 2009

Journey at to KEDAH

Aku p Kedah dua hari je. Semalam pukul 12 malam aku sampai umah. Sebabnya pagi nie ada meeting nak kene attend. So tak sempat la nak jejalan sangat kat sana.

Tapi aku tetap suke perjalanan ke Utara sebab permandangan sangat cantek. Sawah padi luas terbentang, sejok mata aku memandang... Walaupun sebenarnya aku tengah demam+selsema+batok+sakit tekak yang teruk. Tapi pegi outstation jugak. Isk anak sape lah yang WORKHOLIC sangat nie?


Aku bertolak koi 2 petang Ahad bersama 2 manager aku. Hehe aku tumpang kete depa je. Malas la nak drive, bukan dekat. Penat mau drive sorang, baek tumpang je. Hikhikhik.

Aku malas nk tulis pepanjang. Layan je gamba yang sempat aku snap sepanjang kat sana. Bukan byk sangat pun hahaha.. Aku tak sehat jadik malas nak amek gambar sangat, sebok hembus hingus yang meleleh kuar nie hah.. Hikhikhik SEKELEYYYYYY la jue nie.


Ni la bilek hotel aku lepak malam tuh. Sebelum check in hotel, singgah kedai tepi jalan beli burger ngan rojak pasembor. Hahaha. Kes malas nak keluar balik la nie. Ye la sampai dah koi 8, agak2 la nak kuar balik kan. Penat tuh.

Pasembor die sedap.. Tak pernah aku makan pasembor KL yang rasa sedap camtu. Rasa cam nak kuar pergi beli lagi. Tapi ingat diri, sedar diri. Dah lah nak kawen, sila2 lah kawal nafsu makan supaya nampak cute di hari persandingan. Hahaha. Ayat tak boleh blah.

Besok tu habes je meeting terus weols ke Pekan Sg Petani. Nak cari ayam RFC- Radix Fried Chicken. RFC nie memang takde la kat KL. Satu Malaysia cawangan die cuma ada kat Sg Petani je. So alang2 dah sampai nie, haruslah rasa ayam yang menajdi sebutan orang Utara nie. Tu dia gambar kedai RFC. Kaler oren you.... Dari jauh dah nampak.


Bila masuk dalam tengok menu, sejibik cam KFC menu die. Ada snack plate yang 2 ketol ayam+coleslow+mashed potatoes dan memacam lagi la. Aku beli yang snack plate je. Kata nak rasa kan. Tapau makan dalam kete je.


Nilah dia ayam RFC. Aku amek spicy ngan herba. Sedap gak la. Kurang berminyak. Yang penting ayam die takde lemak sana sini. Ye la dah guna aym organik. Mano ado lemaknya...
Hikhikhik selamat dimakan hari2 nie.

Tu je la cete aku, bukan lama pun. 2 hari je kat sana.

Besok aku akan ke Miri. Flight pepagi koi 830. Sampai sana nak p jejalan Brunei dulu..
Tak sabar nie......



Sunday, May 24, 2009

Alor Setar

Off to Alor Setar. Will be back on Tuesday. Take care all!

Thank you.

Thursday, May 21, 2009

Menghitung Detik Itu Episod 2

Tukang foto nie memainkan peranan penting dalam mana2 majlis perkahwinan. Betapa grand sekalipun majlis tuh, mesti akan kurang kalau takde tukang foto yang menjalankan tanggungjawab nya untuk capture moment2 berharga.

Untuk wedding saya, saya telah booking fotographer. Yeay! Perkara ini diselesaikan pada hari yang sama saya booking bridal Kak Mila. Actually before this saya dah banyak survey, dan saya telah buat decision untuk jumpe Aril & Shag untuk lihat portfolio album depa. Klik la untuk tengok website depa.

Kami janji kat Pelita Ampang Point. Of course lah saya p bersama Encit Lee. Keputusan harus dibuat bersama. Tepat koi 7 depa sampai. Bagus! Sangat menepati masa. Bawa sample album dan bini hahaha.

Setelah teliti, diskus cit cat sana sini. Bincang2 bisik2 ngan Encit Lee, kami sepakat nak hired je Aril & Shag nie untuk jadi our fotographer masa wedding nanti. Gambar yang depa capture pun sangat berstyle walaupun tak la sehebat Candid Syndrome, but each fotographer have their own style rite? Saya suka style depa capture the moments, takde lah terlalu kaku even depa baru je berjinak dengan bidang fotografi nie.

Dengan satu pakej yang saya amek, saya akan dapat 240 keping 4R with 2 sticky album customize cover, 2 customize story book edited 10' X 12' , outdoor fotoshoot, 8R with frame, cover 2 days all events, slide show all events. Sangat puas hati ok!

Lega sangat hati sebab dah settle dua perkara penting dalam wedding saya. pasni nak cari Videoman & booking for studio fotoshoot. Hehehe.. Sesape ada rekemen ke for video??

Thursday, May 14, 2009

Menghitung detik itu Episod 1

Lebeh kurang 7 bulan lagi majlis perkahwinan saya. Bagi yang belum tahu, secara rasmi diberitahu disini, majlis akad nikah akan diadakan pada 25 Disember 2009. Majlis bersanding pulak pada 26 Disember 2009.

Minggu lepas dah settle dua perkara utama dalam mana2 majlis perkahwinan. Mak andam & Juru foto. Letih tau mencari yang berkenan di hati. Bukan setakat berkenan je, keadaan ketebalan poket pun kena pikir jugak. Kang kempis je semata-mata nak memuaskan nafsu hati.

Dua hari saya dan Encit Lee menghabeskan masa survey bridal yang ada dalam list. Bertanyakan pakej sewa pelamin bagi dewan, baju, make-up and so on.. Penat jangan kata la, dari Ampang, Kajang, Bangi, KL sume kami jalan. Kami memang dah sepakat nak settlekan pasal dua perkara nie dalam bulan nie, since saya akan outstation mulai minggu depan selama 3 minggu so by the time saya balik KL, kami hanya ada masa lebey kurang 5 bulan je lagi. Mana sempat.... Bunga telur pun tak siap lagi nie.

Stress penggantin pun saya dah lalui. Gara-gara pakej andaman yang terlalu mahal, saya telah menangis dengan beriya-iya sebab tensen tak dapat pakej yang saya idamkan dengan harga yang di dalam kemampuan saya. Giler ahh.. Ada ke orang nageh sebab pakej kawen mahal? HAHAHAHA. Gelakkan la saya puas-puas. Anda yang belum kawen akan laluinya jugak satu hari nanti. Aik berbaur ancaman ayat saya nie. Sebenarnya saya pun rasa lawak giler, memang bakal penggantin akan berjiwa sensitip kut, senang sangat nak emosi. Hikhikhik. Seb bek la Encit Lee pandai pujuk dan yang penting die sedia menemani saya ke hulu ke hilir tanpa mengeluh. Kira macam memberi sokongan penuh la. (I love you sayang for this, credit for you!) Maunye tak bagi sokongan, kalau die mengeluh mesti saya akan bertambah stress dan air mata lagi berambu-rambu la keluar. Hahahaha.

Untuk entri kali nie saya akan story pasal Mak Andam saya. Pakej yang saya amek dari Kak Mila nie, pakej dewan. Yang penting pelamin yang ada dalam koleksi dia adalah pelamin idaman hati saya, pelamin itu cukup besar bagi pentas yang akan menjadi saksi perkahwinan saya nanti, tidak lupa budget masih di dalam kemampuan saya, penting nie. Budget adalah perkara utama dalam urusan persediaan perkahwinan saya nie, maklumlah perkahwinan budget. Ok, saya tak mahu berhabisan di sini, kang lepas kawen nak makan ape. Tak kan nak makan bunga2 atas pelamin tuh kot. Tidakkkkk...

Pelamin tersebut memang saya sangat suke, berkonsepkan fresh, moden & kotemporari. Saya tak suka tradisional, sebab tu saya tak nak pakai songket hari bersanding nanti hahahaha. Saya tak suka scallop sana sini, tarik kain dari hujung kiri ke hujung kanan. Not my type. Saya suka yang simple but yet nice & sweet. Bukankah ada pepatah, the lesser the better. Itu hanya pandangan saya, orang lain mungkin lain citarasa. Yang penting pelamin saya nanti turut dihiasi fresh flower atas permintaan gadis bunga. Siapa gadis bunga? Aik, saya lah! Teka lah bunga apa.. Bukan bunga ros yang pasti...Saya turut berbincang dengan Kak Mila serta memberi idea pelamin idaman hati saya, naseb baek die nampak tak keberatan nak melabur untuk membeli material yang baru sebab katanya skang ramai penggantin yang memang cari pelamin berkonsep seperti idea yang saya berikan. Itu saya sangat suke. Accept my idea..

Perkahwinan impian saya mungkin mampu direalisasikan oleh Kak Mila, harap Kak Mila tak mengecewakan saya.

Habes satu bab. Baju pulak, memang banyak koleksi lace hijau di bridal Kak Mila tapi tak de pulak warna hijau yang berkenan di hati. Design baju pun saya tak berapa suka. Saya minta baju baru, dan Kak Mila setuju dengan caj tambahan RM300. Ok la. Sebab masa saya survey tuh ada bridal minta sampai Rm500-RM800. Pastu baju tuh jadi hak milik butik. Tak kuasa la acik. Dengan Kak Mila, kami setuju untuk bayar separuh. Yang penting baju tuh akan ikut ukuran saiz badan saya dan design saya. HoooYeaaaaaa... I loooveee this... Nanti saya akan share design baju sanding saya yang memang dah terlakar dalam paler nie sekian lama...

Tu je update persiapan perkahwinan saya setakat ini. Doakan saya tenang-tenang aje, tiada lagi stress penggantin melanda. HikHikHik


Wednesday, May 13, 2009

Kasih Yang Tiada Batasnya


Selamat Hari Ibu buat emak saya yang tersayang, Zakiah Bt Yunus.

Hari-hari pun hari Ibu bagi saya. Cuma mungkin 10 Mei lebih komersial dan diiktiraf. Sesape yang lupa yang dia ada ibu mungkin tersedar sket pada hari ini.

Bila cerita tentang ibu, terlalu banyak yang ingin saya tulis. Ibu saya seorang wanita yang hebat. Tak pernah kenal erti penat. Siang bekerja, malam menjahit. Tapi emak tak pernah lupa nak masak nasi lauk untuk kami makan, walau penat macam mana pun balik dari kerja, emak tetap akan masak untuk memastikan perut suami dan anak2 terisi. Emak hanya nak kami makan air tangan dia sahaja, sebab tu kami jarang makan di luar. Kata emak lebey terjamin dari segi kebersihan. Emak memang SUPERWOMAN.

Emak tak pernah menghampakan keinginan saya. Walau apa pun yang saya inginkan akan cuba ditunaikan. Ingat lagi kejadian minggu lepas, saya cakap

' Sedapkan mak kalau dapat makan kueh koci labu?'

Selang bape hari lepas tuh, saya balik keje tengok "TING!" dah terhidang atas meja sepinggan kueh koci labu faveret saya. Sangat terharu.

Masa saya sekolah dulu, saya memang lebih rapat ngan ayah. Alasan emak garang sangat, terlalu mendisiplinkan kami. Ayah pulak memanjakan kami, tak pernah nak marah2 or pukul. Hatta, 25 tahun saya hidup bersama ayah, tak pernah sekali pun tangan ayah naik di badan saya. Ingat lagi, masa amek repot kad di Sekolah Sri Aman dulu, cekgu repot kat ayah masalah disiplin saya, rekod akademik saya memang cemerlang tapi dari segi disiplin saya memang gagal sikit. Ayah tak marah pun, ayah siap janji takkan bagi tahu hal ini dekat mak dengan syarat saya kene jadi orang yang lebih sabar lebih rasional, jangan cepat marah dan bergadoh dengan kekawan. Sampai sekarang emak tak tahu isu tu.

Tapi bila saya melangkah ke zaman U, saya mula rapat dengan emak. Emak adalah besfriend saya. Yang akan menegur segala kesalahan yang saya buat. Yang sudi mengajar saya memasak dan menjahit. Emak memang SUPERWOMAN. Setiap benda atau masakan yang emak buat memang akan sukses dengan jayanya. Laen dengan saya, ada je yang silap ngan masakan saya, tapi emak selalu bagi petua hikhikhik dan bagi kata2 semangat jangan putus asa.

"Emak dulu macam tu jugak, dah kawen baru belajar masak".

Comel kan emak saya? Hehehe..

Sempena hari Ibu yang disambut di seluruh dunia, saya nyatakan di sini,
Saya sangat sayang emak saya.
Dialah satu dalam sejuta yang tiada bandingannya.
Along sayang emakkkk!!!!!!


Monday, May 4, 2009

Cinta Berbunga dalam Hati.. Thanks Sayang..

Entri kali nie memang penuh dengan bunga2 dan mungkin akan membuatkan anda terliur seketika.. Hati saya pun tengah berbunga bunga kembang..
Kali nie saya nak abadikan sambutan annivesary saya yang ke-8. Sebab sambutan yang ke-8 hanya ada sekali je, mana ada lepas 9 orang patah balik pergi 8 kan?

29 April 2009 adalah hari Rabu, hari kerja. Kami malas la nak minta cuti just untuk annivesary sebabnya selepas nie akan banyak cuti yang perlu minta untuk urusan kawen so save cuti. Save cuti! So celebrate adalah selepas waktu keje.

Pepagi tuh Encit Lee hantar saya pegi keje. Syiok betoi ada orang hantar pegi balik keje nieh, benda nie haruslah pektis mulai sekarang, lepas kawen nanti Encit Lee memang kene hantar dan jemput saya pegi balik keje ngeeeeee...

Sepanjang hari di opis, muka saya adalah penuh dengan senyuman OK. Even tensen keje yang menimbun tapi tetap maintain bunga bunga di hati, tu la kata orang CINTA itu menceriakan hari hari yang anda lalui..

Selepas keje, Encit Lee datang jemput saya teruslah weols gerak ke Bangi Lama. Weols cadang nak makan di Tasik Idaman. Tak pernah pergi pun tempat nie, saja nak try new place for special days. Nak dinner kat Restoran Berputar KL belum mampu lagi.

Tak susah nak cari Restoran nie sebab Encit Lee dah amek map dari kawan opis die. Sampai je tempat nie, sangat terpegun OK. Cantek dan sangat tenang. Jauh dari kesesakan bandar. Terapung atas tasik lagi. Masa sampai nie dalam 630 gitu, ye la saya berpose hari tuh so kene la sampai awai sket.

Masa sebelum kuar kete, tetibe saya pandang belakang tengok ada sejambak bunga ros warna merah hahaha KANTOI... Encit Lee dah gelak2, dia baru ingat nak surprise saya tapi saya dah ternampak la pulak. Hehehe saya dapat sejambak bunga ros merah sebanyak 12 kuntum. TERHARU sangat!
Pas tuh laju je mulut saya tanya, bila beli, beli kat mana.. Ngek ngokkk betoi la saya nie. mesti lah die taknak bagi tahu kan. Hahaha so soklan saya dibiarkan je la tak berjawab sampai hari ini.
And then dia kuarkan pulak hadiah, ingatkan dapat bunga je tapi dapat gak hadiah. Hadiah pun bunga jugak, bunga kristal. Saya suka, sangat cantek. Bunga kristal nie confirm takkan layu sampai bebile kan, so leh la saya simpan bt kenangan. And then dapat kad pulak. Heee banyak betoi surprise saya dapat hari tuh.

Thanks sayang, membuat hati saya berbunga2.


Muka orang yang hepi giler dapat bunga, dapat hadiah, dapat kad. Kebetulan baju pun merah menyala-nyala ko.. Sesuaiiii sangat lah ye...
Dah habes bagi hadiah, berterima kasih sume barulah masuk restoran untuk order.

Masa nie langit terang lagi, idak ler rasa romantik benar tempat nie. Tapi tempat die memang best, terapung atas tasik, tepi2 leh nampak ikan berenang2. By the time dah gelap langit, baru lah suasana romantik tu timbul. Mana idaknye, pasang lampu pun yang ala2 malap je. Siap ada lilin atas meja. So secara officialnya weols kata itu adalah candle light dinner hahaha.
Pasal lilin nie lawak jugak, masa pekerja restoran tuh dok letak satu2 lilin atas meja, Encit Lee cam pelik naper pekerja tuh tak letak kat meja kitaorg, meja tepi kiri kanan depan belakang weols sume die letak.

Encit Lee: Yang, nape die tak letak atas meja kite?
Jue: Jap g kot die letak.
Encit Lee: Isk mana boley, kene letak nie. Leh feeling2 candle light dinner.
Jue: Hehehe a'ah la.. Ha cepat2 suh die letak. Kang die lupe..
Encit Lee: Kak (panggil waiters tuh), meja kitaorang takde lilin pun....

Cepat2 akak tuh letak atas meaja weols lilin. Puas hati dua dua orang tadi dah ada lilin depan mata.. Yeaaaa leh feeling candle light dinner. Tak perlu pergi hotel memahal. Ni lagi best, siap fresh air lagi angin yang bertiup.

Muka dua orang yang happy giler, dah 8 tahun bercinta. Tengah menghitung hari detik nak kawen! Hikhikhik..

Seb bek azan bunyi je, lauk kami order sume dah sampai. Kami makan nie. Ikan masak stim, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, tom yam campur +++.

Tom yam die sangat slurppyyyyyy.. Sedap!

Ikan siakap stim sedap, tak de bau yang tak enak, cuma lemon terlebey kut. Cam manis2 sket.


Sotong goreng tepung, sedap jugak. Memang faveret saya niey.
Secara overall, menu die leh tahan sedap lah. Harga pun berpatutan dengan menu dan suasana. Romantik habes wa cakap luuuuu... Memang pas makan tuh puas gak la kami bercerita. Suasana cam sangat tenang dan mendamaikan, sangat sesuai untuk bercerita apa saja. Ehem ehemmmm yang nie paham2 sendiri sudah la kan tak perlu diterangkan lebey lanjut.. Hahahaha

Pas balik tuh dalam kete barulah saya kuarkan kek anniversary yang saya beli secara senyap2. Kami potong kek nie sesama then makan dalam kete sebelum saya pegi keje dan Encit Lee balik rumah. Owhh malam tuh saya kene standby keje malam untuk migration. Walaupun penat tapi saya happy. Happy giler!

Harapan saya untuk tahun nie, semoga kaseh sayang antara kami terus mekar, dirahmati dan diberkati Allah. Amin.


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails