Tuesday, June 23, 2009

Kampung Air di Brunei

Salam..

Serius takde masa gile aku nak update.. Skang every week aku kene runner ke Penang ada project migration kat sana. Penat weyyyy.. Masuk opis kene bt keje ofis yang tertangguh.. Makanya nak update blog pun takde masa.. Nak update kat umah pun takde masa, mana tak nya kuar je opis langit dah gelap. Samapi umah tido je la jawabnya. Takdenya nak on lappy layan blog ke apa..

Nia aku nak share story pasal Kg Air kat Brunei ari tu. Aku paste gamba je la.. Picture explain thousand words kan?

Layannnn... Zassss...


Memula nak suh korang teka..... Gambar apakah di atas ini?????
Hahaha ini gambar tongkang si Tanggang yang kene sumpah jadik batu tuh.. Tongkang yang separuh karam... Nampak cam real kan... Ghupernya Si Tanggang nie lagenda Brunei.. Hehehe...
Aku baru tahuuuuu.....


Yang ni balai bomba atas air.. Uiksss aku sangat kagum bila tengok nie.. Tak pernah jumpa OK di KL atau di tempat2 lain.. Cam best je kan keje atas air.. Hehe tenang je rasa..

Yang ni Shell atas air.. Hahaha ada budak opis aku tanya, ni nak isi minyak kete ke.. Uikssss hebat ada kete leh jalan atas air.. Kehkehkeh.. Untuk bot isi minyak, maklumlah perkampungan air depa nie besar 30K penduduk tuh. Dari satu kampung ke satu kampung pengangkutan utama depa motorbot la.. Bukan motorcar..

Nie sekolah. Dah nama pun kawasan nya sangat lengkap. Haruslah ada sekolah kan. Sekolah agama ada, sekolah rendah ada, sekolah menengah pun ada. Pastu 3 tingkat pulak tuh. Iskkkkk memang terkejot aku tengok, siap ada aircond tu tak tahan.. Memang bukan calang2 la..

Nie masjid. Masjid ada la lebey 5 buah atas air nie. ikut mukim la kut.

Ni signboard sekolah, kut2 orang tak caya lak..

Ni kawasan rumah depa. Sangat terancang. Even kampung air nia ada saluran najis yang betol, bukan terus masuk sungai laut je hahaha sebab memula pun aku pikir camtu. Tapi tetiba aku nampak ada majlis perbandaran ala2 Alam Flora tengah kutip s ampah sarap atas air. Patut la bersih je kawasan kampung air nie. Kira penduduk berdisiplin la tak buang sampah dalam air.

Pada asalnya aku pikir orang yang dok atas air nie sebab tak mampu bt rumah kat darat. Tapi bila lihat real situation, its not about money. Tapi their nature of life. Nature of life depa atas air. Depa suka suasana macam tuh. Syok jugak!

Tu je.. Laen kali sambung cete di KT, Mersing, Penang, Miri...

Monday, June 8, 2009

BRUNEI story

Salam..

Lama tak tengok blog. 3 minggu outstation takde masa nak jenguk sangat. Besok aku akan masuk ofis semula. Keje pun dah bertimbun menanti tue. Saja nak share cerita aku kat Brunei hari tu.

Aku ke Brunei melalui check point Telaga Tujuh kat Miri. Dari check point 2 jam gak la perjalanan ke Bandar Seri Begawan. Sepanjang perjalanan ke BSB rumah-rumah yang aku tengok sume besar2. Memang kaya la rakyat Brunei nie. Dan takde sebijik motosikal pun aku nampak kat jalan raya die. Sume pakai kete stok mahal2 punya. Kagum giler aku kejap. Dan paling best bandar die sangat sepi dan lenggang. Tak sesak cam kat KL. Kat KL migrain la ko dalam kete kalau time2 peak hour nie. Tapi kat sana releks je. Kete tak banyak, orang pun tak banyak. Hmmmm musykil aku ke mana rakyat Brunei nie pigi..

Kat sana selain pegi melawat masjid terbesar Brunei yang berkubah emas tu, aku p tengok istana Sultan yang teramat la besar. Melawat perkampung air yang didiami oleh 30 ribu orang. 30 ribu OK, sangat ramai. terkejot aku masa dengar tuh. Pasal perkampungan air nie nanti aku buat entri khas. Banyak nak cete pasal perkampungan air nie.

Aktiviti shopping aku tak aktif sangat kat sini sebab currency mahal. Lagipun aku kan budget, nak kawen nie sedar2 diri sket. Hahaha. Layan je la gambar yang aku snap.

Belakang tu la masjid kubah emas. Aku solat Zohor jamak kat sana. Serius cantek sangat interior design die. Sangat2 nice. Kat sini semua bangunan rendah2, ketinggian bangunan tidak dibenarkan melebihi ketinggian kubah masjid. Bagus kan? Dan lagi satu info yang aku dapat, di Brunei kerajaan membiayai semua rakyatnya pergi menunaikan ibadat ke lima rukun islam menunaikan haji sekali seumur hidup s ecara percuma. Bagus betoi la saluran duit oleh kerajaan depa.. Kagum.. Kagum...


Aku tak tahu nie replika ape, tapi ada makna kut. Hehehe... Nie la bandar Brunei, tepi persisiran sungai yang memisahkan Sarawak dan Brunei. Boleh pergi ke Limbang, Sandakan, KK melalui Brunei je.


Ni theme park die. Ala2 Disneyland la. Dulu free je entrance tapi sebab ramai sangat rakyat Malaysia yang datang lepak compare to rakyat Brunei skang masuk kene bayar. Dan semestinya aku tak masuk, jenguk dari luar je. Hehehe

Sebenarnya gambar aku snap tak banyak hahaha. Gambar kat kampung air banyak la. Next entri ok..


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails