Thursday, August 6, 2009

Aku tak tau nak bagi nama ape RESIPI neh..


Hahaha tajuk tak boleh blah...
Aku tak tahu nak letak nama apa, nak kata cheese cake ntah la.. Sebab base die biskut. Huhuhuhu nak kata biskut aku rasa cam kek.. Aishhh belasah je la...

Skang neh mood nak masak macam2 tengah membara2 so sebabkan aku cuti rehat semalam dengan segala hormat aku turun ke dapur dan mencoba resipi baru dari Azrin.. Nama resipi, korang bagilah nama apa pun...

Bahan-bahan untuk base
1 paket biskut Cream Cracker - aku guna Hup Seng sajork.. Ramas2 kasi hancur
1/2 cawan brown sugar
1 cawan butter yang telah dicairkan - yang nie ko kene agak2 bape banyak biskut ko guna tadi

Cara-cara
Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
Pastu padat2kan dalam loyang nak buat base cheese cake. Kene padat kalu tak nnt payah nak potong.
Pastu bekukan dalam peti sejuk.

Bahan-bahan layer cheese
250g cream cheese.. Aku guna philadelphia punya,mahal woo~
200ml whip cream
1/2 cawan gula kastor

Cara-cara
Pukul cream cheese dan gula hingga kembang.
Masukkan whip cream. Dan pukul lagi.
Tuang campuran ke atas base biskut yang dipadatkan tadi.
Pastu masukkan dalam fridge. Tunggu sampai layer cheese tu keras. Senang, tak payah panaskan oven.

Bahan-bahan untuk toping
Beberapa biji strawberi
Gula

Cara-cara
Masak air gula.
Hancurkan beberapa strawberi dalam air gula.
Kemudian tuang atas kek kita tadi.

Tadaaaa~~~~ Dah jadikkkk...


Itu saja....
Try la... Sedap gak, ke aku yang lapooooo... hahaha.. Rasanya masam2 manis and ranggup.. Satu loyang habes di rumah dan satu loyang lagi untuk ofis. Yeay! Boleh bukak bakery cake.. Hahaha kecoh betol, baru berjaya buat sebijik cheese cake ada hati nak buka bakery.. kuikuikui...

Monday, August 3, 2009

Rindu kamu kamu dan kamu....

Sabtu ari tu aku pergi ke majlis akad nikah Iemah. one of the 8 sisterhood.. Kendurinya simple je, Iemah selamat dinikahkan dengan Saiful, dan insyaallah minggu depan akan fly ke South Africa mengikut husband. Huhuhu jauhnya dengan Iemah mesti aku akan rindu giler ngan budak neh. Die neh memang tempat mengadu yang best la bagi aku. Sentiasa memberikan aku hujah2 yang betol dan waras bila aku mengadu masalah ngan die. Sangat matang dalam berfikir.

Sungguh tak sangka Iemah nikah dulu. Papehal aku tumpang happy sebab salah sorang dari bestfriend aku dah selamat menjadi isteri orang. Aku akan sentiasa doakan kebahagiaan mereka.

Aku pergi ke kenduri Iemah ngan Azreen, Mawar dan Liza. Tau lah kami neh bila berjumpa memang kecoh la, rasa cam nak tercabut bumbung kete Azreen tuh. Hahaha. Tapi aku happy. Happy sangat dapat jumpa depa. Rasanya dah lama tak jumpa secara beramai2 camni, last hang out masa pergi Desa Water Park awal tahun hari tuh.

Masa kat rumah Iemah, lewat sket baru Take & husband wif baby Aqil sampai. Termasuk lah Saz yang lambat hahaha. Lambat tuh memang sinonim ngan Saz la. Dari zaman belajar sampai skang tak berubah lagik. Isk isk isk... Kalau ikotkan tak cukup 8 orang, Hani takde. Maklumlah die kan mengajar kat nun Utara, kursus plak tu skang so tak dapat la nak sampai ke kenduri nie. Tak pe Hani, kami tetap ingat kat hang, walaupun hang jauh di mata tapi tetap dekat di hati... Salam pelok ciom dari kami.. Muah.. Muah...

Layan gambar arrr.. Untuk tatapan Hani yang jauh....

Neh anak kak Zah, baby Bella panggilannya.. Sangat comel.. Boleh plak aku tengah makan cendol, die bantai terliur. Siap beriya nak pergi kat aku nak capai cendol.. Haippp.. Mana boleh... Baby minum susu je mana lah minum cendol neh. Sat gi sakit perut aku plak yang nak menjawab kat ibu die.. Huhuhuhu.. So kesian die telan air liur tengok aku minum cendol..

Dah la tu, pandai posing lak tu. Pantang ada kamera comfrim bulat je mata hahaha.. Pengaruh sape neh eh? ibu ke ayah? Ngee~~~



Baby Bella.. yang sebelah tuh super baby Liza.. hahaha... Ko tengok la, ada ke die nak makan tangan baby Bellah.. Haipppp... Nakal wooo baby Liza.. pls pls pls....


Baby Aqil... Yang kejenya tido je sepanjang majlis. Puas lah aku cucuk pipi die suh bangun tapi mata die tatap pejam je.. Gerammmm aku tengok.. Meh la bangun main pok amai amai...

Kami beramai2... Hani takde, tapi ada Kak Zah bersama baby Bella yang cumell.....


Bersama Iemah buat kali terakhir die kat Malaysia nie.

Iemah, I love you... Mmuuuahhh... Mesti aku rindu giler kat ko, masa ko g German dulu pun beriya aku nageh huhu sebab nanti aku dah takde kawan nak lepak kat kolej.. Skang nie pun, aku tetap sedey walaupun dah jarang jumpa. Thanks for this friendship.. Sayang ko Iemah.... Ilebiuuuuuuuu......



Pasangan yang diraikan.. Saiful dan Fatimah. Sama cantek, sama padan.
Saiful, please take care of my friend. Love her with all your heart.



Kami yang kecoh giler... Aku tak tahu la, memasing dah kawen, ada yang dah jadik ibu pun, tapi bila jumpa lupe diri lak kejap. Perangai kembali seperti kanak-kanak. Hahaha.. Husband2 sekalian sila bawa bersabar..

Tu je, secara overall.. Aku happy sebab Iemah dah nikah dan happy dapat jumpa kekawan ku yang tersayang... Love you all.... You all make my day!



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails