Monday, October 31, 2016

Minggu2 terakhir ke 35

Wow.. Sekejap je dah 35 minggu usia kandungan. Kandungan kali ni tak byk sy abadikan dalam blog. Ntah, lebey low profile maybe. Sejujurnya makin dewasa ni macam malas nk expose byk benda kat blog sangat. Dengan crime rate sosial media yg makin berleluasa rasa macam unsecure je nak expose too much thing dalam blog.

Tapi jiwa blogger dan keinginan menulis tu masih ada. 

So kandungan ketiga, ini lah kali pertama saya update. Kali ni saya masih akan bersalin di Hospital Al Islam Kg Baru insyallah. Masih mengekalkan gynae yg sama. The reason why, still sama. Saya selesa dgn doctor, rawatan dan segala yg ada di hospital tersebut. Dr segi service dan islamic way nya.

Last week pergi check up up, apa yg saya suka bila pergi check up sini, saya leh makan kat kedai Suraya seafood depan hospital ni hahha sbb tu la saya selalu minta appoinment ptg. Kihkih boleh lunch kat situ.



Peneman saya setiap kali check up. Eh mengada kan anak no 3 pun laki kene teman. HAHAH pedulik la, buat anak sesama, check up pun kene la sesama. Ini hal bersama. No kompromi, kecuali betul2 urgent hal keje.

Maybe ada yg kata saya mengada ke kejam. I dont care. Lagipun hasben mmg willing nk teman pun, anak dia pun kan. Dia perlu tahu dan perlu berada di sisi saya saat2 macam ni. Bukan saya mengandung setiap tahun pun.

So masa sy tgh scan perot tu, hasben amek la gambo baby kat TV. Amboi berat iye dah 2.2kg. Ada lagi 5 weeks dik. Mama harap adik kluar awal macam abang ngn kakak, 38 weeks dah kluar sbb mama dah tak daya nak membawa perot.



Lepas2 scan semua, doc kabo nk bt Strep B test aka GBS test, dimana swap akan di buat di area vagina macam kita bt pap smear tu. GBS test tu penting untuk pastikan tiada kuman GBS yg dibawa oleh ibu, kalau ada kene treat masa dalam labor room, and baby pn kene drip antibiotic sejurus lahir. Sbb GBS boleh transfer ke baby masa proses kelahiran dan menyebabkan jangkitan pada otak, paru2, darah etc  dan risikonya boleh menyebabkan kematian pada bayi.

Bahaya kan? Masa  Sumayyah saya positif GBS tapi sbb dah bt test jadik segala precaution dah diambil kira.

Lepas tu kene cucuk Tetanus booster pulak. Ya ampun, sakit giler injection ni. 3 hari takleh angkat tangan. Mujur ada driver sbb lepas injek pn dah terasa sakit nya.

Setakat ni, progress baby alhamdulillah membesar dgn jaya. Doakan yg baik2 ye utk kelahiran saya kali ni,

Itu je. Bai hahhahaha.


Tuesday, October 25, 2016

Cara Refund Flight Tix Air Asia

Salam.

Lama sungguh blog ni terabai, ini adalah simptom mengandung yg ketara bg saya. Mengandung je mmg takleh nk update blog, mcm ada sumpahan gitu. Hihi. Tambahan pulak keje ofis bertambah dan banyak sngat tak terkejar rasa, mengah tanpa henti. Chewah.

Tapi dah hujung2 ni I am getting better and the mood pun dah come back maklum lah tak sabar nak melahirkan. Nak menghabiskan sisa lelah dan penat mengandung. Siyes. 

Sebelum ni saya pernah share, kami sekeluarga beli tix ke Korea masa  awal tahun ritu, sepatutnya kami dah berjalan2 di Korea dah skang. I am so jelly tgk update from adik2 saya yg di Korea ketika ini. Hehe mmg kami janji nak g sesama, nak explore Korea kekdahnya. Tapi apa kan daya di usia kandungan 34 minggu ni, tak mampu la kakton nk membawa perot boyot2 berjalan kaki keliling Korea aih. Jangan nak cari pasal ya.

Disebabkan tix yg dibeli bukan calang2 harga sebab kami tak beli time  promo zero fair ke apa, mmg beli time promo biasa je. Total harga utk 4 beranak dalam RM2.6k.





Banyak giler kan, so bila tak jadik pergi haruslah kakton nk minta refund. Sebenarnya kalau beli tix Air Asia ni boleh je mintak refund tp semuanya bergantung atas budi bicara pengawai yg uruskan kes kita.

Macam mana nk minta refund tu.

First of all, uols kene log report kat eform AA.


Nanti akan dapat email on the case number etc... Lepas tu tunggu dalam seminggu gitu ada feedback tak, if takde boleh cuba try chat 


Live chat ni kita leh tanya status report kita tadi. 

In my case, lepas 2 weeks senyap je, so saya call je service center sbb flite saya International flight, kalau local mmg kene live chat je la.

Lepas saya call, baru dapat reply. Ada few document kene submit. Ie surat doctor yg attend, sijil beranak, surat nikah etc.



So prepare seme document and submit balik tru e-form online tadi.

Tak amek masa lama utk approved, lepas 3 hari gitu dapat la  email.  Account AA  saya dah dicreditkan dgn Credit Shell. 

AA tak refund cash money tau, tapi refund guna credit shell which kita boleh beli tix flight lain utk travel anytime. Tp credit shell tu perlu digunakan within 3 months. kalau nak belikan tix orang lain pun boleh.





Gitu la sedikit sebanyak prosess macam mana nak claim balik refund kalau in case terjadik hal2 seperti saya ni hahhaha ini namanya RANCANGAN ALLAH itu lebih baik. Ada hikmah yg mungkin saya belum nampak. Kami redho je tak dapat berautumn die Korea tahun ni. Kita tak tau rezeki adik baby macam mana.

Credit shell ni kami gunakan utk beli tix travel tahun depan, destinasi ke mana tu? Rahsiaaaaa ... Yang pasti destinasi yg baby friendly, ater udah ada sorang baby lagi nak bawa. Kene consider banyak benda bila travel ngn baby ni, takleh nak semberono je. 




















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails