Tuesday, January 30, 2018

Rayyan 1st Operation

Cuti sekolah ritu Rayyan terpaksa dioperate. Sebenarnya benda ni dah lama, tonsil dia makin membesar, bila demam je besar dan yg paling risau menganggu pernafasan dia malam bila tido sbb tonsil tu dh membesarkan. Memula malas nk operate, tapi bila dgr dia tido malam tu mcm susah je bernapas, ktorg decide utk operate aje la.

Pagi sebelum admission wad kita check dlu dgn Doc ENT Doc Khairuzana. Ni doctor yg sama operate tonsil papa dia 4 tahun lepas. 


Lepas dah cek seme, terus la admit wad. Macam biasa la bila admit wad kene bt IV Line. Seperti yg dijangkakan memang menages teresak2 la anak bujang ni bila kene drip. Hati tisu abang ni. Alahai sian mama tengok, beriya menages. 


Malam tu kene tido satu malam, puasa  dr 4 pagi, besok tu baru masuk OT. Malam memang papa la yg teman, siang pn most of the time papa yg jaga. Sbb mama kene uruskan adik2 yg lain. Kene balik masak bubur nasi, sbb rayyan tak boleh makan solid food. Lepas operate dia kene diet liquid food utk 2 weeks. 

Memang menu die bubur nasi dgn sup mushroom, brokoli tu je kita bg dia makan.


Pagi sebelum di tolak masuk OT.

Sumayyah yg being chatterbox dengan slumber sound abang dia " Apa la itu pn nak nages"

Eeee geram ngn mulut potpet dia ni. Rasa nak stapler je. Org tgh takot dia pergi provoke pulak.


Papa teman dia masuk OT. KEnapa bukan mama? Sbb mama tak boleh tengok benda2 macam ni, terus rs pening2 and macam loya, nk muntah semua  ada. Jadik biarlah papa yg masuk temankan anak bujang dia.



Operation amek masa 2 jam. Ni gambar lepas operate. masih lagi pakai baju OT tu ha. Masa ni masih belum rs sakit sbb bius masih ada tapi kesian sbb lapar, asyik minta nk makan tapi doctor xbg. Boleh makan lepas 4 jam kuar dr OT.  jenuh pulak nk menunggu.



Tempoh pemulihan sepenuhnya dalam 2-3 weeks. Lepas tu Rayyan dah boleh makan macam biasa. And pernafasan bila tido malam pn dh lancar, takde dh berkeruh macam berdengkur tu dah. Alhamdulillah, selesai satu benda yg dah lama nk buat tapi dok tangguh sbb risau.


Monday, January 29, 2018

Trip Perth: Penguin Island

The next day we are heading to Penguin Island. Dekat je dengan rumah Kak Hazlina, dalam 20minit drive ke jeti utk naik bot ke Penguin Island ni. My advice sebelum pergi sila rujuk website Penguin Island ni dlu https://www.penguinisland.com.au ni dlu utk tahu boat beroperasi ke tak. Kalau cuaca tak mengizinkn, boat tak jalan selalunya. Tix boleh beli online atau beli di kaunter. Kami beli di kaunter je sebab sehari sblm kami dtg boat tak jalan so mls nak amek risk beli tix awal2, jadik terus walk in je, alhamdulillah rezeki anak2. Cuaca cantik sgt hari tu so here we go!

Entri ni banyakkk sngat gambar, hope readers bear with me. I just want to share the beautiful island to you guys.



Ni port nk jalan ke jeti. Hehe sempoi je kan, takde la gah nau. Tapi view lawa area sini. Memasing jalan nak pergi ke jeti hehehe laut dia lawa sangat tapi sejuk gile mmg takde la nk berendam ke apa,



Kami naik feri ke boat tak tau la nak panggil apa. Ramai jugak naik boat ni. Perjalanan nak ke Penguin Island ni dalam 15minit mcm tu. Dekat je heheheh.

Kami amek pakej utk Pneguin Island, Penguin Feeding, Sea Lion cruise. Harga tix utk adult AUD44 dan kanak2 AUD33. Wafiyyah je tak payah bayar, yg lain seme kene bayar.  Agak mahal s ebenarnya harga tix, tapi dah sampai haruslah singgah tengok tmpt org.


Keadaan dalam boat, ada rombongan budak sekolah rasanya. Full house, kami naik ni boat pertama, tak silap dia ada 3x boat sehari pergi balik ke Penguin Island ni.


Sampai dah kami ke Penguin Island. Actually island ni macam pusat peliharaan penguin. Kat sini banyak sangat burung laut tu apa nama ntah burung tu.


Hujung warna hijau tu, ha tu la dia Penguin Island. Takde org pun duduk sini, Penguin je, sea Lion dgn burung2.



Bebudak mmg suka la berlari ke sana sini, main pasir. Kat sini aktiviti bebas. Dalam kol 11 mcm tu ada feeding show utk penguin.

Masa yg ada ni ktorg explore la island ni, jalan sampai atas then pusing2 lepak2 menikmati keindahan pulau ni. 

Subhanallah, cantik sangat view pulau ni.




Kalau ada yg tanya boleh mandi ke tak, saya tak sure. Tapi takde yg mandi, main  di gigi air je. Sejuk ya amat macam mana nak mandi. Macam ni pn jejalan terketar2 tangan sejuk. Masuk dalam poket je tangan.





Kat center of pulau, ada tempat picnic. Lawa kan pokok2 kat sini. Kagum sgt dgn keindahan hijau2 kat sini.



Panorama view keadaan sekeliling kawasan rehat di Penguin Island



Masa ni kami mendaki ke atas, kat puncak tu ada banyak sangat burung, kira macam habitat derang la. Derang ke sini masa  musim pertukaran macam org panggil berpindah disebabkan cuaca.




Our family piccaaaaa.. Suka sngat gambar ni sbb view lawa belakang, pandai student tu amek heheh ni kita minta tlg je student tu tlg snapkan gamba.






Dah penat explore, kita benti makan. Kat sini mmg hari2 saya bawa bekal. Sbb budak2 mmg sentiasa lapar. Nk tunggu pergi kedai utk proper meal mmg lambat skit kan so in between tu prepare la apa2 utk isi perot.

Basically kat sini mmg saya masak pagi utk bekal jejalan and ada 1x akan having meal kat luar, the rest mmg masak. Kononnya cost saving la jugak. Tapi kalau ikot ktorg makan kat sini mmg mewah sbb kalau masak pn harga bahan mentah murah macam sayur apa semua AUD1 je jd tak mahal la beli bahan masak.  So rotate la ada yg masak, ada yg makan kedai. Total belanja utk maknan ni sehari tak sampai AUD150 perday. Mmg saya dah bajet utk food AUD150 sehari tapi tak pernah hit the budget pn. 


Bekal pagi tu sandwich, pancake, yogurt. Yogurt yg Rayyan pegang tu mmg beli sekotak terus sbb murah berapa sen je. Utk bekal budak2 dalam kereta.


The magnificient view! Macam lukisan.



Next kita g tengok penguin feeding show. Kat dalam pulau ni jugak. Cuma ada masa yg ditetapkan utk show ni.






Dah habis penguin show.Marilah jalan ke jeti utk naik cruise for sea lion. Nk g tgk sea lion pulak.


Babai penguin island yg cantik....





Tengok sea lion dr dalam boat je. Ada 3 ekor sea lion yg enak beradu kat atas batu2 tu. Tapi korang zoom la sendiri kat mana hahhaa. Go pro takleh nk zoom plak.


Friday, January 26, 2018

Bermula sesi persekolahan 2018

Entri ni penting setiap tahun. Entri persekolahan anak2. 
Tahun ni mama dah boleh join 1st day school, tahun lepas dalam pantang kan. Tapi tahun ni abam dah darjah 2. Dah senior, jadik takde la risau sangat mama. Kakak plak risau skit, sbb kita tukarkan dia sekolah. Dlu kakak tadika dekat taska Rayyan transit tapi atas sebab2 tertentu so kita tukarkan dia ke kindy lain. Kindy baru ni tak sama jalan ngn taska baby dan sekolah abang so pepagi kene pusing 2 route. Mmg agak hassle la, sbb taman rumah tu jem melekat pepagi even dalam kawasan rumah je pun. Kalau hujan pagi, lagi la melekat kaw kaw jem nya. Huhu runsing jugak memikir asalnya. Kalau maintain tadika lama senang satu jalan hantar, tapi bila pk bab lain tu rs macam nk tukar. Lepas puas pikir, kita pn decide laki bini tukar je la, takpe la susah skit kan.

So thats it Mari lihat hari pertama anak2 ke sekolah. 


Pepagi dah keluar rumah nak avoid jalan jem. Adik kita hantar taska. Abang hantar sekolah agama, transit taska, naik bus g SK. Sumayyah cuti arini sebab dia start sekolah masa hari kedua. So arini dia follow je la mama.

Lepas hantar abang, balik rumah masak kemas rumah dulu...




Kat sekolah agama macam biasa la hari eprtama, bayar yuran, duet buku. Tahun lepas tugas ni papa take over, tahun ni mama plak. Tahun depan tak tahu lg. Yg pasti tahun 2020 ada 2 org yg berlainan sesi nak masuk sekolah. Eh 3 org wei hahhaahaha. Sure hectic. Tunggu je la if panjang umor.



Lepas setel bayar yuran boleh alik rupanya so tghri mama la hantar p SK. Kita hantar je, takde nk jenguk2 dah. Dah darjah 2 kan dah pandai bawa diri. 





Hari kedua mama masih lg cuti untuk hantar little gurl plak g kindy baru. Sumayyah tahun ni akan kindy di Al Bagdadi playtime Center. Sejak Rayyan masuk kelas hafazan ritu, kita jatuh cinta plak ngn sistem pembelajaran Al Bagdadi ni. Kagum dgn kelas hafazan dia. Harapnya Sumayyah by the time habis belajar kat sini banyak surah yg dia dapat hafal.

Bukan setakat belajar hafazan je, subjek yg lain pn ada jugak BM, BI , Math dan life skill. Lagi satu Al Bagdadi ni bukan day care tau, kiranya kelas dari pagi sampai tghri lepas tu rehat lunch-nap-refresh and then petang ada jugak kelas. Kelas reading, hafazan, atau pretend play gitu. Bukan la lepak je tengok TV or doing nothing. Rasa agak manfaat gak la masa tu kan sampai ptg.




Impress nk pulak budak ni pakai tudung dah 3 minggu sekolah. Kalau sekolah lama tak hingin dia pakai padahal kene pakai jugak hahhaa





Dalam kelas 5yo ada la dalam 8 org mcm tu. Takde la ramai sgt so senang cikgu nk fokus.





Tghri cikgu wasap ank tudung dah jd mcmni  pulak... hahahah... Skit lagi dah tutup muka dah.







Setakat ni dah 3 weeks sekolah setiap minggu mesti papa ada punchcard merah sbb hantar byk tmpt ni. Kadang dah try keluar awal tp tetap lambat sbb kita drive, mmg jadik slow la bila kete byk jem melekat. nak lagi skang pepagi selalu hujan. Smg allah mudahkan lah hari2 kami setiap pagi. 



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails