Sunday, November 7, 2010

MJ Giveaway 2


Jom join beramai2 giveaway dr Celoteh MJ.

GiVe Away...Sapa Nak Baju Nie???


Meh join beramai2.... Klik sini!

Its our very first anniversary!

Nak join klik sini... Contest ini sempena anibesari tuan punye belog....

Thursday, November 4, 2010

PREGNANCY MOMENT CONTEST -> 22/11/09


Nak join klik sini.





Dua gambar di atas saya pertaruhkan untuk contest ini... Gambar ini diambil di minggu terakhir sebelum saya bersalin.. Terpancar muka heppi dan tak sabar dua laki bini ni nak jadi mama papa...

Syarat contest ni, organizer minta summarize kan pengalaman mengandung..

Now the story begin..

Ini adalah kandungan pertama saya, maka segalanya adalah pengalaman pertama.. Pada satu hari, setelah dua bulan bernikah, tetibe saya dok la cirit birit... Masa tu kat opis, sebab tak tahan dok memerut aje, gi la kenek depan opis nie...

Jumpe Doc, lepas tanya macam2.. Doc nampak inai kat jari.. Doc tanyalah baru kawen ke.. Selepas saya jawap YA.. Doc suh gi check urine... Masa nie dah blur2, maklumlah actually saya ngan suami tak plan untuk mengandung seawal ini...

Setelah keputusan dapat, saya disahkan mengandung.. Perasaan ketika itu???

Speechless.. Tak terkata apa, tak sangka sangat begitu cepat Allah kurniakan rezeki pada kami.. Masa tu terharu pun ada, rasa tak percaya pun ada...

Lepas tu masuk opis, terus blur tak tau nak buat apa.. Tapi tak tepon husband pun bagitau.. Nak bagitau face to face di rumah...

Sampai aje rumah, husband terus datang kat saya tanya sama ada saya dah jumpe Doc ke cirit birit tu.. Saya jawab la UDAH.. Then saya kuarkan pregnancy test kit yang Doc tu bagi pada saya dan tunjuk pada husband.. Memula husband cam terdiam.. Within a minutes, he asked me back...

"Abang akan jadik ayah ke?"

And then saya slowly reply

" Yes, we both akan jadik ibu dan ayah.. saya mengandung!"

Terus husband pelok saya dan cium bertubi2.. Oooooo itu adalah saat terindah dalam idop saya.. Rasanya kalau boleh die nak dukung timang2 saya terus kut masa tu T_________T Malam tu husband banjer makan malam and terus gi carik susu untuk ibu ngandung...

5 bulan pertama merupakan saat paling kritikal bagi saya sepanjang pregnancy.. Saya mengalami mabok atau alahan yang amat teruk, tapi husben sangat la sabar melayan kerenah dan peel saya.. Selama 5 bulan saya tidak memasak kerana tak tahan bau dapor... Keje saya nak tido aje, makan pun tak berselera sangat...

Tetapi semua itu pengalaman yang sangat sweet dalam hidop saya.. Bukan semua wanita berpeluang dan dapat merasa saat camtu kan? walaupun sedikit seksa tapi hasilnye berbaloi2 setelah melihat senyuman si kecil...

Sepanjang saya mengandung selera makan saya bese2 aje, idak ler macam nafsu dinasor.. Sume saya nak makan, rasanye saya makan lagi sedikit daripada saya bujang.. Akibatnye saya hanya gain weight dalam 10kg saja selama 9 bulan... Tapi alhamdulillah anak saya lahir 3.06kg..

Sebtulnya saya dijangkakan bersalin pada 10 October 2010.. Tetapi pada kandungan masuk minggu ke 38, tetibe saya sedar baby kurang bergerak.. Terus rush ke hospital, buat CTG, movement baby sangat slow.. Pakar takot baby lemas dan Emergency Czer terpaksa dibuat.. Akhirnye anak saya kuarlah ikot tingkap walaupun saya teringin sangat nak rasa pengalaman bersalin normal.. Apapun saya tetap bersyukur kerana kedua2nya selamat..

Untuk pengalaman bersalin saya secara penuh leh klik pengalaman bersalin

Nak tag 3 org
1. Ibu Damia
2. Ibu Aqil
3. Ibu Najla
3.



Seminggu sebelum bersalin

AWAS... entri ini akan mengugat keimanan anda.. Sesape yang berdiet, selawat banyak2 dulu sebelum baca hehehe..



Tadaaaa....


Ini lah ektibiti beberapa hari sebelum bersalin.. Actually tingin nak makan dessert kat Delicious ni aje.. Tapi alang2 makan la spagetti sekali.. Spagetti kat sini lazatt tau! Memang kalau agak2 nak makan spagetti kami akan menuju ke sini aje.. Walaupun agak mahal tapi puas hati la...

Yang atas tu spagetti apa ntah , tak ingat la nama.. Tapi die ala2 creamy and pedas sket... yummy!


Yang ni plak spagetti cabonara... Seyis ni memang signature dish Delicious la... Aku memang tabik spring cabonara die.. Creamy dan syedapppp..... Sesape yg berdiet memang takleh la makan, sepinggan leh naik 5kg kot.. Hikhik sebabkan masa ni peknen I belasah aje youu...
Tapi kalau tak peknen pun, belasah jugak.. HAHAHA



Dah berjalan2 harus la shopping kan hehehe... dalam keadaan sarat sempat gak merembat kasut nie....


Penat weii syopping...

Nah... Inilah dia yang diidamkan oleh ibu ngandong., brownies diatasnye ada vanilla aiskrim and topping with choc ganache~~~~~ Perghhhhhh mabelessssss.. Sedap aje masuk ke tekak... Kuikui isk bila tengok gambo ni rasa cam nak gi makan lagi je pas habes pantang nie... Ari tu nak try gak Red Velvet Cake die tapi dah habes la pulok.. Takpe la, next time aje..


Amacam? Tergugat tak? Ada sesape yg berdiet dah berubah pikiran? Hehehe..

Ja'at la I ni kan?

Ampunnn ya!

Apa itu Implanon???

"Implanon adalah alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasang hanya di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas.

Ia boleh menghalang kehamilan sehingga tiga tahun dan tidak memerlukan sebarang tindakan harian,” kata Dr. Hamizah Mohd. Hassan dari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Menurutnya lagi, implanon adalah kaedah halangan yang sangat berk
esan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan dilaporkan. Kebanyakan kegagalan yang berlaku adalah disebabkan kedudukan implanon yang tidak tepat. Wanita yang memakai implanon akan subur semula selepas tiga minggu alat tersebut dibuka malah implanon juga tidak mengganggu hubungan seks seperti sesetengah kontrasepsi.

Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya.

“Implanon sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka,” jelasnya.

Kata Dr. Hamizah, implanon juga bertindak dengan cara memekatkan mukus serviks yang mana dengan sendirinya menghalang kemasukan sperma ke dalam tiub fallopian. Dengan ini, gangguan berlaku di bahagian endometrium sekretori yang mana ia menjadi nipis dan tidak membenarkan ovulasi berlaku.

Mungkin kedengaran agak menakutkan apabila rod implanon perlu dimasukkan di bawah lapisan kulit menggunakan trokar, namun menurut Dr. Hamizah, kaedah ini paling sesuai memandangkan ia kekal sepanjang pemakaian dan tidak memerlukan penjagaan yang melecehkan.

“Kalau dengan cara pil misalnya wanita tersebut mungkin akan terlupa,” katanya.

Namun begitu pemakaian implanon juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kesan pendarahan atau haid yang tidak dijangka. Menjawab pertanyaan, Dr. Hamizah berkata, ada ketikanya berlaku kesan pendarahan tidak dijangka ketika penggunaan atau selepas tiga hingga empat bulan penggunaan.

Katanya, 50 peratus pemakai mungkin tidak mengalami haid atau mengalami sedikit sekali-sekala, 40 peratus mendapat pusingan haid yang normal manakala 10 peratus mengalami pendarahan banyak dan membebankan. Jika perkara ini berlaku, doktor akan menasihatkan supaya implanon ditanggalkan.

Implanon juga boleh menyebabkan komplikasi jangkitan setempat sebanyak satu peratus. Kesan-kesan yang biasa adalah berlaku lebam di sekitar kawasan kemasukan. Ada juga komplikasi berlaku ketika implanon ingin ditanggalkan terutama jika rod melebihi sebatang.

Masalah-masalah yang biasa dialami ketika menggunakan kontrasepsi lain seperti pening kepala, jerawat dan pertambahan mungkin juga boleh berlaku kepada pemakai implanon. Namun sehingga kini belum ada pengesahan sama ada implanon boleh mengubah risiko seseorang wanita terhadap kanser payu dara.

Siapa yang boleh menggunakan implanon?
Wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang dan ditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana ia dipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yang dipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepada estrogen sintetik.

Siapa yang tidak boleh menggunakan implanon?
Wanita yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogen dependent (sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyai sejarah lalu atau semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsi hati tidak kembali kepada normal, tumor hati benign atau malignant, carcinoma di dada, sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.

Fakta mengenai implanon:
  • berbentuk rod sepanjang 4 sm x 2 mm, mengandungi 68 miligram gonane progestin etonogestrel.
  • implanon boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun penggunaannya perlu dihadkan sehingga tiga tahun sahaja.
  • mula sekali diperkenalkan di Indonesia pada 1998, kemudian diluluskan penggunaannya di 30 negara lain dan kini telah dipakai oleh lebih 2.5 juta wanita seluruh dunia.
Cara pemakaian

credit to mama zharfan
Anestetik disuntik pada bahagian lengan atas dan kemudian alat trokar seperti jarum digunakan untuk memasukkan rod implanon di bawah lapisan kulit. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit. Hanya doktor berpengalaman dibenarkan melakukan prosedur ini bagi mengurangkan risiko kerosakan saraf atau diletakkan di tempat yang tidak betul yang akhirnya menyebabkan kehamilan yang tidak diingini. Hanya 3.6 peratus pemakai implanon pernah mengalami komplikasi setempat termasuk bengkak, kemerahan, hematoma dan kesakitan.

Mengapa perlu perancang keluarga? Hukum??...
Kata Dr. Hamizah, kaedah perancangan keluarga adalah untuk menjarakkan kehamilan atau mengehadkan bilangan anak sama ada secara sementara atau kekal.

“Perlu diingat bahawa kaedah perancangan keluarga bukan bererti tidak mahu anak,” katanya. Menurut Dr. Hamizah, seseorang yang mengamalkan perancangan keluarga adalah bersebab seperti menghidap kanser yang memerlukan rawatan, hamil berisiko, kahwin ketika usia terlalu muda atau usia lewat atau memiliki anak terlalu ramai dengan jarak yang rapat.

Jelasnya lagi, fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan.

“Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.

“Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus,” katanya menjelaskan mengenai fatwa tersebut.

Nasihat doktor kepada mereka yang ingin merancang keluarga?
Dapatkan rundingan daripada pakar mengenai kaedah yang bersesuaian. Jangan dengar cadangan orang lain selain doktor kerana tidak semua kaedah sesuai dengan semua orang.

Credit to : http://alinalan.blogspot.com/2010/10/implanon-apa-siapa-bagaimana-hukumnya.html

Wednesday, November 3, 2010

Ar-Rayyan & Mommy update 2

Semalam dah cete pasal Ar-Rayyan punye check up kan?

So today turn Mama plak.. I ada post natal check up ngan Dr Norlida. Selesai je urusan Ar-Rayyan, terus number I dipanggil..

The moment I masuk bilek Dr.. Dr cakap

Dr: Assalammualaikum Juliana.. Eh saya baca blog kamu! Kan nurse kan? (she was asking nurse yang tolong di belakang, and the nurse reply YES ok)

Me: Ohh malunye Doc... saya merepek je..

Dr: saya saja taip nama saya and jumpe ur blog.. U cerita sebijik sebijik ye..

Me: Hehehe (masa ni dah blushing giler ah)


Then terus proceed Dr tengok scar incision.

Alhamdulillah the scar was in good condition, takde masalah.. Tapi itu yang diluar ye, yang nampak di mata kasar, yang di dalam tak tau lagik... And according to Dr Norlida, it may takes 3 months untuk luka di dalam bertaut.. But fully heal makan tahun gak..

After that Dr advise me to plan my next pregnancy in 3 years.. Ye la kan, nak kasik fully heal rahim nie, kang kalau tak sembuh banyak plak masalah lain bila peknen..

So she sugget me a few family planning method.. Let me share with uols eh..

1. Natural way
Yang ni kene alert la kan, tanda2 kalender.. Kalau harap aku memang fail bab ini.. Huhuu lagipun kekadang period tak regulate pastu dah lost track..

2. Kondom
Yang ni semua sedia maklum.. Kalau sape tak tau apa itu kondom, gi 7E ada la jumpe benda alah ni depan kaunter casher.. Cara nak menggunakan boleh tanya Mr Google tapi hanya orang dah berkahwin aje dibenarkan.

3. Pil Perancang
Pil perancang perlu diambil setiap hari.. Need discipline... And selalunye ada banyak bad side effect such as weight gain, acne and all that.

4. IUD
Ni ada alat dimasukkan dalam rahim. But still boleh peknen sebab alat ni leh gerak2 bila kiter lasak sangat.

5. Implanon
Ada satu alat sebesar batang mancis dimasukkan ke bawah kulit untuk kawal hormon..

6. Injection
Injection ni kene amek 2 or 3 months sekali and diinjek di vontott ye kekawan.. Auwwwwww....

Among all above, I plan to undergo implanon as my family plan method. Althought it was quite expensive and my company tak cover pun for this treatment but I think I really need this. Sebab I bukan orang yg disiplin makan ubat, nak injek takot, and then to be honest I hate kondom, IUD tu mcam seram plak nak masuk benda dalam rahim and there is still chances to get pregnant with IUD. But implanon very rare case of getting pregnant after using it or according to Dr Norlida as for now takde lagi patient die yang pakai implanon getting pregnant. Dah kuarkan implanon tu pregnant la kan...

Apa itu implanon...?? Next entri aku akan storykan... Bagi I google dulu eh, kang takot bagi salah fakta plak...

Next check up, buat PAP SMEAR.. Ooooo so scary.. Doc sure kene masukkan something look likes spatula nk amek sel dinding rahim rite??? Dan maluuuuuuuuu jugak bila nak kangkang depan doc nanti....

Ooooooo kene prepare mentally nie..



Tuesday, November 2, 2010

Ar-Rayyan & Mommy update

Salam..

Semalam 011110, wow cantek tarikh.. Genap 29 hari Ar-Rayyan lahir ke dunia dan saya bergelar MAMA.. So sweet! Eh betollah, bukan senang tau nak dapat tittle Mama/Ibu/Mommy/Mak or yang seangkatan.. Anda perlu menjadi gemok stretchmark merata2, membawa perot yang ada little khalifah ke hulu ke hilir dan ke mana2 saja anda pergi selama 9 bulan, 9 bulan is a long long journey oke.. Then perlu menahan saket contraction 12 hours to 24 hours, then kene ada koyak2 push2 jahit2 untuk deliver the little khalifah to this world then only you will be call as MAMA.. See, sangat panjang kan perjalanan.. But believe me, its all worthwhile...

Yesterday bawa Ar-Rayyan for 1st months check up and immunisation di Al-Islam Specialist. And yes, mommy pun ada post natal check up with O&G Dr Norlida...

Memula kiter cete pasal Ar-Rayyan dulu.. Ohh mama and papa sangat la worried kalau Ar-Rayyan akan nages berteriak sakan bila kene injek Hepatitis B, we both sangat berdebar2.. Over kan? Anak yang nak inject, mak pak yang risau berdebar lebey.. Tak tahu la nanti camne ghuper kami berdua bila anak nak akad nikah.. Hikhikhik..

Masa menunggu turn number kami tu naik, I feed Ar-Rayyan sekenyang2nye dengan harapan dia takde la cranky sangat masa jumpe Paed nanti kan.. Kalau cranky susah plak nak cucuk peha yang gebus mulus tu.... When our turn comes, kami bertiga, mama, papa and opah masuk la beramai2 teman Ar-Rayyan...

The Paed asked about development progress of baby.. Contohnye:

- Baby ada tak senyum?
- Respon to sound and movement?

All those yang Paed tanya memang ada la.. Ar-Rayyan is such responsive baby, pantang nampak orang berjalan, he will focus his eyes and follow sampai la orang tu hilang dari pandangan.. But actually baby at this age, cant see exactly, baby just nampak macam bayang2 je.. Unless la jarak dekat kan... So we have nothing to worry here.

Then tiba masa physical check up.

Berat: 4.5kg (naik 1.5kg masa birth only 3.06kg, OMG my son grow very well with my milk.. Alhamdulillah, praise to Allah for HIS rezeki)
Panjang: 51cm (1cm longer than birth)
Ukur lilit kepala: 37cm (2cm longer than birth)

Overall is a normal and good development progress..

After that tiba lah masa yang dinanti2 kan.... Injection!

This time I tak tengok pun, opah je yang tengok with his papa.. Seperti bese mama adalah berhati tisu tak sanggup nak tengok anak sendiri kene injection.

Tetibe dengar bunyik "EEEEKKKK"

Pastu senyap.. Ohhh Ar-Rayyan didnt cry langsung, cuma bunyik sket je.... Good boy la anak mama ni, sangat brave ok!

Then Paed prescribe medicine. After that kene tunggu turn mama for post natal check up plak... Yang tu sambung next entri la, sebab panjang jugak nak cete tu...


THE BEST MOMENT OF MAKAN BERSUAP


Moh kiter join beramai2.. Klik sini!


Eli dear....

Saya pertaruhkan gambar nie.. Actually ada gambo makan beradap bersuap bagai.. Tapi suke gambo ni lagi lagik sebab ada kenangan makan kek pantin nie... Kami beli kek pantin 7 tingkat macam kat bawah nie... Setiap tingkat lain la perasa, ada blueberry, ada yam, ada strawberi, ada vanilla, ada cokelat...

Pantin selalu pas potong makan sesuap aje kan???? sebabkan kek ada 7 tingkat ngan harapan pas selesai sume ada la tinggal sket kek tok kami nie sebab kek die sedaaaapppppp giler uolsss...

Sekali pas settle sume, kek-kek pun settle..... Bayang pun tak nampak.. Huhuhuu...
So hanya sesuap itu je la yang kami rasa, sangat memoriii okeh.. Memang best moment la, sambil malu2 suap takot krim terlekat la... Kekonon nak makan pas habes sanding, sekali makcikk hampaaaaa!!!!


Ni bukti gambar fruit cake yang marbelleeeesss.. Burfday tahun depan nak beli kek ni la... dah terliur plak!

Monday, November 1, 2010

CONTEST GAMBAR PERCUTIAN YANG MENARIK LAGI TERTARIK




Sesape nak join leh klik sini.


Hehehe saya sangat suka gambar nie.. Actually ni trip saya dan hubby honeymoon bersama bestie ktorg ke Krabi...

Cantek sangat kepulauan Krabi nie dan lebih indah lagi, kami pergi bersama orang tersayang... Time holiday ni, saya dan salah seorang bespren saya tengah peknen 3 bulan...

Saya sangat suka gambar ni sebab memasing muka sangat heppppppiiiiiiiiii.. walaupun panas dok dalam bot... Sebenarnye saya dok cuak gak tu, sebab kene panjat dok depan dek bot tu gara2 nak posing ala2 titanic muahahahhaa.. tapi muka maintain ajer...



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails