Tuesday, November 23, 2010

Rasa nak menari goyang buntoit

Weeee

Tajuk hot betol lah.....

Al-kisah, saja la suh hubby amek baju kat umah (skang ni aku dok umah mak lagi)...

So bila baju sudah sampai haruslah kiter test2 bagai, mana tau lepas 9 bulan aku menambah berat badan and baju sume sudah tidak muat...

Actually walaupun sepanjang pantang ni aku lost weight around 20kg++ tapi tak konpiden sangat badan aku dah selim.. Maklumlah aku just pantang makan je, barut aku tak buat pun... Perot berjahit tak berani nak pakai bengkung walaupun ramai yg kata boleh....

Pada aku biar betol2 recover nanti baru aku pk camne nak kempiskan perut...

Ini adalah gambar ketika aku nikah... Time ni berat aku 56kg, baju ni memang muat2 badan aku je... Masa pas bersalin memang target aku dapat pakai balik baju nikah ok lah kan....


Yang ni plak baju khatam Quran... Baju ni besau sket dari baju nikah... tapi kain memang sendat ngam2 hoooo je...


And semalam aku dah try pakai jeans lama...

Hasillnyeeee MUAT okeh! So yang ni aku berjaya la...

Then try pakai baju khatam Quran, Muat jugak! aku dah hip hip hooreyy dah time ni.. Dah clap clap hand dah.. Sonok giler weeii...

Seterusnya try pakai baju nikah yang memang target aku tuh... guess wat????

MUAT semuat-muatnye... Maksud aku muat dan longgar lagik banding masa aku pakai time nikah dulu...

Soklannye untuk anda jawab: Apakah maknanye itu kekawan??????

HAHAHAH rasa nak menari goyang bontot je skang....

Rasanye korang mesti tahu malam ni aku tido gaya camne... HAHAHAHA tido sambil tersenyum!


Monday, November 22, 2010

Mama Bizi

skang tengah bizi menggentel ribennnnn gini...


tengok... riben lagi.... Sampai ada orang kata, I ni dari kawen sampai la skang keje dok gentel riben aje... Muahahaha...



Pas gentel riben nak tempek bunga plak...

Hurm sapo plak yang nak naik pelamin musim2 mengawan nie eh????



Bukannye naik pelamin uolss.. Tapi che bot bot yang lena tido kat bawah ni nak naik buai.. Dan mau kasi cukur itu rambut kasik botak.....

Selamat la Ahad ni botak la si tembunn mama nie... Hikhikhik... Dah la tembun botak pulak, memang rasa nak geget2....


Overall, preparation done.. Kumpulan marhaban dah booked, cradle pun dah booked (cradle pun kene sewa ko skang, hurmm)... Actually tak nak ajar Rayyan buai pun, tapi just alang2 dah buat cukur jambul, naikkan aje la buai...
Kambing pun dah booked, kambing Rayyan hensemmmm weii.. HAHAHA kambeng pun hensem... Doorgift on da way..

Kenduri kali ni kami masak sendiri... Menu adalah lauk kampung, sebabkan skang musim orang kawen so malas nak bt menu orang kawen so kiter kasik tukar anginn...

jemputlah datang kekawan!

Thursday, November 18, 2010

Selepas 44 hari

Selepas 44 hari...

Hoorey.. Semalam pergi berjalan! Nanti story eh... Skang bizi sket sebab prepare tok kenduri cukur jambul dan berendoi Che Bot Bot bawah nie...

Tengok gambo Che Bot Bot dulu ye..



Nagesss.. Kene kaco ngan mama papa HAHAHA.. Padan muke!



Tenyummmm sayang!

Hari2 yang dilalui makin kalerful...


Friday, November 12, 2010

Contest berapa nilai kami


Nak join .. klik sini..

Meh saya teka ye Lea....

1. Sticker - RM20
2. Beg - RM 30..

heheh hentam saja la labuuu...

Thursday, November 11, 2010

Penjelajahan 30 Hari Bersama Saya!

Salam..

Semalam jejalan blog ada jumpa pasal Cabaran 30 hari... Macam menarik plak... So tergerak la hati nak buat, at least kalau takde benda nak hapdet, saya buat je cabaran tu... Tapi tak janji la akan siap dalam masa sebulan kuikuikuikui... Maybe less tapi rasanye more kut!

Let see apa cabaran die..



Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.
Day 02- The meaning behind your Blog name.
Day 03- A picture of you and your friends.
Day 04- A habit that you wish you didn’t have.
Day 05- A picture of somewhere you’ve been to.
Day 06- Favorite super hero and why?
Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you.
Day 08- Short term goals for this month and why.
Day 09- Something you’re proud of in the past few days.
Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.
Day 11- Another picture of you and your friends.
Day 12- How you found out about Blog and why you made one.
Day 13- A letter to someone who has hurt you recently.
Day 14- A picture of you and your family.
Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play.
Day 16- Another picture of yourself.
Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why?
Day 18- Plans/dreams/goals you have.
Day 19- Nicknames you have; why do you have them?
Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future.
Day 21- A picture of something that makes you happy.
Day 22- What makes you different from everyone else?
Day 23- Something you crave for a lot.
Day 24- A letter to your parents.
Day 25- What I would find in your bag?
Day 26- What you think about your friends?
Day 27- Why are you doing this 30 day challenge?
Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29- In this past month, what have you learned.
Day 30- Who are you?


Hahahah pas siap cabaran ni ingat nak buat kuiz/giveaway la...

Wednesday, November 10, 2010

Masalah melibatkan payudara bg ibu yg menyusukan baby

Memang keje aku mengoogle cara2 tok hilangkan bengkak kat breast ni, sume kaedah la aku try.. And aku ada jumpe info yang berguna, yg nak share ngan semua mommies kat luar tu...

Jgn pandang ringan eh bengkak susu nie.. Sebab nya ia leh melarat sampai jadik breast abcess yang akhirnye mengakibatkan tetek kiter perlu dioperate atau ngan kata lainye surgery...

Meh saya share ngan anda...

Bengkak Buah Dada (Breast Engorgement)

Dalam keadaan laktasi peredaran darah dan lymph akan meningkat. Ini mengakibat rasa tegang, penuh dan panas. Penyusuan akan mengurangkan rasa ketegangan ini. Peningkatan volume ini susu yang cepat akan mengakibatkan pengaliran susu yang banyak dan akan mengalami kebengkakan.

Bengkak akan timbul sekiranya pengeluaran susu tidak kerap atau tidak cukup. Setengah ibu dapat menghasilkan susu yang terlalu banyak sehingga anak tidak dapat menghisap semuanya. Ini mengakibatkan bengkak buah dada.

Buah dada akan panas, sakit dan bengkak. Pada 'engorgement' yang teruk pengeluaran susu akan berkurangan atau terhenti.


Cara - Cara Mencegah Engorgement:
  • Pastikan susu ibu diberi 1 jam selepas bersalin
  • Pastikan penempatan bersama antara ibu dan anak setiap hari
  • Adakan anggota memberi bantuan dengan cepat dan ibu tahu cara memberi susu ibu
  • Ibu digalakkan memberi penyusuan on demand (memberi ikut kemahuan bayi) iaitu dalam 8 hingga 12 kali penyusuan dalam 24 jam.
  • Adakah ibu selesa dalam suasana 'caring atitude'
  • Bila ibu tidak dapat menyusui anaknya, ibu digalakkan memerah susu dengan kerap
  • Jangan memberi bayi puting kosong atau susu botol. Ini akan mendatangkan kekeliruan 'sucking effect' kepada bayi

Cara- cara Mengatasi Engorgement:
  • Periksa samada kedudukan bayi adalah betul antara penyusuan. Sebelum penyusuan, letakkan tuala panas di areola supaya susu dapat keluar
  • Galakkan penyusuan on demand
  • 'Cold Compress' mengurangkan sakit antara penyusuan. Sebelum penyusuan, letakkan tuala panas di areola supaya susu dapat keluar
  • Galakkan ibu untuk memerah susu sebelum penyusuan untuk melembutkan areolar dan seterusnya membantu bayi get 'attached'
  • Setelah susu dikeluarkan, letakkan 'cold compress' atas buah dada untuk mengurangkan bengkak
  • Sekiranya dengan penyusuan kepada bayi sahaja tidak dapat melegakan 'engorgement', ibu dinasihatkan supaya memerah susu antara masa bayi tidak menyusu.

Salur Tersumbat (Blocked Milk Duct)

Salur tersumbat disebabkan susu dari satu bahagian buah dada tidak mengalir dengan baik dan membentuk satu ketulan susu pekat yang akan menyumbatkan susu

Sebab-sebab Salur Tersumbat
  • Penyusuan ibu tidak kerap
  • Susu tidak dikeluarkan secukupnya dari semua bahagian buah dada
  • Tekanan setempat ke atas sebahagian buah dada

Cara - Cara Merawat Salur Tersumbat
  • Periksa cara bayi melekap
  • Menggunakan lebih dari satu posisi semasa menyusu supaya susu dapat dikeluarkan dari semua bahagian buah dada
  • Memberi susu dengan kerap
  • Susui bayi dengan buah dada yang sakit dengan dagu bayi menghala ke arah pembengkakan tadi
  • Mengurut bengkak ke arah puting dengan perlahan-lahan sebelum dan selepas penyusuan
  • Sebelum penyusuan letakkan tuala basah panas di bahagian yang bengkak
  • Jangan menggunakan bra yang ketat.

Jangkitan Buah Dada / Breast Infection (Mastitis)

Merupakan radang pada buah dada yang mengakibatkan 'localised tenderness', kemerahan dan sakit.

Ibu menderita demam, rasa letih, loya atau pening kepala. Selanjutnya ia menjadi abcess. Kawasan abscess ini rasa panas, sakit dan mengandungi cairan.


Sebab-sebab Mastitis:
  • Puting pecah atau merekah
  • Salur tersumbat, bengkak buah dada atau penakungan susu (milk stasis)
  • Tekanan setempat ke atas sebahagian buah dada
  • Badan tidak dapat melawan kuman kerana keletihan

Rawatan Mastitis:
  • Jangan berhenti penyusuan ibu
  • Lebihkan berehat sebanyak mana yang boleh
  • Minum lebih banyak air jika dahaga
  • Mulakan penyusuan dengan buah dada yang terlibat dahulu
  • Pastikan bayi melekap dengan betul untuk penyusuan yang berkesan
  • Tuamkan buah dada dengan air suam sebelum dan selepas penyusuan untuk menambahkan pengaliran susu
  • Beri ubat penahan sakit
  • Antibiotik secukupnya
  • Ubat anti inflamatori (panadol)
  • Perah susu pada buah dada yang terlibat

Buah Dada Bernanah (Breast Abcess)

Jika jangkitan buah dada (mastitis) tidak dirawat dengan segera, ia mungkin membentuk pernanahan di dalam buah dada

Rawatan (Breast Abcess):
  • Antibiotik secukupnya
  • Torehan (incision & Drainage) jika perlu
  • Warm Compress
  • Penyusuan yang berkesan

So.. Ibu menyusu alert la ngan rupa fizikal breast kite.. aku skang keje asyik monitor brest and tuam aje if dah bengkak tu.. Then cepat2 pam.....

Scaryyyyyyy... Aset penting wanita tu...

Sumber : http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/02/masalah-dalam-penyusuan-ibu.html


Tuesday, November 9, 2010

Bengkak susu

Salam..

Semalam buat pertama kalinye saya kene bengkak susu uols... Memula rasa breast nie sakit berdenyut2 and ada seketul bila tersentuh or angkat tangan memang saket giler.. Bila susu let down memang menitik la air mata menahan... Ingatkan bese je sekali petang tu, demam sepanas2nye... Seram sejok rasa badan, urat2 segala sume sakit2 la.. Memang waktu tu rupe aku terok giler ah.. Paler otak tak leh nak pk apa dah.... Bila bangun je rasa berpinar2 nak pitam huhuhu.. Terok betol penangan bengkak susu ni..

Pastu terus google dalam tenet nak buat apa.. Bengkak susu ni mungkin terjadi sebab saluran tersumbat.. So dicadangkan tuam ngan air suam dan urut perlahan2.. Aku pun follow ahh.. Kurang sket sakit.. Lega! Pastu try la pam, tapi tak kuar pun susu nye.. Hampa giler..

Malam tu hubby bk keje ajak gak gi kenek, tapi nak bangun pun tak daya.. Dok berkelebung dalam selimut aje.. Rayyan pun aku cuma pegang bila dia nak nyusu.. Tu pun sama ada mak atau hubby yang hantar kat aku..

Besok pagi demam aku kebah.. So malam tu baru gi kenek.. Doc bagi ubat antibiotik and suggest aku rest.. Doc just riso takot infection or bernanh.. If that happens, apalagi? Operation la....

Adoiii... Dengar je perkataan OPERATION terus naik darah aku... Tak sanggup nak melaluinye lagi... So balik tu terus google tengok camne nak buat and tanya orang2 pengalaman.. Pastu buat aje la apa yg orang buat so that bengkak tu surut and susu mengalir macam bese..

Ok mau tuam tetek... Nanti sambung hapdet apa kesah bengkak susu aku nie ha....

Sunday, November 7, 2010

MICA MAIRACOLLECTION GIVEAWAY


Jom join giveyaway ini.. Klik sini..

Kasut Tumit Tinggi 1st Giveaway



Jom join Giveaway pertama dari kasut tumit tinggi.... Klik sini

GENG CONTEST TERMASYUK GIVE AWAY


Jom reramai memeriahkan giveaway nie.. Klik sini..

















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails