Tuesday, May 26, 2009

Journey at to KEDAH

Aku p Kedah dua hari je. Semalam pukul 12 malam aku sampai umah. Sebabnya pagi nie ada meeting nak kene attend. So tak sempat la nak jejalan sangat kat sana.

Tapi aku tetap suke perjalanan ke Utara sebab permandangan sangat cantek. Sawah padi luas terbentang, sejok mata aku memandang... Walaupun sebenarnya aku tengah demam+selsema+batok+sakit tekak yang teruk. Tapi pegi outstation jugak. Isk anak sape lah yang WORKHOLIC sangat nie?


Aku bertolak koi 2 petang Ahad bersama 2 manager aku. Hehe aku tumpang kete depa je. Malas la nak drive, bukan dekat. Penat mau drive sorang, baek tumpang je. Hikhikhik.

Aku malas nk tulis pepanjang. Layan je gamba yang sempat aku snap sepanjang kat sana. Bukan byk sangat pun hahaha.. Aku tak sehat jadik malas nak amek gambar sangat, sebok hembus hingus yang meleleh kuar nie hah.. Hikhikhik SEKELEYYYYYY la jue nie.


Ni la bilek hotel aku lepak malam tuh. Sebelum check in hotel, singgah kedai tepi jalan beli burger ngan rojak pasembor. Hahaha. Kes malas nak keluar balik la nie. Ye la sampai dah koi 8, agak2 la nak kuar balik kan. Penat tuh.

Pasembor die sedap.. Tak pernah aku makan pasembor KL yang rasa sedap camtu. Rasa cam nak kuar pergi beli lagi. Tapi ingat diri, sedar diri. Dah lah nak kawen, sila2 lah kawal nafsu makan supaya nampak cute di hari persandingan. Hahaha. Ayat tak boleh blah.

Besok tu habes je meeting terus weols ke Pekan Sg Petani. Nak cari ayam RFC- Radix Fried Chicken. RFC nie memang takde la kat KL. Satu Malaysia cawangan die cuma ada kat Sg Petani je. So alang2 dah sampai nie, haruslah rasa ayam yang menajdi sebutan orang Utara nie. Tu dia gambar kedai RFC. Kaler oren you.... Dari jauh dah nampak.


Bila masuk dalam tengok menu, sejibik cam KFC menu die. Ada snack plate yang 2 ketol ayam+coleslow+mashed potatoes dan memacam lagi la. Aku beli yang snack plate je. Kata nak rasa kan. Tapau makan dalam kete je.


Nilah dia ayam RFC. Aku amek spicy ngan herba. Sedap gak la. Kurang berminyak. Yang penting ayam die takde lemak sana sini. Ye la dah guna aym organik. Mano ado lemaknya...
Hikhikhik selamat dimakan hari2 nie.

Tu je la cete aku, bukan lama pun. 2 hari je kat sana.

Besok aku akan ke Miri. Flight pepagi koi 830. Sampai sana nak p jejalan Brunei dulu..
Tak sabar nie......



Sunday, May 24, 2009

Alor Setar

Off to Alor Setar. Will be back on Tuesday. Take care all!

Thank you.

Thursday, May 21, 2009

Menghitung Detik Itu Episod 2

Tukang foto nie memainkan peranan penting dalam mana2 majlis perkahwinan. Betapa grand sekalipun majlis tuh, mesti akan kurang kalau takde tukang foto yang menjalankan tanggungjawab nya untuk capture moment2 berharga.

Untuk wedding saya, saya telah booking fotographer. Yeay! Perkara ini diselesaikan pada hari yang sama saya booking bridal Kak Mila. Actually before this saya dah banyak survey, dan saya telah buat decision untuk jumpe Aril & Shag untuk lihat portfolio album depa. Klik la untuk tengok website depa.

Kami janji kat Pelita Ampang Point. Of course lah saya p bersama Encit Lee. Keputusan harus dibuat bersama. Tepat koi 7 depa sampai. Bagus! Sangat menepati masa. Bawa sample album dan bini hahaha.

Setelah teliti, diskus cit cat sana sini. Bincang2 bisik2 ngan Encit Lee, kami sepakat nak hired je Aril & Shag nie untuk jadi our fotographer masa wedding nanti. Gambar yang depa capture pun sangat berstyle walaupun tak la sehebat Candid Syndrome, but each fotographer have their own style rite? Saya suka style depa capture the moments, takde lah terlalu kaku even depa baru je berjinak dengan bidang fotografi nie.

Dengan satu pakej yang saya amek, saya akan dapat 240 keping 4R with 2 sticky album customize cover, 2 customize story book edited 10' X 12' , outdoor fotoshoot, 8R with frame, cover 2 days all events, slide show all events. Sangat puas hati ok!

Lega sangat hati sebab dah settle dua perkara penting dalam wedding saya. pasni nak cari Videoman & booking for studio fotoshoot. Hehehe.. Sesape ada rekemen ke for video??

Thursday, May 14, 2009

Menghitung detik itu Episod 1

Lebeh kurang 7 bulan lagi majlis perkahwinan saya. Bagi yang belum tahu, secara rasmi diberitahu disini, majlis akad nikah akan diadakan pada 25 Disember 2009. Majlis bersanding pulak pada 26 Disember 2009.

Minggu lepas dah settle dua perkara utama dalam mana2 majlis perkahwinan. Mak andam & Juru foto. Letih tau mencari yang berkenan di hati. Bukan setakat berkenan je, keadaan ketebalan poket pun kena pikir jugak. Kang kempis je semata-mata nak memuaskan nafsu hati.

Dua hari saya dan Encit Lee menghabeskan masa survey bridal yang ada dalam list. Bertanyakan pakej sewa pelamin bagi dewan, baju, make-up and so on.. Penat jangan kata la, dari Ampang, Kajang, Bangi, KL sume kami jalan. Kami memang dah sepakat nak settlekan pasal dua perkara nie dalam bulan nie, since saya akan outstation mulai minggu depan selama 3 minggu so by the time saya balik KL, kami hanya ada masa lebey kurang 5 bulan je lagi. Mana sempat.... Bunga telur pun tak siap lagi nie.

Stress penggantin pun saya dah lalui. Gara-gara pakej andaman yang terlalu mahal, saya telah menangis dengan beriya-iya sebab tensen tak dapat pakej yang saya idamkan dengan harga yang di dalam kemampuan saya. Giler ahh.. Ada ke orang nageh sebab pakej kawen mahal? HAHAHAHA. Gelakkan la saya puas-puas. Anda yang belum kawen akan laluinya jugak satu hari nanti. Aik berbaur ancaman ayat saya nie. Sebenarnya saya pun rasa lawak giler, memang bakal penggantin akan berjiwa sensitip kut, senang sangat nak emosi. Hikhikhik. Seb bek la Encit Lee pandai pujuk dan yang penting die sedia menemani saya ke hulu ke hilir tanpa mengeluh. Kira macam memberi sokongan penuh la. (I love you sayang for this, credit for you!) Maunye tak bagi sokongan, kalau die mengeluh mesti saya akan bertambah stress dan air mata lagi berambu-rambu la keluar. Hahahaha.

Untuk entri kali nie saya akan story pasal Mak Andam saya. Pakej yang saya amek dari Kak Mila nie, pakej dewan. Yang penting pelamin yang ada dalam koleksi dia adalah pelamin idaman hati saya, pelamin itu cukup besar bagi pentas yang akan menjadi saksi perkahwinan saya nanti, tidak lupa budget masih di dalam kemampuan saya, penting nie. Budget adalah perkara utama dalam urusan persediaan perkahwinan saya nie, maklumlah perkahwinan budget. Ok, saya tak mahu berhabisan di sini, kang lepas kawen nak makan ape. Tak kan nak makan bunga2 atas pelamin tuh kot. Tidakkkkk...

Pelamin tersebut memang saya sangat suke, berkonsepkan fresh, moden & kotemporari. Saya tak suka tradisional, sebab tu saya tak nak pakai songket hari bersanding nanti hahahaha. Saya tak suka scallop sana sini, tarik kain dari hujung kiri ke hujung kanan. Not my type. Saya suka yang simple but yet nice & sweet. Bukankah ada pepatah, the lesser the better. Itu hanya pandangan saya, orang lain mungkin lain citarasa. Yang penting pelamin saya nanti turut dihiasi fresh flower atas permintaan gadis bunga. Siapa gadis bunga? Aik, saya lah! Teka lah bunga apa.. Bukan bunga ros yang pasti...Saya turut berbincang dengan Kak Mila serta memberi idea pelamin idaman hati saya, naseb baek die nampak tak keberatan nak melabur untuk membeli material yang baru sebab katanya skang ramai penggantin yang memang cari pelamin berkonsep seperti idea yang saya berikan. Itu saya sangat suke. Accept my idea..

Perkahwinan impian saya mungkin mampu direalisasikan oleh Kak Mila, harap Kak Mila tak mengecewakan saya.

Habes satu bab. Baju pulak, memang banyak koleksi lace hijau di bridal Kak Mila tapi tak de pulak warna hijau yang berkenan di hati. Design baju pun saya tak berapa suka. Saya minta baju baru, dan Kak Mila setuju dengan caj tambahan RM300. Ok la. Sebab masa saya survey tuh ada bridal minta sampai Rm500-RM800. Pastu baju tuh jadi hak milik butik. Tak kuasa la acik. Dengan Kak Mila, kami setuju untuk bayar separuh. Yang penting baju tuh akan ikut ukuran saiz badan saya dan design saya. HoooYeaaaaaa... I loooveee this... Nanti saya akan share design baju sanding saya yang memang dah terlakar dalam paler nie sekian lama...

Tu je update persiapan perkahwinan saya setakat ini. Doakan saya tenang-tenang aje, tiada lagi stress penggantin melanda. HikHikHik


Wednesday, May 13, 2009

Kasih Yang Tiada Batasnya


Selamat Hari Ibu buat emak saya yang tersayang, Zakiah Bt Yunus.

Hari-hari pun hari Ibu bagi saya. Cuma mungkin 10 Mei lebih komersial dan diiktiraf. Sesape yang lupa yang dia ada ibu mungkin tersedar sket pada hari ini.

Bila cerita tentang ibu, terlalu banyak yang ingin saya tulis. Ibu saya seorang wanita yang hebat. Tak pernah kenal erti penat. Siang bekerja, malam menjahit. Tapi emak tak pernah lupa nak masak nasi lauk untuk kami makan, walau penat macam mana pun balik dari kerja, emak tetap akan masak untuk memastikan perut suami dan anak2 terisi. Emak hanya nak kami makan air tangan dia sahaja, sebab tu kami jarang makan di luar. Kata emak lebey terjamin dari segi kebersihan. Emak memang SUPERWOMAN.

Emak tak pernah menghampakan keinginan saya. Walau apa pun yang saya inginkan akan cuba ditunaikan. Ingat lagi kejadian minggu lepas, saya cakap

' Sedapkan mak kalau dapat makan kueh koci labu?'

Selang bape hari lepas tuh, saya balik keje tengok "TING!" dah terhidang atas meja sepinggan kueh koci labu faveret saya. Sangat terharu.

Masa saya sekolah dulu, saya memang lebih rapat ngan ayah. Alasan emak garang sangat, terlalu mendisiplinkan kami. Ayah pulak memanjakan kami, tak pernah nak marah2 or pukul. Hatta, 25 tahun saya hidup bersama ayah, tak pernah sekali pun tangan ayah naik di badan saya. Ingat lagi, masa amek repot kad di Sekolah Sri Aman dulu, cekgu repot kat ayah masalah disiplin saya, rekod akademik saya memang cemerlang tapi dari segi disiplin saya memang gagal sikit. Ayah tak marah pun, ayah siap janji takkan bagi tahu hal ini dekat mak dengan syarat saya kene jadi orang yang lebih sabar lebih rasional, jangan cepat marah dan bergadoh dengan kekawan. Sampai sekarang emak tak tahu isu tu.

Tapi bila saya melangkah ke zaman U, saya mula rapat dengan emak. Emak adalah besfriend saya. Yang akan menegur segala kesalahan yang saya buat. Yang sudi mengajar saya memasak dan menjahit. Emak memang SUPERWOMAN. Setiap benda atau masakan yang emak buat memang akan sukses dengan jayanya. Laen dengan saya, ada je yang silap ngan masakan saya, tapi emak selalu bagi petua hikhikhik dan bagi kata2 semangat jangan putus asa.

"Emak dulu macam tu jugak, dah kawen baru belajar masak".

Comel kan emak saya? Hehehe..

Sempena hari Ibu yang disambut di seluruh dunia, saya nyatakan di sini,
Saya sangat sayang emak saya.
Dialah satu dalam sejuta yang tiada bandingannya.
Along sayang emakkkk!!!!!!


Monday, May 4, 2009

Cinta Berbunga dalam Hati.. Thanks Sayang..

Entri kali nie memang penuh dengan bunga2 dan mungkin akan membuatkan anda terliur seketika.. Hati saya pun tengah berbunga bunga kembang..
Kali nie saya nak abadikan sambutan annivesary saya yang ke-8. Sebab sambutan yang ke-8 hanya ada sekali je, mana ada lepas 9 orang patah balik pergi 8 kan?

29 April 2009 adalah hari Rabu, hari kerja. Kami malas la nak minta cuti just untuk annivesary sebabnya selepas nie akan banyak cuti yang perlu minta untuk urusan kawen so save cuti. Save cuti! So celebrate adalah selepas waktu keje.

Pepagi tuh Encit Lee hantar saya pegi keje. Syiok betoi ada orang hantar pegi balik keje nieh, benda nie haruslah pektis mulai sekarang, lepas kawen nanti Encit Lee memang kene hantar dan jemput saya pegi balik keje ngeeeeee...

Sepanjang hari di opis, muka saya adalah penuh dengan senyuman OK. Even tensen keje yang menimbun tapi tetap maintain bunga bunga di hati, tu la kata orang CINTA itu menceriakan hari hari yang anda lalui..

Selepas keje, Encit Lee datang jemput saya teruslah weols gerak ke Bangi Lama. Weols cadang nak makan di Tasik Idaman. Tak pernah pergi pun tempat nie, saja nak try new place for special days. Nak dinner kat Restoran Berputar KL belum mampu lagi.

Tak susah nak cari Restoran nie sebab Encit Lee dah amek map dari kawan opis die. Sampai je tempat nie, sangat terpegun OK. Cantek dan sangat tenang. Jauh dari kesesakan bandar. Terapung atas tasik lagi. Masa sampai nie dalam 630 gitu, ye la saya berpose hari tuh so kene la sampai awai sket.

Masa sebelum kuar kete, tetibe saya pandang belakang tengok ada sejambak bunga ros warna merah hahaha KANTOI... Encit Lee dah gelak2, dia baru ingat nak surprise saya tapi saya dah ternampak la pulak. Hehehe saya dapat sejambak bunga ros merah sebanyak 12 kuntum. TERHARU sangat!
Pas tuh laju je mulut saya tanya, bila beli, beli kat mana.. Ngek ngokkk betoi la saya nie. mesti lah die taknak bagi tahu kan. Hahaha so soklan saya dibiarkan je la tak berjawab sampai hari ini.
And then dia kuarkan pulak hadiah, ingatkan dapat bunga je tapi dapat gak hadiah. Hadiah pun bunga jugak, bunga kristal. Saya suka, sangat cantek. Bunga kristal nie confirm takkan layu sampai bebile kan, so leh la saya simpan bt kenangan. And then dapat kad pulak. Heee banyak betoi surprise saya dapat hari tuh.

Thanks sayang, membuat hati saya berbunga2.


Muka orang yang hepi giler dapat bunga, dapat hadiah, dapat kad. Kebetulan baju pun merah menyala-nyala ko.. Sesuaiiii sangat lah ye...
Dah habes bagi hadiah, berterima kasih sume barulah masuk restoran untuk order.

Masa nie langit terang lagi, idak ler rasa romantik benar tempat nie. Tapi tempat die memang best, terapung atas tasik, tepi2 leh nampak ikan berenang2. By the time dah gelap langit, baru lah suasana romantik tu timbul. Mana idaknye, pasang lampu pun yang ala2 malap je. Siap ada lilin atas meja. So secara officialnya weols kata itu adalah candle light dinner hahaha.
Pasal lilin nie lawak jugak, masa pekerja restoran tuh dok letak satu2 lilin atas meja, Encit Lee cam pelik naper pekerja tuh tak letak kat meja kitaorg, meja tepi kiri kanan depan belakang weols sume die letak.

Encit Lee: Yang, nape die tak letak atas meja kite?
Jue: Jap g kot die letak.
Encit Lee: Isk mana boley, kene letak nie. Leh feeling2 candle light dinner.
Jue: Hehehe a'ah la.. Ha cepat2 suh die letak. Kang die lupe..
Encit Lee: Kak (panggil waiters tuh), meja kitaorang takde lilin pun....

Cepat2 akak tuh letak atas meaja weols lilin. Puas hati dua dua orang tadi dah ada lilin depan mata.. Yeaaaa leh feeling candle light dinner. Tak perlu pergi hotel memahal. Ni lagi best, siap fresh air lagi angin yang bertiup.

Muka dua orang yang happy giler, dah 8 tahun bercinta. Tengah menghitung hari detik nak kawen! Hikhikhik..

Seb bek azan bunyi je, lauk kami order sume dah sampai. Kami makan nie. Ikan masak stim, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, tom yam campur +++.

Tom yam die sangat slurppyyyyyy.. Sedap!

Ikan siakap stim sedap, tak de bau yang tak enak, cuma lemon terlebey kut. Cam manis2 sket.


Sotong goreng tepung, sedap jugak. Memang faveret saya niey.
Secara overall, menu die leh tahan sedap lah. Harga pun berpatutan dengan menu dan suasana. Romantik habes wa cakap luuuuu... Memang pas makan tuh puas gak la kami bercerita. Suasana cam sangat tenang dan mendamaikan, sangat sesuai untuk bercerita apa saja. Ehem ehemmmm yang nie paham2 sendiri sudah la kan tak perlu diterangkan lebey lanjut.. Hahahaha

Pas balik tuh dalam kete barulah saya kuarkan kek anniversary yang saya beli secara senyap2. Kami potong kek nie sesama then makan dalam kete sebelum saya pegi keje dan Encit Lee balik rumah. Owhh malam tuh saya kene standby keje malam untuk migration. Walaupun penat tapi saya happy. Happy giler!

Harapan saya untuk tahun nie, semoga kaseh sayang antara kami terus mekar, dirahmati dan diberkati Allah. Amin.

Wednesday, April 29, 2009

Ucapan Ulang tahun yang ke-8

“Love is patient, love is kind. It does not envy, it does not boast, it is not proud. It is not rude, it is not self-seeking, it is not easily angered, it keeps no record of wrongs. Love does not delight in evil but rejoices with the truth. It always protects, always trusts, always hopes, always perseveres.”
--Corinthians


Hari ini ulangtahun cinta kami yang ke-8.. Perghhh ini kalau kawen mau anak dah dua orang kehkehkehkeh.. Lama betoi kami bercinta tak sangka dah sampai ke tahap ini.
Kalau sakit tuh orang kata dah stage kritikal, tapi dalam bab hubungan nie orang kata kes dah patut kawen..

Dalam entri kali nie,saya hanya ingin bagi ucapan bt si dia yang saya sayang..

Kekandaku sayang Amirul Adlee,

Kanda merupakan pelangi dalam hidup dinda. Pelangi yang menyinari ketujuh2 lapisan warna miliknya ke dalam kehidupan dinda.

Kanda tidak pernah jemu melayani dinda sehingga ke saat ini walaupun kekadang dinda bersikap seperti kanak2 yang meminta macam2 dari ibunya. Kanda tak pernah jemu. Di harap kanda takkan pernah jemu kelak untuk terus melayani dinda walaupun ketika itu umur dinda 64 tahun.

Kanda insan yang sentiasa memperbetulkan kesilapan yang dinda lakukan. Sahabat baik yang bisa menegur kesilapan dinda walaupun kanda tahu amat payah untuk menegur insan yang degil seperti dinda tapi kanda tetap cuba, kerana kanda sentiasa inginkan yang terbaik buat dinda, buat kita.

Terima kasih untuk 8 tahun ini yang telah kanda kongsi dan lalui bersama dinda. Segala yang indah dan pahit akan tetap dinda kenang. Sesungguhnya mengenali kanda merupakan sesuatu yang paling berharga dalam hidup dinda.

Dinda harap segala urusan kita tahun ini dipermudahkan, semoga kita sama2 dapat terus menjaga dan membaja kaseh sayang antara kita agar terus subur dan mekar mengharum. Sesungguhnya bukanlah mudah untuk memelihara sesuatu hubungan antara dua hati ini, banyak pengorbanan yang akan berlaku. Semoga hubungan kita dirahmati Allah SWT. Amin.

P/S : I love you always & will always be..


Malam nia ada dinner together! Can't wait...



Monday, April 27, 2009

Sebelum dan Selepas kawen..

Kehkehkeh lawak lawak... I dapat nie dari emel, gelak terbahak bahak haku pepagi buta... Giler lawak, tapi thats the realiti which happened around us sometimes.

Yang kaler merah adalah adegan sebelum kawen masa lovey dovey gitu...
Yang kaler hijau adalah adegan selepas kawen yang mane tetibe sume berubah.. Caittttt

1. ANGKATKAN BEG

Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u...

Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!

2. TERSUNGKUR BATU

'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!P dok tengah jalan buat pe'

Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!

3. PAKAI SEXY

Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak!

'Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang! Dengan babat lemak berlipat-lipat! Tak malu eh?'

4. MANJA DI PUBLIC

Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you! Gebu!!!

Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!

5. KEMPUNAN

U nak makan burger ramly yang kat JB tuh? Ok, besok i turun JB belikan eh syg...

Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!

6. KECANTIKAN

Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you!

Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang pekji pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!

7. KEKAYAAN

U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tak menjanjikan kebahagiaan.

Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duittong sampah bulan nie camne??

8. SEX

Kalau kita kawin, hari2 i nak main dgn u.

Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!

9. KESABARAN

Sudahlah syg, jgn merajuk. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni boipren tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. Maafkan i eh?

Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!

10. MASAKAN

Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)

Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?

11. DUIT NO PROBLEM

Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala...

Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah!

12. LUV PEGI LUV BALIK

Bye syg, I luve u too. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal baru tadi jumpe)

Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!

13. PENGORBANAN

Takpe Sayang, I tak kisah. I sanggup buat apa saja untuk you. Lautan api snaggup kurenangi, I fetch you later eh?

You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat ah!

14. JUMPA LAMBAT

Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai

Takpe la. Da biasa da! tak jumpa pun takpe.

15. BUANG ANGIN

You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni! *cubit-cubit*

Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*


Giler busukkkk ahhh kalau benda nie really happens. Tak boleh ke sebelum dan selepas kahwen maintain je lovey dovey gitu.. Kalau sebelum kawen boleh cinta 100% kenapa lepas kawen tak boleh?


Notes to Encit Lee:
Sayang, please treat me well lepas kahwen taw jangan change jadik camni ye.. Not good.. not good... Lepas kawen harus lah lebey banyak kasih sayang kan? Jom sign agreement! Hehehe agreement kaseh sayang..
I love you, muah muah!
~~~1 days to go for our 8th years anniversary~~~


Sekian, sambung nanti!!!!

Hadiah buat Ibu bapaku

Ingat tak entri lepas, saya ada kata nak beli present untuk my lovely parents sempene kali pertama dapat bonus. Weekend kali nie saya dah selesaikan misi saya tuh. Actually keluar nak beli barang hantaran tapi end up we all tak beli apa2 pun because cam takde yang menarik hati jerk. Hahaha..

So next time kene pegi carik lagi barang hantaran. Ye la, nie dah bulan berapa, saya pun dah risau2 dah nie. Takot tak cukup masa, maklumlah bunga telor sume saya nak bt sendiri, dah start buat nanti memang di rumah je la tempat lepak hujung minggu.

Ok ok dah melalut pulak. Untuk mak tersayang saya belikan subang diamond. Kehkehkeh emak dah lama dok cakap2 kat saya die nak beli subang, saya pun hari tuh ringan mulut lak menjawab,

'Nanti dapat bonus Along beli'...

Takkan nak tarik balik kata2 atau pun tetibe buat2 lupa hilang ingatan kan, anak durhaka gitu... Hahaha

Saya pegi kedai emas beli sendiri. Tak ajak emak pun, konon2 nak surprise la hahaha.. Pastu mula lah jenuh nak buat pilihan, takot pilihan saya nanti emak tak berkenan. Seb bek la wife kedai emas tuh age die area2 age emak. Selalunya taste orang2 tua nie lebey kurang je. At last saya mintak makcik tuh yang choose, masa tu ada dua design yang saya suka. Keputusan akhir saya amek design niey, lagi cantik gitu. Nampak modern je.


Dah tengok subang emak yang cantek, tetibe jeles pulak. I pun nak la jugak.. Hahaha.. And TERBELI lah untuk diri sendiri jugak. TERBELI ye? Hahaha takda maknanya.. Memang dah lama nak beli untuk diri sendiri tapi tak berkesempatan so alang2 dah jumpe yang berkenan di hati haruslah sambar sekali kan...

Ngeee.. This is for me. Sangat cute ok! I loikeeee it...


Untuk ayah pulak hampir sebulan gak la mencari hadiah yang berkenan dan sesuai buat ayahku.
Akhirnya, last weekend dapat lah belikan jam tangan untuk ayahandaku, terkejut2 saya kat kedai jam.. Upernya harga jam lelaki nie mahal2 jugak kan? Hmm Encit Lee pun memilih jam hantarannya semalam tapi nan adoo yang berkenan di hati.. Ermm leh tahan gak cerewet buah hati saya tuh hahaha tapi takleh lawan cerewet saya lah..

Kan sayang??

Actually boley je bagi perfume ke ape. Tapi tak mo. Sebab, saya nak bagi something yang long lasting, as bila ayah tengok hadiah tuh dia akan ingat dekat anak die nie. Maklumlah lepas nie saya akan berkahwin dan mengikut suami saya, biarlah saya sentiasa dekat di hati ibu bapa saya. Ada gak barang2 pemberian saya yang akan mengingat meraka kat saya kan?


Seb bek la ayah suka jam nie, malam tu keluar terus ayah pakai.. Yeay!!!!

Tapi saya still lagi hutang nak belanja famili makan, ye la camne nak belanja makan. Bila sorang balik, sorang takde. Sorang ada sorang lagi plak ilang. Aishh nak bt camne, adik I yang bongsu dok asrama lorrr.. Kene tunggu dia bk cuti lah pulak.

Sekian, itu saja update untuk hari ini.

Thursday, April 23, 2009

The Honeymoon is Over

Tajuk over betoi lah Juliana nie. tak ingat ingat awak tuh anak dara lagi.

Pagi nie saya dah mula jadi wanita berkerjaya balik setelah hampir dua minggu kebosanan tido bangun tengok TV. Workholic. Workholic.

Masuk ofis dengan semangat membara tapi bukak blog dulu hahaha. Blogholic. Blogholic. Mane boleh seharian tak tengok blog. Ketagihan kamu tahu. Lepas luluskan komen2 yang diterima. Buka emel ofis.

Glurppppp.. Terkejot unta saya menengok emel yang masuk. Lebey 1000. Aishh banyak sungguh peminat saya. Tak henti2 hantar emel.

Okies, bagi peluang saya layan peminta saya dulu. Nanti saya akan layan blog saya pulak. Mungkin malam nanti. Hari nie akan jadi hari yang sibok bagi saya.

Babai...


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails