Monday, April 16, 2012

PhotoBook ke3


Photobook yang ke 3 sudah sampai.. Ekceli sampainye dah lama, entri ni dok dalam draft pun dah bergurun.. Alahai... Photobook kali ni adalah dari PhotoTalkz... 

Memula sampai terkejut sebab ianya dalam kotak. Macam ekslusif la pulak kan. Bila buka nengok, wuii canteknye. Overall, tuan tanah sangat la berpuas hati.
Meh usha photobook tentang famili kecik kami

The front page "OUR LITTLE FAMILY"


Gambar di dalam haruslah gambar kami sekeluarga.
Aktiviti kami sekeluarga. Moment2 yang telah kami lalui. Semua tu haruslah masukkan dalam photobook ni ye dak. Nak print ntah tahun bila, susun atur dalam photobook lagi cantek! Takyah beli album dah.



Gambar Rayyan, gambar time kami celeberate Annibesary ekdua, gambar 1st birthday Rayyan.. Sume dah sumbat dalam ni...


Aksi2 si cilik kami hehehe..


KEsimpulanny sangat berpuas hati...

Ni ada lagi 2 voucher photobook yg beli dari Milkadeal. Expire bulan depan. Cadangnye satu nak buat photobook tunang sebab kami tak print pun gambo tunang.

Satu lagi nak buat photobook BFF. So nantikan photobook ke 4 dan ke 5 yo!

Friday, April 13, 2012

Rayyan's coloring activity

Now, saya dah mula mengajar Rayyan pegang pensil. Not too early rite? Ada orang kata terlalu awal. Ntah la. Saya pun adalah ibu muda, saya mendidik anak saya mengikut apa yang saya belajar melalui parenting website, parenting book and mak saya sendiri. If pada mata orang lain salah, I dont care. As long kalau ianya membawa kebaikan pada anak saya. Kita ada cara tersendiri untuk educate anak anak. In a education aspect, for me there is no too early issue. Tiada juga terlambat. Bak kata omputeh, better late than never. Lagipun saya bukanlah mengajar secara formal pun,  saya mengajar secara fun. Tu pun hanya ambil masa 5 minit sekali session. Ala, budak2 lama mana sangat pun diaorang boleh fokus. Kalau dapat fokus 5 minit tu, dah rasa bersyukur sangat dah. 

New drawing book and crayon. Hadiah dari Mak Lang Rayyan. Punya la suka budak kenit ni dapat buku, dapat pegang pencil. Walaupun tak paham apa yang ditulisnya.


Mahal jugak buku mewarna Ben10 ni. Tapi, takpe.... Mak Lang yang belanja....


Rayyan mewarna. Hehe actually mak lang Rayyan yang warnakan tu. Rasa sayang plak bila tengok Rayyan conteng buruk2. Dah la mahal buku coloring Ben 10 tu.


Cobaan untuk memegang pencil. Hehe susah ok nak ajar. Even until now pun Rayyan tak boleh grab pencil dengan betol lagi. Takpe anakku, practise make perfect! Mama akan ajar sampai pandai.


Budak yang happy with his coloring session. Tak lama pun Rayyan boleh duduk diam mewarna ni. Adalah dalam 10 minit. Lepas tu mulalah, angkat kaki pergi carik aktiviti lain pulak yang boleh buat.
Takpela anak... Janji ada something to do together with mama...


Dan akhirnya sebab terlalu sayangkan buku coloring Ben10 yang mahai tu, mama belikan drawing pad yang lain. Yang murah. Ala yg bese punye je, so Rayyan boleh conteng2 puas2 practise pegang pencil.
Turut belikan crayon yang gemok2 supaya senang Rayyan nak grab and yang pasti kene chemical free jugak. Risau jugak, kang sibok2 color la konon last2 masuk mulut pulak.

Yang penting Rayyan jangan conteng dinding rumah sudah la ye... T_______T


Makan Rawang berger bakar

Ni wiken lepas kot sebelum aku gerak ke Penang. Tetibe hubby kata nak makan berger bakar. Actually sebelum ni dah banyak kali gi usha dah, tapi bila tengok Q aku terus ajak balik, malas nak beratur lelama. Tapi malam tu, kesian plak bila nengok suami cam mengidam2 je.. Aku pun ok aje la, padahal penat giler sebab siang tu dok pegi TM career fair. 

Lepas magrib je terus gerak, sampai dalam kol 845 gitu la. Rawang berger bakar ni kat area shoplot NZ Wangsa Maju tu. NZ yg kecik tau, bukan NZ yang besar. Pastu carik Arena cafe. Kat sebelah Arena Cafe tu je. Oh kami pergi ngan kawan hubby sekali. So para ibu dan anak2 duduk menunggu, para somi aje beratur.


Ni la Arena Cafe. 


Rayyan yang pada asalnya cargas dan aktif.. Kami jarang keluar malam sbb Rayyan jenis tido awal, so bila kami dah train gitu taknak la spoil kan. Sekali sekala ok la kuar malam.


Ni la Q nye. Pada aku takde la panjang sangat, boleh terima lagi lah. Compare ngan kaw kaw berger bakar punye Q, lagi dasat Q nye kat sana..............


Sampai depan baru leh order. Oh ye, Rawang Bege Bakar ni die bakar guna arang ok. Memang BBQ habes, takde guna gas, grill ke apa.. Memang grill atas arang. So arang habes die top up. Korang imagine sendiri la bape punye lama nak bakar daging yang tebal tu. Daging die tebal yo, sebab homemade kot. Tapi bagus gak grill gitu, sihat. Tanpa minyak! Sesuai tok orang diet protein day.


Sebabkan bakar atas arang, so korang leh imagine punye la lama beratur. Ye la, satu famili order sampai 5, 6 bijik berger. Pastu order berger yang nama die KLCC ke hape, ada daging 3 ketol. So sekali bakar je tok famili tu je. Hoh memang masak menunggu.... Sampai Rayyan tido atas meja.

Ha tengok la gambar atas tu, seb bek la Rayyan tak cranky sangat. Die dok cakap nak tido, nak tido.. Baringkan atas meja, lapik kain kat kepala, terus lelap. 


Air aku pun sampai 2x top up, memula order Milo tabur, pastu epal asam boi plak hahaha.. Giler dasat...


Kami pergi bersama jiran Termerloh kami, yang selalu bagi ikan patin tu. Aini dan anaknye Arif. Arif ni memang besfren Rayyan la... Hari2 main sesama..
Naseb gak pegi ramai gini, akalu tak sangap aku menunggu... T____T


Ini la die beger bakarnye... Yang ditunggu selama 3 jam lebey. Hoh berasap punggung aku.


Nah close up sikit... 


Tebalkan daging die? Nampak macam tak cukup, tapi percayalah nak habeskan daging ni pun rasa mengah. Camne la org yang order bertingkat2 tu... Ktorg dapat makan ni setelah 3 jam lebih menunggu.. Aku sabo aje la, takkan nak amukan plak kat situ kan HAHAHA.. LAgipun selama ni somi selalu tunaikan apa aku nak, so kali ni pasrah aje la menunggu hahahah...

Kalau tanya aku sama ada akan pergi lagi atau tak, jawapan aku TAK! aku taknak tunggu lama, hahahha walaupun boleh dikatakan sedap beger tu, cukup rasa daging die. Tapi aku tak sanggup, dapat rasa sekali ok la kan.


Thursday, April 12, 2012

Grilled Salmon for Ar-Rayyan

Baru la nak update blog, Ahad ke Penang. Outstation. Ada keje kat sana. Bila outstation adalah super penat. Extra dari penat biasa. Yela, penat drive. Penat buat keje. Sampai hotel malam memang tido aje. Takde benda lain dalam kepala. Tu yang bila aku outstaion, blog terabai. Terlupa sekejap yang aku ni ada blog yang perlu dijaga. Nevermind. The hard day is over. Hikhik. now back to normal routine balik.

Nak cete, Rayyan dah 2, 3 bulan jugak refused nasi. Kalau suap nasi memang payah sangat nak bukak mulut. As mother, confirm la risau. Takut tak cukup khasiat pulak anak. Ada orang cakap, itu adalah fasa pembesaran diaorang. At one phase, akan ada fasa takmo makan ni semua. OK, it doesnt make me feel relief pun. Tetap risau. Normal la kan. Mak mana yang tak risau.

Macam2 benda aku try, I/ve read somewhere. Walau macam mana pun budak tak mahu makan, mesti ada one type of food yang dia suka. Exactly betol! Saat dan ketika ini, Rayyan sangat suka anything that related to pasta, kuew teow, bihun and mee. T_____T

Kalau masak all above that, memang laju je Rayyan makan. Tapi mama die la pening pikir menu everyday.
Selalunya cara mudah ialah, buat sup and rebus la pasta ke,  spagetti ke, bihun ke. Mee memang tak bagi sebab tau ada coloring and kita pun tahu mee pun tak berapa baik kan ada  asid borik la ape la. So better avoid. Bagi je yang natural based. Pasta is the best la for kids. 

And now new dish that we figure out yang Rayyan suka. Salmon grilled! Grilled bodoh je, marinate dengan pepper sikit and grilled. Alhamdulillah habes seketol ni Rayyan makan.


Ikan yang penuh dengan lemak O Mega.
Siyes, terasa rasa lemak bila makan. Rayyan suka, layan aje la. Mama tak suke. Hahaha but kita tahu Omega is good for brain development so boleh la beli lagi lepas ni.





Monday, April 9, 2012

penang trip

Now berada di penang, outstation sampai rabu... smlm singgah taiping saja usha tempat nak holiday hujung bulan ni insyaallah...


Nak update blog tapi mlm td laptop bt hal... siang ni ada keje, malam2 karang la mengisi masa lapang.. tu pun kalau x g nengok wayang.. plan nak tgok movie kat sunway carnival mall sbb we ols stay kat sunway hotel je..


Ok la, nak g keje daaaa... eh malam tadi johan ansari menang.. shukeee!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 6, 2012

kasut idaman hati

HA.. Inilah dia kasut Clarks idaman hati. Dah berpuluh kali keluar masuk kedai Clarks ni belek-test-try tapi idok beli2. Ate, udah regenye RM348. Grrrrr mengigil dengar. Tapi bila pakai selesa ya amat! Macam kaki ni di selaputi kusyen empuk. Siyes. Berpuluh2 kasut Clark yang aku dah try, ni paling best. Yang lain tu selesa la jugak, tapi yang ni memang selesa berganda2. 


Sebelum ni kasut aku paling mahai pun dalam RM150 je. Tak koser la nak beli mahai2 kan, dah la dulu aku jenis mengumpul kasut jugak. Bosan pakai kasut yang sama je kononnye. Masa tu gile pakai heel. Lepas bersalin, heels yang ada memang terperonyok je dalam almari, kalau ada meeting ke, presentation ke. Baru la pakai heels, kalau gi site ni memang aku belasah je selipar FitFlops bese tu HAHAHA keji gile kan?

Tak kesah la, janji kakiku tak sakit. Sejak dah kawen ni, macam alergik ngan kasut tumit tinggi. Kalau wedges ok lagi, tu pun tengok jugak, ada yg selesa ada yang menambah sakit kaki je. So skang memang nak beli flat je, senang nak kejar anak, kaki pun tak sakit.

Actually aku ni ada prob size kaki comel. Memang kecik kakiku saize 4 sajok, badan plak besar. So keseimbangan tu takde. Kalau badan aku naik je, sah sah kaki akan selalu sakit, selalunya area betis, buku lali, tapak kaki memang menyucuk2 la. Cara yang terbaik solve problem aku ni, turunkan berat badan tapi bukan senang berat nak turun. Thats why la aku terpaksa gak gagahkan diri masuk kedai Clarks ni tok mencari kasut yg selesa. Tak larat tetiap malam asyik dok merungut je kat somi sakit kaki.

Hurm, dapat bonus nanti boleh la beli kasut ni. Dah tak larat rasanya nak tanggung kesakitan. Plan asal konon nak ke JB minggu depan, so boleh la singgah Clarks di JPO di JB, mana tahu dapat harga murah. Sekali, aku kene tukar site plak. Ke Penang, punah harapan nak ke JPO. So tunggu je la durian runtuh, baru beli kasut kusyen nie. Now, pakai aje la FitFlop yang banyak berjasa tu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Final say: "Saya terima pinangan kamu"

Remember my post last week? About me in dilemma? Today is the final day about my decision after dipinang orang. Eceh, ayat nak best aje. Yela, saya telah dipinang oleh seorang boss AGM untuk menjadi Manager dibawah beliau. In my company normally, the individual yang akan mencari post Manager ni and attend all the interview and the hassle process to be as Manager, but in my case I pulak yang dipinang dan di-proposed oleh big bos and the best thing is my interview session with the bosses is just a chit-chat session without any stress or knocking-head session in it. HAHAHA sangat suke sebab saya adalah sangat menyampah dengan sesi interview!

Bulan 8 ni genap la 5 tahun perkhidmatan saya di company ni. Just a blink of eyes, sudah 5 tahun rupanya. Kalau diputar balik masa, ketika hari pertama saya bekerja di sini, saya di tempatkan di bawah Project Management, tugas saya memastikan semua project cukup budget, ontime bla bla bla. Basically on managing the project itself end to end. Nampak macam mudah kan? Kamu salah sama sekali. Bekerja dengan company besar, deal with many people from different background, ada sales, ada strategy, ada implementer, ada procurement adalah memeningkan kepala. PR kene bagus. Budak fresh grad macam saya, perlu deal with pihak pengurusan atasan. What do you expect? Ketaq lutut ni. Sampai satu tahap nak call tanya progress project pun rasa macam nak terkecing, takut! But, there's a challenge for me, I built my strength, my confident, my networking here. I get to know with others staff, get along with them. Sebab pada saya bila kita baik dengan orang, takde masalah when comes one day kita nak minta tolong daripada diaorang. Saya menimba segala ilmu berkenaan project management and enhanced my PR skill and project based here for 2.5 years. And additional saya dapat travel all over Malaysia, Sabah, Sarawak and Brunei when I am involved with project management ni. Satu kelebihan yang berbaloi2 bagi saya!

Apabila saya berkahwin, saya bertukar ke division lain. Yang totally different working culture dari sebelum tu. Tujuan bertukar sebab nak beralih kepada technical more deep. Di tempat baru ni saya menghadapi challenge yang lain pulak, I must be technical competence within 3 months, kalau orang lain took a years, I must be competence enough  in 3 months je. Big challenge kan? Dengan perot memboyot, morning sickness for 5 months, saya gagahkan diri attend all the courses, ambil proffesional certification..... Sampaikan the lecturer pun cakap, anak yang dalam perot saya ketika tu sure bila keluar je pandai on networking and dont be surprise kalau pandai configure router jugak! T_______T
But again, alhamdulillah... Berkat usaha saya yang tak jemu belajar, google-ing, on-job-training, jalan yang nampak susah akhirnya berjaya saya lalui. Di sini, saya memang benar2 enhanced technical knowledge saya.  Nak kata terer tu takde la, tapi I know where's my level now.

After 2.5 years saya di tempat sekarang. Saya telah dipinang pulak untuk ke Division lain dan promoted as Manager. Yang paling menarik tertarik ditambah pulak allowance Specialist Scheme. Pada mula reluctant je nak terima. Sebab utama, jobscobe berbeza, plus I love my current job. But I believe, opportunity only come once, grab it or leave it. Memula, saya ingatkan mahu declined je. HAHAHA Actually the first time they offered me this post masa saya di China, during that time memang I declined without second thought, to me terlalu cepat untuk saya naik jadik Manager, takut I am not capable enough. But, bila offer yang sama datang buat kali kedua, buat saya terpikir. Adakah ini rezeki yang Allah dah tetapkan bagi saya? Sebab peluang ini datang 2 kali dalam masa tak sampai 6 bulan. Maybe ini adalah jalan Allah  untuk keluarga kecik kami menambah pendapatan keluarga, ye la dengan naik pangkat secara tak langsung gaji saya akan naik. Mungkin peluang ini memang milik saya dari awal cuma saya je yang melengahkan peluang tu T______T 

Saya minta diberi tempoh seminggu untuk menilai segala pro and cons keputusan saya kelak. Seminggu telah berlalu. After mendapat nasihat dari yang senior, peers dan rakan2. Akhirnya saya bulatkan hati untuk menerima pinangan tersebut. Setelah memberi kata putus, saya perlu melalui satu fasa penilaian oleh HR, tarikhnya akan ditetapkan kemudian. Saya berdoa agar rezeki itu milik saya. Harap HR akan memberi kelulusan bg proses naik pangkat itu, takut jugak direject since temph perkhidmatan saya baru 5 tahun, belum cukup matang kata orang. 

Amin.

Berakhir sudah kebuntuan otak saya, HAHAHA. Buntu ye otak untuk membuat keputusan. saya paling benci when comes to decision making, nak lagi about career, life or love punya decision. Eh susah tau! Tapi keputusan kali ni saya ambil setelah mengambil kira pandangan suami dan mak. Itulah yang paling penting, kalau dua insan tersebut memberi restu insyaallah jalan yang saya akan lalui lebih mudah. Saya percaya itu, doa ibu untuk anaknya, restu suami buat isterinya adalah intipati penting bagi menjamin kebahagian dunia dan akhirat saya. Kamu jugak harus percaya ok!

Terima kasih.

Buat kekawan twitter, kawan di UB yang memberi kata2 semangat. Kata2 dari kalian lah yang buat saya berfikir di mana kemampuan saya. Jika saya tidak layak mana mungkin saya dipinang, ye tak?

Thanks all. Semoga perjalanan saya selepas ini akan dipermudahkan dan semoga rezeki kami sekeluarga akan lebih berkat dan barakah. Saya juga mendoakan agar kalian turut dimurahkan rezeki.



Thursday, April 5, 2012

Finally Android dah ada Instagram

Seperti mana yang diketahui umum, Instagram ni Apps foto yang paling femes kat Iphone, Ipad dan segala Apple product. Gambar yang dari Instagram memang mabeles. Cantek2 belaka effect die. And officially semalam Android dah launch Apps Instagram diaorang tersendiri.

So, saya sebagai pengguna Samsung Galaxy Tab harus lah tak melepaskan peluangkan. Terus download Apps ni dan guna. Dan inilah hasilnya...


Nah gambar mangga muda HAHAHA.

OK, stop spekulasi. Saya tiada isi yang special dalam perot ni, yang ada cuma makanan, usus dan lemak2 tepu. Setakat ni kami masih mengamalkan natural family planning lagi. T___T

Mangga muda makan bersama kicap+gula+cili padi. Memang terbaik! Sampai meleleh air hidung makan. Eh ibu hamil, saya minta maaf andai buat anda terliur.

Pengalaman menggunakan Instagram Android selama satu hari. Menarik! Suka efek yang menjadikan gambar itu cantek.  Kesimpulannya, jom install Instagram dan start me"Tweet" gambar AprilPhoto anda.


Rezeki, Menang CASH $$$ RM200

Lama tak hapdet hasil contest. Actually start masuk 2012, dah jarang join contest mag ke offline ke sebab bizi pulak ngan keje di ofis. Bila balik rumah melayan Ar-Rayyan, penyudahnya memang terambai la kesemua tu.

Tapi ada la jugak join contest2 kat FB kalau ternampak tu. Ada gak menang, macam patung2 suku kaum cuti2 Mesia. Dapat total dalam 10 ekor kot, tu pun bagi kat membe2 opis dan jiran2. Isk Rayyan kan boboi, takkan la nak bagi rayyan plak main patung2 tu.

Dan semalam adalah kemenangan yang menaikkan semangat contest balik. Menang $$$$$..
















Actually ni contest kat FB, just letak badge kat gambar, contest2 di FB ni selalu jarang aku letak harapan sebab ramai yang masuk. Kemenangan kali ni memang betul2 berdasarkan tuah. Syukur alhamdulillah atas rezeki Allah.

RM200 tu besar jumlahnya bagi aku. Boleh la masuk tabung Hari Raya famili kami. Dan kemenangan ni membuatkan aku kembali bersemangat join contest. Ayuh semua!

Wednesday, April 4, 2012

Singgah Test drive Kereta baru


Sebelum keluar dari The Mines, nampak pulak benda alah ni.
Dah kene menyinggah sebab si kenit nak test drive!...

Layankan aje la....


Tak tahu nak tulis apa... Paler otak sebok memikirkan hal lain yang lebey penting.



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails