Monday, June 8, 2009

BRUNEI story

Salam..

Lama tak tengok blog. 3 minggu outstation takde masa nak jenguk sangat. Besok aku akan masuk ofis semula. Keje pun dah bertimbun menanti tue. Saja nak share cerita aku kat Brunei hari tu.

Aku ke Brunei melalui check point Telaga Tujuh kat Miri. Dari check point 2 jam gak la perjalanan ke Bandar Seri Begawan. Sepanjang perjalanan ke BSB rumah-rumah yang aku tengok sume besar2. Memang kaya la rakyat Brunei nie. Dan takde sebijik motosikal pun aku nampak kat jalan raya die. Sume pakai kete stok mahal2 punya. Kagum giler aku kejap. Dan paling best bandar die sangat sepi dan lenggang. Tak sesak cam kat KL. Kat KL migrain la ko dalam kete kalau time2 peak hour nie. Tapi kat sana releks je. Kete tak banyak, orang pun tak banyak. Hmmmm musykil aku ke mana rakyat Brunei nie pigi..

Kat sana selain pegi melawat masjid terbesar Brunei yang berkubah emas tu, aku p tengok istana Sultan yang teramat la besar. Melawat perkampung air yang didiami oleh 30 ribu orang. 30 ribu OK, sangat ramai. terkejot aku masa dengar tuh. Pasal perkampungan air nie nanti aku buat entri khas. Banyak nak cete pasal perkampungan air nie.

Aktiviti shopping aku tak aktif sangat kat sini sebab currency mahal. Lagipun aku kan budget, nak kawen nie sedar2 diri sket. Hahaha. Layan je la gambar yang aku snap.

Belakang tu la masjid kubah emas. Aku solat Zohor jamak kat sana. Serius cantek sangat interior design die. Sangat2 nice. Kat sini semua bangunan rendah2, ketinggian bangunan tidak dibenarkan melebihi ketinggian kubah masjid. Bagus kan? Dan lagi satu info yang aku dapat, di Brunei kerajaan membiayai semua rakyatnya pergi menunaikan ibadat ke lima rukun islam menunaikan haji sekali seumur hidup s ecara percuma. Bagus betoi la saluran duit oleh kerajaan depa.. Kagum.. Kagum...


Aku tak tahu nie replika ape, tapi ada makna kut. Hehehe... Nie la bandar Brunei, tepi persisiran sungai yang memisahkan Sarawak dan Brunei. Boleh pergi ke Limbang, Sandakan, KK melalui Brunei je.


Ni theme park die. Ala2 Disneyland la. Dulu free je entrance tapi sebab ramai sangat rakyat Malaysia yang datang lepak compare to rakyat Brunei skang masuk kene bayar. Dan semestinya aku tak masuk, jenguk dari luar je. Hehehe

Sebenarnya gambar aku snap tak banyak hahaha. Gambar kat kampung air banyak la. Next entri ok..

9 comments :

  1. waaaaa bestnye dia dpt p brunei..
    nak itod! nak itod! huhuhu

    ReplyDelete
  2. salam.. nak masuk JP (Jerudong Park) tu cume B$1, tp kalo nak main available rides, kena bayar B$5.. berbaloi sngt.. mana2 leh main :-)

    ReplyDelete
  3. yeye..org first komen ni. ko jalan2 ke ade hal keje kat sini. best2. wes, honeymoon nak pi mana? ehehe sajek gatal tanya

    ReplyDelete
  4. halamak..bestnye gi brunei...kalau tau awak gi leh saya kirim FM..hihihi

    ReplyDelete
  5. salam singgah..jenguk2 blog, ptt lama sepi..g brunei

    ReplyDelete
  6. eee bestnya!! cepat2 update tau...saya tak pernah merasa ke sana lagi

    ReplyDelete
  7. dulu kat bandar memang banyak org masa ni moden semua budak lepak kat gadong(from brunei)

    ReplyDelete
  8. dulu bandar banyak org tapi masa ni di gadong(from brunei)

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails