Friday, May 29, 2015

Sangkut dgn Dia..Isteri Luar Biasa

saya memang jarang layan cete TV3 drama kol 7 kat umah.. selalu tengok gitu2 je sbb kadang sampai rmh dah lewat, kdg tu sibuk masak... 

Sebelum ni drama apa ntah tajuk "hati perempuan" mmg tak tengok sgt sbb asyik gado meroyan je laki bini...

Tapi drama yg baru ni tajuk die Dia... Isteri luar biasa, kita dah tersangkut plak tengok dr episod 1... Best sebab kita suka Syukri tu, dlu pestime tengok die berlakon cete Asam Pedas Untuk Dia... Fathia tu pun saya suka jugak hihi mmg hero dan heroin peberet la.. Pastu jalan cete ok la, tak bosan meleret.. 

Aritu g umah mak, tengok adik saya dah beli novel die.. Diaorg beli ms pesta buku ritu.. Apa lagi, sebabkan sifat tak sabar nk tahu apa ending, terus pinjam. Satu malam je setel habes satu buku hehehehe.. Masa baca buku ni mmg dok imajin Syukri ngn Fathia la... Dh lama tak bt peel gini... Selalu satu novel habes satu hari ni zaman student dulu je, dah ajdik mak ni takde masa wei nk hadap novel cintan cintun gini... Tapi sekali skala layan best jugak hahaha


Overall kalau dr novel, saya suka and puas ati sangat dgn cerita die, harap drama pun gitu la yep.. tapi ni tengok smlm ada gak lain.. Dalam novel kawen kat London, kat  Drama kawen kat Lombok ... aih tak kisah la, janji tak lari jauh jalan cerita. Saya frust bila drama adaptasi dr novel ni bila cerita dah best dalam buku bila tukar jd drama dah berubah lain, dah jadi tak best.

Tak feel tau!

Ok tu je nk bebel.. Salam hari Jumaat!


Thursday, May 28, 2015

Susu yg menjadi pilihan saya utk anak anak

Sebagai seorang ibu, paling seronok bila melihat anak2 membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah. Ye la, waktu bekerja yg tak tentu kadang2 tu nak sediakan makanan yg lengkap nutrisi utk anak tu terbatas.

Utk Rayyan sehingga sekarang umor dia 5 tahun, saya masih berikan die susu utk pastikan Rayyan mendapat nutrisi yg lengkap sepanjang hari.  Tahukah anda sebagai ibu bapa, memastikan anak2 mendapat dos nutrien yg cukup stp hari adalah penting. Ini adalah untuk menyokong 5 bahagian tumbesaran utama.

5 komponen tersebut ialah:









Sebagai ibu, saya memberikan anak saya DumexTM Dugro® 5-Nutri ini kerana ianya telah lengkap dgn protein, kalsium, vitamin A, IcFOS dan mengandungi lebih 100% DHA yg akan membrikan kelima2 komponen utama yg diperlukan oleh anak saya. Ia memberikan keperluan zat dan nutrient yg lengkap sehari utk anak saya. 


DumexTM Dugro® 5-Nutri mempunyai 3 jenis iaitu original, fruit & vege dan madu & kurma… Nyams, bukan sahaja membekalkan segala keprluan si kecil kita malah bg si kecil yg tak nak makan sayuran, nutrient tetap boleh didapati sekiranya mengambil DumexTM Dugro® 5-Nutrifruit & vege. Ibu2 bebas memilih susu yg sesuai dgn anak2.



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails