Showing posts with label Previewku. Show all posts
Showing posts with label Previewku. Show all posts

Monday, August 24, 2015

Penggembaraan Miles From Tomorrowland

Ni kisah wiken yg lepas. Lewat sungguh aku update sbb ada banyak sangat hal dan hampir lupa. Aritu dapat invitation dr Sophia utk ke pelancaran siri animasi baru dr Disney Junior : Miles from Tomorrow land. Pelancaran ni dibuat die Petro Sains KLCC. Sebabkan event ni utk anak2, so kita bawalah anak2 gi join event ni. Kita mmg suka aktiviti yg libatkan anak2 ni, bagi diaorg  develop self confindence bila mingle around dengan kanak2 yg lain. 

Memula sampai, kita amek gambar depan poster dulu... anak iols bawa dedua.. Aritu p ngn adik, hasben keje kan. 


Best sangat, organizer susun bean bag yg kalerful ni depan skrin besau utk tayangan perdana siri animasi kepada anak2... Rayyan memula tak minat sbb katun baru kan, tapi now kat rumah mmg stp malam tunggu nak tengok tomorrow land katanya...

Sedikit info tentang siri animasi ini: 

“Miles from Tomorrowland” Disney Junior, siri pengembaraan antara galaksi, dilancarkan pada 17 Ogos jam 9 pagi di Disney Junior (Astro Channel 613). Program baharu untuk kanak-kanak berusia 2-7 tahun ini menggabungkan fakta unik tentang angkasa dan sains tatkala mengikuti misi pengembara muda Miles Callisto dan keluarganya ke angkasa lepas.

Keluarga Callisto terdiri dari Ibunya dan Kapten kapal, Phoebe; Ayahnya jurutera mekanik, Leo; kakaknya Loretta pakar teknikal dan kawan baik, Merc, ‘robo-ostrich’. Mereka bersama-sama menerokai galaksi baru yang dipenuhi dengan makhuk asing, kenderaan angkasa lepas dan alat berteknologi tinggi yang aneh. Mereka akan membawa penonton muda dan keluarga mereka mengharungi perjalanan ke masa depan, dan pada masa yang sama mengingatkan mereka tentang apa yang perlu diperkukuhkan – ikatan keluarga. 


adik yg tak reti diam2... asyik bt keje aje, bukan nak duduk ontok2 tgk katun.


Kat majlis pelancaran tu jumpa jugak Nana and kazen2 Rayyan & Sumayyah. Kemain hepi la bebudak tu dapat jumpa, raya ritu tak sempat lg nk jumpa kan... Kita kan raya Perak...




Selepas habis tayangan perdana, kami diberi tix untuk masuk dan meneroka alam sains di Petrosains. Ni pengalaman pertama anak2 masuk PetroSains, tak pernah bawa sebelum ni. Macam biasa la, kami nak tunggu bebudak pandai appreciate dulu. Eh sebelum ni pernah bawa p pusat Sains Negara hihihi..



Seronok anak2 meneroka tentang Sains kat dalam tu. Rayyan la paling byk sekali soklan pelik2 dr dia. Pening mama nk jawab.



Masa ni belajar pasal udara... seronok bebudak berdua ni main, gelak terkekek2 adik bila abg masukkan kertas, kertas tu terbang naik ke atas kluar ikot corong...


Yang ni plak pasal mekanik fizik... Tapi bebudak suka sbb byk pengerakkan bukan paham pun yg ni aktiviti fizik. Hihihi.


Adik sibuk bermain dgn bayang2 di cermin.


Paling best adalah Goodies hari tu.. Dapat botol air dan bekas maknan Miles from tomorrowland. Dapat 4 set, satu set bg ke mak.. bebudak ni dapat la satu sorang, mama dpat 1 set hahahahaha...
Seronok seronok seronok.. Nanti invite kami lagi ye Sophia.


Sempena pelancaran siri ini, pencarian untuk ‘Disney Junior’s Space Adventurers’ seluruh Asia Tenggara kini bermula! Kanak-kanak berusia 2-7 tahun digalakkan untuk mencipta Starjetter mereka sendiri – kapal angkasa penyelidik yang digunakan oleh keluarga Callisto sewaktu perjalanan mereka ke angkasa lepas. Keluarga di Malaysia juga boleh mengunjungi Petrosains, The Discovery Centre di Tingkat 4, Suria KLCC bermula 1 Ogos 2015 untuk menyertai aktiviti istimewa bertemakan Miles from Tomorrowland! 

Bagaimana nak sertai peraduan ni?

Ibubapa perlu melayari laman sesawang – Disneyjunior.asia – dan muat turun Miles from Tomorrowland Space Adventurer E-kit yang bukan sahaja menampilkan helaian aktiviti menyeronokkan tetapi juga panduan lengkap cara untuk mencipta Starjetter. Foto Starjetter paling kreatif yang dihantar akan memenangi gelaran “Disney Junior’s Space Adventurer” dan akan disiarkan di saluran ini.

Untuk info lanjut, klik ke Disneyjunior.asia

Friday, August 21, 2015

MasterChef Asia di Midvalley Sabtu ni

Korang suka tgk MasterChef ? Iols mmg peminat setia lah. Kali ni MasterChef nk dtg Malaysia. 

Teruja tak???

Jadi Sabtu 22 Ogos ini jom kita beramai ramai ke MidValley MegaMall untuk meyaksikan secara life para peserta MasterChef Asia dan melihat sendiri mereka beraksi secara LIVE







Maklumat lanjut:


Pameran Dapur MasterChef Asia

Tarikh : 19 hingga 23 Ogos 2015, Rabu hingga Ahad 

Masa : 10 pagi – 10 malam

Tempat : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah

Info : Sebagai bonus tambahan, saksikan penampilan tetamu istimewa selebriti Datuk Chef Fazley Yaakob yang akan mengadakan demonstrasi masakan di lokasi yang sama pada hari-hari tertentu!



Sesi Beramah Mesra MasterChef Asia


Tarikh : 22 Ogos 2015, Sabtu
Masa : Dari 12 tengahari
Tempat : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah
Bermula 12 tengahari pada 22 Ogos, Sabtu

para peminat MasterChef berpeluang menyertai sesi beramah mesra bersama para juri MasterChef Asia yang pertama, Susur Lee, Bruno Ménard dan Audra Morrice; dan juga peserta-peserta dari Malaysia Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli. Namun bukan itu sahaja 

MasterChef Asia tidak akan lengkap tanpa Mystery Box Challenge! Saksikan cabaran memasak yang mendebarkan secara langsung di mana Jasbir, Marcus dan Sophia akan bertarung di hadapan penonton, dan saksikan bagaimana para juri menilai prestasi mereka. Tunggu dan lihat apa yang mereka bakal sajikan!



Musim pertama MasterChef Asia memaparkan tiga peserta Malaysia dengan latar belakang berbeza, masing-masing mempamerkan kehebatan sajian Malaysia: Jasbir peserta paling matang dalam musim kali ini yang suka menyediakan sajian Punjabi dengan mudahnya; Marcus, seorang kakitangan bank yang berminat dalam sajian molekular dan penggabungan makanan unik; dan Sophia, seorang ibu yang mencintai makanan dan dunia masakan.


Para juri turut mempunyai latar belakang dinamik, daripada seorang pengusaha restoran yang pernah memenangi anugerah dan pakar hidangan fusion, Susur Lee hinggalah kepada chef dengan 3 Bintang Michelin dan penasihat kulinari Chef Bruno Ménard, dan Audra Morrice yang disayangi ramai, peserta MasterChef Australia, pemilik bisnes katering dan penulis buku masakan.






Jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup ini – cajkan bateri kamera dan telefon anda; bawa buku masakan dan pen untuk autograf; dan hadiri acara ini untuk merasai pengalaman menakjubkan! Untuk maklumat lanjut tentang jelajah ini, 

layarilah website MasterChefAsia.


MasterChef Asia Musim Pertama dipersembahkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, Hotel Carlton Singapura dan Air Asia. Siri ini akan ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di msn.com/masterchefasia.


MasterChef diwakili di peringkat antarabangsa oleh Endemol Shine Group. Rancangan ini pada asalnya dirakam semula sebagai MasterChef Goes Large pada 2005 oleh Shine TV di UK dan berdasarkan format yang direka oleh Franc Roddam.



Friday, May 29, 2015

Sangkut dgn Dia..Isteri Luar Biasa

saya memang jarang layan cete TV3 drama kol 7 kat umah.. selalu tengok gitu2 je sbb kadang sampai rmh dah lewat, kdg tu sibuk masak... 

Sebelum ni drama apa ntah tajuk "hati perempuan" mmg tak tengok sgt sbb asyik gado meroyan je laki bini...

Tapi drama yg baru ni tajuk die Dia... Isteri luar biasa, kita dah tersangkut plak tengok dr episod 1... Best sebab kita suka Syukri tu, dlu pestime tengok die berlakon cete Asam Pedas Untuk Dia... Fathia tu pun saya suka jugak hihi mmg hero dan heroin peberet la.. Pastu jalan cete ok la, tak bosan meleret.. 

Aritu g umah mak, tengok adik saya dah beli novel die.. Diaorg beli ms pesta buku ritu.. Apa lagi, sebabkan sifat tak sabar nk tahu apa ending, terus pinjam. Satu malam je setel habes satu buku hehehehe.. Masa baca buku ni mmg dok imajin Syukri ngn Fathia la... Dh lama tak bt peel gini... Selalu satu novel habes satu hari ni zaman student dulu je, dah ajdik mak ni takde masa wei nk hadap novel cintan cintun gini... Tapi sekali skala layan best jugak hahaha


Overall kalau dr novel, saya suka and puas ati sangat dgn cerita die, harap drama pun gitu la yep.. tapi ni tengok smlm ada gak lain.. Dalam novel kawen kat London, kat  Drama kawen kat Lombok ... aih tak kisah la, janji tak lari jauh jalan cerita. Saya frust bila drama adaptasi dr novel ni bila cerita dah best dalam buku bila tukar jd drama dah berubah lain, dah jadi tak best.

Tak feel tau!

Ok tu je nk bebel.. Salam hari Jumaat!


Thursday, May 29, 2014

Lepak Misshwishwardrobe butik

Ritu memang ada saja cuti panjang, nak habeskan cuti... Cuti carru forward thun lepas ada 15 hr, cuti tahun ni dapat 30 hari.. Banyak giler cuti, so ada anak kecik ni seronok cuti melayan anak2 kat umah... Sebabkan takde apa nak buat, nk jejalan mall malas.. So kita gi lepak butik kawan kat Area Sg Besi Midfield... Actually kawan ni kita kenal dr dunia blogging gak terus membawa ke whatsapp grup.... Kawan ni buka online shop memula, now dah melangkah setapak lagi dgn buka butik.. Kagum iols... Orgnya kecik molek je tapi semangat kental ok....

Memula kita kasik anak2 bergambo dulu... Hannah Sumayyah dan Rayna Zulaikha... Hihi 


Skang kita bg kekawan tengok kedai Misswishwardrobe (boleh carik kat IG and FB) .. Konsep butik misswish ni macam vendeur butik, kira butik ni himpunkan seme IG shop under one roof... So senang la kita nak beli... Cakap je nak apa, seme ada.. Dari baju budak, jubah,  skirt, tshirt, kasut,  popcorn, sabun, headband, seme ada la...



Skirt2 yg tergantung ni cantek.. Harga pun murah, takde la mencekik sangat...


Butik yg luas, selesa utk memilih.. Anak2 ktorg dok berlari hujung ke hujung...


Jubah Amierahijab pun ada... Jubah die best, tak nampak bentuk badan, dan breastfeeding frenly tau.... Dress tiedye pn ada..


Kasut jelly pun ada, kita dah try ritu.. Selesa bangat pakai ye... Memang plan gaji nnt nak g rembat satu... Hehe pakai bt jalan, selesa sgt...



Baju anak2 pn ada, dr baju tido, baju jalan, jeans, dress seme ada.. Nak cari baju raya leh la terjah sini...


Ni plak koleksi tudung misswish... Tudung misswish ni tak silap Nad Zainal kot pernah pakai... Memang cantek2 tudung and shawl die... Recommended utk beli...


Lilin2 pun ada...


Kan dah kabo, seme under one roof... Hihihi.. Senang je nk shopping utk seisi keluarga... Takyah jalan merata dah...


Wednesday, September 12, 2012

Saya Jatuh cinta lagi..

Ewah kemain ko, dah jadik bini orang dah jatuh cinta bagai..Hikhik korang layan tak Adam dan Hawa??? Sape yang tak layan, plissss pergi la download and tengok.... Best gilak wa cakap lu!!!!

Novel Adam dan Hawa ni memang one of peberet novel aku.. Bape kali aku ulang baca pun tak sure dah. Masa sebok2 nak kuar drama Adam dan Hawa ni, aku cam taknak tengok sbb takot jauh dari expectation aku. Macam cete Ombak rindu, sangat la jauh dari expectation aku. Yes, selalunya cerita yang diadaptasi dari novel, sesape yang baca novel sure akan ada  expectation tinggi. Itu adalah stended. T___T

Disebabkan ramai nau orang yang sebok tanya aku layan tak Adam & Hawa ni, aku pun terpengaruh. Maka, semalam aku telah menghabiskan menonton 9 episod back-to-back non stop and now rasa nak ulang balik HAHAHAHA....

Maybe ada yang cakap sebab keenseman Aaron Aziz. Tu salah satu factor la jugak. Tapi sebab yang utama, jalan cete die best.. Setakat ni segalanya mengikut plot asal novel, dan produser berjaya membawa karya dari buku ke drama dengan cara yg santai.. It just macam berada dalam cerita tu.. Erk faham tak? Korang kene tengok kot baru paham...

Pelakon heroin die Nadiya Nissa, bila aku baca komen2 dalam blog lain, ramai yg tak suka NN ni jadi heroin sebab tak lawa.... Derrrrrr!!!!!!! Aku suka je die berlakon... Tak semestinya lawa baru leh jadik heroin, yg bercakap tu macam kan lawa sangat.. kalau lawa, nape tak jadik pelakon.. Ye dak???? Heroin ni memang dipilih sendiri oleh penulis novel Aisya Sofea. Pemilihan yang tepat pada aku, sesuai ngan watak Ain tu..Dalam novel Ain ni memang gadis biasa je, orang kampung tapi sweet, elmah lembut, sopan..... Memang la dia takdela secun Maya Karin ke hape kan, tapi dia ada kecantikkan tersendiri.. Ada lesung pipit lagi tu... Die bawa watak Ain Hawani tu pun sangat bagus.. Terer gile bt mimik muka.... Susah kot ko nak cakap dalam hati tapi buat mimik muka.. Erghhhhh

Pasal Aaron Aziz memang dah terbilang lah.. Pelakon jejaka idaman malaya... Seme yang keluar dari mulut AA ni mmg melayang2 je rasa dibuat nya... Senyum kambing sesorang la layan cete ni....
Adoihai...... Rasa tak sabar nak menunggu episod ni sampai 80......kuikuikuikui.. 

Makcik2 yang berlakon dalam cete ni pun seme sempoi2.. HAHAHA suka lak aku nengok makcik2 kat nuseri tu.. Memang sangat menggambarkan sikap sebenar la HAHAHA.. Sape yg makan cili kompem melecur lidah nengok cete ni kihkihkih....

Ok, jom layan Eren ajis dulu.. Amek ura nak bt keje...

Thursday, May 24, 2012

bekpes @Cameron Highland

Lepas je check in hotel, gi makan sume..
Pastu jejalan jap kat tanah rata. Ingatkan ada pasar malam kat Brinchang, rupanya Ahad malam takde pasar malam ye.. Sedey!
Kat CH ni yg paling happening ialah pasar malam dia. 
Yang lain tu, dah pernah jalan tahun lepas so malas nak gi jalan lagi....

Singgah Strawberry Moment tapau Choc Avant, air peberet kami yang wajib beli bila naik CH.
Tapau dinner KFC terus balik bilik.
Malam adalah aktiviti spend masa bersama suami dan anak dalam bilik.
Nak lagi malam tu ada bola, memang la kegemaran hubby.
Menonton bola la kami hehehe..

Besoknye pagi Isnin saya ada keje so kuar bekpes kat hotel je.
Sebab hotel ni ada complimentary breakfast for 2.


Set up meja yang sangat cantek.
Lagi cantek sebab ianya kaler PINK.
My peberet kaler.
Pasang lagu pun romantis je....
Terus rasa macam tengah honeymoon plak..
Like love in the air lah!
Isk memang seronok, tenang dan nyaman la....


Each meja ada deco roses and lampu ni.
Classic abes la...


Si kenit yg pagi2 dah nak mandi bath tub, seb bek ada air panas.
Hehehe..
Menu bekpes die ada nasi lemak, bubur nasi, western cuisine macam sosej, hashbrown, ommelete, buah2, salad, roti...
Boleh la tahan banyak..


Lobi hotel...


Dah makan, naik bilik sebab saya nak amek laptop sume...
Kami naik tangga je...
Tengok la tangga die.. Memang macam ala English kan?


Bilik kami dekat je ngan lif tapi nak gak naik tangga...


Ok, mama nak g keje...
Rayyan ngan papa lepak dalam bilik tunggu mama eh...
Hikhikhik...

casa de la rossa

Kali ni gi CH kami stay hotel Casa Dela Rosa...
Disebabkan kali ni kira holiday sambil bekerja, boleh la dok tempat ekslusif and mahai sikit.
Maklum ler boleh claim hehehe.. Sambil buat keje sambil jalan.
Actually takde la nak jalan pun, saja nak berehat nak tenangkan pikiran bersama keluarga.

Hotel ni bukan saja ekslusif tapi betul2 berdepan ngan tempat yg aku nak buat keje pagi Isnin tu.
So senang la kan, takde la nak rushing pagi2 tu.

Check in je bilik hotel, tengok view dari bilik..
Cantek kan?
Damai gile rasa...
Dah la cuaca pun nyaman je...


Pastu jejalan amek gambar sekitar hotel...
Ni balkoni depan bilik ktorg.


Ni la katil die.
Best bilik die, deco perabot ala English lama. And toilet die pun ada bath tub. Syiok betol Rayyan berendam dalam bath tub tu..


Rayyan bergamba di balkoni.
Si kenit ni mmg hepi, berlari ke sana sini.
Macam hotel ni rumah dia pulak...
Dah la cuaca nyaman, memang seronok la die berlari tak berpeluh...


Signboard hotel. Hotel ni betul2 berdepan dengan SmokeHouse.
Mula ingat nak tido SmokeHouse tapi seram plak rasa. Sbb Smoke House tu macam building lama je...


Bergamba di lobi. Motip gamba ni nak tunjuk kusi kasut tu. Rayyan pelik gile tengok kasut besau gitu...
Rupanya kusi tok duduk2 kat lobi..


Pandangan dari atas. Huhu nampak sangat pipi daku dah terbonjol kuar.. Huargghhhhh tembammmnyeeeee..
Ya ampunn, aku pakai selipar rupanya T___T
Biasa la kasut mmg spare dalam kete je...


Di depan pintu masuk. KAt hotel nipaking senang je, depan hotel. Sape amek bilik bawah sekali, kuar2 sliding door bilik terus nampak kete.. Hehehe.. Kitaorg amek bilik tingkat 1, sebab nak Garden View.



Pintu masuk hotel.


Gamba hotel dari luar


View yang sangat tenang bila tengok.
Bangun2 tido hubby terus selak langsir...
Menikmati pemandangan dari katil....

Sesape yg nk honeymoon rekemen la hotel ni.
Rate hotel ni RM388 satu malam kalau wiken.
Kalau weekday RM200+..





Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 7, 2012

Hafalan Shalat Delisa : MUST WATCH MOVIE... bengkak mata ooo


Antara aktiviti waktu cuti, selain membaca aku and hubby suke nonton movie..
Kami download je, apa guna ada Unifi..
Takyah tengok wayang pun...


Salah satu movie yang aku nak share ngan korang dan korang WAJIB tengok...
Filem ni dari Indon, Hafalan Shalat Delisa tajuk die...
Mungkin takde hero sehebat atau sehensem Aaron Aziz..
Tapi percayalah pengisian yang kita akan dapat berjuta kali lebey baik dari filem Ombak Rindu...

Aku bukan kondem tapi aku bercakap dengan jujur...
Sebab aku pun dah menonton Ombak Rindu jugak..
Mungkin Ombak Rindu sesuai sebagai hiburan bukan sebagai ubat jiwa..

Movie ni memang CGI die tak la secanggih filem Transformer ke Avatar ke..
Tapi ianya menyentuh jiwa dengan cara tersendiri..
Benar2 menyentuh hati dan perasaan..
Sampaikan aku tengok 3, 4 kali pun..
3,  4 kali jugak la bengkak mata nie..

Filem ni pun adaptasi dari sebuah novel karya Tere Liye, boleh la book hunt pasni...
Ia mengisahkan kehidupan sebuah keluarga di Acheh sebelum dan selepas diserang tsunami..
Delisa adalah watak utama filem ni..
Kanak2 yang berusia 5 tahun..
Yang kehilangan 3 orang kakak dan umminye dan kakinya juga dalam bencana tsunami yang maha dashyat tu..

Ada banyak adegan yang aku rasa sweet dan menyentuh ke dasar hati dalam movie nie..
Biar aku senaraikan satu2..

1. Kehidupan keluarga yang harmoni, walaupun tak mewah tapi penoh kasih sayang...
Ummi yang mengimami solat ketika abi tiada di rumah...
Solat Subuh berjemaah..
Terdetik dalam hati kami laki bini, 
"mampukan kami membimbing anak2 kami kelak macam tu?"

2. Delisa yang berumor 5 tahun masih lagi kanak2 tapi berjiwa besar..
Mampu berkongsi apa yang dimiliki dengan orang sekelilingnye..
Bagi Delisa apa yang menjadi miliknye hakikatnye bukan lah milik dia yang hakiki ianya milik Allah...
Subhannallah.... Sangat kagum dengan cara didikan begitu..
Semoga aku mampu mendidik anak2 aku berjiwa besar begitu jugak..

3. Paling syahdu bila Delisa cakap "Delisa sayang ummi kerana Allah"..
Indah kan? 
Sejok perot ngandung kalau dengar...

Anda boleh tengok dan nilaikn sendiri movie nie...
Aku menages sampai bengkak mata tengok movie nie..
Menages sebab tersedar kelemahan diri..
Menages sebab kagum dengan semangat anak kecil ni..
Menages sebab banyak benda yang mungkin aku terlepas pandang dalam kehidupan seharian..

Alhamdulillah, filem ni banyak menyedarkan aku..
Macam mengejutkan gergasi yang sedang tidor la T____T
Sebab tu aku katakan ianya movie yang bagus..
Bukan hiburan tetapi pengisian yang mengingatkan...

Boleh tonton di Youtube..
Sediakan tisu ye!!
Dan ajakla anak2 serta somi menonton sama2..
Sesuai tok pendidikan anak2..



Hafalan Solat Delisa








Thursday, August 18, 2011

tiada ayah yg sempurna tetapi video ni sedeyyyyyy

Huhuhu sedeyy.. serius.. menages aku tengok video ni..
Nak nak lagi aku baru je pas tulis entri pasal arwah ayah...
Leh baca SINI..


Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, July 21, 2011

Dato Siti Nurhaliza-Falling In Love (New Song)


Lagu baru Dato Siti Nurhaliza...
Falling In Love..
Ntah nape aku suke plak lagu nie ngehngehngehnegh..

enjoy ye korang!!

Wednesday, June 29, 2011

Preview CUN!

Cete ni aku download je and tengok.. Sampai skang dah 3X aku tengok dan masih lagik gelak giler2nye..
Hahaha lawak sangat.. Aku suke sebab lawak die slumber yayaaaaa je..

Dah la pelakon die Maya Karin yang cun melecun..
Meh kiter tengok synopsis cete nie..
Aku memang syorkan korang tengok cete ni, tak rugi..
Hiburan seisi keluarga yang layannnnn!!


Filem Cun mengetengahkan genre romantik komedi yang didokong oleh pelakon-pelakon popular seperti Remy Ishak (Atan), Maya Karin (Luna), Faezah Elai (Tom), Jehan Miskin (Ryan Hidayat), Kartina Aziz (Tok Chah), Mislina Mustaffa (Bedah Tonggek), Siti Nor Faridah (Eton Gebu) & Nadia Nissa (Manis).

Luna, merupakan seorang selebriti popular telah lari daripada hiruk pikuk kota ke sebuah kampung di pedalaman Kedah bersama pembantu peribadinya, Tom. (Tom ni memang lawak la, pandai Faezah Elai bawa watak tomboy nie) Luna menemui jejaka kampung, Atan & berlakulah kisah suka duka di antara mereka.

Sweet, sangat sweet. Bayangkan jejaka kampung bercinta dengan gadis bandar. Remy Ishak & Maya Karin berjaya membawa watak masing-masing sebagai pasangan yang datang daripada 2 dunia berbeza, tapi telah menjumpai persamaan di antara mereka. Lakonan berkesan terutama babak dalam parit air, apabila Maya Karin tertusuk duri ikan keli. Remy Ishak kemudiannya mengambil jari Maya Karin & menyedut bisa ikan keli tersebut. Apa lagi, tak keruan penonton dibuatnya. Sweet sangat!

Kami paling tabik spring pada Kartina Aziz yang membawa watak Tok Chah. Serius, apabila tiba babak sedih, Kartina Aziz membawa watak tersebut dengan penuh emosi. Timbul juga rasa sebak dalam hati, eh ada taman dalam hati pula. Sebagai seorang nenek, Tok Chah banyak memberikan nasihat kepada Atan supaya merebut cinta Luna dengan bersikap lebih gentleman.

Suasana kampung, serta riuh rendah sesebuah keluarga benar-benar dipaparkan dalam filem Cun. Atan sebagai abang yang sulung mengetuai keluarga dengan bekerja sebagai petani. Bersikap tegas, namun ada lembutnya. Walau bagaimanapun, Atan seorang yang selalu cakap lepas, namun dia cepat reda. Sikap tanggungjawab Atan dapat dilihat apabila Manis, adik kepada Atan menghilangkan diri kerana dimarahi oleh Atan. Atan cuba mencari Manis, malah meluahkan rasa kasih sayangnya kepada adiknya di tepi parit air. Mujurlah, Luna tahu tempat persembunyian Manis.

Satu lagi pelakon yang berjaya menjiwai watak ialah Faezah Elai. Membawa watak sebagai Tom, dia merupakan gadis yang agak kasar, selalu bertelagah pendapat dengan Atan. Kami mendapati, Tom merupakan penyeri, pemecah lawak di panggung. Kepekatan dialek Kedah yang dibawa oleh Tom benar-benar mencerminkan suasana para penduduk di Kedah.

Ya, watak sampingan Bedah Tonggek & Eton Gebu agak klise. Kedua-dua wanita ini kami gelarkan sebagai ahli mesyuarat tingkap. Sangat busybody & suka menjaga tepi kain orang lain, kedua-dua watak ini amat menyukai Atan. Tetapi, kehadiran Luna yang super gorgeous telah mengugat reputasi mereka.

Disebalik nilai positif yang ditonjolkan dalam Cun, kami agak terganggu dengan kehadiran produk-produk penaja yang ditayangkan berulang-ulang kali. Kalau tak silap kiraan, kami perasan lebih kurang 9 kali produk-produk penaja ditonjolkan. Sebab itu, setiap kali produk penaja muncul, riuh dewan tayangan. Memang boleh dimaafkan, tapi serius terganggu.

Secara keseluruhan, filem Cun memang seronok ditonton seisi keluarga. Jalan ceritanya ringkas & mudah, tapi kehadiran pelakon-pelakon berbakat berjaya memantapkan Cun. Sedikit sebanyak, kehidupan di kampung dalam filem Cun ini dapat mengimbau kenangan anda dahulu kala, terutamanya anda yang sudah lama berhijrah ke bandar.


Sumber: http://www.ohbulan.com/review-filem-cun-maya-karin-remy-ishak-couple-of-the-year/


PS: Korang kene tengok cete ni, gi donlod cepat2!!


Monday, June 20, 2011

Nora Elena dah tamat pasni Dewa cintaku..

Heheh malam tadi layan tak stanza Cinta??

Aku ada UP entri pasal stanza cinta nie...
Leh baca KAT SINI..
Bes kan cete tu??
Lagi bertambah bes sebab hero die Aaron Aziz..
Ngeeeee

Petang ni Cete Dewa Cintaku akan ganti Nora Elena..
Dewa Cintaku ni pun adaptasi dari novel tau..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgp2AW-BB8-J-3pFZyY6vFSY7NefcOtvO5nr2UMwo2pPP9zZkyMeNa0vPv8ebzNGoEx_rVdKdxhd-LjQKZVt0H6u3bJXh79JUShigsdWGALywx1kviJljcaxkcDCNKwsJwE45q5ROhTmAM/s1600/coverdewacintaku-1.jpg

MEh tengok sipnopsis cete ni dari novel..

Iqbal dan June masing masing ada sejarah hitam kerana menjadi mangsa perpecahan keluarga, mereka hilang kasih sayang, June pulak pernah dikecewakan oleh kekasihnya. June sukar menerima cinta lelaki. Iqbal terpisah dari kasih sayang ibu dan kakak kandungnya sebab dari kecil bapanya dah bawa lari dia dari ibunya. Iqbal dibesarkan dalam keluarganya mewah dan kaya raya, dari kecil hingga remaja dia disuruh pentingkan pendidikan dan dia mewarisi pernigaan keluarga.

Iqbal masih teringatkan ibu dan kakak kandungnya, dia berusaha untuk menjejaki mereka. Iqbal dijodohkan dengan Selena tapi Iqbal tidak berminat selagi dia tak menemui ibu dan kakak kandungnya. Dalam pencariannya tu dia berkenalan le dengan penyanyi rock kelab malam bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal, Iqbal jatuh cinta dengan June tapi June ni jual mahal lak.

Iqbal berusaha mendapatkan cinta June, akhirnya berjaya jugak le, sebab dalam diam June ni pun memang menaruh hati kat iqbal..ahaks!! Mereka akhirnya bertunang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, dari Selena dan jugak jarak umur. Sebulan lagi depa dua ni nak kawin, Iqbal pun dapat tau yang June ni ialah kakak kandungnya..huhu!! bercinta bagai nak rak..last last dapat tau kakak kandung le pulak..apa jadi ye ending cerita ni.

????????????

Jom kita berteka teki..
Aku tak baca lagi novel ni, so aku pun tak tau apa kesudahan die..
Pelakon darama ni Iqram Dizly dan Fasha Sandhaaa...
Meletoppps betol la makcik tu kan sejak menang anugerah aritu...
Tapi lakonan die memang khelessss pun..
Nak nak lagi kalau ajdik penggoda..
Eh aku bukan peminat Fasha tau..
Saja nak bagi komen..


Okay, petang ni jom kite standby depan TV ye kekawannnn..


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails