Friday, August 28, 2015

Nikmatnya Lahai

Adik baru balik dr Langkawi.. Kita kirim la cokelat kat dia.. Hehehe kami bulan 1 nnt baru g Langkawi. Eh Langkawi lagi? KAHKAHKAH Kita memang suka g Langkawi... Makan best, suasana best, boleh sopim. Hehehehe


Kita kirim cokelat2 yg mahai kat KL. Almond Gold wajib sbb peberet kita, pastu Ritter Sport kat KL satu tu RM9+ kat langkawi baru RM4.50. Pastu Daim, dan pestime kirim Nutella Go. Sedap pulakkkk... kita beli 6 je, 5 bebudak dah tibai, tinggal 1 je utk mama....


Thursday, August 27, 2015

Selamat dah menjadi tunangan

Ni kisah minggu last Syawal ritu, sil bertunang and buat majlis kat rumah kami. Alahmdulillah setel dah majlisnya, tak buat besar besaran pun, famili terdekat ngan pihak lelaki je, even jiran pn ajak yg selorong ja. Hihi

Hari Jumaat malam org datang pasang pelamin, majlisnya Sabtu..
Pepagi lepas mandi anak bujang dah posing atas pelamin. Trend sekarang kan, bertunang pun grand siap pelamin bagai.



Adik memang susah nak suh posing, byk distracted tengok kiri kanan...


Adik ngn kazen Darwish...



Rombongan pihak lelaki dr Johor sampai kol 12, memang penuh rumah saya. Ramai sedara mara dr pihak lelaki...



Hantaran utk hari tersebut


Ni la die yg ditunangkan. Kembar actually tapi yg adik. Yg kakak belum lagi.




Setel dah majlis...
Kami laki bini lupa lak posing kat pelamin haha jadi tuan rumah memang begitu . Bizi oi. Org dok cari je.


Wednesday, August 26, 2015

my 1st step

Dgn keadaan eknomi tak tentu, mmg skang kita tak berani nak sopim2 dr website oversea dah sbb currency RM kan jatuh teruk. Beli enbeg pon dah stop hahahaha eh dah lama kot kita stop. Saving duet nk g haji. Insyaallah. 

Bila tengok RM makin jatuh makin jatuh. Eh risaunya, takot jd macam Greece nanti penyudahnya duet ada je dalam bank tapi takleh nk kluarkan. Sbb dah muflis. Nauzubillah. Tapi ye la, tengok keadaaan skang takde yg boleh meyakinkan pun, so cari je la jalan alternatif. So now, saya dah berarah kepada gold saving. Bukan pe, harga emas mmg kalau ikot history makin naik makin naik. Konsep nya sama je macam kita simpan duet dekat bank, cuma skang ni kalau simpan duet kat bank mata wang makin jatuh, value duet makain rendah. So kita tukar la simpan emas. 

Nak beli emas perhiasan, kita ni bukan jenis pakai emas  sangat pun. Yang ada pun, takde pakai2. Kang kene bayar zakat plak. So kita bt decision utk simpan dinar/gold bar.  Beli skit2 utk anak2. Ini mmg jenis saving longterm  sbb harga emas akan makin naik over years bukan beli arini besok jual ye.. hahahaha.. beli rini jual bk 10thn lagi.

Ada org kabo kalau ada 10dinar, dah boleh pergi haji. So marilah kita menyimpan emas dr skang, beli skit2.. Kita pun bukan byk nau duet, sebulan beli skit. Kalau byk duet ada dapat durian runtuh belilah lebey.  Ha gitu.



Our very 1st dinar utk anak2.. Duet raya anak2 tahun ni boleh la half masuk tabung haji, half lagi kita belikan gold bar.. sok anak nak masuk Uni kita pajakkan aje gold bar deme ni.




Tuesday, August 25, 2015

Bila nk gi nii?

Ritu menang kontest kat IG dapat tix wayang 4keping ha. Bila ntah nak g tak tau la. Ingat nak bawa bebudak g tgk Inside Out cete katun tu. Tapi tu la papanya bizi skang sibuk ke meeting Asean. Aih la Sabtu boleh la kot try. Cuti kan Sabtu ni.



Monday, August 24, 2015

Penggembaraan Miles From Tomorrowland

Ni kisah wiken yg lepas. Lewat sungguh aku update sbb ada banyak sangat hal dan hampir lupa. Aritu dapat invitation dr Sophia utk ke pelancaran siri animasi baru dr Disney Junior : Miles from Tomorrow land. Pelancaran ni dibuat die Petro Sains KLCC. Sebabkan event ni utk anak2, so kita bawalah anak2 gi join event ni. Kita mmg suka aktiviti yg libatkan anak2 ni, bagi diaorg  develop self confindence bila mingle around dengan kanak2 yg lain. 

Memula sampai, kita amek gambar depan poster dulu... anak iols bawa dedua.. Aritu p ngn adik, hasben keje kan. 


Best sangat, organizer susun bean bag yg kalerful ni depan skrin besau utk tayangan perdana siri animasi kepada anak2... Rayyan memula tak minat sbb katun baru kan, tapi now kat rumah mmg stp malam tunggu nak tengok tomorrow land katanya...

Sedikit info tentang siri animasi ini: 

“Miles from Tomorrowland” Disney Junior, siri pengembaraan antara galaksi, dilancarkan pada 17 Ogos jam 9 pagi di Disney Junior (Astro Channel 613). Program baharu untuk kanak-kanak berusia 2-7 tahun ini menggabungkan fakta unik tentang angkasa dan sains tatkala mengikuti misi pengembara muda Miles Callisto dan keluarganya ke angkasa lepas.

Keluarga Callisto terdiri dari Ibunya dan Kapten kapal, Phoebe; Ayahnya jurutera mekanik, Leo; kakaknya Loretta pakar teknikal dan kawan baik, Merc, ‘robo-ostrich’. Mereka bersama-sama menerokai galaksi baru yang dipenuhi dengan makhuk asing, kenderaan angkasa lepas dan alat berteknologi tinggi yang aneh. Mereka akan membawa penonton muda dan keluarga mereka mengharungi perjalanan ke masa depan, dan pada masa yang sama mengingatkan mereka tentang apa yang perlu diperkukuhkan – ikatan keluarga. 


adik yg tak reti diam2... asyik bt keje aje, bukan nak duduk ontok2 tgk katun.


Kat majlis pelancaran tu jumpa jugak Nana and kazen2 Rayyan & Sumayyah. Kemain hepi la bebudak tu dapat jumpa, raya ritu tak sempat lg nk jumpa kan... Kita kan raya Perak...




Selepas habis tayangan perdana, kami diberi tix untuk masuk dan meneroka alam sains di Petrosains. Ni pengalaman pertama anak2 masuk PetroSains, tak pernah bawa sebelum ni. Macam biasa la, kami nak tunggu bebudak pandai appreciate dulu. Eh sebelum ni pernah bawa p pusat Sains Negara hihihi..



Seronok anak2 meneroka tentang Sains kat dalam tu. Rayyan la paling byk sekali soklan pelik2 dr dia. Pening mama nk jawab.



Masa ni belajar pasal udara... seronok bebudak berdua ni main, gelak terkekek2 adik bila abg masukkan kertas, kertas tu terbang naik ke atas kluar ikot corong...


Yang ni plak pasal mekanik fizik... Tapi bebudak suka sbb byk pengerakkan bukan paham pun yg ni aktiviti fizik. Hihihi.


Adik sibuk bermain dgn bayang2 di cermin.


Paling best adalah Goodies hari tu.. Dapat botol air dan bekas maknan Miles from tomorrowland. Dapat 4 set, satu set bg ke mak.. bebudak ni dapat la satu sorang, mama dpat 1 set hahahahaha...
Seronok seronok seronok.. Nanti invite kami lagi ye Sophia.


Sempena pelancaran siri ini, pencarian untuk ‘Disney Junior’s Space Adventurers’ seluruh Asia Tenggara kini bermula! Kanak-kanak berusia 2-7 tahun digalakkan untuk mencipta Starjetter mereka sendiri – kapal angkasa penyelidik yang digunakan oleh keluarga Callisto sewaktu perjalanan mereka ke angkasa lepas. Keluarga di Malaysia juga boleh mengunjungi Petrosains, The Discovery Centre di Tingkat 4, Suria KLCC bermula 1 Ogos 2015 untuk menyertai aktiviti istimewa bertemakan Miles from Tomorrowland! 

Bagaimana nak sertai peraduan ni?

Ibubapa perlu melayari laman sesawang – Disneyjunior.asia – dan muat turun Miles from Tomorrowland Space Adventurer E-kit yang bukan sahaja menampilkan helaian aktiviti menyeronokkan tetapi juga panduan lengkap cara untuk mencipta Starjetter. Foto Starjetter paling kreatif yang dihantar akan memenangi gelaran “Disney Junior’s Space Adventurer” dan akan disiarkan di saluran ini.

Untuk info lanjut, klik ke Disneyjunior.asia

Friday, August 21, 2015

MasterChef Asia di Midvalley Sabtu ni

Korang suka tgk MasterChef ? Iols mmg peminat setia lah. Kali ni MasterChef nk dtg Malaysia. 

Teruja tak???

Jadi Sabtu 22 Ogos ini jom kita beramai ramai ke MidValley MegaMall untuk meyaksikan secara life para peserta MasterChef Asia dan melihat sendiri mereka beraksi secara LIVE







Maklumat lanjut:


Pameran Dapur MasterChef Asia

Tarikh : 19 hingga 23 Ogos 2015, Rabu hingga Ahad 

Masa : 10 pagi – 10 malam

Tempat : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah

Info : Sebagai bonus tambahan, saksikan penampilan tetamu istimewa selebriti Datuk Chef Fazley Yaakob yang akan mengadakan demonstrasi masakan di lokasi yang sama pada hari-hari tertentu!



Sesi Beramah Mesra MasterChef Asia


Tarikh : 22 Ogos 2015, Sabtu
Masa : Dari 12 tengahari
Tempat : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah
Bermula 12 tengahari pada 22 Ogos, Sabtu

para peminat MasterChef berpeluang menyertai sesi beramah mesra bersama para juri MasterChef Asia yang pertama, Susur Lee, Bruno Ménard dan Audra Morrice; dan juga peserta-peserta dari Malaysia Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli. Namun bukan itu sahaja 

MasterChef Asia tidak akan lengkap tanpa Mystery Box Challenge! Saksikan cabaran memasak yang mendebarkan secara langsung di mana Jasbir, Marcus dan Sophia akan bertarung di hadapan penonton, dan saksikan bagaimana para juri menilai prestasi mereka. Tunggu dan lihat apa yang mereka bakal sajikan!



Musim pertama MasterChef Asia memaparkan tiga peserta Malaysia dengan latar belakang berbeza, masing-masing mempamerkan kehebatan sajian Malaysia: Jasbir peserta paling matang dalam musim kali ini yang suka menyediakan sajian Punjabi dengan mudahnya; Marcus, seorang kakitangan bank yang berminat dalam sajian molekular dan penggabungan makanan unik; dan Sophia, seorang ibu yang mencintai makanan dan dunia masakan.


Para juri turut mempunyai latar belakang dinamik, daripada seorang pengusaha restoran yang pernah memenangi anugerah dan pakar hidangan fusion, Susur Lee hinggalah kepada chef dengan 3 Bintang Michelin dan penasihat kulinari Chef Bruno Ménard, dan Audra Morrice yang disayangi ramai, peserta MasterChef Australia, pemilik bisnes katering dan penulis buku masakan.






Jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup ini – cajkan bateri kamera dan telefon anda; bawa buku masakan dan pen untuk autograf; dan hadiri acara ini untuk merasai pengalaman menakjubkan! Untuk maklumat lanjut tentang jelajah ini, 

layarilah website MasterChefAsia.


MasterChef Asia Musim Pertama dipersembahkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, Hotel Carlton Singapura dan Air Asia. Siri ini akan ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di msn.com/masterchefasia.


MasterChef diwakili di peringkat antarabangsa oleh Endemol Shine Group. Rancangan ini pada asalnya dirakam semula sebagai MasterChef Goes Large pada 2005 oleh Shine TV di UK dan berdasarkan format yang direka oleh Franc Roddam.



Thursday, August 20, 2015

Rezeki contest berganda minggu lepas

Alhamdulillah rezeki berganda minggu lepas... Nana tag bitau menang kat IG ni.. Sejak lepas raya bizi, mmg takde follow up pun kontest2 yg dah join, mujur nana tag tu tau menang tu... Dapay skincare Clarins... Mahai produk Clarins ni, ok la dapat free.. Kalau tak guna kita juaikan aje...


Pastu dapat noti menang contest Mag, adiah die jam dr Roscani.. Aih ni kene g kutip sendiri kat PJ sana.. Nanti bebila free, lunch hr lari kejap g sana kutip.



Wednesday, August 19, 2015

Sopim kat Guardian

Masa jejalan MV tengok Guardian bt sale. Kita saja la masuk, dlm kepala just nak beli moisturize je.. Kita pakai nutox, since dah habes mmg plan nak beli baru.. Skali tengok eh byk nya lahai make up sale... Make up kita mmg dah lama tak ganti..  so jejalan la usha nak beli apa...

skali kita beli mascara maybeline RM10 ja maskara tu... Pastu beli blusher pun dalam RM11 gitu.. blusher kita dah habes dah selepas 5 tahun pakai.. ha amek ko memang guna sampai licin. kehkeh blusher hantaran kawen dulu.


Shower tu sbb promo rm10 2 botol, kita rembat la.. mana nak dapat shower gel banyak besok gitu RM5 sebotol.. tak dapat der, dah la wangi tau.... terutama yg Argan Oil & Collagen tu, wangi gila...


Pastu liptik tu buy 1 free 1, kita g ngn opismate so share la sorang amek satu, liptik tu RM 14 gitu ja.. Seme maybeline.... Yg brush2 tu dapat free sbb  beli brg more than RM50.. ok la tu kan...


Berbaloi kan kita beli ni? time murah je boleh beli make up ni, time mahai taknak la perabes duet...


Friday, August 14, 2015

Barber Time


ni cerita masa sebelum raya. Rayyan ni mmg dr kecik takot potong rambut, stp kali potong rambut menages bagai nak rak... Actually bukan takot, sebenarnya die geli bila guna mesin ketam rambut tu... pastu stat la nages berjurai air mata habes la rambut berselemuih melekat sana sini.. itu la dugaan stp kali nk potong rambut, sudahnya kami ni 3-4 bulan skali bru bw die g barber...



Masa nak raya puas la pujuk die potong rambut. skali opah die kabo kat tesco ada kedai gunting yg ada kereta tu... opah die ajak la kita try bawa die g sana. So masa g umah opah die, alang2 takde bt pape tu terus la kami g tesco bw rayyan potong rambut. memula tu die nak nages gak.. kami pujuk la suh try dlu, naik dalam kete....

Ya allah syukur sangat, kat kedai ni gunting die tak nages langsung. Maybe sbb kereta tu satu hal, lagi satu mesin ketam yg india ni guna jenis yg senyap je takde bunyi yg menakotkan.. Rayyan die penakot bila mesin ketam tu bunyik kuat hahahaha.... ni takde bunyi langsung, tu yg rayyan rilek je... ada la jugak terlentok2 sbb geli, geli tu mmg takleh bt apa dah la...


Lepas siap potong rambut. ha ceria ja ha lepas potong.... baru la dapat potong pesen2 sket kalau tak botak ja senang.. skali zasss... kalau nak pesen susah sbb die nages pastu meronta.. tu yg mesin je bg botak... sbbkan kali ni die ok, rilek dok diam tak nages dapat la bt rambut pesen2...


uncle siap buh gel lagi bg nampak ensem...


dah siap potong berlagak pulak tu, kata "Mama rayyan berani kan mama"

Iyolahhhhhhhh.. dah 5 tahun ha baru datang keberanian tu...

Thursday, August 13, 2015

Raya di Melaka


Masa hari Sabtu ritu ktorg gi beraya kat Bukit Katil Melaka, rumah BFF mawar.. Plan ngn Fatimah nak g, sekali Saz pun nak join... Cuma Azrin, Liza, Hani ngn Imah yg tak dapat join. Its ok, mana ada je...

Awal pagi ktorg dah gerak, sbbkan malas nk bt bekpes so pg tu ktrog bekpes kat kedai ja.. Tu pun hasben ngn Rayyan je kluar sbb Mayyah tido so malas nak kacau.. Kita lepak dalam kete aje la.. Ktorg ikot jalan dalam exit senawang then baru masuk highway sampai Air keruh. Tak jem pun jalan.
Masa sampai, ktorg sampai dulu. 


Sementara tunggu yg lelain sampai, bebudak puas la main kat luar, laman rumah mawar luas plak tu mmg seronok sangat Rayyan ngn Mayyah jumpa kawan main...


Masa ni hasben ngn hb Mawar gi surau semayang  Zohor, kita pun amek peluang la posing2 ngn anak dara hehehe... Ni pun minta Rayyan snapkan gambar, eh pandai plak abang tangkap gamba skang... Kalau tak tu asyik la gegar gambarnya hihihi..


Posing bukan baju raya.. Haha ni baju mix and match je.. Baju raya kita sepasang je tahun ni, baju di pagi raya warna merah tu je... Tahun jimat cermat kan, so guna apa yg ada. Lagipun kita banyak baju yg elok2 lagi yg jarang pakai so mix and match aje la...


Aritu Mawar jamu kami makan tengahari, ada siakap besar masak 3 rasa, kepah tumis air, sambal belacan dan ulaman, rendang ayam, ketupat palas, sambal udang... wah pelbagai menu makyung ni jamu kami.. Ni yg best kalau gi rumah mawar. Pastu Fatimah lak bawa cake sempena beday Khalif anak Mawar no 2...

Ni 3 org BFF saya ni, tiga2 peknen.. Hihi Fatimah peknen anak k4, Saz peknen anak sulung, Mawar peknen anak ke3. Alhamdulillah murah rezeki BFF seme. Kita nnt la lagi 3 thn baru menyusul eh...


Meh selfie jap... Tangan kita pendek, payah nau nak selfie.. dapat masuk muka sipi2 ja..


Bergamba bersama kek... Payah betul nak panggil bebudak suh potong kek, seme dok main kat luar laman.. Para bapa lak dok sembang kat hall, kemain rancak sembang sampai taknak balik...
dah kol 5 kita terus prompt hasben bila nak baliknya hahhaa patut plan asal lepas raya rumh mawar nk g ziarah makck pakck kat Lubok China, sudahnya tak sempat pun. Dah agak dah. sbb mmg kalau raya rumah mawar, leka bersembang memasing. Hasben pun kalau jmpa hasben BFF ni pon ralit dok sembang gak...


Akhirnya dpt pggl bebudak potong kek. Awat Khalif bt muka lagu tu dik?


Kanak2 yg ceria seme.. Kek tu sedap... bnyk gak kita makan sbb kek jenis tak jemu makan... Strawberry cheese tak silap nama die.


papepun best raya ngn BFF, bukan selalu dpt jumpa pun...



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails