Showing posts with label nukilanku. Show all posts
Showing posts with label nukilanku. Show all posts

Tuesday, May 19, 2015

Rezeki Tahun Ni

Alhamdulillah. Di saat keadaan ekonomi yg tak tentu ni, mmg saya tak expect any increment mau pun bonus. Tapi syukur, company yg dah 8 tahun saya berkhidmat masih lagi berikan increment dan bonus kepada staff di keadaan eknomi GST yg tak tentu ni.

Sedikit sebanyak kenaikkan gaji ni membantu jugak la kos sara idop yg meningkat ye tak... Anak2 pun makin besar, kos nk sekolahkan pun bertambah.. Alhamdulillah masih lgi ada keje dan pendapatan tetap. Bila company bagi reward gini haruslah tingkatkan usaha, keje lebih gigih hehehe di samping itu gigih juga iklan kan campaign utk Nuffnang utk menjana duet sampaingan hihihi...

Kenaikkan gaji, KGT ngn bonus seme ah pay out end of April ritu, so boleh la gunakan g olidays. Walaupun tak sebanyak bonus tahun lepas tapi bersyukur masih ada. 

Thursday, November 22, 2012

Hokkaido Cupcake

Another projek baking aku masa cuti ritu.. Hehehe cupcake Hokkaido... amboii curlasssss nama ok..
Actually aku makan cupcake hokkaido ni masa go travel kat singapore dulu...
Sedap tapi mahai.. Kat malaysia pun ada kat kedai mana ntah. Tak ingat tapi kedai bakery yg mahai2 ni la.. And rege tak silap dalam belasan RM for 3... Memang rasa tak berbaloi la...

So cuti ritu saja la try nak bt cupcake ni, kebetulan plak bahan2nye simple je... So lepas je masak lunch terus zas zas zas keluarkan mixer seme start la memutar telor, gula.. Hikhik

Meh saya share resipi... Ada resipi share uols, jangan kedek.. tak baik... Ilmu tu kalau dikongsi lagi berkat....

Resipi ni pun aku gugel je dr Internet .

Bahan A
4 biji kuning telor
30 gram gula kastor
40ml susu segar
40ml minyak sayuran
55gram tepung gandum
 25 gram tepung kastard

Bahan B (meringue)
4 Biji putih telor
80 gram gula castor
1 sudu teh garam

Cara buat
1. Putar bahan B sehingga kental. Adunan ni sama seperti adunan membuat pavlova atau kek karamel...
Putar sampai bila kiter terbalikkan bekas adunan tu tak jatuh, tu maknanye dah kental. Tapi pastikan putih telor tu takde sedikit pun campuran kuning telor atau air.
2. Utk bahan B, putarkan kuning telor dan gula hingga kembang.. Then baru masukkan susu segar dan minyak.... Bila dah kembang adunan tu baru masukkan pulak campuran tepung yang dah diayak
3. Campuran adunan bahan A dan bahan B secara lemah lembut atau kaedah kaup balik.. 
4. Pastu isikan adunan dalam bekas cupcake atau ramekin. Aku takde ramekin ni, tak beli lagi so guna cupcake je.....Isi dalam 80% dari tinggi bekas sbb kek ni akan naik kembang dgn jayanya....
5. Masuk dalam oven bakarkan pada suhu 120 darjah selama 30 minit

Bahan2 custard
2 biji kuning telor
300 ml susu segar
3 sudu tepung kastard
50 gram gula

cara buat
1. Campurkan semua adunan dan kacau atas api yg kecik sehingga pekat likat. Bila custard dah likat, sejukkan sebab kita akan pipekan ke dalam kek.
2. Bila kek dah sejuk, guna nozel utk pipekan custard dalam kek... Macam saya, takde nozel hahaha nozelnye ada tapi sampul yg nak masukkan adunan tu koyak so penyelesaiannye saya guna picagari utk presskan custard ke dalam kek... kehkehek kreatip tak ai??????

Hasilnye seperti di bawah, lepas dah siap presskan custard. Boleh la taburkan gula icing kat atas.. Heheh macam ala2 salji gitu.. Tu yang namanye kek hokkaido...

Pastu masuk dalam peti sejuk, and sedia utk dihidang dgn teh sebagai minum petang.. Yum nyuuuummm...
Kek ni sedap dimakan sejuk, ala2 macam makan aiskrim gitu... 
Kalau taknak buh custard, boleh buh krim cheese. Ikot kesukaan memasing...



Petang tu, sesambil lepak2 bersembang ngan hubby, bancuh Teh  Vanilla. Baca buku yang and makan kek.... Nikmatnyeeee terasa... Rasa lapang dada tenang fikiran....

Pastu tetibe terkeluar impian lama nak bukak bakery.. heheh dulu cita2 saya memang nak bukak bakeri sbb saya sangat la suka baking.. Now, keinginan tu dah meluap2 balik... So skang tengah mencari eklas deco cake.. Hehhehe.. Nak asah decoration skill and then boleh la saya start nak biz kek secara kecil kecilan dulu...

Agak2 uols nak beli tak kek kite???? T____T



Friday, April 6, 2012

Final say: "Saya terima pinangan kamu"

Remember my post last week? About me in dilemma? Today is the final day about my decision after dipinang orang. Eceh, ayat nak best aje. Yela, saya telah dipinang oleh seorang boss AGM untuk menjadi Manager dibawah beliau. In my company normally, the individual yang akan mencari post Manager ni and attend all the interview and the hassle process to be as Manager, but in my case I pulak yang dipinang dan di-proposed oleh big bos and the best thing is my interview session with the bosses is just a chit-chat session without any stress or knocking-head session in it. HAHAHA sangat suke sebab saya adalah sangat menyampah dengan sesi interview!

Bulan 8 ni genap la 5 tahun perkhidmatan saya di company ni. Just a blink of eyes, sudah 5 tahun rupanya. Kalau diputar balik masa, ketika hari pertama saya bekerja di sini, saya di tempatkan di bawah Project Management, tugas saya memastikan semua project cukup budget, ontime bla bla bla. Basically on managing the project itself end to end. Nampak macam mudah kan? Kamu salah sama sekali. Bekerja dengan company besar, deal with many people from different background, ada sales, ada strategy, ada implementer, ada procurement adalah memeningkan kepala. PR kene bagus. Budak fresh grad macam saya, perlu deal with pihak pengurusan atasan. What do you expect? Ketaq lutut ni. Sampai satu tahap nak call tanya progress project pun rasa macam nak terkecing, takut! But, there's a challenge for me, I built my strength, my confident, my networking here. I get to know with others staff, get along with them. Sebab pada saya bila kita baik dengan orang, takde masalah when comes one day kita nak minta tolong daripada diaorang. Saya menimba segala ilmu berkenaan project management and enhanced my PR skill and project based here for 2.5 years. And additional saya dapat travel all over Malaysia, Sabah, Sarawak and Brunei when I am involved with project management ni. Satu kelebihan yang berbaloi2 bagi saya!

Apabila saya berkahwin, saya bertukar ke division lain. Yang totally different working culture dari sebelum tu. Tujuan bertukar sebab nak beralih kepada technical more deep. Di tempat baru ni saya menghadapi challenge yang lain pulak, I must be technical competence within 3 months, kalau orang lain took a years, I must be competence enough  in 3 months je. Big challenge kan? Dengan perot memboyot, morning sickness for 5 months, saya gagahkan diri attend all the courses, ambil proffesional certification..... Sampaikan the lecturer pun cakap, anak yang dalam perot saya ketika tu sure bila keluar je pandai on networking and dont be surprise kalau pandai configure router jugak! T_______T
But again, alhamdulillah... Berkat usaha saya yang tak jemu belajar, google-ing, on-job-training, jalan yang nampak susah akhirnya berjaya saya lalui. Di sini, saya memang benar2 enhanced technical knowledge saya.  Nak kata terer tu takde la, tapi I know where's my level now.

After 2.5 years saya di tempat sekarang. Saya telah dipinang pulak untuk ke Division lain dan promoted as Manager. Yang paling menarik tertarik ditambah pulak allowance Specialist Scheme. Pada mula reluctant je nak terima. Sebab utama, jobscobe berbeza, plus I love my current job. But I believe, opportunity only come once, grab it or leave it. Memula, saya ingatkan mahu declined je. HAHAHA Actually the first time they offered me this post masa saya di China, during that time memang I declined without second thought, to me terlalu cepat untuk saya naik jadik Manager, takut I am not capable enough. But, bila offer yang sama datang buat kali kedua, buat saya terpikir. Adakah ini rezeki yang Allah dah tetapkan bagi saya? Sebab peluang ini datang 2 kali dalam masa tak sampai 6 bulan. Maybe ini adalah jalan Allah  untuk keluarga kecik kami menambah pendapatan keluarga, ye la dengan naik pangkat secara tak langsung gaji saya akan naik. Mungkin peluang ini memang milik saya dari awal cuma saya je yang melengahkan peluang tu T______T 

Saya minta diberi tempoh seminggu untuk menilai segala pro and cons keputusan saya kelak. Seminggu telah berlalu. After mendapat nasihat dari yang senior, peers dan rakan2. Akhirnya saya bulatkan hati untuk menerima pinangan tersebut. Setelah memberi kata putus, saya perlu melalui satu fasa penilaian oleh HR, tarikhnya akan ditetapkan kemudian. Saya berdoa agar rezeki itu milik saya. Harap HR akan memberi kelulusan bg proses naik pangkat itu, takut jugak direject since temph perkhidmatan saya baru 5 tahun, belum cukup matang kata orang. 

Amin.

Berakhir sudah kebuntuan otak saya, HAHAHA. Buntu ye otak untuk membuat keputusan. saya paling benci when comes to decision making, nak lagi about career, life or love punya decision. Eh susah tau! Tapi keputusan kali ni saya ambil setelah mengambil kira pandangan suami dan mak. Itulah yang paling penting, kalau dua insan tersebut memberi restu insyaallah jalan yang saya akan lalui lebih mudah. Saya percaya itu, doa ibu untuk anaknya, restu suami buat isterinya adalah intipati penting bagi menjamin kebahagian dunia dan akhirat saya. Kamu jugak harus percaya ok!

Terima kasih.

Buat kekawan twitter, kawan di UB yang memberi kata2 semangat. Kata2 dari kalian lah yang buat saya berfikir di mana kemampuan saya. Jika saya tidak layak mana mungkin saya dipinang, ye tak?

Thanks all. Semoga perjalanan saya selepas ini akan dipermudahkan dan semoga rezeki kami sekeluarga akan lebih berkat dan barakah. Saya juga mendoakan agar kalian turut dimurahkan rezeki.



Monday, April 2, 2012

Welcome April, bulan cinta kami!

APRIL... bulan yang sanagt bermakna bagi saya eh bagi kami suami isteri. Ianya saya istiharkan sebagai bulan cinta kami huehuehue.. 29 April 2012 mark our love 11 years.. Wow! 11 tahun kau.. Kalau kahwin 11 tahun yang lepas, mau udah beranak 8 kami agaknye T_____T. Meriah keluarga.

Mengimbas kembali detik 12 tahun lepas ketika saya mengenali suami. Kami satu sekolah. Tapi berlainan kelas, kelas kami bersebelahan je sejak dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5. Oh ye, kami mengenali ketika di Sekolah Teknik, masa lower high school saya bersekolah di sekolah perempuan di Petaling Jaya. Detik perkenalan kami bukan lah yang lovey dovey dan indah-indah belaka. Kami berkenalan secara tak sengaja setelah suami yang ketika itu un-known telah melanggar saya dah menjatuhkan kesemua set peralatan lukisan kejuruteraan saya. Budak sekolah teknik memang femes dengan alatan set lukisan ni, kemana2 mesti mengakut beg LK yang besar gabak ni, hampir senget bahu galas beg LK ni tau. Since that day, saya telah aim mamat yang telah melanggar saya, aim bukan sebab minat tapi menyampah. Eh menyampah giler tau, dah la pakai spek bermata -empat, masih langgar orang lagi. 

Takdir Allah sekali lagi menemukan kami dalam situasi terdesak, di mana saya ketika tu sangat memerlukan pertolongan dan yang ada di tempat kejadian hanya suami si mata-empat yang rabun yang saya menyampah sangat tu. Tapi orang yang saya menyampah tu la yang membantu saya ketika tu. Since that day we are friend. Best friend! Itu lah, orang tua tua dah pesan, jangan benci seseorang melampau, one day you'll find out you're in love with them! Setepek kene batang hidung sendiri...

Since that day kami sering belajar bersama. Serius, kami memang belajar. Kami saling memberi semangat kepada satu sama lain. Setiap petang kami akan belajar Add Math, Lukisan kejuruteraan, Kimia dan Fizik bersama. Waktu tu memang macam macam fitnah yang kami dengar, tapi saya ni kan muka slumber. As long kami tak buat salah, buat apa nak takut. Kami hanya belajar bukannye bercium or beromen pun ye tak? 

Selepas berkawan selama beberapa bulan, pada 29 April 2001, suami telah confess perasaannya terhadap saya melalui sepucuk surat. chewah. Surat you! Zaman dulu kala, memang surat la the perfect medium nak confess feeling kan. Mana ada laptop or handphone pun masa tu. Lama jugak untuk memberi keputusan. Dan akhirnya saya memutuskan untuk menerima si-mata-empat tadi tu as someone special in my life. Keputusan berani mati ni. 

Even dah bergelar couple pun, rutin kami tetap sama. Yang berbeza cuma satu, setiap hari si-mata-empat akan meninggalkan sepucuk surat bawah meja saya. Gini, pada waktu petang, pelajar lelaki dan perempuan akan prep di kelas, pada waktu malam plak, pelajar lelaki akan prep di dewan makan, dan kami pelajar perempuan prep di kelas. Selalunya selepas waktu prep petang atau sebelum ke surau semayang Magrib, suami akan meninggalkan sepucuk surat bawah meja saya, so malam hari tu boleh la saya baca surat chenta hati saya kan.. Suami tak pernah gagal meninggalkan sepucuk surat buat saya setiap hari. Never failed untuk sepanjang tahun itu since April! Kadang2 tu siap tolong kemaskan meja saya yang bersepah hikhikhik... Actually itu lah surat itulah DOS ransangan yang memberi semangat kepada saya, setiap kali lepas baca surat suami yang mana pesanan terakhirnya adalah "Belajar rajin2, supaya kita dapat masuk U" kompem lepas tu saya akan  tekun membaca buku dan membuat segala latih tubi. So sape kata cinta tu memusnahkan? Ianya terpulang kepada orang yang bercinta, how they define the love. Bagi saya, cinta itu lah yang memberi saya semangat dan akhirnya berjaya hingga ke tahap ini. I am just blessed to be love by him, my only one husband!

And now, sape sangka cinta monyet kami itu telah kami buktikan dengan terbinanya masjid pada 25 Desember 2009. Cinta yang banyak mengundang kontroversi di TIKL akhirnya selamat disatukan.  Alhamdulillah, syukur sangat. Lelaki yang pada mulanya saya benci, kemudian menjadi kawan baik saya dan kini adalah suami dan papa kepada anak2 saya. 

Secara jujur, bukan mudah untuk pertahankan hubungan selama 10 tahun. We have facing a lot of obstacles before we reach this point. Tapi semuanya bergantung pada hati kita, and the most important is kejujuran, kesetian dan kesefahaman. Mana2 hubungan pun, kalau tiada 3 prinsip tersebut, akan hancur berkecai! Kita boleh bercinta bertahun2 tapi belum tentu kita akan berkawin dengan orang yang kita bercinta tu. Tapi saya sejak saya menerima si-mata-empat 11 tahun yang lepas, saya memang dah niat dalam hati semoga lelaki ini lah jodoh saya. Dan itulah doa saya setiap kali selepas solat. Sebab itulah orang kata niat itu penting, selepas tu kita berdoa dan bertawakallah kepadaNYA. Sebab urusan jodoh ini adalah ketetapanNYA yang kita tak tahu siapa dan bila.

Walaupun dah mengenali selama 10 tahun sebelum kawen, setelah berkawin kami masih melalui fasa perkenalan bersama. Iyelah, orang yang kita kenal di luar sebelum ni dah jadik roomate, housemate, soulmate, lovemate eh? Totally different. Banyak benda yang kami perlu explore together untuk memastikan our marriage is success. Its a whole life process I guess. Sebab sikap manusia ni kan berubah mengikut keadaan dan sekeliling.  Dalam berumahtangga ni saya banyak belajar, belajar erti sabar, berkorban, menerima seadaanya, bertolak ansur. All above kita takkan belajar amsa zaman bercinta, sebab zaman bercinta adalah zaman yang indah indah belaka, even ketut pun kita bau wangi. Masa zaman cintan cintun Kalau tak dapat apa kita nak, merajok memang sinonim. Merajok la sampai si dia tunaikan apa yg kita nak. Tapi bila dah kawen lain. Sape yang dah melaluinya akan paham. T______T. Walaupun berbeza, tapi saya percaya rasa cinta itu tetap sama malah makin hangat cuma keutamaan je dah lain.

Hasil setelah 11 tahun in love. Dari berdua jadi bertiga. InsyaAllah ada rezeki akan berempat, berlima. Eh banyak pulak.

Apa pun, anak2 adalah bukti cinta ye tak?


Ok lah, cukup la kisah April ni. I just hope that, our love never fade even when April are leaving us. T_T

Buat Si-Mata-Empat, I love you more each day!



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails