Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Saturday, October 13, 2012

DIY Beanbag


Wah sorri sangat kepada kekawan yang menunggu entri DIY bean bag nie. Actually bean bag ni aku bt sebelum Raya lagi. Up gambar kat Instagram and Twitter, ramai yang bertanya camne nak buat. Dah promise nak up entri tapi dari membe belum bersalin, sampai dah bersalin and dah nak habes pantang aku tak publish pun. Dok la terperuk dalam draft. Sori Fasya!!! T___T...

Ok la, sebelum aku menang bean bag ritu. Memang teringin sangat nak ada bean bag ni, sbb selesa bangat bila baring and duduk atas die. So sebey2 tengok eh senanag je buat nya. So aku decide nak buat sendiri. Of course dengan bantuan mak aku, sbb mak ada mesin jahit, Aku mana ada mesin jahit.

Bahan paling penting utk DIY bean bag ni, styrofoam pallete. Styrofoam pallete ni aku beli direct dari kilang. RM60 utk 5kg. Sebabkan aku nak buat 2 bijik bean bag sbb nak letak kat rumah mak aku satu, so aku beli la 10Kg.  Kilang Styrofoam ni kat Kepong. Jalan masuk agak scary, sebab jalan tanah merah. Tapi ok je la, pas amek barang terus blah. Sebab sebelum gi amek, aku sesiap emel tokei kilang dulu hikhik. Memang penuh la Myvi aku masa bawa benda nie.


Tokei kilang tu korang leh hubungi seperti info dibawah. Emel la dulu berapa bnyak korang nak, nanti kalau nak pi amek just call diaorang. So diaorang dah prepare sesiap, tinggal collect je.


Untuk ukuran plak.  actually bergantung pd korang sbbnya bean bag ni ada macam2 bentuk dan design. macam aku, aku buat bentuk silinder. So maknanye bila korang potong kain, ada 2 bahagian bentuk bulat sebagai penutup atas bawah dan satu potongan segiempat panjang untuk bahagian tepi.

erk korang paham tak? Kalau tak paham maybe boleh tengok gambar. Untuk dapatkan bentuk bulat, memula lipat kain bentuk segiempat and tepi tu jd 40cm. Pastu potong bentuk suku bulatan. Bila bukak potongan kain tu nnt jadilah bentuk bulat. Kain untuk buat DIY ni kene beli 2 jenis, satu jenis kain yang stretchable, yang ni murah je dalam RM3 kot semeter. Kain yang ni kita akan sumbat styrofoam pallete tu. So kene stretchable so that bila duduk beanbag tu nanti boleh stretch jadi taklah koyak. Untuk sarung luar, aku beli kain yg utk buat sarung sofa. Yang ni memang mahai sikit, dalam RM12 semeter.  Seme kain ni aku beli 4 meter tau. 

Lagi satu, utuk ukuran sarung die, korang kene lebihkan dua inci. Bukan apa, sarung kene la longgar sikit. Kalau ketat2 kang takot koyak. Then jangan lupa beli zip. heheh T___T
Kalau tak paham emel je aku org msg kat FB nanti aku guide.


Hasil bean bag tanpa sarung. Aku dapat 3 bijik, sebab mak aku punye bean bag die nak kecik sikit, so ada la lebih styrofoam pallete. So tu yang dapat buat 2 bijik  bean bag untuk 5kg Styrofoam pallete.


Yang ni plak dah siap bersarung... Model cilik pun dah siap landing suh amek gambar...


Besar kan bean bag ni? Tapi besttt.. Comfy sangat......


Baca buku pun atas bean bag. tapi siyes bean bag ni mamang sedap sangat baring, memang jadi tempat lepak Rayyan je... Bukan rayyan je, papa pun suka kemain baring atas ni.. Sejuk je...


So now dah tahu kan? Boleh la try buat! hehe modal tak sampai RM200 dapat bean bag yang besar gabak.... Best giler. Kalau beli memang mahai la, yang kecik aje pun dah lebey RM300...


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails