Thursday, June 30, 2011

Nak menang IPAD 2?? Jom join this contest..

jom join contest nie...

dapat menang IPAD 2, mana tau rejeki kiter kan....

KLIK...


http://fnndoubleooomph.com.my/home.php?fnnid=1346236494

Daging masak merah... untuk kami!


Meh anak2..
Nak share resipi daging masak merah..

Bahan2 nye
1. Daging dicincang nipis
2. Brokoli
3. Carrot
4. Bawang+bawang putih+halia dihiris untuk tumis
5. Cili besar

Cara2 masak
1. tumis bawang kecik, bawang putih & halia sampai naik bau
2. Masukkan cili kering yang dah blender sket..
3. Sebelum tu daging tu kiter kukus la kasik empuk kan, kalau beli daging batang pinang tu, tak payah la nak kukus kasik empuk..
4. Masukkan cili sos sket, garam dan gula...
5. Pastu baru masukkan dagingg
6. Last skali masukkan sayur..

Sedia untuk dihidanggg!!!



Arini menang lagi 4 tix...

\

wah ni total kemenangan tix wayang aku dah yang ke 20-24 tak silappp..

Alhamdulillah..
Rejeki..
Setakat ni kalau menang, memang aku gi tengok la..
Kalau cete tu cam tak sesuai nak bawa Rayyan, aku sedekah je tix tu kat
kekawan opis..
Tak pasal2 kat opis skang aku galmer ngan tix wayang free..
Asal ada movie baru kuar je, mesti sume dok tanya aku, ada tak tix free
HAHAHA..
Takpe , dapat lebey share la ngan kekawan..

Kali ni aku dapat 4 tix, so aku just guna 2 tix.
Lagi 2 aku akan invite la sesape yang bertuah....

Cete kali ni aku menang Mr Popper Penguin..
Cete Jim Carrey..
Kami laki bini memang suka Jim CArrey ni..
Harus la pergi menonton kan..
Tayangan die Hari Selasa depan 9 mlm kat GSC One Utama..
Besok tu aku cuti sampai Jumaat sebab kami nak gi coti2 Malaysia....
Yeayy...
Happy!!!

PS:/ Tak silap Deqlis pun menang gak contest wayang nie!!


House Rules!




Novel terbaru yang aku beli House Rules & A thousand Splendid of sun..

Aku memang layan Jodi Picoult ngan writer Thousand Splendid of Sun ni..
Dulu aku baca novel Khaleed ni tajuk Kite Runner..
Siyes best, meleleh2 air mata aku..
Sedih sangat, kisah pasal perjuangan idop rakyat Afghanistan...

Aku skang dah tak suke baca novel2 cinta cintun nie, baca la jugak tapi sikit2 je la..
Skang aku dah beralih arah hahaha
Tapi minat membaca tu memang tak pernah la ilang..
Dari kecik lagik, aku harap Rayyan akan mewarisi sikap aku yang nie..
Membaca kan jambatan ilmu..
Macam2 aku dapat melalui pembacaan nie..
Tu yang dari kecik aku dah belikan Rayyan buku..
Even toys die pun mesti aku selitkan jugak buku2 nie..

PS: Korang camne eh? Minat ke membaca??

Wednesday, June 29, 2011

Munchkin Fresh Food Feeder Kesukaan Rayyan


Sejak dah bagi makan ni, diet Rayyan memang kene monitor betol2..
If takde sayur ke buah, Memang akan susah berak la budak tu..
So dalam menu harian die, Mama akan selitkan jugak buah2an fresh..
Selalunye buah2 yang jadik pilihan, oren sunqish, betik, epal..


Since Rayyan dah pandai pegang memang Mama just masukkan buah tu dalam Munchkin Fresh Food Feeder and Rayyan akan pegang sendiri dan makan..

Alhamdulillah die paham tu makanan, takde plak pergi diketuk2nye food feeder tu merata2, kalau tak kotor la pulak kan..
Rayyan pun suka bila bagi die pegang and makan sendiri..
Its a learning and exploring process jugakkan..

So Munchkin Food Feeder ni sangat membantu saya Dan yang penting Rayyan belajar grab the food and bawa ke mulut..

Independentt!!!!!!

Later, saya share jadual pemakanan Rayyan ok!

Preview CUN!

Cete ni aku download je and tengok.. Sampai skang dah 3X aku tengok dan masih lagik gelak giler2nye..
Hahaha lawak sangat.. Aku suke sebab lawak die slumber yayaaaaa je..

Dah la pelakon die Maya Karin yang cun melecun..
Meh kiter tengok synopsis cete nie..
Aku memang syorkan korang tengok cete ni, tak rugi..
Hiburan seisi keluarga yang layannnnn!!


Filem Cun mengetengahkan genre romantik komedi yang didokong oleh pelakon-pelakon popular seperti Remy Ishak (Atan), Maya Karin (Luna), Faezah Elai (Tom), Jehan Miskin (Ryan Hidayat), Kartina Aziz (Tok Chah), Mislina Mustaffa (Bedah Tonggek), Siti Nor Faridah (Eton Gebu) & Nadia Nissa (Manis).

Luna, merupakan seorang selebriti popular telah lari daripada hiruk pikuk kota ke sebuah kampung di pedalaman Kedah bersama pembantu peribadinya, Tom. (Tom ni memang lawak la, pandai Faezah Elai bawa watak tomboy nie) Luna menemui jejaka kampung, Atan & berlakulah kisah suka duka di antara mereka.

Sweet, sangat sweet. Bayangkan jejaka kampung bercinta dengan gadis bandar. Remy Ishak & Maya Karin berjaya membawa watak masing-masing sebagai pasangan yang datang daripada 2 dunia berbeza, tapi telah menjumpai persamaan di antara mereka. Lakonan berkesan terutama babak dalam parit air, apabila Maya Karin tertusuk duri ikan keli. Remy Ishak kemudiannya mengambil jari Maya Karin & menyedut bisa ikan keli tersebut. Apa lagi, tak keruan penonton dibuatnya. Sweet sangat!

Kami paling tabik spring pada Kartina Aziz yang membawa watak Tok Chah. Serius, apabila tiba babak sedih, Kartina Aziz membawa watak tersebut dengan penuh emosi. Timbul juga rasa sebak dalam hati, eh ada taman dalam hati pula. Sebagai seorang nenek, Tok Chah banyak memberikan nasihat kepada Atan supaya merebut cinta Luna dengan bersikap lebih gentleman.

Suasana kampung, serta riuh rendah sesebuah keluarga benar-benar dipaparkan dalam filem Cun. Atan sebagai abang yang sulung mengetuai keluarga dengan bekerja sebagai petani. Bersikap tegas, namun ada lembutnya. Walau bagaimanapun, Atan seorang yang selalu cakap lepas, namun dia cepat reda. Sikap tanggungjawab Atan dapat dilihat apabila Manis, adik kepada Atan menghilangkan diri kerana dimarahi oleh Atan. Atan cuba mencari Manis, malah meluahkan rasa kasih sayangnya kepada adiknya di tepi parit air. Mujurlah, Luna tahu tempat persembunyian Manis.

Satu lagi pelakon yang berjaya menjiwai watak ialah Faezah Elai. Membawa watak sebagai Tom, dia merupakan gadis yang agak kasar, selalu bertelagah pendapat dengan Atan. Kami mendapati, Tom merupakan penyeri, pemecah lawak di panggung. Kepekatan dialek Kedah yang dibawa oleh Tom benar-benar mencerminkan suasana para penduduk di Kedah.

Ya, watak sampingan Bedah Tonggek & Eton Gebu agak klise. Kedua-dua wanita ini kami gelarkan sebagai ahli mesyuarat tingkap. Sangat busybody & suka menjaga tepi kain orang lain, kedua-dua watak ini amat menyukai Atan. Tetapi, kehadiran Luna yang super gorgeous telah mengugat reputasi mereka.

Disebalik nilai positif yang ditonjolkan dalam Cun, kami agak terganggu dengan kehadiran produk-produk penaja yang ditayangkan berulang-ulang kali. Kalau tak silap kiraan, kami perasan lebih kurang 9 kali produk-produk penaja ditonjolkan. Sebab itu, setiap kali produk penaja muncul, riuh dewan tayangan. Memang boleh dimaafkan, tapi serius terganggu.

Secara keseluruhan, filem Cun memang seronok ditonton seisi keluarga. Jalan ceritanya ringkas & mudah, tapi kehadiran pelakon-pelakon berbakat berjaya memantapkan Cun. Sedikit sebanyak, kehidupan di kampung dalam filem Cun ini dapat mengimbau kenangan anda dahulu kala, terutamanya anda yang sudah lama berhijrah ke bandar.


Sumber: http://www.ohbulan.com/review-filem-cun-maya-karin-remy-ishak-couple-of-the-year/


PS: Korang kene tengok cete ni, gi donlod cepat2!!


Tuesday, June 28, 2011

Yeay dapat invitation ke event bEST!!

Semalam dapat 2 new sekali hehhee

1. Menang contest Deqlis.. Alhamdulillah, bertuah jugak rasa diri ini hehhee..
nak cek sape yang menang, KLIK SINI...

2. Dapat invitation ke event Junior Disney launching...

Event Disney ni aku akan pergi ngan birasku sebabnye dapat 4 pass.
Hubby lak keroje so aku ajak la biras aku Nana join..
Hehe lagi plak camne aku nak drive sorang ngan Rayyan kan so alang2 ada pass lebey ajak la
orang lain sama..
Sharing is caring!!!




Sesi Photoshoot hanya RM75.. Murah je!!

Ok, skang ada promo Photoshoot tau..
So sesape yang ngah peknen ke or nak amek gambo photoshoot seisi keluarga, leh la sambar promo nie..

Hanya RM75 dapat:
  • 1 jam photoshoot around Klang Valley
  • 10 keping 4R printed
  • 1 keping 8R printed
  • 1 CD..
Yellow-Cow-Studio-RM75-instead-of-RM299-for-1-hour-Klang-Valley-Outdoor-Portraiture-10-copies-4R-photos-1-copy-8R-photo-1-Photo-CD-deals-navigator-malaysia-deal-bulk-purchase-like-groupon-malaysia

Berbalooiiii la kan??
Hehhee jom terjah!!!
Aku dah beli dah satu promo fotoshoot niee..
Nak amek gambo sefamili sempena Rayyan satu tahunn..
Ritu dah beli 2 photobook so leh la guna gambo2 photoshoot ni tok masukkan dalam photobook tu..

Korang nak beli jugak??
KLIK SINI tok beli...

Valid sampai October 2011 ye, so leh guna tok fotoshoot Raya jugak..
Sesuai jugak tok bagia diah membe2 yang baru kawen...

Borong kasut ler plak

Rasa cam dah lama tak beli kaasut, so ritu hubby belanja la wifeynye ini kasut...
Memula kata nak beli sepasang wedges and sepasang sandal.. Sebabnye wedges aku dah jahanam, dah tercabut dah huhuh.. Dah bape tahun plak aku lenjan kasut tu...


So pas je celebrate Daddy's day terus la menuju ke tempat2 kasut..
Heheh pelik la Daddy day, Mommy yang dapat kasut!!!
Takpe adiah daddy lain, spesel lagik!


Ni kasut Pump yang aku suke gile, kasut ni bila dah pakai selesa sangat.. Tapak die lembuttt aje, takde la rasa sakit kaki bila pakai...



Best kan? Aku suke jenis pump shoes ni, cumellllll!! Wwalaupun kaki aku tak comell... Gasak la kan...


Yang ni sandal nak jalan, ye la tok jalan ni bagus sandal flat.. Nak gi pasar malam ke sume boleh ku lenjan sandal ni...

One thing aku suke sebab putihhhhhhh..
Actually suke jenama Flipflop kat Gardens, tapi sepasang regenye RM300 ko tok sandal gini je..
Isk rasa cam tak berbaloi plak, tak selesa giler weii..


Terus pakai dalam kete.. Zassssss.. Best gilakkk!!! Selesa ya hamatttt.. Tiada sudah sakit kaki...


Muahahha sekali bukan dua pasang, tapi 3 pasang kasut terus ku beli..
Uwaaaaaa.... HAhahhaha
Ni memang betol2 punye syoppinggggg..
Kasut yang ketiga ni Gold kaler, kaler die yg tempting yang buat kan hati aku nak beli.. nak beli.. nak beli...
Tanya hubby, hubby kata ok je...
Hahahha msti la kan, sampai hati nak kata tak boleh..
Sayang bini....

So hari tu balik dengan senyuman sbb dapat 3 pasang kasuttt..

Friday, June 24, 2011

Lihat rambutkuuu halussss!!


Eh eh mana rambut saya??
Mama dah motakkan saya lah..
Lihat rambut sayaa.. Halussssssss...


HAHAHHA, gambar kat atas tu gambar betol2 lepas kami botakkan kepala Rayyan..
Papa die yang cukur sndiri, takut nau nak hantar kedai...
Takut kene tinge la apa la...
Mama die rilek je..
Skang lebey selesa!!!!

New Samsung Galaxy S II

http://cdn0.soyacincau.com/wp-content/uploads/2011/02/110215-Samsung-Galaxy-S-II-hero.jpg

Trend skang kan, sume nak guna IPhone, BB la..
So skang Samsung dah produce Smart Phone die Which name is Samsung Galaxy S II..
Yang bestnye Samsung Galaxy S II ni based on Android so bila Android memang syiok la kan..
Apps die hampir 200k ada kat tenet and free download..

Pengalaman aku guna Galaxy Tab yang BAsed Android jugak, memang syiok...
Boleh browse dengan laju, boleh nengok cete atau drama TV yang aku miss kat Tonton.my
Melalu tab je takyah nak buka laptop..

So same goes ngan Samsung Galaxy S II ni..
Jom usha2 spec and kualiti die..
Dari segi fizikal dah sama macam IPhone dah..

KLIK SINI...

Saya sudah MOOTAKKKKK


Eh eh mana rambut saya??
Mama dah motakkan saya lah..
Lihat rambut sayaa.. Halussssssss...


HAHAHHA, gambar kat atas tu gambar betol2 lepas kami botakkan kepala Rayyan..
Papa die yang cukur sndiri, takut nau nak hantar kedai...
Takut kene tinge la apa la...
Mama die rilek je..
Skang lebey selesa!!!!

Thursday, June 23, 2011

Jom Join ExaBytes Angel Programme dan dapat RM50 Cash

Apa tu Exabytes??

Exabytes ni company yang menjual web hosting, dan domain..
harga die aku tengok ok la, takde la mahai sangat..
Aku pun ngah berkira2 nak men.DOT.com kan blog ni..
Huhuh takut wei kene hack..
men.DOT.com pun salah satu cara nak elakkan dari kene hack, plus dapat more larget storage la sebabnye aku ni suke upload gambo..
So kalau storage kecik slow la nak laoding page kan..

Aritu aku ada la hantar email kat Exabytes ni masa die cari blog nak letak iklan tapi upernye dah penuh so kali ni die ada bt Exabytes Angel programme..



Korang regsiter je, da dapat RM50, pastu letak la iklan and promo dapat la income.. Lebey kurang cam Nuffnang and Churp Churp gak la..

Tengok atas tu, aku baru je register tadi, dah dapat RM50.. HEhehe

Jangan risau tau Exabytes ni tak kaco Nuffnang korang..
Oleh iitu, mari kiter register ramai2..
Leh kumpul duet raya!!!

Nak register??
KLIK SINI..

PAstu korang gi kat tab Partner yang aku bulat kat tu...




Pastu pilih Angel Exabytes Programme


Then Klik Sign Up..

Ko sign up je dah dapat RM 50..




Our Daddy Day celebration | inner RM1.90 telah ku pakai!

Memula kasi tunjuk muka aku pakai inner RM1.90 dan shawl RM4.90.. HEhe yang telah ku tulis dalam entri semalam.. Ramai nak nengok betol ke tak muncung bila pakai...

Ha, kan muncung bentuk V tu.. Tak melekap kat dahi pun..

Daddy day celebration kami di Wendys JJ AU2..
Hehehe hubby yang request nak makan Wendy, kata Daddy day so layan aje la..




Mula2 kene kasik Rayyan bam bam ni makan dulu so idok ler kiter die kaco time makan nanti..
Sesiap bawa bekas air die, ngan makanan die.. Hehehe..


Ini adalah baked potatoes with cheeseee.. Banyakkan cheese die?? Yummeh!! Sedap..
BAked potatoes ni suap gak ke mulut Rayyan tapi cheese tu tak de la ku suapkan...


Yang ni my burger.. Sedappp.. Suka daging yang grill compare to yg bese tu, yang grill lebey juicy kot..
Pastu seperti biasa cheese die adalah menjejeh2....


YAng ni memang sedapppp.. Chillis die, aku makan ngan fries and baked potatoes tu.. Chilis die ni spesel sket ada letak daging, baked bean, capsicum.. Sedapp la.. I LIKEEE!!!


DAddy ngan berger TRIPLET die.. HA triplett ko.... Sendat perot pas makan, aku makan yang single pun mengahh.. HAHAHA


Ni plak budak TOMEI mengorat kakak kat belakang ktorg hahhaa..


Mama and Ar-Rayyan...

To PAPA

Selamat Hari Daddy..
Semoga menjadi pemimpin yang baik buat kami berdua..
Kami sayang PAPA..


END


Wednesday, June 22, 2011

Borong Shawal ler pulak! Murah je RM3.90

ngeh ngeh ngeh..

Semalam aku UP entri aku beli Inner RM 1.90..

Hari ni aku UP entri aku beli shawl RM4.90
HAHHAHA jeles tak korangggg???

Aku memang suke pakai shawl dari zaman anak dara lagi.. Cuma bila ada baby ni kekadang je la pakainye, sbb susah sket.. Kang anak dok tarik2 aje sebab anak pun tak bijak lagik sok kalau dah bijak sneang ku bahasakan... Seperti yang sedia maklum shawl ni kan kainnye lembut halussss gitu.. Tarik sket terserabai la die...

So skang ada shawl cotton kan??? Apa lagi? aku memang suke shawl cotton ni sebab bila pakai kemas atas kepala, even tarik pun takde nye nak tercabut tertanggal punye lah... So bagi yang punye baby cam aku, takde masalah dah skang nak bergaya...

So masa ke KL JALAN TAR..
Aku beli gak shawl cotton ni ngan rege RM 4.90..
Murah kan???
Kedai ni je jual shawl RM4.90, inner RM1.90..
Pastu ada macam2 tudung yang lain yang memang sume up to date la pada aku..
Sume rege murah2..
Rege yang buat mulut ko akan melopong dan rasa macam nak beli sume..
Tapi istigfar banyak2...
Nak saving ni tok Raya..



Yang ni cotton crumple shawl.. Aku beli 3 lai, dah RM 4.90 je..


Yang ni shawl plain cotton tapi ada manik2 kat hujung die.. Hehe lawa bila dah pakai.. Aku suke!!!

So korang kalau nak pergi beli shawl yang murah ni, kedai die kat Kamdar yang besar tu.. Area2 situ la...

Inner RM1.90 jer | Murah wei, terus aku borong!

Dah beli baju raya..
Beli apa plak???

Macam2..
Biasa la Jalan TAR tu kah heaven..
Cuma aku ni kalau bulan pose ke nak raya,
Memang tak koser nak ke sana..
Sesak ya ampunnnnn..
Buntot pun takleh nak celah..
Dah la buntot ai mantaappppp!!
HAHAHA

Jalan TAR telah
Perabak poket kami laki bini...
Aku beli inner ni dengan rege RM1.90 selai..
Silalah percaya!!!
Betol!!!!!
So aku beli la 5 lai sekali gus..



Apa yang best inner nie??
  • Jenis cotton
  • Inner ni panjang, selalu inner kan berlobang kat tengah2 tu, kalau pendek nampak rambut tocang sejemput tu.. Pakai plak ngan shawl chiffon or jojet yang jarang, nampak ler rambut yangggggg oii!! Yang ni die panjang so cover seume rambut yang mana aurat wanita...
  • Pakai memang kompem muncung je tak melepet kat dahi... Nanti aku tunjuk gambo aku pakai inner ni.. Tak transfer lagi dari kamera..
  • dan yang paling best murah ler!!

Tuesday, June 21, 2011

Mood Raya sudah mari | edisi baju raya 2011

Saya sudah beli baju raya..

Korang dah beli?????



Ngehngehngehhhhh..
Ni projek wiken la nie..
Aku terjah Jalan TAR nak beli kain tok buat baju melayu Ar-Rayyan..
Saja nak beli kain yang sejok sket, takde la kepanasan anak bujang aku nanti..
Lagi pun satu meter je pun dah cukup so kalau mahai pun oke lah kan...

Alang2 beli la kain tok buat baju aku skali...
Hubbynye baju melayu katanye beli siap saja...

Aku beli 3 lai kain cotton..
Heheh aku memang suke beli cotton, pastu jahit baju kurung Riau..
Lawa tau, die akan cantek je nampak cutting badan..
Sesuai la ngan sesape yang tak suke pakai kebaya tapi still nak nampak cantek tapi selesa..
BAju kurung Riau ni tak macam baju kurung moden yang ngam ngam badan..
Aku takde plak gamba aku pakai baju kurung Riau nie..
Kalau tak, leh share

Iyeee..
Aku ada lah pencinta cotton...

Memandangkan tahun ni tahun pertama kami sambut bertiga..
Tahun lepas aku adalah tengah sarat dan paling sedeh tak muat nak pakai baju raya
yang hubby belikan.. =( sedeh wowowoowowow
So tahun ni aku ganti balik HAHAHA..
Tema kami tahun nie adalah ORANGE hehehe..
Baju2 ni sume jahit sendiri, tu yang kene beli awal tu..
Dan boleh beli banyak2 sebab upah jahit takde...
Kalau nak bayar upah baik la aku gi beli siap aje.. Sebab baju siap pun skang murah2..
Nak lagi dah dekat2 nak raya nanti sume buat harga lelong


PS: Korang dah ada tema ke raya?
KE belasah je takde nak sedondon nie...

Pneumococoal, pentingkah untuk anak anda?

Last week Sabtu, kami bawa Rayyan pegi jumpe Paed untok jab pneumococoal..

Penting ke pneumococoal ni?

Pneumococoal ni injection tambahan sama jugak macam Rota Virus..
Memula malas nak amek, sebab jab die agak mahal la..
RM250-RM300 satu shoot.
Die kene amek 4 shoot depends pada ubat yang doc guna.
So total kos tok jab ni RM1200.
Aku tak sure kenek gomen ada ke tak jab ni, as selama ni kami memang amek immunisation kat private je..
Ok, immunisation company aku tak cover ye..
Bayar la ko sendiri kat situ..
Tu yang aku teragak2 pada mulanya..

But then bila pikir balik dan selepas Rayyan kene HFM disease tu..
Aku rasa pneumococoal ni snagat penting.
As we know skang ni pun banyak penyakit dan virus/viral yang pelik2..
In the future tak tau la camne..
So immunisation ni sume penting tok langkah pencegahan..
Mencegah lebey baik kan..
Apa la nak dikira RM1200 tu dibandingkan nyawa anak..
Takkan nak pertaruhkan nyawa anak sendiri..
Huhuhu tu sume risiko..

So kami decide amek jugak vaksin pneumococoal ni..
8 Bulan satu shoot, next shoot 9 bulan and last shoot 13 bulan..
Kene la kami kumpul duet sket2..
Demi anak!

“Pneumonia adalah jangkitan serius dan perlu diberi perhatian segera. Kadar kematian akibat pneumonia di negara kita tinggi iaitu kira-kira 30 peratus yang membabitkan semua peringkat umur. Justeru, apabila anda demam panas dan batuk teruk yang tidak berkurang selepas tiga atau empat hari mengambil ubat, segera jalani pemeriksaan lanjut, terutama bagi pesakit tua dan kanak-kanak,” katanya.(Sumber Berita Harian)"

So lepas baca gini, lagi la aku tak sanggup nak pikir panjang lagi... huhu

PS: korang amek tak pneumococal ni??
Since that cost mediccal treatment kat Mesia ni keep increasing, aku rasa nak beli insurans tok Rayyan huhu..
That the best way la kan..

Monday, June 20, 2011

Menang 2 tix wayang lagik uolss!!!



Alhamdulillah...
Masa Rayyan admitted aritu memang takde masa nak join contest pun..
Balik rumah pun kene concentrate jaga die kan..
So tak join pun..
Dah amsuk keje baru la join..
Dan alhamdulillah amsih ada rejeki kami...
Aku menang 2 Tix wayang tok movie Attack the Block nie..
Hari Rabu ni premire screening die kat Viva Mall..
Hehe dekat je ngan umah so memang boleh sangat la gi tengok kan..


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails