Monday, July 27, 2009

Kenapa ye?

Aku rasa tak happy lately...
Tak happy.. tak happy....

Migrain pun asyik menyerang je skang. Gastrik pun dah jadik teman setia.
Huhuhu... Ntah lah, kehidupan nie kekadang terlalu menguji kita kan?

Blog pun aku malas nak update, sebab life aku hambar giler. Aku tak tau taufan apa yang dah melanda aku, semuanya serba tak kena pada aku. Buat ini rasa cam tak betol, buat itu rasa cam salah... Bercelaru kan?

Paler otak aku neh ha lagi bercelaru... Aishhh....
If I could turn back time, I would prefer to be a child for the rest of my life. Never grow older any minutes.

Monday, July 13, 2009

Cobaan membuat Cheese Cake

Weekend hari tu, rasa cam boring sebab Encit Lee pun ke Perak p wedding kawan dia tetibe teringin nak try buat cheese cake. Selama nie asyik buat kek chocolate je, so kali nie nak try la buat cheese cake, walaupun aku idak ler suka benor cheese cake nie..

Segala bahan2 dibeli di k4 belakang umah aku je. Hikhikhik.

Resipinya aku cilok dari blog sape eh, aku pun tak ingat tapi aku modified la sket2.

Bahan A
185 gram butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur

Bahan B
250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:-
1. Cairkan butter atas api,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
3. Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
4. Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilsapu ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist.

Yummy memang lazat.. Tak muak sangat la... Tapi idak ler sesedap kek SR tu. Itu memang lagi kick la.. Nie amatur je.. Muahaha sekadar nak isi perot suami aku nanti lepas la kut... Hikhikhik.. Tapi memang lazattttttttt la...

Buat tunang tersayang yang berada di Perak;
Sayang, rugi you tak dapat rasa my cheese cake.. Next time, I buat untuk you ye...


Ni la ruper kek aku yang dah siap.. Ohhh ruper memang tak cantek hahaha.. Dah siap kene korek kat atas nun.. Adik aku punya keje la tu.. Tapi rasa memangggggg yummmyyyyy moistttt giler wa cakap luuu.. Sila cuba resipi sempoiii nie...

Thursday, July 9, 2009

Fettucini Cabonara Jue

Hari nie tetiba mood rajen menjelma. Bangun awal, 530. Awal giler, mana taknya malam tadi pas je solat Isyak terus terkujur di atas katil.. Hahaha sempat baca Twilight 3 muka surat je.

Bangun2 terus teringin nak makan cabonara. Teringat plak bahan dah ada cuma masa nak buat je takde. So pas je solat Subuh, kting kting kting berbunyik la periuk belanga kat dapur aku. Hehehe.



Meh aku share resipi.

Bahan

1 bungkus fettucini direbus dgn sedikit minyak & tos
Daging kisar
1 tin cooking cream
200ml fresh milk
1 tin button mushroom
1 biji bawang besar didadu
3 biji bawang putih ditumbuk halus
Lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
Parmeson Cheese utk dtabur

Cara

1. Panaskan minyak jagung, tumis bawang putih & bawang besar yang didadu tadi sampai wangi.
2. Masukkan isi ayam, tunggu sehingga masak baru masukkan mushroom.
3. Masukkan fresh milk & cooking cream, masukkan sedikit air. (Agak2 sbb kuah dia mesti pekat2 sikit)
4. Perasakan dengan garam & lada sulah.
5. Lastly taburkan gravy yang dah siap tadi atas Fettucini.
6. Taburkan cheese.. Yummmyyyy!!!

Wednesday, July 8, 2009

aiyoooyooo kejap je masa

Terkejut aku tengok ticker wedding kat atas nun. Siyes terkejut giler. Dalam kebizian aku yang terlampau, tak sedar tinggal lagi 5 bulan 2 minggu. Hmmm tolak bulan pose yang semestinya aku tak mampu nak buat apa2, tolak hari raya. Tinggal lah lebey kurang 4 bulan.

Adoh! Sempat ke aku nak prepare nie. Check list kat sebelah nun banyak giler tak pangkah lagi nie.. Mula lah kerisauan melanda nie...

Barang hantaran aku hampir complete dah. Hari tuh, gi jejalan kat Gardens ngan adik aku (dah lama dah nie sebulan lepas). Misi memang nak mencari barang hantaran. Misi aku berjaya hari tu. Dapat juga jumpa wallet dan handbag yang berkenan di hati. Kasut? Bab nie aku memang masalah sket. Kaki aku nie comel sangat ke, memang asal aku berkenan je kasut tuh mesti takde saiz tak pun tinggal yang display. Cissss... Selalu hampa.. Tak pe, yang ni masih ada masa untuk mencarik.



Ha.. Dalam ni la handbag & wallet hantaran ku. Cuba teka warna apa.. Jeng jeng jeng... Hahahaha tunggu la aku siapkan display hantaran, time tu baru reveal warna apa. Tapi sape rasa nak teka teki tuh boleh jugak. Sape teka ngan betol, aku banjer makan nasi minyak bulan 12 nanti hehehehe...

Weekend nie dah agree ngan Encit Lee nak cari hantaran dia. Dia punya hantaran satu pun tak beli lagi. Cerewet gak bakal suami aku nie. Hari tu p cari jam. Aish tak sangka sangat la detail. Lagi cerewet dari aku upernya. Hehehe takpe. Bagus. Aku suka je orang cerewet nie.

Sayang, sumpah you comel sangat bila cerewet.

Hehehe muka kerut2 bakal suami aku tak tahu nak pilih yang mana. Hehehe..

Okay, sesape bride-to-be tahun nie. Jom kiter pening sesama buat wedding preparation. Yeehuuuuu...

Tuesday, July 7, 2009

Geng baru..


Heheh comel tak budak nie?
Budak berbaju Ben 10 nie nama die Afiq. Anak boss aku. Masa outstation ke KT hari tu, bos aku angkut sekali anak dia nie. Selama 3 ari aku dok ngan depa, terus jadi kamceng gile. Sebab aku nie suka melayan bebudak kut. Hikhikhik.

Comel betol Afiq nie, dah la cakap pelat2 lagi hehe lagi la aku suka melayan hahaha. Umor die 4 tahun, ada yang berkenan? Kehkeh..

Pas balik dari KT tu rajen gak Afiq nie menelefon aku, berborak2 saja. Aku pulak rajen melayan. Mana idaknya, aku ngan Afiq sama naek je. Boleh nyanyi sama2 ngan die lagu Wonderpets. Boleh layan die sembang pasal Ben 10, Tom & Jerry. Hahahaha. Memang sekali tengok aku pun dah macam budak umor 4 tahun. Hahaha.

Pas balik dari KT, bebudak ofis ada buat maen boling. Aku join gak, pergi bersama Encit Lee. Kebetulan plak Afiq pun ada bersama mummy dia. Afiq jeles.. Hahaha lawak giler aku rasa. Kecik2 dah pandai jeles. Aishhh... Cumell je... Encit Lee pun terpaksa menerima hakikat, ada saingan kecik hahaha...


Erm, bila layan Afiq rasa cam seronok betol jadi bebudak. Stress keje aku pun hilang, rasa cam aku pun kembali balik ke zaman bebudak. Maybe sebab rumah aku nie semua adik2 dah besar2, semua buat hal sendiri. So bila dapat layan bebudak macam Afiq nie aku jadi seronok plak. Jadi happy lak, pengaruh kanak2 tuh memang kuat kut. Bila layan bebudak bercakap pun dah ilang segala ketegangan kat kepala. Memang miracle la... Hehehe

Sebenarnya takde apa pun. Just nak mengarut, stress gile. Best gak kalau dapat layan Ice Age 3. Hahaha Jom!

Monday, July 6, 2009

Tahniah Sume.

Ramai kekawan aku yang dah melangkah setapak ke depan sepanjang bulan 5 dan 6 nie. Tapi ramai gak majlis yang aku tak dapat jejak sebabnya sepanjang dua bulan nie aku asyik kene outstation je. Skang dah complete satu Malaysia aku jelajah & Brunei jugak. Hahaha pasni plan nak p Bandung plak ngan bebudak ofis, shopping time.. Dalam masa yang sama boleh beli barang kahwin jugak.

First of all, tahniah kepada Imah dah selamat menjadi tunangan orang. Aku tak dapat pegi majlis Iemah nie sebabnya kebetulan dah janji ngan Encit Lee nak p PD ngan famili dia. Takpe Iemah, kahwin ko nanti aku orang pertama yang sampai. Kehkehkeh.


Yang kedua, Fizah. Tahniah dah menjadi seorang ibu. Alhamdulillah dah sempurna kehidupan seorang wanita anda. Tak sempat lagi nak ziarah tengok anak Fizah nie. tapi mengikut cete banyak ikot iras muka Fizah. Kesian Zul. Kehkehkeh..


Tahniah jugak kepada penggantin baru Noley dan pasangan. yang nie pun aku tak dapat pegi. Flight aku ke Miri tengahari tuh, so tak sempat la nak rushing kan. Comel giler Noley tengok gambar nie. Gambar curik dari blog Mawar. Hehehe


Member TIKL Dyan kahwen, yang ni pun aku tak pergi.. Huhu aku di KT masa nie, Encit Lee p. Aku pun cam pelik bila dia kata die p kenduri kawen classmate aku Dyan, jenuh la aku mengingat muka. Haisshhhh...Mengikut kata Encit Lee yang mewakili aku, penggantin siap jalan bawah pedang. Wah hebat ko ye Dyan, isteri koperal ye skang?


Abang sepupu aku yang paling rapat pun dah selamat jadi suami orang. Tahniah dah jadik suami orang. Jadik suami yang baik OK. Hujung tahun nie my turn. Yeahhhh..


Bestfriend aku dari sekolah teknik sampai skang. Majlis kahwin kami nanti pun Insyaallah sama bulan. Isk memang bestfriend la. Mawarni, tahniah dah menjadi tunangan Hafiz Fikri. Ni aku tak dapat datang sebab clash dengan majlis kahwen sepupu aku kat atas tadi. Huhuhu.


Buat Ed & Ejan tahniah jugak. Pasangan penggantin paling sempoi aku pernah tengok. Yang nie aku berusaha gak untuk pegi majlisnya sebab Ed dah ugut baek punya, tak datang majlis dia. Dia boikot majlis aku. Iskkk... Ganas..


Yatt & Jery, coursemate masa kat UKM. Tahniah guys! Hahaha ingat lagi aku selalu kacau korang dating kat UKM dulu hahaha sape suh dating depan blok asrama aku.. Akhirnya selamat sudah. Tahniah. Ni plan asal aku nak p beramai2 konvoi ke Pedas sekali kene outstation jugak. Uwa.......Tensen2, hentak2 kaki ke lantai!


Maz pulak, tahniah dah bertunang dengan Poo awak Encit Joza Amazy. Mari kiter bersama2 pening kepala buat persiapan kahwen.. Yeayyy... I am happy for your dear!


Yang terakhir, tahniah buat bestfriend tersayang Take & hubby Amir. Dah dapat baby, Muhammad Aqil. Baru je pegi visit tadi. Aqil sangat comel. Mummy Jue suka.... Hahaha... Tetibe Mummy Jue.. apa kes? Anak Take anak aku jugak ... Dengar Take cete tentang azab nya sakit bersalin, terus seram sejok badan aku. Tak tahu lah aku yang lembik nie boleh ke tak nak hadapi saat2 tuh nanti.


Tahniahhhh sume, yang dah selamat kahwin dan selamat menjadi Mummy & Daddy.

Sunday, July 5, 2009

1234 I Love You

Really love this song.

And I would like to dedicate it to my beloved fiancee Mohammad Amirul Adlee.

B.. I love you so much! There is nothing in this world could compare my love toward you..

1, 2 .. 1, 2, 3, 4
(music)
Give me more lovin’ than I’ve ever had,
Make it all better when I’m feelin’ sad,
Tell me that I’m special even when I know I’m not,
Make it feel good when I hurt so bad
Barely gettin’ mad,
I’m so glad I found you
I love bein’ around you.

You make it easy,
It’s easy as 1, 2 .. 1, 2, 3, 4
There’s only 1 thing 2 do 3 words 4 you (I love you) I love you
There’s only 1 way 2 say those 3 words and that’s what I’ll do (I love you)
I love you

Give me more lovin’ from the very start,
Piece me back together when I fall apart,
Tell things you never even tell your closest friends
Make it feel good when I hurt so bad,
Best I that I’ve had, I’m so glad I found you
I love bein’ around you.

You make it easy
It’s easy as 1, 2 .. 1, 2, 3, 4
There’s only 1 thing 2 do 3 words 4 you (I love you)
I love you
There’s only 1 way 2 say those 3 words and that’s what I’ll do (I love you)
I love you
(I love you) I love you.

You make it easy, it’s easy as 1, 2 .. 1, 2, 3, 4
There’s only 1 thing 2 do 3 words 4 you (I love you)
I love you
There’s only 1 way 2 say those 3 words and that’s what I’ll do (I love you)
I love you.
(I love you) I love you.

(1, 2, 3, 4) I love you
(I love you) I love you.




Saturday, July 4, 2009

Update dengan banyak

Salam..

Lambat betoi nak update blog nie.. Ngeeee bukan apa, aku baru balik dari Penang. Outstation lagi. Huhuhu keje aku nie memerlukan aku banyak kelur makanya kerja kahwen aku sampai skang tak mula2 lagi. Iskkkk... Tak tahu lah sempat ke tak aku nak buat bunga telor nie, kad kawen lagi.

Ok nak cete pas aku balik dari Brunei, aku p Kuala Terengganu. Actually nie kali kedua aku sampai sini. Dah banyak berubah. Opismate aku orang Ganu so dia lah yang bawa aku jejalan.


Ha.. Bukti aku pernah sampai Terengganu. Belakang tu masjid Kristal. Cantek!

Pas balik KT, aku p Mersing.. Ni aku drive sendiri. Ceh, drive sendiri ye.. Hahaha.. Mana maunye jauh tuh.. Lagi pun nie 1st time aku nak p sana, so ada la orang yang volunteer nak teman.. Heeee.. Sape lagi kalau bukan Encit Lee.. Hepppp.. Kami bukan pergi berdua ok, adik aku pun pegi sama jadi pemerhati hahahah.. Kalau tak mana ibunda lepaskan pergi berdua.

Best gak Mersing nie. Tepi pantai. Something yang significant ngan aku adalah pantai. Aku sangat suka pantai, kalau aku dok tepi laut tuh merenung naseb dari pagi sampai malam pun aku tak kesah. Takda hal punya.


Orang yang hepi dapat jumpa pantai. Hahahaha...

















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails