Wednesday, June 30, 2010

My breast feeding set

Last few weeks, akhirnye aku telah berjaya membeli set breast feeding for my precious one... Aku tahu akan ada yang kata gini..

"eh awalnye dah beli.."


"Ntah ada susu ke tak ntah.."

Aku pernah baca, BF ia all about positive thinking... Aku memang dah emotionally set dalam mind nak BF anak aku sendiri nanti.. Walaupun situasi keje aku yang tak tentu, banyak habeskan masa kat luar berbanding di opis.. Takpe.... Demi mu anak, mama akan berusaha untuk memberikan yang terbaik....

Memang la ada orang beli lepas bersalin.. Tapi aku prefer beli awal2, banyak info yang aku baca masa awal2 nanti susu memang banyak... Baby pulak masa tu memang kerap menyusu tapi dalam kuantiti yang sikit, masa dalam pantang ni lah masa yang terbaik untuk pam susu buat stok atau dipanggil EBM (Expressed Breast Milk).. Aku dah banyak survey pasal camne nak storage EBM nie, and kakak ipar aku pun a.k.a Nana ada la bagi info sikit2... Maklumlah ni baby first, mana la tau sangat pun kan....

Lagi plak ada aku baca kekadang baby taknak nyusu sangat, masa ni plak susu banyak kang mulalah tetek bengkak sakit urat bagai.. Masa nilah ko perlukan pam susu ye tak? Takkan nak pam pakai tangan??? Memang boleh, tapi larat kah??? Kat sepital memang ada pam susu ni tapi kene share.. Hurm alang2 tu beli aje la kan.. Lagipun ni investment, sok anak berikutnye leh guna lagi...

Aku survey banyak gak set pam susu ni, nak beli Madela memang tak mampu la.. Mahai bebenor, since anak sulung ni banyak benda nak beli so dari recommendation orang ramai aku beli Spectra 3.. Aku beli yang electric punye, sebab senang... Jimat masa aku nak pam...

Ye la kekadang keje aku ni tak tentu, bukannye leh ilang lelama.. Ilang kejap je boss dah carik kalau pam electric ni cepat la sikit kan.. Aku dok tengok akak kat opis aku tu pam guna tangan, lama ooooo.. Lebih setengah jam ada kot....

Last2 hubby pun agreed tok belanja wifey die set Spectra Mom Back to Work nie... Hehehe..
Aku survey dulu kat website Fabulous Mom, then baru pergi butik die kat Puchong....
Sebabkan hubby dah belanja kene la wifey rajin2 pam susu pasni .. Kehkehkeh..

Ni la die set pam susu tok baby kami..

Kat dalam set ni memang complete la, dapat pam electric Spectra 3 with double pumping... So ko leh pam dua2 belah tetek sekaligus... Senang kan...??

Dapat cooler bag ngan 3 ice pack, sekali ngan storage milk 6 botol...

Dapat juga bag pack so kalau malas nak pegang cooler bag tu, masuk je dalam bag pack...

Dapat free nursing bra dan disposable breast pad... Hehehe....

Berbaloi2 kan??? Harga dalam RM5++ la all together... Memula memang pk membazirnye but bila pk pasni leh guna lagi tok anak yg lain, bayar aje la kan..

Pasal warranty jangan riso, sebab kedai ni kata once aku dah guna then 6 bulan warranty tu start from that date, aku leh tulis kat warranty card tu and pos... Kalau ada apa2 masalah leh call agen die tok repair....


Dapat buku baby free... Buku ni sangat best ok, dan sangat membantu untuk new mommy to be macam aku ni.. Info sangat banyak dalam nie, dari start ko nak conceived sampai la post natal preparation....

Aku recommend buku ni tok sesape yang bakal berkahwin and prepare to conceive.... Sanagt banyak info berguna yang dapat membantu..


Next kami ke MyBBstrore... Kat si ni aku dok beli mattress ngan bantal2 segala.. Pastu beli Poncho (nursing cover)... Semangat tol nak BF anak hehehe siap2 beli Poncho, yela Poncho ni berguna nak BF anak kat public area....


Dapat free Photobook sebab spend above RM1++... Hehehe photo book nie tarikh tamat 31st August so takleh la nak bt gambo tok baby so bt gambo to papa-to-be and mama-to-be aje la..
Skang dok bz edit2 gambo nak bt photobook nie...


List for baby dah hampir complete, pasni list to mommy plak nak complete kan.....


Breast Feeding- Petua banyakkan air susu


Selepas bersalin nanti aku bercadang untuk BF anak ku sendiri.. Tak mau la bagi susu formula..
Kata orang lebey baik bagi susu badan nie, banyak kebaikannye dan khasiatnye..Mommy pun leh kurus cepat sikit kehkehkeh macam badan aku naik banyak je....

Cete pasal kenaikan berat badan, sepanjang 6 bulan peknen nie, berat aku baru naik sekilo aje.... Sekilo????? Huhuhu aku runsing betol, memang diakui la aku makan tak double triple ke apa.. Macam bese je, malam pun memang takde nafsu nak makan nasi, skang minum susu makan biskut je.. Takpun kismis... Hurmmmm hopefully check up minggu depan naik la lagi sikit kalau tak naya je kene marah...

Skang aku dok cari petua2 tok memperbanyakkan susu badan hehe..

Meh kiter share petua yang aku dapat nie..

* Petua daun sirih - sapukan sedikit minyak kelapa pd daun sirih kemudian layurkan atas api, tekapkan pada payudara, lakukan setiap hari.... Boleh cuba nie, daun sirih banyak kat kampung aku hehe..

* Nasi panas, halia & air asam: Campurkan air asam & halia muda yg telah ditumbuk halus, makan bersama nasi panas.... Hurm.... Yang ni akan dipikir2kan nak cuba ke tak....

* Longan kering: Rebu segenggam air longan kering sehingga kembang dan minum airnye... Yang ni boleh cuba, cuma kat mana ye nak dapatkan longan kering tu???? Any idea??

* Lobak putih: Potong kecik2 dan kisar halus, campur dengan segelas air suam & minum 2 kali sehari... Ni pun boleh cuba gak...

* Daun betik muda: Cuci bersih dan rebus hingga mendidih, minum air rebusan 2-3 kali sehari...

* Yang penting banyakkan minum air masak....

Setakat nie, itu aje... Nanti kalau ada kiter share la ye.. Sharing is caring what.....


Tuesday, June 29, 2010

Ubat yang memudaratkan ibu HAMIL

Aku kan demam panas, gi kenek Pakar Bersalin, gynae tu bagi gak ubat sebab dah 4 ari aku batok.. Tapi dalam pada aku makan ubat tu, aku surf gak tenet info pasal ubat yang boleh makan time preggy nie..

Ye la, time peknen ni body kiter tend to be more fragile, ada orang tahan ada orang tak tahan.. Aku ada jumpe bape info pasal ubat nie .. Meh la aku share ngan preggie mom's out there..

Ramai tahu, ada ubat yang boleh menjejaskan kehamilan. Namun, tidak ramai tahu apakah jenis ubat yang dimaksudkan. Sebenarnya, kebanyakan ubat yang ada di pasaran, tidak diketahui kesannya terhadap kehamilan. Ini kerana tidak banyak ubat yang melalui ujian klinikal ke atas wanita hamil. Tambahan pula, tiada wanita hamil yang sanggup dirinya dijadikan sebagai bahan ujian. Jika sanggup sekalipun, ia melanggar etika perubatan. Namun begitu, masih ada beberapa jenis ubat yang selamat untuk digunakan. Anda boleh mengetahui sama ada ubat itu selamat ataupun sebaliknya dengan mengenal pasti kategori ubat. Kebanyakan ubat akan ditulis kategorinya sama ada A, B, C, D atau E(X)

A – Ubat yang datang daripada kategori ini didapati selamat untuk digunakan sewaktu hamil. Memandangkan tidak banyak ubat yang dikategorikan selamat, antara jenis ubat yang tersenarai dalam kategori ini ialah vitamin biasa dan multivitamin.

B – Senarai ubat dalam kategori ini pula telah diuji ke atas haiwan dan disahkan selamat. Ubat jenis B didapati tidak mendatangkan masalah pada wanita hamil. Namun, ubat jenis ini masih perlu diambil dengan hati-hati. Contoh ubat jenis B ialah antibiotik dan paracetamol.

C – Hasil ujian klinikal mendapati terdapat kesan ke atas haiwan tetapi belum ada ujian yang pernah dijalankan ke atas wanita hamil. Walau bagaimanapun, ubat ini masih boleh digunakan oleh wanita hamil dengan syarat beliau telah diberitahu risiko penggunaannya. Ubat-ubat dalam kategori ini termasuklah anti-depress dan sesetengah jenis antibiotik.

D – Ubat yang tersenarai dalam kategori ini didapati boleh membawa mudarat kepada janin. Contohnya ubat yang digunakan dalam rawatan kanser dan kimoterapi.

E (X) – Selain daripada dicatat sebagai ubat kategori E, kadang-kala ada ubat yang sama dicatatkan sebagai ubat kategori X. Ubat jenis ini disahkan berisiko tinggi menjejaskan janin. Sebagai contoh, thalidomide. Antara lain, ubat jerawat (accutane) sepatutnya tidak diambil sepanjang tempoh kehamilan kerana risiko kelahiran bayi cacat anggota badan

Kesan sampingan berbeza
Sebagai wanita hamil, perlu diingatkan bahawa anda hanya dibenarkan mengambil ubat yang mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Paling penting, jangan makan sebarang jenis ubat tanpa nasihat doktor. Ini kerana, terlalu banyak ubat yang didakwa baik untuk kehamilan tetapi tidak mendapat pengiktirafan KKM. Begitu juga halnya dengan kebanyakan ubat tradisional yang berasaskan herba.

Kebanyakan ubat-ubat ini tiada pengawasan kualiti. Oleh kerana itulah kesan sampingan ubat-ubat ini berbeza di antara satu pengguna dengan pengguna yang lain.
Ada sesetengah pengguna yang mengambilnya selamat namun ada segelintir yang lainnya mengalami masalah sewaktu hamil ataupun ketika proses bersalin.

Sebagai ingatan, dalam trimester pertama kehamilan, organ janin sedang terbentuk. Jadi, anda perlu berwaspada dengan ubat yang diambil. Adalah lebih baik jika anda bertanya kepada doktor terlebih dahulu sebelum memakan apa-apa jenis ubat. Begitu juga dengan dua atau tiga minggu sebelum bersalin.

Diakui selamat
1. Paracetamol
Kebanyakan wanita yang demam ketika hamil takut untuk mengambil ubat. Perlu diketahui! Paracetamol selamat untuk dimakan. Wanita hamil yang demam perlu mengambil paracetamol bagi meredakannya. Jika tidak, dikhuatiri masalah lain pula yang akan timbul apabila suhu badan semakin meningkat.

2. Batuk
Sirap batuk daripada jenis benedril dijamin selamat.

3. Antibiotik
Terdapat tiga jenis kumpulan antibiotik yang dipercayai selamat. Antaranya ialah kumpulan penisilin, cephalosporin dan erythromycin.

4. Asma
Apa-apa sahaja jenis ubat untuk merawat asma adalah selamat dan dijamin tidak meninggalkan kesan buruk kepada kehamilan. Penggunaan inhaler adalah paling selamat.

Tidak boleh ambil langsung!!!
1. Kulit

A. Accutane/ isotretinoin
Sekiranya pernah mengambil ubat untuk merawat jerawat, anda pasti dinasihatkan doktor untuk tidak hamil dalam tempoh tertentu. Ini kerana risiko kelahiran cacat adalah tinggi iaitu 1:4 kandungan.

B. Tegison/ etretinate
Bagi pesakit poriasis (sejenis penyakit kulit yang menyebabkannya keras dan gatal), ubat yang diberi adalah lebih bahaya. Kesan ubat ini akan berada dalam badan untuk tempoh yang panjang walaupun pesakit telah menghentikan penggunaannya. Dalam pada itu, ubat ini biasanya tidak akan diberi kepada wanita yang bercadang untuk hamil.

2. Thalidomide
Ubat yang digunakan untuk mengatasi morning sickness ini turut dikenali sebagai world medical disaster. Ini kerana selepas diperkenalkan pada tahun 1958, ubat ini
didapati menyebabkan keguguran ataupun bayi lahir tanpa anggota badan.

3. Aspirin
Ubat jenis ini tidak digalakkan untuk diambil kerana risiko pendarahan.

4. Ponstan
Selain ponstan, ubat ini turut dikenali sebagai asid mefenemiuc. Ia tidak boleh diambil kerana dipercayai boleh memberi kesan kepada jantung janin.



Sumber: Majalah Pa & Ma

Nuffnang HARAM?? Betol ke???

Semalam saja belog walking, terjumpa info nie...

Hurm.... Just to share with all...


CLICK HERE.. NUFFNANG HARAM????

Monday, June 28, 2010

Sambung belajar???

Hurm....

Actually dah lama aku nak sambung Master nie tapi keep delaying sebab banyak hal2 yang timbul...

Baru2 nie, company aku ada bt offer nak taja pekerja die yang berminat nak further study for Master or PHD... Offer die memang menarik hati aku la, Universiti yang terlibat adalah di luar negara bagi full time student.. Negara yang terpilih Australia, Germany, UK & Perancis...
Cuti belajar bergaji penuh lak tu and of coz la sume kos sara hidup, belajar dan yuran disponsor kan...

Semua syarat kelayakan aku dah pass.. Yang menjadi masalahnye skang, aku runsing gak nak apply nie.. Sebabnye aku ngah pregnant... And aku tak pasti universiti mana yang perlu aku pilih... Company memberi pilihan bebas kepada staff die untuk membuat pilihan...

Pasal husben pun aku tak riso dah, since husben dah tanya boss die sume, kaki tangan kerajaan leh amek cuti tanpa gaji.. So Master dalam 2 tahun je insyaallah... Husben pun sangat memberi sokongan kat aku sebab die memang tau aku dah lama nak sambung Master ni, dari sebelum kawen aritu...

Aku nak apply je dulu, kalau tak dapat tahun nie cuba lagi tahun depan sebab every year pun company aku memang ada bt offer nie... Tahun lepas aku tak apply sebab nak kawen..

Aku harap sesape yang tau pasal Uni yang bagus tok buat engineering kat 4 negara tu leh la bagi info eh... Recommendation amatlah dihargai...



Mommy on Fever

Hari ni aku dapat MC..

Dari Jumaat aku demam tapi tetap gigih g keje, yela.. Testing tengah banyak nak jalan, projek banyak nak kene siap before deadline bulan pose nie... Sebelum bulan pose ni kene jalan2 pusing Malaysia termasuk Sabah Sarawak nak buat testing.. Mampu ke aku nie???? Huhuhu....

Aku akan cuba sedaya upaya... Skang aku berehat di umah mak.. Since husben kene kursus so die hantar aku kat sini.. Riso aku dok sorang kat umah sebab aku dah sampai tahap semput selsema batok nie..

Semalam dah gi kenek, doktor ada bagi ubat demam batok selsema antibiotik sume.. Dokter kata ni je ubat yang sesuai tok preggy lady.. Doktor dah kata gitu aku makan je lah... Tapi sebelum makan tu siap2 la doa semoga ubat yang aku makan tu tak mendatangkan mudarat pada aku dan kandungan dalam perot nie.. Riso gak kan??

Huhu nak bertahan memang takleh dah.. Aku ni jenis susah demam sekali demam memang amek masa nak baik... Huhuhu..

K la, nak rehat2 jap... Ada banyak emnde nak pk ni.. Huhu yang perlu dibuat decision...

Thursday, June 24, 2010

Teppanyaki lagi..


Ko tengok muka hepi giler dapat makan teppanyaki.. Kesah ni Jumaat lepas..

Kan semayang Jumaat, rehat panjang sikit.. So ajak memembe gi Gardens makan teppanyaki..

Aku suka makan teppanyaki kat Gradens ni, lagi sedappp.. siyes.... Tak tipu punye..


Ni la set aku amek, siap ada mango puding lagi... Sedap tau mango puding die..


Orang yang sudi menemani aku..


Geng makan yang besh!

Tuesday, June 22, 2010

Sakit pinggang

Huwa... Aku dah start sakit pinggang...

Nak buat camne nie??? Tido malam dah tak seindah biasa...

Duduk mengadap PC pun sakit... Driving pun sakit... Huhu padahal perot takde la beso mana pun...

Huhuu

Monday, June 21, 2010

Menu untuk Hari Bapa

Ahad hari tu kan Hari Bapa..

Saja la nak buat seprise celebrate sikit.. Eceh, aritu kan mothers day die dah beriya, so takkan fathers day aku nak bt bodoh plak kan..

So semalam masak la spesel sikit, maklumlah Isnin sampai Jumaat masak sempoi2 aje.. Hikhik..
Hari Sabtu aku dah siap2 gi pasar Pudu beli seminggu punye lauk pauk dan sayur .. Memang jimat la, dalam 40 hengget aku dapat beli macam2, kalau gi Tesco beli runcit2 ni memang membazir... Kalau makan kat luar hari2 lagilah mahai dah tu kebersihan tak tentu lagi... Dah lah aku ni hygiene freak..

Siap2 siang sume ikan ayam udang segala packing letak dalam freezer... Siap blender cili tok stok 2 minggu so balik keje nak masak senang la kan... Maklumlah takde maid, aku la tukang cuci, aku la tukang masak, aku la madam.. HAHAHA tapi aku sangat enjoy menjalankan tanggungjawab seorang isteri.. Pahala tu.. Memang la susah tapi bila ingat petua mak aku sebelum kawen dulu, nak tambat hati suami, tambat lah perot die dulu.. HAHAHA sila pikir camne nak tambat perot suami???

Adakah seperti menambat lembu??? Hehehe.. Takde la macam tu, maksudnye amek hati suami melalui masakan, melalui masakan tu suami akan sentiasa ingat dan rindu kat kiter.. Tak percaya?? Cuba la buat sebab saya dah melaluinye... HAHAHA.. Suami lebey prefer saya masak dari makan di luar.. Bukan jimat tapi taste is much different katanye, walau makan di restoran mahal sekali pun tak sama dengan masakan isteri yang disediakan dengan penuh kasih sayang.. Resipi utama di sini KASIH SAYANG & KEIKHLASAN.. Betol... Itulah saya pektikkan... Setiap kali masak untuk suami, selawat lah dan berdoa agar hati suami tetap pada kiter.. Berdoa agar kasih sayang makin mekar.. Insyaallah keikhlasan kiter menggembirakan hati suami akan dirahmati Allah..

Dah dah.. Dah melalut....

Pagi2 Ahad, punye la awal aku bangun tujuannye nak merebus tulang dan daging.. Sebab aku nak buat sup tulang...

Aku share lah resipi sup tulang ni ye

Bahan- bahan Sup Tulang Meletoppp (suka hati aku je bagi nama)

* Tulang lembu - jangan la ambil yang tulang aje, ambil la yang ada isi2 tu...
* Daging sikit
* Halia
* Kulit kayu manis
* Bunga cengkih
* Daun sup
* Daun Bawang
* Bawang goreng
* Cili Padi
* Perencah sup
* Daun saderi


Cara2 memasak

* Rebus tulang dan daging dengan api yang kecil sampai daging tu empuk lembut.
* Masukkan halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, perencah sup.
* Agak2 daging dah lembut, masukkan lah garam secukup rasa.
* Masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.. Kalau nak masam2 sikit leh perah asam limau, nak pedas masuk cili padi potong.
* Dah siap..

** Aku buat sambal kicap, sebab la kick kalau ada sambal kicap...




Menu kedua sambal Udang takde petai... Kalau ada petai mesti lagi kick..


Bahan-bahan

* Udang
* Cili kering diblender ngan bawang
* Bawang dihiris


Cara masak

* Panaskan minyak, tumiskan cili.
* Masukkan udang tadi, tumis hingga masak dan garing.
* Masukkan bawang yang dihiris tadi dan gula garam secukup rasa.
* Siap!



Menu spesel adalah Strawberi Cheese Cake...

Cheese cake ni memang sedappppp... Yummyyy!!! Favorite husben ever after.....

Resipi aku dah pernah bagi kat blog nie, kene godek la cari under tagging resipi...


Kesimpulannye husben sangat suke, sampaikan semalam aku tak terkira bape kali die makan... Hikhikhik.. Rasa happy sangat bila husben makan dengan penuh selera hasil masakan aku, walaupun penat masak tapi berbaloi-baloi....

Dengan ini aku nak ucap kan hari bapa untuk husben saya, Mohammad Amirul Adlee papa-to-be, less than 4 months tittle papa tu akan dipegang..

I know u'll be a great father to our little precious..


Selamat Hari Bapa juga untuk ayah saya yang tersayang...

Mekaseh atas segala2nya, ur the best!


Dan untuk semua bapa-bapa....

Jadiklah pemimpin keluarga yang baik..

Orang Kawen...

Sabtu attend kenduri kawen best fren aku Wafiyyah... Wafiyyah nie sama keje ngan aku tapi die kat Penang...

Depa ni dah nikah bulan Mac aritu, tapi majlis bersanding nye buat Jun.. Hehhe

Suka sangat baju pepel nie, sebab baju ni songket.. Aku dulu kawen tak dapek nak pakai songket...


Hehe dah nampak cikit kan perot aku... Masa ni dah nak masuk 6 bulan...

Wafiyyah pun ngah peknen gak masa nie.. tak silap aku 2 bulan kot..

Selamat pengantin baru Wafi & Jamil.. ... Sekali gus mommy to be..

Friday, June 18, 2010

Mengidam...


Mengidam ni kater orang ngan ibu hamil tak dapat dipisahkan.... Macam-macam kisah aku dengar pasal orang mengidam nie... Mengidam nak makan sabun la.... Camno tu??? Sabun pun ko nak makan, tapi ye la.. Hanya orang yang mengalaminya je yang paham perasaan orang mengidam nie... Memula aku tak paham sebab aku tak pernah mengidam, ada la sekali dua aku nak makan Famos Amos padahal aku cukup tak suke biskut tu sebab manis sangat, seb bek la tak susah nak carik Famos Amos nie.. Kat JJ pun ada..

Pastu aku tingin nak makan buah delima, memang dah merata kami laki bini carik tapi tak jumpe... Aritu husben ada la bawa balik delima amek dari pokok kawan keje die, kawan die tanam.. Tapi isi die putih, tak merah... Huhu aku nak yang kaler merah plak... Sampai skang tak jumpe lagi.... Tapi yang ni aku paham sebab susah nak carik so mampu bersabar, akan ku tunggu sampai 9 bulan...

Last week kat opis tengah busy buat keje, tetibe aku rasa teringinnnnnnnn sangat nak makan teppanyaki.. Apa lagi, aku ajak la dak opis aku g Midvalley.. Opis aku kan kat Bangsar, Midvalley tu memang port lepak la... Tapi sume ada meeting pas lunch so takleh la nak teman...
Ibu hamil ni punye la emosi... Terus sedey tak dapat makan, sebab hati nie dah meronta-ronta nak makan teppanyaki, siap dah terbayang2 kelazatan taugeh, daging sume~~~~ Ini exxagerate okey...

Pastu mula la syahdu syahdan... SMS husben cakap takde sape nak teman gi makan teppanyaki.. Yang tak tahan tu, sambil taip SMS, airmata berjurai2 jatuh tak henti... Mengenang naseb... Huhuhu... Tak tau mengapa aku menjadi begitu emosi hanya gara2 teppanyaki.. It was never happen before in my life.. Rasa macam loser giler, nages sebabkan teppanyaki.. OMG!

It was not over there, aku terus takmo lunch... Perot pun cam merajok je, tengok sume benda pun tak lalu nak makan..

Petang tu amek husben kat opis.. Memula husben tanya gak, nak tak gi makan teppanyaki, aku jawab malas ahhh.. Kekonon dah merajok habes la.... Sekali tupppppp husben pusing ikot jalan lain, aku terus cam tanya..

Mak buyong : 'Eh nak g mana ni'?????

Papa to be: Gi makan teppanyaki.. Kan baby kan???? T______T terus mak buyong senyum girang...


Weols gi makan kat Times Square aje.. Seb bek ada Teppanyaki kat sana, kalau tak mesti roboh Times Square tu ku amuk... HAHAHA.. Ganas betol mak buyong nie, tau la ngandung baby boy..


NI orang ngah wat teppanyaki saya.. Bt sedappp2 tau ... Gambo not nice, guna HP saja..


Air soya untuk kami...

Beef & Chicken teppanyaki for preggy mom... Papa tobe order chicken teppanyaki... Gambo2 malas nak snappppp... Nak makan jerk....

Pas makan, mak buyong tersenyum la riang... Tido pun dalam senyuman... Hikhikhik...
Tekiu kepada husben menunaikan makanan idaman isteri, terasa dimanja plak saat2 camni kan....


Ni yang rasa nak ngandung tetiap tahun..... WAKAKAKA larikkkkk!!!

Thursday, June 17, 2010

Station 21 @ Bangsar

Tadi lunch di Station 21 Bangsar...

OOOOO nikmatnye chicken mushroom die... Sodapp...

Gambo??? Huhu mak buyung lapoo, tak teringat nak amek gambo...

Next time la ye, ingat nak ajak husben pasni.. Nak makan spageti Marinara lak.. Tadi rasa opismate punye sedap gak...

Hikhikhik ibu hamil ni kalau makan western laju aje...

Cube suh makan nasi, slow slow..... macam nak makan ape je...

Ok dah.. Tu Aje!

Wednesday, June 16, 2010

Antenatal Check Up Week 22

Weken pegi chek baby di Klinik Pakar Wanita & Bersalin Alam Damai.. Patutnye Khamis tapi doctor takde plak, yang ada doctor ganti so tukar ke Sabtu..

Untuk bulan nie ada beberapa kemajuan kat ibu hamil nie, berat dah naik hikhikhik walaupun naik tak sampai 1 kg.. Ok la dari berat turun kan... Tu pun seksa oooo nak naikkan berat badan... Blood pressure normal, sugar level pun normal.

Skang masa untuk update on baby plak.

* Baby dah membesar dengan jayanye, maybe pertambahan berat saya tu sebabkan pembesaran baby.. My little precious now almost 550 gram.. Doctor kata berat yang ideal la untuk minggu ke 22 ni.
* Heartbate baby pun bagus.
* Tulang belakang baby pun terbentuk dengan cantek.
* Baby sangat aktif, tengah doctor godek2 nak carik angle yang sesuai baby membagi tendangan padunye.. Terkejut doktor.. Mama dah tak terkejot sebab dah biasa dengan tendangan padu baby tu.. Hikhikhik
* Baby pun dah menunjukkan gendernye... Yeay.. Cube la teka, my little precious BOY or GURL??? Alah.. Mengada2 nak teka-teka, padahal di FB dah announce dah.
Patutlah tendangan amat padu, rupenye baby Boy. Hikhik mama and papa nampak dengan jelas bird baby .. Malu ahhhh...

Itu saja chek up bulan nie, next month datang lagi kata doctor and doctor akan bt referal letter to hospital. Skang ngah survey nak bersalin di mana...

Tuesday, June 15, 2010

2 org ibu hamil pegi PICNIC

Ni cete weken masa cuti wesak aritu.. Sebabkan takde pape plan kat KL, weols decide balik kampung aku kat Perak... Gerak balik ari Jumaat...

So Sabtu tu pas masak2, cam tak tau nak buat pe... Dah la panas lak tu, ape lagi.. Terus aje pack lauk pauk yang dah masak tadi....

Start enjin kete... Zasssss gerak gi SIr Terjun Sg Bil... Air terjun ni dekat je ngan umah opah aku.. Naik kete tak sampai 10 minit...

Layan je la gambo2 di sana.. Tapi gambo aku tak banyak la, sebab aku camerawoman nye... Hurmm...


Ni gulai nangka... Aku tak makan ni sebab anginnn.. Tapi aku tau sodapppp sebab husben tambah nasi 2x..


Gulai lemak cili padi ketam.. Yang nie memang sodapppp.. Ketam plak fresh dari ladang, memang manissss je kuah die.. Aku hirup2 gitu aje...


Ikan goreng... Goreng garing2, tulang pun leh kunyah...


Sotong masak kicap tok budak2, tapi ktorg mak pak budak pun makan gak..


Husben ku melayan sepupu sepapat mandi manda... Aku gi sini ngan famili ucu aku anak banak ngan opahku skali... Sporting kan opah ku????


Mak buyung yang berendam tak reti2 naik.... Ucu aku ni peknen 5 bulan gak, ktorg due sok beza 2 3 hari je... Hehehe opah aku timang cicit ngan cucu sekali la tahun nie..

Siap leh main tanam2.. Isk isk isk..

Air kat sini sejok giler.. Aku leh berendam kejap je, mengigil2... Huhuhu.. Tapi memang puas la mandi manda...

Tuesday, June 8, 2010

Nak jadik Ibu kene KUAT..

Dari ahad aku kene ceri beri... Kuar masuk toilet je, sampai berdarah la montot gamaknye.... Tak tau la aku silap makan apa, perot aku ni sensitip sket.. Takleh makan benda yang bermalam, ada la tu aku salah makan...

Ahad malam memang aku dah flat.. Pucat lesi.. Ye la, makan muntah ceri beri... Ngan baby pun lapo gamaknye.. Huhu kesian baby..

So hubby bawa gi klinik Alam Damai, memang dah bese ngan kenek ni, ni kenek bersalin, pakar wanita dan keluarga.. Aku bt check up pun kat sini..

Masa check tu doctor yang check aku pompuan, cantek.. Muslimah sejati~~~

Memula die tanya aku leh tahan tak, aku cakap la mana tahan perot memulas tu yang tak tahan... Macam kene putar isi perot nie...
Die kata die bagi obat tapi tak advise aku makan since aku peknen...
Masa ni aku cam dah blur...
Doc just nasihat kalau boleh tahan, tahan la... For baby sake... Ye la kan, kiter tak tau kesan obat tu terhadap baby kan....
Kalau nak makan jugak, bertawakallah kat Allah tak membawa sebarang mudarat pada ibu dan bayi...

Akhirnye aku bk, aku minum air terus tido.... Obat pun tak makan... Aku belajar bertahan untuk menjadik seorang ibu huhuhu seb bek dokter bagi MC hari isnin...

Huhuhu...

Jejalan tengok Burung

Masa Matta Fair ari tu kan weols ada beli tiket masuk Bird Park nie? Heheh punye la bergurun, beli bulan Mac, Mei baru ada kesempatan nak pegi... Yang pastinye, mabok tu baru ilang.. Hikhikhik.. Entri ni byk gambo, malas nak bebel panjang... Tengok gambo aje la, dah kata g Bird Park... Hehehe Bird Park ni kat KL area Taman Rerama nun...


Entrance yg penuh ngan burung... Macam2 kaler ado..


Husbenku yang sangat penyayang kat haiwan.. Wifey die?? Oooooo booolayannnnn...


Tengok la, banyak gambo die je nak g pegang2 burung tu.. Aku cuma jadik camerawomen je.. Bukan pe, aku nie penggeli satu hal, pastu aku takot la.. Kang die patuk ke apa kan.. Huhuhu...


Hahaha aku cuma bergambo ngan sign board je atau pun burung replika.. HAHAHA..


Burung hantu yang suke tido... Puas weols ketok2 jaring tu, die bukak mata sikit aje...


Tengok la... Punye la penyayang, cokelat cadbury yang aku beli mahai tu boleh die bagi burung makan... Yang burung ni tak tau la stended mana, leh pulak makan cokelat cadbury tu, dah habes leh datang balik tu nak lagi.... aishhhh


Ni burung unta...


Burung ni pandai giler posing, elok je aku halakan kamera kat die dan dan die lebarkan sayap.... heheheh bagus2.. sangat memberi kerjasama..


Burung ni nama die Serindir Merah.. Aku ingat ok nama die.. Sebab kaler burung ni kaler peberet aku so secara automatik aku ingat nama die.. ekeke...


Ini ketua flamingo sebab aku tengok die yg paling besau dalam kawasan flamingo nie..


Pencinta haiwan...


Muka penat giler... MEngandung 4 bulan nie.. Aku leh bantai berjalan dalam Bird Park nie, dah la besauuuuuu giler taman nie..


Tak tau la nama apa burung nie~~


Kaler biru...


Bergambo ngan flamingo..


Bergambo ngan parrots..


Parrot ni pandai cakap.. hehehe comel je die cakap..


Burung apa ntah nie, very nice color..


Ada rumah ayam.. HAHHAA.. aku tak tau rumah apa, aku masuk sini sbb nak aircond aje.. Nikmatttttt wei dapat aircond..


Tengok la, berani giler husben aku pegang itik tu, kalau den.... Tak maunyeee...


Dah macam hape dah.. Towel tu tok lap pleuh, memang menjejeh2 peluh dalam tu.. Panas giler, dah la jalan jauh....


Bukti kami dapat aircond, terus duduk bawah lubang aircond tu.... sejokkkkk ketiak yang basah...


Die nak bagi makan burung unta lak.. Layankan aje la...


Muka berpeluh berlengas giler....


Ini tragedi.... AKu punye la taknak amek gambo ngan burung2 ni sume.. Tetibe tang ni ntah camne aku nak lak... Tapi malang naseb aku, bila turn aku je berdiri depan burung nie.... PAPPPPPPPP.. die patuh kepala aku.. Hampassgassss.....

Tobattt aku takmo amek gambo ngan flamingo lagi.... Huhuh


Nak tangkap bawa balik... Nak bela ...


Bagi makan kenyang2...

Itu aje la cete nye.. Gambo pun tak tersusun..... Aku rasa org yg pencinta haiwan mmg suke g tempat gini, klu aku sebab panas jadik cam lemah la sket... Huhuhu..

Sok ada anak bawa gi zoo aje la...

















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails