Hari kedua kat Langkawi, pepagi buta dah bangun.. Banyak plan dalam kepala. First thing, adik2 aku yg budiman nak naik kabel car katanya. So terus la kami ke cable car. Dr hotel kami nak ke cable car tak jauh, tapi kalau dr Pekan Kuah jauh sikit la. Sampai cable car dalam kol 9 gitu. So hubby ngan adik lelaki aku pakat gi makan kat kedai bawah depan Oriental Village. Yang kami plak kaum pompuan dok lepak2 depan kedai hikhik cuci mata...
Termasuk la si kenit di bawah ni. Cuci mata jugak T____T tengok la tu sebok bergaya dengan sunglass bagai.... Bila die pakai sunglass tu, orang dok puji comei kemain lagi kembang kempis lubang idong... Hamboiii kemain ko ye dik...
Mama dan anak... Mesti ramai yg pelik, kaler block ke aku ni. Dah baju kuning pakai tudung merah. Ada aku kesah? Yang penting baju tutup bontot, tudung tutup dada. Kaler itu takde hal lah! Tudung tu aku sangat suka, die adalah tudung half moon.. Dari kain cotton, memang sangat best pakai.
Kami berjalan2 di Oriental Village sementara menunggu jejaka2 tampan makan. Ktorg nak join makan tak lalu ler pulok sbb kat bilik dah bekpes roti..
Sekali tengah2 jejalan, ada kakak ni dok pomot Mangoove Tour. Naik boat, satu boat RM200. So ktorg cakap la maybe besok kot sbb aritu nak naik cable car. Sekali akak tu gitau cable car tutup 2 hari, bt maintenance.. Adoiii haii kiciwa jejaka tampan seme.
HAHAHA aku hanya mampu tersenyum... Pas diskus2, memasing macam agreed tok gi Mangoove Tour tu dari tak buat pape. Mangoove Tour tu 2 jam, ada 6 tempat gi lawat. So cable car kami postpone ke pagi khamis sebelum pergi epot.
Dari tempat cable car nak ke Kilim Jetty jauh gak,a da lah dalam 20 minit. Mangroove tour ni akan bawa kita ke Gua kelawar, Gua Buaya, Eagle Feeding, Fish Feeding Farm, Andaman sea ngan Kilim Geoforest Park... Sewa satu bot terus tok kami berlima, RM200.
Memula kami gi Gua Kelawar. siyes banyak gile kelawar dalam ni, masa kat luar bau busuk tahi kelawar tapi dah masuk dalam takde la busuk pun. Angin lalu bawa bau tu keluar kot.
Kami sekeluarga... Susah nak bergambar bertiga sebab nya Rayyan tak diam, nak berlari ke sana sini aje kejenya..
Kami sefamili... Mak aku, adik aku yang no3, aku panggil AKAK, yang no2 yang lelaki, the only son.. aku panggil JAZLI...
Pastu ktorg g gua buaya.. Nama je gua buaya. Orang tu kata dulu je jadik tempat lepak buaya.. Sekarang dah takde dah.. kalau ada lagi buayanya, memang aku tak pergi la situ. Tempah maut namanye..
Sebelum masuk gua buaya tu nampak monyet ni tengah cari kutu hikhikhik... comei je lahaiii..
Ni la gua buayanya... memang nampak la banyak batu bata landai boleh jd tempat lepak buaya...
Pastu ktorg gi tengok laut andaman, dah dekat sangat ngan sempadan Thailand... Kalau naik bot lagi 20 min dr situ, memang sa mpai la ke Thai kita.. Hikhikhik...
Next gi tengok Fish Farm ngan Eagle feeding lak...
beznya!!!!..heee..jln2 kat cni..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..
ReplyDeletegambar yg last tu..ada jugak yg panggil pulau kasut..
ReplyDeletetourist guide tu tipu tua. actually buaya masih lg active kt area gua tu.seriuos!!!
ReplyDelete