Tuesday, March 26, 2013

Dosa tanpa saya sedari.. my bad!

Skang memang saya jarang update blog sbb malas. Sesape yg rajen update tu saya memang respek la. Anda memang kental.

Tapi hari ni saya benar2 terpanggil utk share satu video yg menyentuh hati saya. Benda ni simple tapi saya selalu leka pandang. Video ni di tunjukkan oleh suami kepada saya.


Ya Allah lepas tengok video ni, terus macam tersedar banyaknye dosa saya yang suami kene tanggung tanpa saya sedar :( ... Suami pun suruh saya delete aje gamba dalam FB.

Kenapa la selama ni macam tak pernah terpikir pun, memang la gambar saya semenye bertudung tapi ada yg tidak sempurna cara bertudung tu. Saya akui. My bad. Please slap my face virtually! So pagi tadi masuk ofis, terus la mendelete segala album dalam FB. Malas nak sort out satu2. So delete aje seme senang cete, tinggal gambar Rayyan je. Mungkin ikhtiar saya ni sikit, tapi belum terlambat.

Memula ingat nk tutup je FB tapi sayang sbb saya rajen masuk contest tru FB and kadang2 suka jugak baca apa yg orang share2.. Petua ke, pastu shopping pun selalu gak dari retailer FB :) tu yang sayang nak tutup. So delete je la seme album yang ada. Semoga dengan kesedaran ni Allah ampunkan dosa saya yg tak disedari tu.

Lepas ni nak sort out gamba yg dalam entri kat blog kesayangan ni pulak. Ada hikmah rupanya blog saya hilang gamba entri2 yang lama. So senang sikit keje. T___T

Nak tutup blog rasa sayang so kene la rajenkan diri tok sort out gamba2 yg ada dalm blog ni...

Kat bawah ni saya share ulasan UIA tentang isu gambar di laman sosial ni


Geli hati pulak bila UIA guna perkataan gedik. Hehehe comel aje.


Wednesday, March 13, 2013

Bersalin di mana

Bila dah pregnant ni, satu masalah yang akan timbul. Nak check up di mana dan bersalin di mana. Kalau ikotkan utk maternity company cover separuh. Bukan semua ye. 50% sahaja. 

Masa bersalin Ar-Rayyan plan asal konon nak bersalin gomen, jimat sikit. Ye la, kalau bersalin private paling cikai pun kene caj RM3k, dah tak pasal kene top up dalam RM1k.....Masa tu kita Siap pergi check up kat KK walaupun terpaksa menunggu berjam2. Alih2 bila dah 7 bulan nak pilih hospital mana suami kata kita bersalin swasta, alasan beliau. Beliau nak doctor muslimah yg sambut kelahiran anak kami. Dan yang paling penting, beliau taknak doctor lelaki yg attend. (Paham2 sendiri lah kenapa kan)

Katanya bila tanya kekawan, rata2 cakap wife yg bersalin di gomen tak boleh pilih doctor. Terima je doctor apa yg available waktu tu. Tak kira la lelaki, perempuan, islam or non-islam. Masa tu kita menurut aje la cadangan beliau nak bersalin private. Sbb memang konfiden akan bersalin normal. Sekali sebabkan baby dah lemas, heartbate dah low. Terpaksa emergency czer. Waktu tu, perkara pertama dalam otak ni. Cukup ke duet? Ye la, bersalin  czer kan mahal, lagi2 di hospital swasta........Hahaha sempat lagi tanya suami. Suami kata takpe, janji baby dan saya selamat. Beliau ada menyimpan sikit untuk persiapan bersalin saya. Lega hati dengar. 

Alhamdulillah selamat anak pertama kami dilahirkan. And now, timbul lagi masalah yang sama. Memang kalau boleh nak g private jugak. Tapi saya memikirkan awal tahun depan rumah kami siap. Kira2 kos nak masuk rumah dan renovate sikit2 pun dah banyak belanja. Kalau boleh saving sikit tang sini, boleh la spend lebih kat rumah. Bersalin kat mana2 pun rasa sakit sama cuma layanan tu mungkin berbeza la kan.

Bila bitau suami saya nak bersalin di hospital gomen saja, mati2 tak setuju. Paling saya terharu bila beliau kata, biarlah dia  cari duet bt keje part time ke apa. Janji saya bersalin dengan doctor muslimah dan maruah saya terjaga. Beliau tak suke lelaki lain melihat bahagian yg tak sepatutnya walaupun doctor... Huhuhu..
Pastu start la gugel rate hospital swasta yg berpatutan dan secara tak sengaja come across blog ini.


Subhanaallah. Allah temukan saya jawapan dgn apa yg saya dok ragu2 selama ni. Kupasan beliau benar2 membuka mata saya. Komen2 dr pembaca dan beliau sendiri juga banyak menjelaskan apa yg samar2 sebelum ini. Worth to read!

Benar sungguh apa yg ditulis. Kenapa begitu jahil saya ni. Patut la suami benar2 berkeras nak doctor muslimah yg sambut kelahiran anak kami. Keberkatan dan Kehormatan saya. Itu key word die.

Secara jujur, suami jenis tak banyak cakap. Kadang2 apa yg beliau buat tu mmg ada sebab tapi beliau jarang bgtau why and why. Beliau nak saya find out sendiri. Kalau sampai sudah tak paham2 (maklumlah saya adalah blur) baru lah beliau akan explain baik2 kat saya.

Skang masih ada 7 bulan, masih sempat tok kami menyimpan. Even skang bercuti pun suami kata dah less priority. Yang utama baby dan rumah kami nanti. Selesai 2 benda ni, baru start menyimpan semula utk benda lain yg wajib katanya. 

Marilah menabung demi masa depan yg gemilang hahahhaha.. Penutup yang hampeh!


PS:/ Kalau  ada sesape yg lebih arif yang mungkin boleh tolong saya rumuskan info dr blog UmmuHusna tu, sangat saya hargai.



Monday, March 11, 2013

Alhamdulillah.. Rezeki terhebat 2013

Lama saya menyepi kan? Banyak keje yang perlu dibereskan.. Dan kesihatan pun tak mengizinkan... 
Maybe sesape yg ada follow saya di enstegrem tahu la kot berita gembira ni. 
Di FB pun saya takde bitau sangat sbbnya masa saya tahu, kandungan masih baru.

Minggu ni kandungan saya dah masuk 2 bulan. Alhamdulillah. Ini adalah rezeki terindah yang Allah berikan pada kami sekeluarga tahun ni. Saya tahu berita gembira ni masa kandungan 4 weeks. Masa tu period dah agak delayed tapi malas nak chek sbb dah beberapa bulan kecewa so malas nak beli 'kayu ajaib' lagi. Bazir je. 

Tapi ada satu hari tetibe saya rasa loya, tak lalu nak makan nasi. Lepas tu seme bau saya rasa busuk sangat. Sebabkan rasa tak sedap hati, terus pergi clinic nk amek asid folic je kononnye. Actually dah 3 bulan lebey saya consumed asid folic. Sejak saya plan untuk pregnant. Kebetulan stock habes, so pergi je clinic amek. Then saya tanya nurse, boleh tak nak buat pregnancy test tapi taknak jumpe doctor sbb rasa macam tak pregnant tapi gatai nak check jugak :)

Lepas je check. Nurse panggil nama  saya bagi asid folid then cakap "Tahniah, puan positive pregnant" 
T_____T hahaha time tu rasa nak tergelak pun ada sbb memang konfiden je tak pregnant alih2 lekat pulak.... Apa pun kami memang bersyukur ya amat dengan rezeki Allah yang satu ni. Walaupun ada yang berkata anak kecik lagi dah nak dapat adik. Takpe, ini pilihan kami. Kami yang akan membesarkan anak2 kami. Tak kisah la jarak setahun ke 2 tahun ke. Kami yang tanggung so orang luar tak payah nak cakap banyak.

Pregnancy test kit klinik juga yang akhirnya positive. Yang beli sendiri sokmo la keputusannya kecewa... :)



Beberapa minggu sebelum berita gembira tentang kehadiran ahli baru dalam keluarga kami, saya dapat berita gembira tentang status kenaikkan pangkat saya yang telah disahkan. Dan alhamdulillah bulan lepas gaji saya dah officially naik.

Masa saya up gamba ni kat Enstegram. Ada yang cakap rezeki baby. Time tu kompius celah mana pulak babynye. Saya bukan pregnant pun...

Rupanya memang janji Allah. Rezeki ini memang datang sekali bersama anak kecil dalam janin saya ni. Setiap bayi kan dah ditetapkan rezeki oleh Allah. Syukur tak terhingga. Suami tak putus2 mengucapkan syukur.



Friday, March 1, 2013

Shopping barang disneyland


Bukan selalu gi Disneyland.. Ni pun ntah bila dapat p lagi.. Kalau ikot hati mmg teringin nak bawa anak2 p.. Tapi somi dah kata, kalau nak g jauh2 ni baik simpan dulu duet dan dahulukan yang wajib.. Gi Mekah dulu baru gi jalan jauh2.. So terbantut terus niat.. Hikhik..

Sebabkan mmg tak tau ada tak peluang nak datang balik, haruslah borong sebenir bebanyak. Secara jujur tempat2 gini mmg la mahai.. Sama la macam taman tema yang lain... FM pun jadik berpuluh2 hengget, tshirt apatah lagi...


Beli FM, keychain, frame and tshirt.... Buat kenang kenangan.. At least ada bukti pernah sampai kat sini...




















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails