Meh cete2 pasal raya...Rata2 kawan saya yang dah berkahwin ada yg mengalami masalah nak beraya di mana. Setiap tahun pun mendengar kisah yang sama.
Bagi kami plak sekeluarga, setelah 4 tahun melayari bahtera rumahtangga.. Alhamdulillah, sejak tahun pertama kahwin kami dah amalkan sistem giliran.. So memang ikot sistem tu je la setiap tahun, jangan mengada2 nk ubah.. Apa jadi sekalipun, sila patuhi sistem.... Mungkin bg setengah orang, ala sama je raya mana2... ehhhhhhhh tak sama ok, kemeriahan Syawal tu hanya di rasa pada sehari sebelum Syawal (masa hari bantai kata org Perak) ngan Syawal yg pertama je.. Syawal ke2 ke3 ke4 dah takde rasa apa dah.. Tu yg pentingnya.. Nak lagi masa hari masak2, masa melemang tu.. perghhh memang best la.. Raya kat kampung apa yg tak best?? Semenye seronokkkk..... ngan makcik2 yg happening, kepala gegile dok dapor...Pakcik2 plak sebok buat lemang.. Malam raya lagi haibat, ngn main mercun nya, bunga api dentam dentum, pasang pelita keliling rumah.. Siap berlawan ngan rumah jiran pelita sape paling banyak hahahha... Memang raya kat kampung paling best la pada saya..... Sebab tu la pentingnya raya pertama bagi saya bersama famili saya.. Dan bagus jugak sistem giliran ni, kira selang seli la setiap tahun.
Tahun pertama, saya beraya rumah MIL kat Penang, tahun kedua turn famili saya di Perak... Tahun lepas kami beraya di Semenyih bersama FIL jugak dan tahun ni turn famili saya kami akan beraya di Perak.... Kalau ikot plan, saya akan cuti selama 2 minggu... Suami plak cuti sampai hari Isnin... Kami akan balik ke Perak pada hari Selasa, hari raya kedua baru balik ke Kluang rumah MIL pulak. Gitu la sistem giliran kami setiap tahun....
Walaupun saya amek cuti panjang, tapi Isnin tu rasanya kami dah balik KL.. Plan nk cuti2 Malaysia tapi ntah la keadaan saya ni tak mengizinkan jalan jauh... wiken lepas balik Kluang sakit2 satu badan duduk dalam kereta lelama huhuhu.. So nampak gaya cuti akan dihabeskan di rumah, nak pre wash baju baby dan barang2 yang lain.... Lagipun masa tu dah 30 weeks, memang sedang elok la tu kan.. lepas ni tak tahu saya akan dapat cuti lagi ke tak, sbb banyak keje yng menanti.. So sementara bercuti, kita setelkan apa yg patut...
So tahun ni, turn kawan2 raya mana?