Wednesday, July 9, 2014

Resipi ayam goreng Nestum


Kita nak share satu resipi yg sedap, kalau korang makan sure tak benti nk kunyah hihi.. Tq pada kawan yg share resipi ni....

Tajuk resipi ayam goreng nestum..

Bahan2.
- Isi Ayam
- Butter
-Bawang Holland
- Bawang putih
- Daun kari
-Cili api/cili besar
-Nestum

Cara masak
1. Memula perapkan isi ayam yg dipotong dadu dengan sos tiram, and pepper. Perap dalam sejam gitu pn ok, masa perap ni leh la masak dish lain.
2. Salutkan dengan tepung, tepung goreng apa2 pun ok.. Kita guna tepung gandum biasa je..
3. Then goreng dalam minyak panas.... dah masak angkat and toskan minyak.
5. Bersihkan kuali td, then masukkan butter dalam 3 sudu...
6. Masukkan bawang holland, bawang putih, yg dah dihiris dadu... Masukkan daun kari utk aroma...
7. Masukkan cili padi/cili besar yg dihiris kalau nak pedas..
8. Masukkan nestum secawan, then masukkan garam seckup rasa.
9. Dah gaul seme bahan tadi, masukkan isi ayam yg dah digoreng tadi dan gaul sekata....

Siap dah menu simple... Rayyan suka, saya pun suka... Bila ratah gitu2 pun sedap je rasa hehehe....




1 comment :

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails