Monday, August 24, 2015

Penggembaraan Miles From Tomorrowland

Ni kisah wiken yg lepas. Lewat sungguh aku update sbb ada banyak sangat hal dan hampir lupa. Aritu dapat invitation dr Sophia utk ke pelancaran siri animasi baru dr Disney Junior : Miles from Tomorrow land. Pelancaran ni dibuat die Petro Sains KLCC. Sebabkan event ni utk anak2, so kita bawalah anak2 gi join event ni. Kita mmg suka aktiviti yg libatkan anak2 ni, bagi diaorg  develop self confindence bila mingle around dengan kanak2 yg lain. 

Memula sampai, kita amek gambar depan poster dulu... anak iols bawa dedua.. Aritu p ngn adik, hasben keje kan. 


Best sangat, organizer susun bean bag yg kalerful ni depan skrin besau utk tayangan perdana siri animasi kepada anak2... Rayyan memula tak minat sbb katun baru kan, tapi now kat rumah mmg stp malam tunggu nak tengok tomorrow land katanya...

Sedikit info tentang siri animasi ini: 

“Miles from Tomorrowland” Disney Junior, siri pengembaraan antara galaksi, dilancarkan pada 17 Ogos jam 9 pagi di Disney Junior (Astro Channel 613). Program baharu untuk kanak-kanak berusia 2-7 tahun ini menggabungkan fakta unik tentang angkasa dan sains tatkala mengikuti misi pengembara muda Miles Callisto dan keluarganya ke angkasa lepas.

Keluarga Callisto terdiri dari Ibunya dan Kapten kapal, Phoebe; Ayahnya jurutera mekanik, Leo; kakaknya Loretta pakar teknikal dan kawan baik, Merc, ‘robo-ostrich’. Mereka bersama-sama menerokai galaksi baru yang dipenuhi dengan makhuk asing, kenderaan angkasa lepas dan alat berteknologi tinggi yang aneh. Mereka akan membawa penonton muda dan keluarga mereka mengharungi perjalanan ke masa depan, dan pada masa yang sama mengingatkan mereka tentang apa yang perlu diperkukuhkan – ikatan keluarga. 


adik yg tak reti diam2... asyik bt keje aje, bukan nak duduk ontok2 tgk katun.


Kat majlis pelancaran tu jumpa jugak Nana and kazen2 Rayyan & Sumayyah. Kemain hepi la bebudak tu dapat jumpa, raya ritu tak sempat lg nk jumpa kan... Kita kan raya Perak...




Selepas habis tayangan perdana, kami diberi tix untuk masuk dan meneroka alam sains di Petrosains. Ni pengalaman pertama anak2 masuk PetroSains, tak pernah bawa sebelum ni. Macam biasa la, kami nak tunggu bebudak pandai appreciate dulu. Eh sebelum ni pernah bawa p pusat Sains Negara hihihi..



Seronok anak2 meneroka tentang Sains kat dalam tu. Rayyan la paling byk sekali soklan pelik2 dr dia. Pening mama nk jawab.



Masa ni belajar pasal udara... seronok bebudak berdua ni main, gelak terkekek2 adik bila abg masukkan kertas, kertas tu terbang naik ke atas kluar ikot corong...


Yang ni plak pasal mekanik fizik... Tapi bebudak suka sbb byk pengerakkan bukan paham pun yg ni aktiviti fizik. Hihihi.


Adik sibuk bermain dgn bayang2 di cermin.


Paling best adalah Goodies hari tu.. Dapat botol air dan bekas maknan Miles from tomorrowland. Dapat 4 set, satu set bg ke mak.. bebudak ni dapat la satu sorang, mama dpat 1 set hahahahaha...
Seronok seronok seronok.. Nanti invite kami lagi ye Sophia.


Sempena pelancaran siri ini, pencarian untuk ‘Disney Junior’s Space Adventurers’ seluruh Asia Tenggara kini bermula! Kanak-kanak berusia 2-7 tahun digalakkan untuk mencipta Starjetter mereka sendiri – kapal angkasa penyelidik yang digunakan oleh keluarga Callisto sewaktu perjalanan mereka ke angkasa lepas. Keluarga di Malaysia juga boleh mengunjungi Petrosains, The Discovery Centre di Tingkat 4, Suria KLCC bermula 1 Ogos 2015 untuk menyertai aktiviti istimewa bertemakan Miles from Tomorrowland! 

Bagaimana nak sertai peraduan ni?

Ibubapa perlu melayari laman sesawang – Disneyjunior.asia – dan muat turun Miles from Tomorrowland Space Adventurer E-kit yang bukan sahaja menampilkan helaian aktiviti menyeronokkan tetapi juga panduan lengkap cara untuk mencipta Starjetter. Foto Starjetter paling kreatif yang dihantar akan memenangi gelaran “Disney Junior’s Space Adventurer” dan akan disiarkan di saluran ini.

Untuk info lanjut, klik ke Disneyjunior.asia

No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails