Friday, May 11, 2012

Nikmat dunia yg tak boleh tahan


Nikmat yg tak boleh tahan..
Kek from A Slice of Heavenly..
Makan dulu baru pikir gemuk ke tak.

Itu sahaja untuk hari ini. Tiada mood untuk berbicara

Hasil dari keputusan check up semalam, refer to this entri.

Masih belum dapat kepastian adakah jantung bermasalah.
Daripada result darah menunjukkan hati yang ada problem, but the simptom sakit look like jantung yg ada masalah. 
Especially bila somi kene buat stress test CTG on the treadmill. Supposedly he did 5 round countinuously, but he just managed to do 3 round only  with few slopes on the graph.
Doc kata dari graph tu la yang akan determine jantung ada prob ke tak. Itu pun hanya 90% accurate. 
Tapi the reading looks OK, but condition somi during test tu yang tak OK.

For temporary, doc bagi ubat untuk liver. Makan selama 2 weeks.
After 2 weeks will be another check up again. Kalau lepas makan ubat still sakit, then refer ke IJN terus.
Sangat menyusahkan hati. 
Tak tahu apa nak cakap. Tapi saya tahu saya akan tabah. I am a strong women tho.

Friday yang baraqah,
Saya hanya ingin berdoa agar somi saya sihat sihat sahaja.
Tiada masalah yang serius.

Really mean it.








Thursday, May 10, 2012

Baru tahu sayang..

Semalam saya halfday. Sesape yang baca status di FB maybe tahu kenapa.
Saya halfday kerana menemani suami berjumpa dengan pakar jantung di Hospital Pantai Ampang. Maybe semua tertanya2, suami sakit jantungkah. As of entri ini ditulis, kami masih belum mempunyai keputusan yang tepat. Pagi ni, saya ambil cuti sebab menemani suami ke hospital lagi untuk mengambil beberapa ujian for cardio test. 

Kisahnya begini, malam semalam balik keje hubby mengadu dah seminggu sakit dada. Being seorang yang paranoid dengan sakit dada ni (arwah ayah saya dulu mengadu selalu sakit dada, mana tahu ianya petanda awal sakit jantung) saya ajak somi ke klinik. But he rufused. Katanya besok aje la. But, makin lama tengok makin terok. Jalan pun dah bongkok-bongkok. Masa tu dah pukul 930 malam, saya bertegas gak ajak somi pergi klinik. Akhirnya suami pun ikot je la. 

Sampai klinik, ramai betol orang tengah queue. Turn kami masuk jumpa doctor, masa tu dah pukul 11 lebih. Jumpa doc, doc tanya macam2. Biasa lah doctor, nak diagnosed orang kene la tanya soalan. Bila dah habes soal jawab, doc kata dia nak buat CTG test untuk tengok heartbeat. 

Sekejap je CTG test tu, terus dapat result on the spot. Bila doc baca graf2 dari CTG tu, doc suspek ada problem ngan jantung somi. The reading is not as usual. I mean, tak normal macam orang sihat. Then terus dia keluar surat refer to specialist. Malam tu jugak dia suruh kami pergi specialist.

Dari klinik, balik rumah kejap amek susu and pampes Rayyan, terus pergi hospital. This time saya pulak drive, doc tak bagi hubby drive dah. Sampai hospital terus msuk emergency, ambil darah, go through all the process. So semalam saya teman somi jumpa pakar tok discuss about the result daripada process yang dilalui msa di emergency room. Tu pun keputusan tepat masih belum boleh buat, kene melalui another 2 test yang lain.

Saya berharap sangat tiada apa yg serius dengan kesihatan suami. Amin.

Saat saya menaip entri ni, sesungguhnya saya amat2 risau. Giler kau, sape yang tak risau. Suami. Tempat bergantung, tempat bermanja, tempat segalanyalah. I just cant imagine my life without him.

Apa yang terjadi buat saya tersedar, kita sihat, kita sakit, semuanya kita tak tahu. Begitu juga mati. Apa yang jadi ni, buatkan saya taknak berenggang dengan suami, kalau boleh setiap saat saya nk spend dengan dia. Sebab kita tak tahu bila kematian itu akan tiba. Cukuplah sekali saya melalui kematian ayah yang mengejutkan. Yang buat saya menyesal sebab tak dapat spend masa dengan arwah. Arwah meninggal sbb serangan jantung jugak. Sebab tu la saya sangat paranoid bila dengar sakit jantung ni.

Then apa kene mengena plak ngan tajuk entri nie: Baru tahu sayang..... 
Adakah maknanya selama ni saya tak sayangkan somi..
Mesti la sayang.. Cuma kita ni manusia, tahu sayang tapi dari segi nak menzahirkan tu kita selalu lah macam buat halai balai. Contoh macam orang kata peluk suami  hari2... Kekadang tu bila terlupa saya akan pikir, takpe besok ada lagi, besok la peluk.... 
Tapi, sejak kami menerima berita macam ni saya macam tersedar... What if kalau tiada lagi besok????
Nak menages? Nak putar balik masa? Semuanya dah terlambat kan..
So saya tak mahu jadi yang terlambat tu. Now, saya hanya ingin spend masa yang ada bersama suami. Selama mana yang boleh, seperti tiada lagi besok. Over kan? Yes, memang over!
Saya taknak menyesal kemudian hari. Biarlah apa orang nak kata.

Kita takkan tahu apa yang akan jadi besok, apa yang hari ini kita ada, hargailah. So saya nak hargai masa saya bersama suami dan anak2, masa kami sekarang. Masa depan, kita tak tahu apa dia masa depan kita, macam mana masa depan kita, kita tak tahu semua tu. its clueless babeh! What we can do only planning...
Kita merancang masa depan, contohnya tahun depan nak beli rumah besar, tahun depan nak belikan isteri kereta sport sebijik, tahun depan nak pergi Paris honeymoon.... Tapi adakah tahun depan tu masih ada untuk kita???

Kita tak tahu, takkan pernah tahu pun.....

So pada saya masa sekarang lebih berharga, sebab itu yang ada di depan mata kita sekarang. Tak mahu pikir besok, besok, besok dah. Eh paham ke apa saya bebel nie? Ala, kesimpulannya, sentiasa fikir, there is no tomorrow. Bila pikir macam tu, kita akan appreaciate masa kita bersama orang tersayang. Kita akan appreciate masa makan malam bersama, masa pillow talk bersama, masa menonton TV bersama.

Kalau ikotkan, minggu ni saya sangat banyak keje di ofis tapi saya tetap ambil cuti untuk menemani somi. Saya nak bagi semangat dekat dia, saya tahu dia pun risau jugak. Double risau. Saya perlu buat2 cool dan tabah untuk tak menambahkan kerisauan dia. Now, saya hanya ingin berada di samping dia. Tak nak berpisah walau sesaat kalau boleh. Itu yang penting!



Husband dearie,

Whatever the result is. We will go through it together. I promise.Lets spend our days, enjoy and cherish our love now and today.Like there is no more tomorrow for us.                      

Loves, hugs.Wifey
















Wednesday, May 9, 2012

Won Holiday To Bali?


Ye ke?
Entri penuh nanti ye.
Hari ni saya ada esesment kene hantar. 
Dah settle semua nanti saya akan stori mori..


Tuesday, May 8, 2012

Rayyan POW papa di JPO?

Hari tu masa kat JPO masuk satu Candy shop nie.
Papa Rayyan nak nengok rege cokelat.
Takde la murah pun. Rayyan macam biasa dalam stroller and kami tolak masuk.
Ntah macam mana tetibe die boleh capai lollipop besau yg dok tercacak kat tepi pintu masuk tu.
Puas la pujuk mintak balik tapi Rayyan tak bagi.

Actually ktorg tak pernah ajar Rayyan makan lollipop, gula2 ke apa.
Tapi bila g klinik, mesti nurse tu bg umpan lollipop.
Dan setiap kali tu saya akan cuba sorok dan buang HAHAHA.
Mama yang kejam.
Yela, benda2 gitu pada saya tak elok expose pada kanak2 di peringkat awal.
Nanti diaorang jadi addicted. Maklumlah benda sedap, manis...
KAng rosak pulak gigi.
Itu pendapat saya la.

Tapi hari tu, Rayyan bernaseb baik.
Mama mengalah, terpaksa bayar RM6 tok lolipop yg besau tapak tangan..


Papa sebok bukak plastik lolipop.


Budak yang tak sabar nak makan lolipop..


Suka hati la tu...
Dapat apa diidamkan..


Tapi akhirnya, skang lolipop tu ada dalam peti ais.
Sebesar2 lolipop tu, sikit pun tak luak..
HAHAHA.. Rayyan hisap sikit pastu taknak dah.
Bazir duet je.
Next time, jangan harap la nak belikan dah....

Monday, May 7, 2012

#290401 terima kasih suami!

#290401
Ada apa pada tarikh nie?
Actually 11 tahun lepas, ni la tarikh saya ngan suami  declare kapel. Hikhikhik.
Biasa la bebudak muda dulu-dulu, mesti sebok nak kapel2 ni. Eh korang jgn tipu kata takde ye, mesti ada.
Masa ni ktorg Tingkatan 5 lagi. Masa ni tak terfikir pun akhirnya ke mana hubungan kami nie.
Kami cuma berdoa agar jodoh berpanjangan, tu aje. Dan alhamdulillah, doa kami diperkenan Allah.
Mungkin memang telah tersurat dari awal, suami adalah jodoh saya.

Setiap tahun, tarikh ni kami akan sambut. Nothing much.
Just memperingati tarikh yang pertama kali kami bergelar kekasih. Sangat bermakna tau!
Since saya adalah cinta pertama suami dan cinta terakhir beliau, insyaallah......
Kalau dulu sebelum kawen, sudah tentu tarikh ni sangat bermakna.
Kami akan keluar makan, tengok wayang, main boling.
Sampai tak jumpe jalan pulanglah. Memang spend time together the whole day.
Sejak kahwin, priority sudah bertukar, tentulah tarikh ijabkabul lebih bermakna.
But still, kami tidak melupakan April ini. Bagi kami April adalah bulan cinta kami.
Kami tetap wish satu sama lain. Ingatan pun sudah memadai bukan?

Actually saya ingat tarikh ni seminggu sebelum lagi tapi tiba pada tarikhnya, saya lupa! Dang!
Naseb punya suami yg prihatin.
Pada hari tersebut saya mendapat 2 serprise dari suami.

Pertama: Rantai emas yang terukir nama. 
T____T
Speechless sungguh!
Saya bukanlah penggemar emas. Rantai leher saya itulah satu dari zaman kanak2 sampai dah umur 28 tahun.
Itu lah satu2nya, penuh sentimental value ok.
Ritu cakap ngan hubby tingin nak ada rantai yang ada tulis nama sendiri. Poyo betollah.
Nak tempah, tapi sebab tahu mahal. Cancel terus!
Dan sungguh tak sangka suami telah menunaikan impian yang satu ni..
Thank you suami!


Inilah dia rantai yang terukir nama KAMI.
Actually JUE for me and LEE is for hubby taken from ADLEE.
Pandai pulak tu letak sebutir permata kat hujung tu sebagai hiasan.
Malam tu tidur sambil tersenyum saya.

Kedua: Cokelat Ferrero Rocher kegemaran kami berdua.
Yang lebih mengejutkan sekotak besar suami beli HAHAHA.


Suami memang amat memahami saya.
Syukur allah menghantar seorang lelaki seperti beliau untuk menemani hidup saya.
Semoga cinta kami kekal hingga syurga.
Terima kasih Ya Allah atas bahagia yang Kau pinjamkan kepada kami.
Semoga bahagia itu kekal buat kami...
Amin!


Friday, May 4, 2012

Where to get children books at the Cheapest Price? Meh Juelee share

Sure ramai yang pergi Pesta Buku kan tahun nie?
Tapi tahun ni kami tak pergi dah.
Sebabnya buku yang ada kat rumah pun banyakkkkk yang belum baca lagi.

Kali ni saya nak share satu tempat menarik.
Tempat ni ialah tempat korang leh dapatkan buku anak2 dengan harga yang murah.
Siyes, ini betul punya murah.
Berbaloi2.

Tak caya?
Meh tengok buku yang kami borong tok Ar-Rayyan..


One of the books. Book ni interactive. Comes with sound. Bila kita tekan button A,B,C tu. 
Akan kuar sound. Each botton different sound.
Rayyan memang suka books yang interactive gini.
Well, kids mana yang tak suka kan, kalau buku tu fun.


Ni adalah total buku yang kami borong tok Rayyan. All 8 books, semuanya interactive.
PopUp books pun banyak, tapi saya tak beli.
Since Rayyan tak pandai lagi appreciate the PopUp books, takut dia koyakkan pulak.


Buku Noisy Noisy Fairies tu pun interactive jugak.
Ada bunyik on each pages.
Its only cost RM17.90.
Buku Color tu sangat la tebal... Hanya RM6.


Both kat atas ni buku interactive jugak.
Buku Thomas tu comes with sound ang light.
Rayyan sangat suka, since Thomas ni jatuh dalam kategori vehicle kan, Rayyan apa2 yg berkaitan ngan vehicles memang la kesukaan dia.
Buku Penguin tu, ada story and ada bunyik.
Bila saya bacakan kat Rayyan amsa bedtime dia, sambil baca tekan la button for sound tu.
Nanti keluar bunyik angin, bunyik ombak..
Hehe feeling betol baca buku.


Buku Thomas lagi.
Buku Thomas ni memang saya beli banyak.
Since ianya feveret Rayyan dan harga yang berbaloi.
Yela, kalau kat BookStores lain sebijik buku Thomas paling murah RM59.90.
Ini memang saya dah survey sebab dah banyak kali nak beli tok Rayyan.
TApi, kat kedai buku ni.
Buku Thomas ni hanyalah RM19.90.
Ha, murah gile kan??


Yang ni buku for counting.
Actually nak mengajar Rayyan kira and kenal num.
Tu yang beli buku nie.
Sebab cara buku ni presented pada saya amatlah menarik.

All above books yang saya telah beli, only cost me RM130.50.
Murah kan?
Semua interactive pulak tu.
Kat mana kedai dia?

Kedai ni nama die Book Axxess, kat Tingkat Atas Amcorp Mall.
Dulu masa memula saya pergi kedai ni, buruk sangat kedai nie.
Tapi buku dia murah.
Books lover mcam saya memang sentiasa haunting for cheap books.
Bukan apa, sebab bila saya beli buku murah.
Saya boleh beli banyakkkk buku.
So Book Axxess ni memang tempat faveret saya untuk beli buku.
Msa tu tak banyak sangat buku kanak2, but this time bila saya pergi.
Sangat terkejut, dah berubah. Book Axxess dah cantek and banyak sangat choices of books yang murah dan best!
Buku kanak2 pun dah banyak.
So hari tu saya end up hanya borong buku for Rayyan je.
Nevermind, Next time will be my turn pulak.
You all boleh la terjah sini kalau nak beli buku anak2 yg murah dan berbaloi.
Recommended!
Sure you all takkan regret!


Thursday, May 3, 2012

Jalan jalan @ Ayer Itam

Lepas dah puas menghabiskan duet kat JPO, hubby tanya nak gi JB ke.
Aku malas je nk ke JB, takde apa yg menarek pun kat sana.
Ada pun Danga Bay, tapi dulu aku dah selalu sangat outstation kat sana, jadik takde la nak gi sangat.
And last hubby ajak gi Ayer Itam. 
Since dekat je ngan Kluang so gi je la sana jejalan. Tak pernah sampai pun Ayer Itam nie.


Ni la dia Ayer Itam.
Ada banyak kedai jual kerepek2, pasu2 seramik, bantal2, teddy bear.
Harga pada aku boleh la. Ada yang murah ada yang mahai. Yang penting kene pandai tawar.


Ha tu dia. Segala jenis bear ada. Aku tak beli pun. Maklum lah mana ada anak gegurl. Cuma hubby je beli bantal pelok Upin Ipin tok Rayyan.


Ni kerepek2. Hubby beli gak kerepek ni, bg jiran2. Maklum ler jiran2 bila balik kg mesti ada je buah tangan. Segan plak kami kalau balik kg tak bg pape kat diaorg. Biasa la, hidup berjiran kan. Pepandai la. Kalau orang buat baik ngan kita, takkan kita nak buat bodoh pulak. Saling memberi la kata orang.


Yang tak bestnye tempat ni, panas. Adoi, sakit otak aku kepanasan. Huhu..


Pastu masuk kedai yang ada aircond nak sejukkan badan hikhik.. Kedai dalam aircond ni jual mende yang sama gak. Kalau sape nak kawen berbaloi la datang sini. Sebab nak beli byk2 kan.



Dah puas jalan, kami singgah makan kat gerai area depan je ngan kedai2 jualan tadi. 


Rayyan yang berpeluh sakan.


Kami makan berempat. Tapi pada aku makan kat Johor ni mahai sikit la. Kami makan 3 orang nasi campur, lauk satu jenis ngan sayur satu jenis memasing dekat RM30 gak la. Terkejut aku dengar. Agaknye sebab ramai Singapore kot. Ntah la, dulu aku g JB pun camtu gak. Bila makan, nak bayar sure macam terkejut. Apesal la mahal sangat. Kalau kedai ada aircond, pastu amek lauk sampai 3, 4 jenis tu ok la kan rege gitu. 


Ni kedai jual barang2 hiasan rumah. Aku tak masuk pun sbb takde la napsu nk menghias rumah nie. Maklumlah rumah sewa. Tak koser nak hias2 bagai.


Ada pun aku beli tempat letak kunci yang design English ni. Tu pun murah je RM10. HAHAHA..


Ni toto, RM50 belum tawar. Toto ni best, macam tilam. Aku tak beli tapi MIL ada selai. hehehe memang selesa la pakai dari toto biasa tu.


Dah puas jalan, kami pun pulang ke rumah! Berehat, malam baru keluar balik...

Wednesday, May 2, 2012

hasil tangkapan di JPO

4 jam di JPO apa yg kami dapat?
Kesian MIL ngikut kami dari satu kedai ke satu kedai.
Memang ktorg compare habes rege kedai kat JPO ni ngan rege kat butik KL. YEla, kalau betol murah, leh la datang sini lagi. Dah dekat ngan kampung kan.

A part of hasil syopping di JPO



Baju raya tok Paksu Rayyan. Dapat la 2 lai baju raya tok Paksu Rayyan. Beli kat Poney, buy 2 and pay for 1. Tapi pay yang rege paling mahai la. Standed la tu kan, selalu aku beli buku kat borders macam tu la.

Kat Poney tu aku tak beli baju Rayyan sebab takde size plus design yg sama boleh dapat 50% off jugak bila mega sale. Eh ni betol. Aku kan kaki sebey sebelum membeli. Ye la, nak kuar duet, kene la sebey dulu kasik berbaloi2.


Fossil! Kat Fossil ni mmg berbaloi2 offer dia. Masa aritu item banyak yg dah 50% less but for that day, on top of it kita dapat lagi 25% less.. so total 75% less la....


Aku beli wallet dan wristlet. Wallet merah tu. Actually ada kaler pepel, memula aku amek yg kaler pepel, sekali aku letak je kejap. Terus ada orang sambar. Carik balik tak jumpe dah. Sedey betol. Seb bek ada merah pengubat hati. Wallet merah tu hanya RM75 ye. Aku rasa sangat berbaloi sbb ianya full leather, takde la jahanam sopak macam wallet aku skang.

Yang wristlet tu memang dah lama nak beli sbb kalau lunch senang, aku isi duet ngan HP dalam tu je.
Yang wallet kecik tu aku belikan for MIL. Tengok MIL macam berkenan je, so aku suh je MIL amek and aku belanja. Apa salahnye sekali sekala menggembirakan hati orang tua, ye dak?


Ha ni la die wallet sopak tu. Siyes aku saket hati ngan wallet nie. Actually ni wallet hantaran, belum 2 tahun die dah sopak sana sopak sini. Rege mahai gak, dekat RM200++ tapi kualiti memang low betol. Dia leather sintetik kan, memang jangka hayat 2 tahun je la. Kalau pakai jahanam, kalau tak pakai pun die leh jahanam makan diri. Aku benggang la, sebabnye aku bukan jenis orang yang suka tukar wallet sebab tak suke nak tukar kad2 segala bagai. Kang takut ada yg tercicir, setengah org mmg suka tukar wallet sume kan. Tapi aku memang jenis pakai sampai jahanam, kalau kejap benau dah jahanamnye, sape tak saket hati. Kalau beli 10 hengget jahanam, aku pasrah la. Ni beli mahai tapi sopak sana sini. Stress betol!


Ni plak tok suami tersayang. Cam bese la, dah nama kaki bola. Memang jersey pasukan pilihan aje la aim dia. Dulu masa aku gi Cina dia kirim Jersey Liverpool. Kali ni amek Chelsea plak, sebab kata nya Chelsea dah menang.. HAHA belasah la. Pastu beli sweater, satu set ngan suar. Murah gak rege dia, memula aku tak caya. Siap g tanya kat saleman tu. Ye la, riso gak, kang gi kaunter lain plak regenye. 


And last tok anak bujang. Stok baju raya. MEmang kene beli sikit2 baju raya dak kenit nie. Sebab baju dia selalunya paling mahai antara kami. Kain secotet dah puluh2 hengget. Baju mama ngan papa dia lagi murah. Tak paham aku kenapa baju budak mahai. Padahal kain sikit je guna. 


Tu je kami syopping. Memang di bawah budget pun. Bagus perancangan kewangan kali nie. Hehehe.. 

Ada apa di Johor Premium Outlet (JPO)?

Akhirnya dapat gak jejakkan kaki ke JPO. Dari rumah MIL tak jauh mana, dalam 67km kot.  Amek exit Senai pastu susur je kiri, nampak la JPO tu. Tepi jalan je. Memang senang nak cari.

Masa sampai ni dalam kol 12 kot, panas terik wei. Berpeluh2 aku,  seb bek la aku tak pakai dress. Haha konon nak pakai dress yg baru beli sekali ntah camne aku pakai baju lain plak. Kalau pakai dress mau aku angkat kain jalan. 


Ni la die JPO sebutan ramai.
Kat JPO ni ada banyakkkk kedai, dari medium range like Guess, Cotton On, Timberland, Levis, Poney, GAP, Clark...
Ada gak yang luxury atau designer boutique macam Burberry, CK, Michael Korr, Coach etc.
Nak tahu lebih lanjut, korang leh terjah website JPO nie.


Naseb baik la, anak kecik ni behave dalam stroller die. Perasan tak apa yg lain kat Rayyan?
Rayyan dah tukar baju. Huhu. Die bantai minum air sampai basah suar baju dia dalam kete.
Seb bek la bawa baju lebey. Terus tukar, kalau tak, kene beli baju baru HAHAHA.

Actually gi sini pun hubby kata kalau murah leh la beli baju raya sepasang dua. Kalau murah....... Well let see...

Kat sini kami masuk setiap kedai tau. Ha jangan main2. Bukan apa, saja nak tengok rege. Leh la compare ngan rege kat KL. 


Hubby sebok pilih baju kat Adidas. Kat Adidas ni murah jugak. Kasut boleh dapat dalam rege RM100.


Butik DKNY and Lacoste. Yang dua ni aku tak masok pun. Ntah, tak tau kenapa tak masok.. HAHA dah penat la agaknye. Sebab kami jalan area atas dulu, pastu baru gi bawah.


Ni kat Timberland. Percaya tak, kasut yg hubby pegang tu rege dia RM699, dapat less sampai RM199. WOW! terkejut gile. Actually hubby mmg dah aim kasut gitu. Mmg dia kata rege RM500 ke atas....
Ni dapat murah memang rasa nak beli tapi at last tak jadik beli. Dia kata tak tau nak pakai gi mana pulak, baik beli yg jenis simple biasa je.


Masa ni sebok dok pilih baju Rayyan and Paksu Rayyan. Sesape ada anak gegurl, sure sawan tengok baju gegurl kat Baby GAP and Poney. Comei2 bangat. Aku pasrah aje la dalam hati, baju toddler boy tak banyak pun. :(


Papa yang sebok melayan anak nye...
Dah penat, kami beli CREPE and air Starbuck. Lepas kat Kusi makan2 and minum. CREPE dia adalah super besar ok, tapi ranggup. Kruppp krupppp makan.


Kami bergambar sekeluarga. Eh apesal jauh beno jarak aku ngan MIL tu? Hikhik actually asalnya Rayyan dok situ, pastu ikat dia dalam stroller, tak dok diam.


Ha tu dia Coach. Hehe plan asal cadang nak beli wallet coach, ganti wallet hantaran dulu yang dah hazabedahhhhhh rupa die. Tak sanggup aku nak nengok rupa wallet aku skang. Adakah aku beli? Hehehehe


Husben sedang men'try' baju. Siyes cerewet laki aku ni. 


Tu dia.. penuh strolleh ngan beg syopping.


Overall pada aku JPO ni ok la rege die. Jauh lebey murah dari butik. Great bargain la kata orang. Tapi aku hanya consider pada kedai middle range je tau.

Yang designer tu aku usha je, tengok rege after less pun sesak napas rasanya.. Kalau yg middle range ni, like Levis, boleh dapat RM100++ tapi tu la design and size limited. 
Kalau Fossil punye barang yg memang full leather pun berbaloi pada aku. 

Segalanya terpulang pda korang la kan. Aku pun takde syopping menggila. Sekadar berkongsi nikmat bonus tahun ni bersama suami, anak dan family in law. Sesama dapat rasa kata orang, lebih berkat dan nikmat. Betol tak? sebab aku selalu percaya, setiap yang milik kita tu, ada bahagian orang lain jugak T_____T


Bekpes @Kluang Rail Coffee

Adoi malas betol nak naik keje.
Actually saya cuti start ari Jumaat, banyak mende nak settlekan..
Then Sabtu kita balik kg jumpe nenek Rayyan.
Skang nenek Rayyan dah dok Kluang, dok ngan Pak Long Rayyan.
So balik Kluang la kami.
Gerak ari Sabtu tu dalam tengahari, petang baru sampai.
Sampai petang tu, malam kuar makan. Gi makan kat Kluang Mall je, banjer MIL ngan paksu Rayyan makan Kenny Rodger hikhik padahal malas nak masak aku ni. Menantu hantu sungguh!

Besok memang dah plan baik punya, husben nak bawak bini dia gi JPO. Kahkahkah. Bini mengidam nak gi JPO lama dah. Patut ritu outstation ke JB, last2 cancel kene gi Penang plak.

Pagi2 Ahad, husben kata bekpes kat Kluang Rail Coffe je.
Saja nak rasa apa yg sedap sangat kat sini.

Inila dia Kluang Rail Coffe yang pernah menjadi sebutan dulu.
Pasal isu ada lemak babi dalam kopi deme, tapi sebabkan MIL cakap dah samak bagai.
Kami pun gi je la... Kopitiam ni betol2 letaknye kat stesen keteapi Kluang.


Sampai2 tengok takde tempat. Kene tunggu turn. Adeh.. Lemah betol kalau gini.
Ktorg ni jenis tak suka menunggu. Perot lapar, kene tunggu.. Kang senang aje nak naik angin meroyan. T___T


Rayyan pun sebok main2 kat tepi tiang ngan Paksu dia. Seb bek ada paksu teman nak main hehehe.. Mama ngan papa sebok beratur tunggu turn.


At last dapat la, tapi meja cenonet je tok 4 orang. 
Kami makan nasi lemak dia. Alahai, celah gigi je aku rasa nasi lemak die... Banyak ni 70sen ok.
Terkejut aku, nasi ada la dalam 5 suap, sambal sikit, ikan bilis sekor. Telor takde. Hurm aku makan 2 bungkus baru kenyang. Bukan buruk lantak tau, tapi memang kecik, dah la share ngan Rayyan. Kira Rayyan satu bungkus, mama dia sebungkus la.. T___T


Ni la die Kluang Rail Coffe. Pastu order roti bakar yang menjadi sebutan ramai.. Order 4 set je. Aku makan sebelah aje kot. Ok la rasa dia pada aku macam roti bakar yang lain jugak, cuma die guna roti mcam roti bege tu, bolat. Tu la sepeselnye roti bakar die. Gambo aku tak snap sbb mana nak pegang Rayyan lagi, nak amek gambar lagi.




Hasil santapan kami. Dah kenyang baru lah boleh berjalan ke destinasi berikutnya....





















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails