Wednesday, October 10, 2012

Holiday @ Gold Coast Morib Resort

Hahaha entri aku dah lompat2. Actually gamba beday Rayyan ada dalam SLR, malas nak transfer so kita update mana entri yg dalam draft. Berkurun dalam draft idak sempat2 nak update. 

Ni holiday sebelum puasa, yang aku cete gi Gold Coast Sepang tu. Bermalam kat sana satu malam then pergi bermalam kat Gold Coast Morib plak. Dari Golden Palm Tree Resort tak jauh, dalam 20 minit je nak ke GC Morib nie.

Kol 12 check kat GPT, kol 1 dah check in kat GC Morib. tix seme aku beli kat Groupon masa tu ada promo so dapatla RM120 2D1N studio bedroom+buffer dinner & breafast+water theme park tix. Memang berbaloi2....

Kami dapat 2 bedded sebabnya room banyak dah full. Takpe la. So papa masuk je bilik terus merapatkan katil.. Senang nak bergolek 3 beranak. Hehe Rayyan macam bese, menjelajah bilik. Usik sana sini, maklumlah pestaim sampai.



Yang bestnye bilik die ada tingkap attached ngan bilik air.. Auwwwwwww seksi yo.. Memang sesuai ni utk orang yang honeymoon. Trekam je anytime.. ehem ehemmmm...


Pastu ada jakuzi... Ni memang best.. Syiok la kami bertiga berendam together2.. Oppsss!


Jakuzi tab.. Tingin nak ada sebijik kat umah.... HAHAHA nak kene beli umah bape besar plak ye dokp? Psace jakuzi tab ni boleh tahan gabak gak..


Permandangan dari balcony bilik kami.. Memang superb! Anak bujang pun asyik ngendeng kat sini je tak sabar nak mandi kolam..


Dinner kami buffer yang dah amsuk sekali dalam kupon. Ok la dinner die. Ala takyah la nak expext grand sangat. Bayar pun murah, asal boleh makan kenyang udah. Pas makan kami gi jalan2 area pantai.. Syion woo kene angin pantai memalam...

Kesah mandi manda next entri, sbb byk gamo..


Tuesday, October 9, 2012

Beday Prezzie rayyan

Kemain seronok lagi anak bujang nie. D
apat adiah kereta yang telah lama diidam idam kan. 

Khamis aritu sempena beday rayyan aku keje, tetibe kat opis dapat whatsapp dari adik aku.  Which is maklang rayyan. Katanya Rayyan gi kuar ngan mak aku beli beday prezzie.. Adik laki aku yg  bwa. kebetulan plak die cuti. Hamboiii kemain lagi ko nak!

Eksaited betol opahnya nak belikan hadiah cucu. Aku pasrah aje la dengar Tunggu je la sampai umah kang,,,

Balik keje tu aku nengok kemain lagi die bergaya ngan kereta baru die. Memang happy betol Rayyan aritu. Tergelak2 aje pastu tak habes2 ngan CAR die. Mak aku cakap siap tido sebelah kereta tu, riso benar orang amek kereta dia.


Ni la kereta idaman hati. memang selalu kalau nampak car ni, merempan gak la die nak. tapi ktorg bt dek je. Sbb dah banyak rides die kat rumah tu. dah tak tau mana nak simpan. huhuhu. Tu yang malas nak beli menambah semak rumah. Tapi ni opahnye dah belikan. senyum aje la...


Takmo turun2. makan pun dalam kete. Pasni memang simpan seme rides2 Rayyan. Lagipun seme mainan die masih elok. Alhamdulillah Rayyan ni jenis pandai jaga mainan. Takde la yang rosak2. Kalau tengok basikal die masih lagi elok dan utuh. Boleh la simpan tok adik adik.


 Pastu wiken mama plak bagi adiah.


Belikan doodle utk rayyan belajar menulis. Senang ada doodle ni. Boleh padam and tulis.


Pastu macam biasa mesti kene ada mainan yang berunsurkan vehicle. Hurm kali ni lori plak..
And beli lah alat muzik ape ntah namanye...


Budak yang happy dapat adiah...








Kek Beday upin Ipin

Khamis lepas kan beday rayyan. Dari hujung Sept lagi dah dok sebey2 kek upin ipin ni. Tapi sebabkan bizi ngan keje opis, boleh plak aku lupa nak order. penyudahnya hari Khamis takde kek la. Hanya kisses and wishes from mama and papa to rayyan. Then malam tu, kami solat berjemaah, baca Yassin sesama dan berdoa utk kebahagiaan buah hati kami nie.

Hari Khamis baru kelam kabut order kek so wiken boleh la kami potong kek sama2. So kahmis tu sebabkan dah suntuk sangat, aku order je dari budak opis. 

Yang kelakarnya, seme macam pelik apesal aku order kek, padahal boleh je buat kek. T___T gini la anseb. bukan taknak buat kek utk beday anak tapi last week memang aku bizi sangat. Balik keje memang flat, nak bukak mulut ebrcakap pun tak larat. Macam mana nak baking kek???? So order aje la.

Hari Jumaat dapat la kek upin Ipin nie. Upin Ipin memang peberet katun rayyan. Aku order kek choc moist aje, senang. Seme orang makan.

Pandangan atas kek upun ipin. Lawa! aku suka sangat...


Pandangan tepi. tepi pun ada gambo upin Ipin gak...


happy beday my boy. Kejap je dah 2 tahun usia...




Itu aje. nak simpan gamba kek ni. Ektibiti potong kek enxt entri yea...

Monday, October 8, 2012

Hohoholiday!

Hari ni tuan tanah cuti. Nak berHOLIDAY sampai Khamis. Kali ni holiday spesel sikit sebab kali ni pestaim sejak aku keje aku sponsor mak ngan adik2 seme holiday. Dari tix flight, hotel insyaallah hinggalah segala expense kat sana nnt aku sponsor. Nak shopping je kuar duet sendiri. Bukan pe, bila aku stat keje pas grad aku bercita2 nak bawa famili aku holiday, tapi baru keje 2 tahun keje dah nak kawen. Nak guna duet utk kawen dan seterus2nya. Alhamdulillah kali ni ada la rezeki sikit, kita ni kalau niat baik. Insyaallah, Allah sentiasa membantu. 

Tapi agak sedih gak, sebabnya aku tak berpeluang nak banjer arwah ayah. Mesti lagi seronok kalau arwah ayah ada. :(

Kali ni aku abwa famili ke Langkawi. Dah lama mak aku cakap nak g Langkawi ni. So aku tunaikan lah. Menggembirakan hati ibu! Kalau ikot aku, Langkawi ni takde dalam list tempat aku nak g oliday pun. Aku prefer pergi tempat lain. Tapi sebab mak nak pegi then aku pun bawa lah. 

Rix flight beli dah lama masa promo tahun lepas kot. Hotel pun dah book. Insyaallah kami akan dok Hotel Sri Intan Langkawi. hehehe Tinggal nak cari kete sewa je nnt. Hurm tu takpelah, kat epot nanti baru sebey.

Kali ni aku nak rehatkan mind puas2. last week gile tak terurus idop aku, banyak keje kat opis. Ni pun sebenarnya akua da keje Khamis ni. tapi sbbkan tix flight dah beli. Boss pun pasrah aje la approved cuti aku T____T dengan syarat everything dah siap and emailed to him before aku holiday.

Alhamdulillah saat aku taip entri ni seme dah settle. So saya ingin bercuti dengan aman!

Happy working uols!

Thursday, October 4, 2012

Selamat UlangTahun ke 2 Kesayangan Mama Muhammad Ar-Rayyan


See the cheecky face? Ya, hari ini genap 2 tahun usia Muhammad Ar-Rayyan. Sangat sekejap masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun dah Ar-Rayyan hadir dalam kehidupan kami berdua. 

Pada kami Ar-Rayyan adalah anugerah kegembiraan dan kebahagian yg paling berharga Allah beri pada kami. Syukur alhamdulillah. Ar-Rayyan dilahirkan 2 bulan selepas pemergian Ayahanda tersayang kami. Selepas pemergian ayah, emak lah orang yg paling sedih. Tak makan berhari2 sehingga susut badan. Asyik termenung tepi tingkap. Kadang2 menages sorang. Sehinggalah selepas kelahiran Rayyan, barulah sedikit demi sedikit emak mampu melupakan kesedihan yang telah menimpa kami. Emak makin dapat mebuang rasa kehilangan tu dengan kehadiran dan keletah Ar-Rayyan yang menemani mak setiap hari.

Ar-Rayyan benar2 membawa kembali kebahagiaan dan kegembiraan dalam keluarga kami. Jadi tak hairanlah kalau dia menjadi kesayangan dan dimanja oleh opah, maklang, ucu dan pakngahnya. Cakap je nak apa, pasti ada orang yang sanggup nak belikan. Untung Ar-Rayyan, murah rezeki. Mama doakan Rayyan akan terus dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat Allah.

Sempena ulangtahun ke2 ni, takde sambutan beday party yang akan kami buat. Rayyan masih belum paham apa itu birthday party, jadi pada pendapat kami agak membazir di situ. Insyaallah, malam ni kita baca Yassin dan berdoa agar Rayyan menjadi anak yg soleh, yang cerdas akal fikirannya, serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan... Kebetulan pulak malam ni malam jumaat, memang sesuai sangat la kami berjemaah sambil ditemani si kecit. Semoga doa kami sebagai ibu bapa, akan di angkat di langit malam ni.

Sebenarnya  aku ngan hubby plan nak beli kek Upin dan Ipin katun kegemaran rayyan tapi akibat kesibukan keje di ofis yang melampau. Aku lupa nak place order. Hari ni baru terhegeh2 nak telefon orang kek. Penyudahnya, upacara potong kek bersama famili akan diadakan wiken ni la nampak gayanya. 

And sebagai reward jugak, next week kami akan bwa Rayyan holiday naik flight. Hehehe nak spend masa dengan anak tersayang.

Muhammad Ar-Rayyan,

Mama doakan Ar-Rayyan membesar dengan sihat dan sempurna, semoga Rayyan menjadi anak yang pintar, yang baik budi bahasa dan akhlak, yang taat pada perintah agama, pada ibu bapa. 
Mama dan papa akan sentiasa mendoakan yang baik baik untuk Rayyan.

We love you on each breath we take. 

Amin.

PS:/ Seperi yang dijangka, baru dapat whatsapp dari adik aku (maklang Rayyan). Rayyan hari ni ke Chow Kit bersama opahnya dan pakngah nye untuk membeli car ke motor ke tak sure. Balik nanti kita tengok apa dia dapat.  Hadiah beday.
Untungnye lahai anakkkkkk... Mama pun tak sempat lagi beli beday prezzie kamu, opah, pakngah dan maklang kamu dah bawa kamu gi beli adiah....

Monday, October 1, 2012

Sepraise Beday celebration for Hubby

Sabtu 29.9.2012 beday hubby yang ke ??? Tetttttttt.. Hehehe So aku memang plan nak sepraise kan dia. Dari pagi aku bt dek je, macam takde pape... Tak wish pun, pastu tengok membe macam kecik ati je kita tak wish, barulah aku wish.. Hahaha siap wish kat FB lagi.. Baru la muka ada senyum....

Pastu petang aku ajak la gi MV, konon2 aku tingin nak makan lamb ribs Tony Romas. Lamb ribs kat sana sedap tau, lembut dan juicy giler daging die.. Yummeh!!! Silalah gi try...

Hubby tak syak apa pun, layan je tekak bini die.. So lepas Asar, siap2 terus gerak. Alhamdulillah parking pun senang je carik. Sampai2 terus gi Tony Romas, sebabnya ktorg lunch lite lite je kat umah. 

Masuk2, ktorg amek seat corner sikit sbb senang ada anak, kalau duduk tempat yg luas pandangan dia, mulalah sebok nak turun dari kerusi berlari sana sini.

Lepas dah order main dish, birthday papa teman anak main dam ular. Dam ular ni memang complimentary kids dapat. Tengok la Rayyan sebok nak baling dadu. 
Masa papa dok sebok layan Rayyan ni, aku kononnya nak gi basuh tangan la. Sebenarnya gi jumpa waiter yang serve kitaorang tu. Aku cakap la hari ni birthday husband, so aku nak sepraisekan husband with candle and cake. Then waiter tu kata, boleh je. Dia and his team akan sepraisekan after ktorg makan. Cake tu memang birthday complimentary, free tau!


Tak lama lepas tu makanan ktorg sampai. Ni la die lamb ribs. Kitaorang full strap. Portion die besau giler.. Memang kenyang la makan, nampak je macam tak cukup. Mashed potatoes die sedap sangatttt.. Rayyan pun suka...


Kitaorang ambil satu set je, share berdua. Portion die besau, so memang diketahui takot tak habes jadi share la berdua. Kalau amek full strap akan dapat dua bahagian rusuk, kan banyak tu. 


Pas ktorg habes makan, agak lama gak la menunggu.... Papanya dah sibok nk bayar, aku cakp la tunggu la dulu... Nak releks2 jap, memula malas gak dia nak layan sbb Rayyan dah gelisah nak turun berlari tapi aku dok pujuk2 Rayyan suh tengok Upin.. Barulah diam si kenit tu..

Tetibe datangla team TR bawa kek, siap nyanyi lagu happy beday... Hikhik terkejut papa die....
Haaaaa.. ni la muka orang terkejut tengok ada kek, siap nyanyi beramai2, tersipu2 malu papanyeeee.. HAHAHAHHA.. tapi kek nya takde lilin... lilin habes kata orang tu....


Pastu minta waiters tu amekkan gamba kami sefamili... Jadik lah...
Simple je sambutan beday papa... Tahun ni mama tak dapat kasik hadiah, sebabnya papa pun dah maklum.. Kami berdua dah banyak habes duet utk beli rumah, so duet yang ada pun, ada banyak benda yg kami nak bayar. Hadiah beday tahun ni postpone ke annibesary.. Cover sekalilah ye ! 




Ni la keknya.. Ada brownies with choc ganache and serve with ice cream and oreo crump... Perghhhhh sedap gile la...

Nyum nyum...
Yang penting sepraise kali ni menjadi..


To Papa..

Selamat hari lahir, semoga Allah panjangkan umur abg agar abg terus dapat mengimami solat kita sekeluarga,  semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan agar kita dapat bersama2 membesarkan anak2 dan melihat kejayaan mereka, semoga Allah murahkan rezeki yang tak putus buat abag agar dapat kita berpeluang menziarah Kaabah suatu hari nanti, semoga abg sentiasa berada di bawah rahmatNya....

Love
Mama & Ar-Rayyan

Monday, September 24, 2012

suaraku berkumandang di HOTFM pagi ni :)




Contest inilah yang menyebabkan suara ku berkumandang di HotFM pagi ni.. Kehkeh pestaim wei suara masuk radio, sebelum ni pernah dengar suara Kak Ayu Rafikah tapi malangnye masa on air tu aku tak dapat dengar suara sendiri... HUwaaa camne eh nak dengar suara kite yg on air tu???

Cetenye camni.. pagi tadi actually aku on leave arini. Macam biasa la urusan beli rumah yg masih belum settle. So dapat call dari faizal HotFM katanya aku terpilih untuk cabaran dapur Glo ni. Macam blur gak, bilalah aku masuk contest nie.. Pastu ingat2 balik aku ada masuk, kene bagi slogan.. Slogan aku main hentam aje la labu, tapi terpilih la pulak.... Pastu katanya, dalam masa 10 minit dia akan call aku balik untuk jawab soklan. 

Apa lagi mengagau la aku on laptop nak gugel pasal Glo profesional hahahahha... 10 minit pastu dapat call dari hotFM.. Nebes giler wei dap dup dap dup jantung ahhaha macam nunggu orang masuk meminang plak...

Pastu kuar lah suara Fafau ngan Faizal... Memang giler2 la diaorang ni kan.. Hahaha aku kene jawab 6 soklan dalam msa 30 saat..Aku dapat jawab 3 soklan je dari 6 soklan tu.. Lagi 3 soklan tak cukup masa weii... Dah aku dok tergagap2 nak jawab, buang masa kat situ dah... Hahahahhaa...

So sebagai hadiahnye dapat lah hadiah voucher Aino Living RM150... Jadik lah... HotFM kata akan call aku balik if terpilih jadi 15 peserta yang terbaik. 15 peserta tu akan bertanding kat 1U masa 21 October utk beberapa cabaran. pemenang utama akan bawa pulang hadiah dapur idaman RM10K woooooooooooo... Fuhhhhh kalau menang ni, boleh lah buat modal renovate dapur rumah baru kami nantiiiii, jimat duet kami!

Sebabkan aku berjaya jawab 3 soklan je,macam tipis je harapan nak jadik 15 finalis tu. Tapi sape tahu kot rezeki aku kan? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? hikhik..

Apapun ni merupakan satu pengalaman baru bagi aku. 
Kali pertama ON AIR kat radio no satu di malaysia HOTFM.
Kali pertama masuk contest yg jawab soklan dalam masa 30 saat. gile ko 30 saat tu kejap je...... Aku nak pikir dah 5 saat.
Heheh.. Pape pun syukur alahmdulillah!



Friday, September 21, 2012

Adam dan HAwa Online episod 16

Sape yg belum menonton, boleh tgk online di sini

EPISOD 16


Thursday, September 20, 2012

Adam dan Hawa episod 15

Mari layan episod 15, Adam dan Hawa...

Adam jumpa mak mertua buat pertama kalinye.....

Episod 15


Wednesday, September 19, 2012

Vitamin E yang bagus.

Buat yang tak tahu, sekarang saya adalah agen pengedar Shaklee. Sebelum nak promot vitamin supplement yang saya amek, saya nak share experience saya sendiri.

Before this, saya memang tak makan any supplement. even jamu masa dalam pantang ritu, yg beli mahai nak mampus tu, sampai skang tak makan2 ok. Sebabnye??? Sebab saya takot. Well, tahulah ubat ni mostly ada chemical and preservative ingredient. Which is kita tak tahu how die akan react towards our body.

At the same time, saya memerlukan vitamin utk skin complexion saya and jerawat di belakang badan. Horror ok jerawat tu. So setelah gugel, come across produk Shakle.. So masa sebelum puasa saya beli produk that related to skin and inner health iaitu Vit C and Vit E. Di samping tu, saya amek jugak Lecithin utk pembakaran lemak. 

Hasil setelah 2 bulan consume?? Alhamdulillah jerawat di badan dah takde. Skin complexion pun dah ok sikit. And the most important napsu makan saya dah tak mcam dinosour dah. Walaupun di musim hari raya, open house merata, saya berjaya control makan. Up to today, dah seminggu gak saya hanya makan nasi 3 hari sekali,

After puas hati dengan hasilnye, saya terus jadik ahli Shaklee so dengan ini saya boleh terus membeli supplement yang saya suka dengan harga ahli. 

So now saya nak share Vit E dia yang saya rasa sangat bagus untuk kita wanita.



Vit E yang baru Shaklee kini dah diformulasi dengan GRAPE SEED EXTRACT.
Pengetahuan am yang saya tahu sebelum saya kenal Shaklee ni lagi, biji buah anggur adalah agen anti kanser yang bagus. Saya memang amalkan makan anggur, gigit terus bijik die sbb ianya agen anti kanser yg asli. Sama la dengan biji apricot. Now Vit E dah formulate Grape Seed ni sekali dengan Vit E dia, of course la its will provide more and more benefits to us.

Lets see what Vit E can do to us


1. Keep you looking YOUNGER by retarding cellular aging due to oxidation
2. Prevent oxidation of "bad" cholesterol
3. Supply oxygen to the body to give you MORE ENDURANCE
4. Protect your LUNGS against air pollution by working with vitamin A
5. Help prevent various forms of CANCER
6. Increase the power of disease-fighting T cells
7. Help to inhibit BREAST CANCER cell growth
8. Prevent and dissolve blood clots
9. Alleviate fatigue
10. Reduce risks of CATARACTS
11. Prevent THICK SCAR formation externally (when applied topically - it can be absorbed through the skin) and internally
12. Accelerate healing of BURNS
13. Working as a diuretic, it can LOWER BLOOD PRESSURE
14. Aid in prevention of MISCARRIAGES
15. Help alleviate LEG CRAMPS and charley horses
16. Lower risk of ischemic HEART DISEASE and STROKE
17. Decrease risk and progression of Alzheimer's disease


If ada anything yang nak tanya, or nak order Vit E ni dari saya.
Anda boleh call/SMS/Whatsapp ke no 0196503426- Jue.

Thanks





















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails