Monday, March 31, 2008

Di kala kebosanan..

Salam~~

Hari nie disebabkan terlalu lah bosan, saya telah membina fotopages bagi diri sendiri..
Luangkan lah masa bagi melawat Masyimalo's~mine seperti yang tertera di bawah tittle blogsroll di sebelah kiri blog niey...

Buku OH Buku 3

Salam~~

Kekecewaan kerana gagal cinta pertama membawa Nabil ke negara Kemboja. Niatnya adalah untuk berjihad. Namun, di sana, dia bertemu dengan sesuatu yang mengubah hidupnya. Dalam begitu, dia keliru bila tiba-tiba tersepit antara cinta lama dan perasaan sayang yang mula menjelma.

"Cinta itu adalah rasa yang harus diberi dan dikongsi"

Weekend nie bawu lepas habes baca buku nie sampai tak tido malam la membaca..Cete nie memang best sampai tak leh nak berenti baca sebokk nak taw ending die.. Novel-novel karya Aina Emir memang tak jemu dibaca..Tak sabar nak tunggu pesta buku 2008, nak beli karya terbaru Aina terbitan KarnaDya jugakss!!! Pastu mesti tak tido malam lagi baca buku..Isk..Isk...

P/S : Its true love is something we have to give and share...

Wednesday, March 26, 2008

Suami, Isteri dan....

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.
TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...
KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?"
TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?
Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !


Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...
Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI
Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain ..
Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..
Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan
yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???
Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memang tidak ada....
Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak,
ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

Ed tunang..


Salam~

Weekend p ke majlis Ed tunang..
Ed nie kawanku masa kat teknik dulu, ketua pelajar nakal die nie..Hee tapi pada hari majlis berlangsung tengok die ayu giler.. Canteekkk sangat berbaju putih hee~
Tahniah Ed, semoga segalanyer berjalan lancar..
Amin..

Monday, March 3, 2008

buku OH buku 2


cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
Addin mengemukakan teorinya begini:

  1. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
  2. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun kemudian...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz


~P.S. I love you~

..Story about losing a loved one~continuing to love that lost one..

Just finished read this book..It is heartwarming ,funny, realistic and sad. It has all the characteristics a book should have. The story and the characters touched my heart from the beginning right through to the very end.

P/S : 5 star for this book!!!
Buku nie telah diadaptasikan menjadik filem..
Hero & heroin will be Hilary Swank + Gerard Butler -->yg berlakon 300 tuh..

Wednesday, February 27, 2008

Answer it honetly ya!

1. Name one person who made you laugh last night?
My Mr Bean, Adlee.
2. What were you doing at 0800?
Ngah paking kete.
3. What were you doing 30 minutes ago?
Brunch (Breakfast=Lunch) di kafe.
4. What happened to you in 2006?
Bersuka ria dengan kehidupan di UKM. ~~waaa, winduunyerrr saat2 itu..
5. What was the last thing you said out loud?
Aiya!!!!Banyak toi keje...!
6. How many beverages did you have today?
Only one..tuh pun low fat milk campur oat campur madu!
7. What color is your hairbrush?
Pink kaler!!My feveret kaler..
8. What was the last thing you paid for?
Brunch tadi=nasi goreng 3 suap+sotong skek..yang bersamaan dengan RM2.50-->mahal tol!
9. Where were you last night?
Di rumah, dalam bilek baca novel+bergayut tepon :D
10.What color is your front door?
White.
11.Where do you keep your change?
Tabung teddy bear.
12.What's the weather like today?
Panas.
13.What's the best ice-cream flavor?
Chocolate with chips..nyum~nyum..
14.What excites you?
Bercuti di pulau yang indah bersama orang tersayang.
15.Do you want to cut your hair?
Taknak cut nak perm kan...heee
16.Are you over the age of 25?
Nope!~still awek muda maaa..
17.Do you talk a lot?
Depends on situation & with whom I chat to..If with jebon, forget it!Better to keep my mouth shut than sakit hati later..
18.Do you watch the O.C.?
Yup! Nice TV show but love One Tree Hill more ~~Nathan so gorgeous!!
19.Do you know anyone named Steven?
Steven Spielberg taw la..Maklum lah cete die sume besh bangat!
20.Do you make up your own words?
Ada jugak...Heee
21.Are you a jealous person?
Of course & very jealousy but still under control..Hee dun worry..
22.Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
Amirul adlee~A friend+soulmate+lover++++
23.Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
Khadijah~~~Huuu actually not a friend but one of my homeroom teacher back to school 10 years ago..
24.Who's the first person on your received call list?
'Abang' heeee..
25.What does the last text message you received say?
"Hati-Hati bawa kete..Take care ya!"
26.Do you chew on your straw?
A'ah..Rasa cam dah jadik habit lak..Huuhuu
27.Where's the next place you're going to?
Not in mind yet..But, I can't wait to go for holiday at Sabah..Yeahaaa...
28.Who's the rudest person in your life?
Driver yang bawa kete selalu menhimpit pemandu P nie huhuuuu..
29.Will you get married in the future?
Mesti la nak...Semoga saya dapat berkahwin dengan lelaki yang saya cintai dan lelaki tu jugak ikhlas mencintai saya ~
30.What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Dalam 2minggu nie tak tengok movie pon..Kat astro ada la tengok, paling best cete Garfield heee
31.Is there anyone you like right now?
Erm suker?Ntah lahh..Setiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing heee
32.When was the last time you did the dishes?
Pagi tadi..
33.Are you currently depressed?
Yup..Too many work to submit and deadline just around the corner..Arghh!!think of it make me sick..
34.Did you cry today?
Nope..
35.Why did you answer and post this?
B'coz I think it was cute!!

P/S : Terdapat persoalan yang kadang kala kiter pon payah nak jawab..

Friday, February 22, 2008

adult = clueless

Life getting tougher,
Now I realize what are adult mean,
Adult=managing our life to the best path we can+making
decision & prepare to any consequences and risk of our decision+being lonely+
make money for the sake of our family & children+managing time between career,
family & ourself..

Am I mature enough to be manage with all this mess around me??
It kinda scared me, but we won't know what lie ahead until we head the waves of
life at sea.. Till then only we will know what beneath it..
The question is, am I equip myself with all the weapon+magic+spell to faces those
pain, suffer, obstacles??
Am I still can smiling like this again tomorrow, next week, next year or next 10 years?
Perhaps, am I can still be the same person as I am today?
I'm clueless now..

P/s: If you are facing the lowest point of your life, just think back of your "nawaitul'
and pray for a guidance from HIM..

"Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. " (Riwayat Bukhari)

Wednesday, February 20, 2008

Kerana dia manusia biasa...

Email ini dipetik drpd seorang sahabat, dan saya forwardkan utk manfaat
Assalamualaikum... Semoga bermanfaat baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..Mengapa?
Kerana Dia Manusia Biasa ......Kerana Dia Manusia Biasa ...
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? m
Jawapannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi.Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib...Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan...Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.
Sebenarnya....!!!
Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan?
Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk)...Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan...Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara...Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......
Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami.
Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya.
Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur."Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.
Saya faham keadaanya ketika ini."Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.""Ya.. ya."
Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu.
Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan."Kenapa kamu memilih dia?"
Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni??
Saya melihatnya tanpa mengerti.
Eeh..., dia malah ketawa geli hati."Buka aja."
Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......
"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.......
**********************************************************************
Kepada .........Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya..
Assalamu'alaikum Wr Wb..
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ...untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.
Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya.
Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.
Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.
Kenapa saya memilih anda?
Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.
Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini.
Amin..
Wassalamu'alaikum Wr Wb
***********************************************************************
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik.
Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia......?"
"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."
"Maksudnya?""Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak?
Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin..Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'.
Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'...
Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.Maka semua menjadi indah.Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah...
Jadi, bagaimana dengan cinta?Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa.
Amin....
P/S : Memang 'lamaran' yang indah...Alam perkahwinan lebey indah lagi biler kiter tempuh bersama orang yang kiter cinta..

Monday, February 18, 2008

give me the STRENGTH

Hurmm..The older we grown the more complicated problem we face.. Lately, there’s something keep playing on my mind.. I wish I can blown it out here but its too personal and if the problem are resolve then I would write it here..
Wish I would have enough strength to face all this, I always believe this quote

- Allah tidak akan menguji hamba-hambanya seseorang dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya seperti yang tertulis dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 286

“Tidak Allah membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dilakukan”

I am really sorry because made it hard for you and for us.. I hope we can solve these thing out, convince all those people on our love.
I believe, sincerity is more than anything in this world..

P/S : Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi dugaanMu..Sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu..

Wednesday, February 13, 2008

Mari Berdiet...

Hee..nape ye topik kiter ari nie mari berdiet? Waaaa...berat badan saya udah nek..
Oleh itu sekarang saya telah menetapkan satu misi untuk menguruskan badan yang semakin mengembang nie..
Tak sanggup rasanyer nak gemuk lagi (suatu ketika dulu time kecik-kecik saya memang debab).
Mulai hari ini saya akan mula mendisiplinkan diri dengan program diet saya..Hee, program diet nie saya dapat dari kakak-kakak kat opis nie yang badan depa maintain je slim and steady walaupun dah beranak 3..(huyooo kalau korang tengok gerenti ingat anak dara)
Antara program diet yang ada dalam senarai saya skang nie ialah :

-Makan quaker oat sebagai sarapan..Maklumlah quaker oat nie seperti mana yang kiter taw high fiber jadik baguih untok pembuangan lemak-lemak yang berlebihan..Walaupun tak sedap tapi saya akan cuber jugak makan at least 3kali seminggu..(hujung minggu nie kena la p carrefour jap beli quaker oat)
-Saya akan merajenkan diri saya untok turun beraerobik ataw ke gym setiap hari pada waktu lunch hour..Bukan ape sejak nek kete nie payah toi nak dapat exercise jalan kaki, jadik nie salah satu daripada cara saya membakar lemak jahat yang telah bermastautin di dalam badan saya ni..
-Oleh sebab saya tak suker minum air bergas (ex: coke, pepsi +++) dan air bergula maka satu advantage bagi saya..Cuma saya kena lebeykan minum air kosong dan kurangkan ais..
-Nasi??Ya..Ini lah punca kepada masalah saya..Sejak dok umah nie saya tak dapat mengelak dari makan nasi..Tak tahan toi godaan biler tengok lauk yang mak masak,walaupun hanya sambal ikan bilis je..yela mother's cook is always the best & delicious in the world..so payah tuh nak tolak..Tapi sejak tertanamnyer misi nie dalam diri saya, saya akan cuber melawan godaan tersebut..saya akan kurangkan jumlah ataw dengan kata lainnnyer kuantiti nasi yang diambil..mungkin 2hari ataw 3hari sekali..ataw sehari sekali tetapi hanya 3sudu nasi perhidangan..
-Saya akan amalkan makan buah setiap hari..baguih nie, kulit pon lawa..kira dapat benefit 2+1 la nie..(tiap-tiap minggu kena la p pasar beli buah epal hijau+pisang+oren+jambu)
-Selalunya saya akan paking kete dekat dengan pintu masuk sebab malas jalan jauh tapi selepas ini saya akan paking jauh-jauh skek so dapat la saya exercise berjalan walaupun tak banyak tapi dapat gak membentuk otot untok pembakaran lemak yang lebey berkesan..
-Dan yang terakhir sekali saya akan mengamalkan sit-up sesudah bangun tido dan sebelum tido setiap hari..nie salah satu cara untok mengurangkan keboroian yang telah berlaku..

P/S : Dengan sokongan Mr. Lee saya rasa saya mampu buat..Selepas 3 bulan ataw 6 bulan saya akan update tentang result nyer..Hee

Ganbatte Jue!!!!

















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails