Wednesday, September 5, 2012

Mini Open House Kami

Cete raya kami masa cuti seminggu ritu belum habes tapi gambo ada dalam kamera tak transfer lagi...So kita guna je la gamba yang ada dulu..

Ni kesah raya wiken aritu masa cuti merdeka.. Sebabkan Jumaat cuti so kami plan nak bt mini open house untuk rakan2 dan jiran2.. Tapi bukan lah besar besaran pun.. Cuma masak sikit2 then ajak jiran tetangga and kekawan mai raya...

Hari Jumaat tu saya pun bizi la membeli barang nak masak, petang plak hubby kene p perhimpunan merdeka di Bukit Jalil arahan tempat berkerja hehehee.. So aku ngan Rayyan lepak rumah aje la....

Antara menu yang aku masak airtu rendang ayamm... Fuyooo rendang ayam uolssss.. Pestaim buat rendang ayam ni.. Dulu sebelum kawen selalu pikir, kalau hari raya mak mertua suh masak rendang ayam, jenuh laaaaa aku nak masak.. Tapi rupanya senang aje nak bt rendang ayam ni.. Cuma bahan je la banyak sikit... Ni pun sebelum buat mintak resipi dari mak.. Rendang ayam mak kite terbaik lah!!!!! Dan alhamdulillah rendang ayam yang aku buat ni seakan2 rendang mak dah.. Hehehe Hubby pun puji sedappppppp.. Kembang semangkuk aritu...

Selain tu, aku rebus ansi impit, buat kuah lodeh ngan sambal bilis serta serunding.. Serunding tu beli je, lebih bulan pose ritu.. So hidangkan je la skali dari nnt tak bermakan... Alhamdulillah kuah lodeh pun menjadi... Just nice, tak cair kuahnye.. Sambal pun sedap.. ni bukan aku yang cakap ok... Kekawan yg datang yang cakap.... Malu2 kuceng I tau bila kene puji... T___T


Hehe close up sikit... Cantek tak bekas makanan kita?? Haha kisah bekas makanan ni pun kelakar gak.. Masa malam tu dok sembang2 ngan hubby, camne nak hidang makanan sbb rumah kami ni bukan banyak pinggan mangkuk pun... Hubby kata letak je periuk.. Adoiii, takkan nak hidang periuk kat orang ye dak.... So gi la kami korek2 dalam setor, tengok2 ada set mangkuk hidangan yang lawa ni... Hadiah kawen 2 tahun lepas hehehhehehe... Punyalah lama tak keluar kotak sampai tak tahu ada hadiah yang cantek nie.... Time kasih bebanyak kepada sape yang menghadiahkan tray hidangan ni, memang sangat berguna la.. kalau takde ni, memang periuk jugak la yang aku hidangkan kat tetamu T_____T..


Cantekkan set hidangan ni.??? Bunga ala Vantage uolsssss... Harus lah cantek.... Sape la yg hadiahkan, tak jumpa kad pun..... Now tak tau nak simpan mana set ni sbbnya kotak die dah hancurrrr hahahhaa.. Jenuh la nak cari tempat nak simpan...



And dessert of the day, KEK KARAMEL... hehe minggu lepas 3X aku bakar kek karamel ni.. Bawa makan ke opis, pastu ada membe tempah and then for open house... Kek karamel ni memang menjadi pujian la sepanjang hari tu, seme dok puji sedap... Sedangkan tahukah anda, kek karamel tu tak bape jadi sebenarnya hari tu... Sebelum tu bt jadi je, tapi hari tu aku saja ubah adunan, nak tebalkan sikit bahagian karamel tu... Sekali karamel tu macam cair sikit, nampak tak amcam lembik2 tu???? Tapi bahagian kek tu jadi, bila lembik nak potong amcam susah la.. So aku potong siap2 letak dalam bekas..Sejukkan dalam peti ais, bila orang datang baru hidangkan... Hehe ramai dah yang nak order kek karamel ni, kalau aku tak sebok setakat ni aku buatkan la... Hehehe...


Ni adalah assistant saya...  Comel kan?? Memang bizi la budak kecit ni all day..  Melayan tetamu katanya... Hikhikhik..

Untuk tetamu kami beli pinggan mangkuk polisterene je, huhuhu malas nak basuh pinggan....


Tengah pk, apa lagi nak masak ni T___T


Tetamu terakhir kami aritu pukol 10 malam.. Huiiii siyes penat.. Ni baru bt yg kecil kecil kalau open house besar besaran tu, mau amek cuti seminggu....

Rayyan jumpa Upin dan Ipin

Lepas mengisi tangki perot.. Kami Solat jap then berjalan2 mengisi masa lapang di Carrefour..... Carrefour kat MV ni dah lain uols..... Nampak eksklusif gitu, takde la nampak macam kedai murahan .... Tak caya korang tengok la gamba yang ktorg snap2 nie.... Kebetulan plak Upin Ipin jadik maskot Carrefour, apa lagi si kenit kami ni... Asal nampak aje Upin Ipin nye patung, terus pelok2 cium2.. Adesss anakkuuuuuuu..

Tengok la betapa kuatnya dia gi pelok Upin Ipin tu..... Macam la patung tu nak lari....


Patung opah pun ada.... Rayyan sedang sebok memilih barangan Upin Ipin .. Nak pow papa la tu!



Kaum2 bapa kalau penat teman bini syopping, leh main game XBOX kat sini...


Troller Carrefour MV... Kat tempat lain tak dapat wei gini.... Nampak kelas gitu! T__T


Tuesday, September 4, 2012

Late Lunch @ Chillis MidValley

Lepas collect hadiah tak tau nak gi mana hubby ajak gi Midvalley.. Aku pun agreed je since memang takde nak gi mana. Dah lama gak kami tak jalan2 kat MV ni selalu gi Viva Mall tak pun JJ hahaha malas nak ke MV ni sbb parking full je memanjang. Lagipun aku selalu gi sini nak makan Korean food kat foodcourt Gardens je selalunya.

Since kami pun belum makan lagi, hubby ajak la makan kat MV je. Dok pusing2 tak tau nak makan apa. Memula aku ajak makan Delicious, aku dah lama dok ngidam dessert Delicious yang sedappp ni, Chocolate Brownies with ice cream

pic credit to:  http://www.vkeong.com/2011/06/delicious-mid-valley-megamall/



Tapi hubby tanak so lastly kami decide makan kat Chillis je la. Lagipun dah lama ktorg tak makan kat Chillis nie.... MAsuk2 Chillis ramai orang, kene tunggu seat kosong. Eh pelik betol, patut arini keje tapi ramai plak orang....

Seorang ayah yang cuba mengawal anaknye dari melasak. Hikhik susah ok, kami ni sbb tu la malas makan luar. Tak larat nak kejor anak sebenarnya. 


Dah dapat seat so cepat2 pilih menu nak makan apa. Memula aku ingat nak makan Fajitas, tapi tak jadik la sebab malas nak menggulung T_____T... nak kene suap anak lagi kang dik nonnnnn, kang tak sempat la I nak menggulung Fajitas tu....


Rupanya baru la ktorg tahu, kat Chillis kids meal free okayyyy..... Siap drinks pun free, dah la free flow... Boleh refill bape kali korang nak la... So bila dah free harus la order satu set untuk Rayyan...

Menu free fro Rayyan kami order, air Apple jus seperti dibawah.. Cawannya tak glamer langsung tapi takpe la free flow kan.. Mama pun leh tumpang sekaki.. hehehehe...


And macaroni with cheese... Banyak lak tu portionnya.. Siap kami leh tumpang sekaki makan...


Untuk papa, menu standard akan order bila makan kat Chillis.. Burger.. Memang besar berger dia tapi aku tak risau, sbb tahu hubby leh habeskan heheheh...


Utk mama Fish and chip.. Tak lalu nak makan ayam daging dah. So kita makan ikan la pulak....



Alhamdulillah masa kat Chillis ni, Rayyan behave sungguh. Dia sangat enjoyed the food. tak bangun2 dari kerusi dia. Dok makan je macaroni cheese tu.. Lega hati mama.. leh makan tanpa tercekik2...


Tengok betapa enaknya dia makan... Hehehe...


Kami tak order starter pun, sbb tahu portion makanan kat Chillis ni besar, takut kang membazir je. Aku kononnye nak makan Choc Molten pun terus cancel sbb kenyang makan fish and chip. Maybe next time, kata hubby...


Collect adiah contect worth RM500

Hari Jumaat takde keje, gi Collect hadiah. Hadiah nye beanbag yang berharga RM500 menang dari FB Itakious.com. 
Contest ni based on share and win, memang pure luck based. Aku pun takde la budget menang ke hape. Walaupun dalam hati memang tingin nak beanbag ni. Nak beli mahai. Ritu aku ada DIY beanbag ni. Hehee nak murah, DIY la. Ada kekawan yang request suh aku bt entri DIY beanbag. Sampai skang aku tak bt lagi entri tu. Nanti la aku bt ye. Jgn riso, ada masa terluang aku akan cuba kotakan request kekawan...

Opis Itakious ni kat Ara Damansara, tak susah nak carik pun. Ikot je jalan nak menghala ke epot Subang tu. Nampak la signboard Ara Damansara.

Lawa opisnya serba merah. I like merah you! Nampak garang gitu....


Itakious ni reseller online. so macam2 die jual, dari gadjet, hinggalah sekecik2 perhiasan rumah.


Besar giler beanbag aku dapat ni, memang penuh seat belakang Myvi.. Sampai tak nampak la belakang bila pandang cermin. Ktorg berdoa je la, jgn la polis tahan, kang tak pasal je kene saman...

Sampai je rumah, dak kenit ni dah rasmikan beanbag..Tak sabar2 nak duduk.... Rupanya cover die leather... Berbaloi la dgn rege.. Hehe.. Dapat kaler merah.. Eee macam tau2 je aku suka merah...

Tu cakap ngan hubby sok rumah dah siap, beanbag ni boleh la letak kat living hall atas. Bt area lepak2 tengok TV. Living hall bawah tok tetamu hehe mood berangan je skang ngan hubby. Hehe dok plan nak deco2 rumah camne.. Padahal rumahnya siap lambatttttttt lagi T_____T...



Baring plak die.... Tapi kejap je die duduk kat sini. Suka beanbag yang DIY tu lagi... Leather ni bila dok dalam ekon sedap la... Tapi bila cuaca panas, baring kat sini berpeluh gak weiii...

Yang DIY tu sarung die kain sofa so memang sejuk aje la, tu yang lagi best.. hehehe




Monday, September 3, 2012

Giveaway ticket Legoland free untuk kanak kanak.. Jom semua

Skang sana sini sebok dok cete pasal taman tema baru kat Mesia. Iaitu Legoland... Rege tix boleh tahan mahai... Kalau ada anak berderet2 harus tunggu bonus 6 bulan baru bawa anak2 gi sana bermain kot hehehhee..

Tapi now jangan risau... Dutch Lady sedang bagi tix Legoland free untuk anak2 anda.... Tix Legoland untuk aknak2 ni berharga RM110.. Kalau ada 2 anak, dah jimat RM220 kat situ.. Boleh guna untuk bayor hotel...




CAra2 nak redeem tix nie..

1. Beli dutch lady promo pack seperti gambar di atas...
2. Ada kupon Legoland tu kan, gunting dan simpan.
3. Boleh redeem tix kanak2 dengan pembelian tix dewasa di mana2 kaunter tix Legoland...

Apa lagi??? Jom terjah Tesco, Giant, Carrefour dan cari susu UHT Dutch Lady promo pack nie...

Untuk kami, percutian now dibekukan.. Nak simpan duet untuk deco and renovation rumah hehehe.. Boleh gi oliday setahun sekali je la pas ni, bila dapat bonus.. HAHAHA.. janji ado ye dak????
Yang penting, nak deco rumah lawa2 dulu.....

Untuk full term and condition boleh klik SINI

tetamu pertama rumah kami

Raya ke 3 dari Perak kami balik ke Melaka. Melaka ni rumah nenek kepada arwah ayah aku. Walaupun Wan kami dah meninggal tapi ada makcik yang jagakan rumah pusaka. Memang kami dah jarang balik sejak arwah ayah meninggal tapi bila hari raya ni rasanya tak salah kita kunjung mengunjung ziarah macik pakcik seme. Mak ayah kami memang dah terapkan dari ekcik lagi, bila hari raya kene ziarah makcik pakcik seme. So sampai je Melaka, habes la seme rumah makcik pakcik kami pegi. 

Kat Melaka kami tido satu malam. Raya ke4 dah gerak balik KL. Singgah Pajam jap umah Pakcik aku. Lawa lawa sungguh rumah kat Pajam tapi jauh la plak dari KL. walaupun dah ada highway LEKAS, tetap jauh pada aku. Dari Pajam singgah Beranang, jumpa MIL. MIL nak balik Kluang aritu so jumpa la kali terakhir lagipun kami ni tak tentu ntah bila nak balik Kluang plak.

Sampai rumah macam biasa la, mendobi kain baju yang  5 hari. Aku memang pesen gini, kalau balik kampung 5 hari, 5 hari punya baju la aku angkut. Tak koser aku nak membasuh baju. Leceh plak rasa nak jemur, pastu kang baju banyakkkkkkk mesti ada yang tertinggal, tertukar la. So utk selamat, kain baju aku seme aku bawa balik basuh kat rumah. Senang cete.

Syawal ke-5 orang dah start keje tapi kami masih lagi cuti. Saja nak rehat kat rumah. So pagi tu gi pasar beli barang basah sesiap kot2 ada tetamu nak mai umah ke, senang la, bahan dah ada nak masak. Gi bank settlekan hutang, gaji plak kebetulan dah masuk. Then dapat SMS dari BFF, Fatimah kata nak raya rumah. Aku jawab datang aje la since aku pun memang ada kat rumah masa tu. So petang tu goreng kuew teow hidang kan kat tetamu. Kebetulan Azrin pun free. Azrin pun join la the team heheheh....

Inilah dia tetamu pertama rumah saya. Azrin and Fatimah. Oppsss tuan rumah tak pakai baju raya pun.... Baru lepas goreng kuew teow kekdahnya. Malas la nak tukar baju bagai....


Thursday, August 30, 2012

BBQ Raya di malam Syawal Ke 2 Terbaik....

Cete pasal entri semalam beraya di Perak tu, ramai plak yang komen tanya Perak area mana.. Hikhik mokcik lupe tulis rupanya... Perak dekat je, kat kg Slim, Slim River.. Kalau dari KL sejam setengah sampai dah. Memang dekat sesangat la. Ada sape tahu ke kampung iols tu??

Ok sambung cete malam Syawal ke 2... Kalau balik Perak ni ektibiti BBQ raya memang wajib uolsss.. Dah 3 tahun kot ktorg bt BBQ raya ni... Tapi sejak kawen tak sempat join lagi.. Hubby pun baru pestaim join BBQ raya famili aku nie... Memang meriah betol. Ye la, adik beradik mak je ada 6 keluarga kot, ngan anak2 masing..... Bila tido tu, rumah penuh dari depan sampai belakang.. Memang bergelimpangan tido... T____T aku memang awal2 dah cop tempat tido hahhaa keji giler...

Sebelum memulakan BBQ haruslah bakar arang dulu.. Ni la orang kuat BBQ raya kami... Yang ngah pandang kamera tu tetamu actually tapi dah alang2 dia datang, ktorg ajak la sekali join memeriahkan BBQ raya kami...


Mak Usu aku yg sebok bt coslow... Memang sedap coslow makcik aku nie... Nanti nak minta resipi dr dia...


Ni sepupu sepapat dok sebok cucuk sotong udang kat lidi.. senang sikit nak bakar...


tu dia.... Best dok umah kampung ni, luas tempatnye.. so nak BBQ pun senang je... Budak2 main bunga api pun tak kaco port masak2 ni... Kalau bakar lemang, kacau dodol selalu ktorg bt kat belakang... Kat belakang umah opah aku ada bangsal.. So memang senang la keje nak memasak banayk2 nie...


Bakar jangan tak bakar...


Mama ngan Rayyan cuma jadi tukang monitor je.. Tunggu makanan siap bakar..


Ayam yang diperap bersama rempah spesel... Sedap gile ayam ni, terasa sampai ke daging rempah yg diperap tu... Tak tau la bape ekor diaorang beli ayam ni, sbb time aku sampai tu Pakcu aku tengah perap ayam semua nie...


Sosej pun ado...


Udang pun ada..


Sotong and ikan pun ada.. Kambing je yang takde...


Hubby dok bakar ikan...


Menu spesel, ketupat palas dan sambal tumis ikan bilis.. Rendang dah habis masa raya pertama lagi...


Fries di atas dapor...


Ni la opah kesayangan kami... :)


Yang dah siap dibakar.. Memang banyak sangat makanan malam tu..... Tapi jgn riso, habes semenye sbb kami kan ramai...


Kebetulan plak besday Ucu aku masa malam raya tu. So Pakcu aku plan nak bt birthday cake cutting die skali malam tu. Tu yg senyap2 g beli kek siang masa aku sampai tu... Hehhe sweet gilo!


Ni la Ucu saya... bersama anak die Haraz.. Haraz ni sama baya ngan Rayyan tau... Beza hari je.. Nanti leh celebrate beday sesama..





Ni adalah antara famili kami... Memang takde gambo yang semenggah sbb aku tak pegang kamera.. Seme gamba ni adik sepupu aku yg amek.. Aku sebok jaga Rayyan, udah papanye sebok membakor....




Alhamdulillah... Malam tu tido kekenyangan kami.. Walaupun bergelimpangan, apa ada hal.. itu la seronok :)


Wednesday, August 29, 2012

Syawal ke 2 di perak

Sywal ke 2, pas Subuh je aku dah bangun sesiap gosok baju hehe walaupun malamnye tido lambat dek menyembang ngan MIL. Bukan pe uols, kami nak gerak balik Perak plak.. Beraya ngan my family plak,  haruslah eksaited.... Perak ni kampung mak aku. Since arwah ayah meninggal, adik aku yang lelaki memang akan bawa mak ngan adik2 aku balik beraya kat Perak. Lepas tu baru balik jenguk famili arwah ayah kat Melaka plak. Gitula, walaupun arwah dah takde hubungan keluarga tu masih ada. 

Sebelum gerak balik, amek gambo dulu.. Hehe MIL tegor, sedondon hijau kami bertiga pagi tu. Hehe bila dah kene tegur baru perasan. Ye la, kami ni beli baju bukan serentak. Kali ni shopping baju rayyan, ntah bebila kang beli baju hubby, pastu baju aku plak amek yg mana sempat je. Tetibe boleh plak kami sedondon hijau pagi tu hehehe..


Kami bergambar di bawah rumah sebelum bergerak pulang. Alhamdulillah trafik pun lancar je, takde jem segala... 3 jam lebih perjalanan dah sampai rumah opah. Rumah opah aku ni memang betol2 environment kampung. Ape lagi puas la Rayyan berlarian ke sana ke mari. Pastu ramai plak gengnye kan...


Sampai2 tu, kami gi beraya ke rumah Opah Cu dulu. dapatla kenyangkan perot ngan bihun sup air tangan Opah Cu. Dah kenyang balik ke rumah opah aku semula. Ala dekat je kampung sebelah menyebelah hehehe... Ni yang best raya kampung, keliling kampung sedara mara sendiri aje hahaha...

Kat rumah opah aku plak mak aku dok sebok bt mi kari... Harum semerbak bau mi kari mak aku... Yang pakcu aku dok sebok memerap ayam.. untuk apakah??? jeng jeng jeng... nanti aku cete next entri....

Pas je tukar baju aku pun start la menolong apa yg patut kat dapor. Sambil buat keje, sambil bergossip.  Pastu dok membahan orang je hehehe naseb baik la dapat makcik2 seme sporting2. Yang hubby pun boleh sama naik membahan diaorang.. Adohaiiii...

Petang tu, lepak depan umah opah layan Rayyan main bola...


Budak yang hepi dapat lepas bebas kat kampung. Tanah luas memang puas la berlari...


Papanye layan main bola....


Sedia...... 1 2 3 goalllll (Rayyan cakap)....


Mamanye sebok snap snap pic...


Memang seronok la dok kampung.... udara segar, laman luas... Dok la cakap ngan hubby, kalau ada rezeki, dah pencen nak beli rumah kampung je.... Heheh beli tanah, buat rumah.. Baru best!!!


Anak beranak yang happy main bola...


Gitu la kisah kami di Syawal kedua di Perak... Malamnye lagi happening youuu... Next entri ok!

















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails