Friday, October 16, 2015

Diner Seafood at Pasar Malam Sinsuran

Dah sampai Sabah, wajib la makan seafood kan. syurga seafood situ.. Malam kami ke pasar malam sinsuran, jalan kaki je dr hotel. Sebenarnya tak jauh tapi jalan dgn bebudak paham2 la.. Hihi.. Seronok gak jalan, leh tgk2 kedai2 tepi jalan, angin2 bertiup....
Pasar malam ni memula masuk, jual ikan2 lauk2 basah seme, pehtu sayur2...Jalan depan skit lg baru ada jual makanan, gerai2 seafood.


Ni la gerai2 makan, ada boleh order2 goreng2 tomyam ke apa... Kami nak makan seafood fresh..


sayap ayam mmg femes kat sini. dijadikan cerita masa lepas dinner kami tgh tunggu order sayap ayam ni, kami dok la leka tgk org juai tu cakap korea ngn pelancung. Masa tu hasben pegang tangan Rayyan. Kami nak tapau sayap ayam ni nk mkn kat bilik. Lepas je bayar, nk blah tgk rayyan takde kat tepi. saya mmg dah cuak dah tanya hasben mana rayyan. Hasben pusing tgk rayyan dah takde.

Ya allah, masa ni jantung tu rasa nk benti kejap. Mata gelap terus. ye la, dah la ktorg kat tmpt org/asing pehtu tak tau mana nak tuju nak start cr kat mana. Saya mmg dah kaku, takleh nk bergerak, hasben je yng kalut lari2 sana sini cari rayyan. Syukur lah allah pelihara kami dan izinkan kami jumpa lagi dgn rayyan. rupany2 dia tak jauh je dr kami, kedai sebelah sayap ayam ni jual mainan. senyap2 die lepaskan tgn gi duduk depan mainan tu. Ya allah sabar je la. 

Mama ni dah hampir nak pitam dah memikirkan mana anak bujang, bk KL tanpa anak sorang.. Ya allah. Mmg tak tau nak kata perasaaan tu cane. Bila jmpa tu apa lagi ha mmg kene terus marah la ngn mama kan. Rayyan dah terkebil2 kene marah. Hasben coolkan saya. Saya mmg dah takleh tahan dah, ye la kita marah sbb sayang, taknak apa2 jadi kat anak.. hasben mmg jenis tak marah2 anak ni.

Lepas tu dah takde mood terus ajak hasben balik, odw balik tu saya dgr la hasben sembang ngan Rayyan, cakap next time jgn bt gitu, nnt kene culik blablabla... adoi hai... Papa mmg la jenis softspoken, no wonder la anak2 seme sayang. Mama asyik jd singa je. Tapi bagus la sorang garang sorang lembut gitu kan.

Ok balik pd kisah dinner kami.


Ni seafood yg dah siap dibakar di masak seme. Kita boleh pilih kalau nak yg baru , pilih je ikan apa nak masak apa nak, nnt die masakkan..


Lobster murah2 wei. Plg beso pun RM60 siap masak...



Saya amek ni rumpai laut, sedap tau. Cruncy2 gitu.. Makan ngan sambal..


Pastu order kerapu merah, suh die bakar je.


Amek lobster seketul ngn sotong2....


Total dinner kami RM60 je malam tu. Murah kan???


Thursday, October 15, 2015

Menang Jam Roscani worth RM900

Cerita last month. Kita menang contest dr magazine, hadiah die Jam Tangan Roscani. Masa dapat SMS tu kita pun tak tau jam lelaki ke jam perempuan. Tapi mmg suka la sbb kita memang pengumpul koleksi jam tegar hehehe rasa kita pernah share dulu, jam2 yg dalam koleksi kita. 

Free je sehari tu, terus la g collect adiah kat PJ sana, rupanya dekat je ngn opis, cuma jalan tu pening skit sbb jalan kat area PJ byk dah jadik one-way, berpusing gak la hahahaha. 

Jam yg saya dapat ni la dia, dalam bekas merah. Nampak ekslusif you. Mau tak ekslusif, regenya RM899 hoiii. Menitis airlior dengar. Tapi rupanya jam tangan lelaki.


Ni la jam nya, besau surface, solid dan lawa. Kaler brown. Kita mmg suka earth color gini, kebetulan plak besday hubby bulan 9. Konon nak jual la jam ni tapi bila pk bagi adiah kat hasben aje la dah kebetulan besday die, jimat duit kita tak payah beli adiah hihihi...


sebulan lamanya kita peram, bulan lepas besday dia barulah saya bagi hehe kemain hepi org tu dapat jam tangan baru. sebelum ni mmg hasben takde jam, sbb jam hantaran dulu dah rosak pehtu mmg takde beli2 jam pun... Kira ni adiah besday merangkap ganti jam hantaran yg rosak tu la kan...

Pagi besday tu selamat dah pakai. Ktorg dedua pakai jam tangan kiri kehkeh tengok gambar ni baru perasan.


Tuesday, October 13, 2015

Rayyan 5th besday celebration

4th October Ahad lepas genap dah usia Ar Rayyan 5 tahun. Ya allah sekejap sngat masa. Tup tup dah bujang dah anak sulung kami ni. Macam biasa Rayyan tau October adalah bulan besday dia. Masuk 1 october je dah demand hadiah hehe. So ritu bawa la g Chow Kit cari adiah, dia sibuk nak skuter. Pilih2 dapat la adiah sebijik skuter eh bukan skuter motor tu tau hahaha. Ni skuter yg bebudak naik selalu tu. Next entri la saya cerita.

4 october jatuh hari Ahad, kebetulan hari tu papanya keje plak. So saya just order kek dari Fad. Mujur Fad willing nak hantar ke rumah, nk drive ber3 g collect cake mmg horror kot. Kang habis la penyek kek dikejekan si adik ni, bukan leh caya ni.

Tghari hasben balik nak celebrate, siap beli belon deco2 seme. Masa tu anak2 seme tgh tido, so berdua la dgn hasben dok deco, tiup belon hihi padahal nak celebrate anak beranak je. Tak pe la kasik feel skit, maklum lah tahun ni kami celebrate berempat je. Tahun lepas siap party, Rayyan rikuest gak bt party, tapi tahun ni mama bizi sangat and bajet pn tak meriah. Nnt la tahun2 depan bila adik pn dah paham kita bt besday party lagi ye.

Bangun2 tido, terkejut Rayyan tengok "ehhhhhh lawanya siap belon".. Muka terus senyum sbb tau besday dia.. Siap tanya, nnt kekawan datang ke mama.. aloooooo tahun ni celebrate berempat je la sayang. next year la if ada rezeki lebih... Pujuk2 la cakap, dah bawa g Legoland apa seme. pastu dia ok je. Happy2 nyanyi lagu beday, potong cake hehehe..

Gambar kami selfie.. hehe guna monopod je seme gambar ni.. Dr DSLR ada gak tapi tak transfer lagi. Apa ada je la ye..

Adik muka masam sbb baru bangun tido... suh tinyum taknak tinyum pun..


kek tu sempena besday papa, rayyan and adik hahha adik besday 11 october tak jauh beza dr abang so celebrate la sekali jalan ye dik.. adik pn tak paham lagi..


Ni besday boi tua plak nak potong cake... Mmuahhhh! Love you papa, smg murah rezeki dan sihat selalu!


Ni mood baru mari hehehhe...


Mama harap rayyan membesar dgn sihat, jadik anak yg soleh yg mendoakan mama dan papa, yg boleh jaga adik jaga mama bila mama dah tua nnt. Mama sayang rayyan. Mama tau mama garang, tapi mama garang sbb mama sayang Rayyan, mama nak Rayyan jadik manusia berguna, berakhlak...

Sebak sebak ...


Monday, October 12, 2015

Pulau Manukan

Lepas check in Promenade Ampartment tu, kami jejalan kat sekitar town KK. Jalan2 mall baru KK mall ke apa ntah nama, lama sangat peram entri, sampai lupa dah ha... Pehtu kami singgah Pantai Tanjung Aru, lepak2 amek angin Pantai....Pehtu balik bilik.

Besoknya tu kami nak ke Pulau Manukan, pepagi dah kluar sbb nak naik bot awal kan. Paking area dekat ngn jeti Jesselton. Sini payah cari paking, kami tak tau rupanya ada je tempat paking disediakan utk org nk g pulau cuma agak ceruk sket entrance nk ke paking lot tu, kami tak perasan. Sudahnya paking tepi jalan, kat sini system bayar paking guna kad yg gores2 tu. So kene beli kad tu then gores ikot bape jam kita nak tinggalkan kereta.. Lupa plak nak amek gambar kad tu.

Apa2 hal amek gambar dlu kat jeti sebelum beli tix. Tix nk ke pulau manukan tak silap saya  RM28. Dah naik harga, rasa dlu saya p tak sampai RM20. 


Kami sedang menunggu bot. Oh ye, kami dah beli sesiap dah makanan nk makan kat pulau. Takot kang dah berendam kebuluran plak anak2. Tapi bila sampai sana tengok ada cafe, harga lebey kurang je, so kalau korang tak bawa food pn ok je, sbb nengok harga tak jauh pn beza...


Ya ampun masam betul muka adik ni hahahha...



Bergambar sementara tunggu boat ready. Life jacket and set snokelling leh sewa dr jeti ni, katanya kalau sewa kat pulau lagi mahai, so kami sewa kat jeti je.. Jaket bebudak org tu bg free hehehe..


Rayyan dah biasa naik bot, dari dalam perut dah g Krabi, g Pehentian, g Redang, g Langkawi.. Umur setahun dah g Mabul. Hehehe Mayyah je pestime naik bot. So adik agak jakun kat situ hihi


Adik dok usha sana sini, kami dok kat belakang so bunyi enjin kuat.


Menikmati angin laut hehe.. G manukan ni tak lama, 15 minit je naik bot. Lama lagi naik bot g redang, perhentian, g mabul, Sipadan. Tu semua dekat 2 jam naik bot. Rasa nk pecah bontot kene hentak ngn ombak hahahaha...


Sampai dah pulau Manukan.. Dlu kita g KK, kita g pulau Mamutik, kali ni g Manukan plak.. Geram je tgk pulau lawa gini air, crystal clear ha...


Nanti ada entri lain utk ektibiti snokelling.
Lepas snokelling, anak2 seme saya tukarkan baju, saya menten je pakai baju renang je, anyway kering je menjelang nk sampai ke jeti. Bebudak sbb dah berselemuih ngn pasir pastu adik nk dipakaikan pampes so kene la siap2kan deme kasik pakai baju biasa.


Dah nak balik so kita bergambar dlu kat pulau yg cantek ni. Ni salah satu sbb kenapa saya suka sangat Sabah. Mmg Sabah ni destinasi percutian yg tak jemu la. Dah 3x gi Sabah and tak pernah jemu. Dan stp kali tu sure saya ngan hasben akan cakap nnt kita repeat lagi hehehe... Naseb bek dapat pasangan sejiwa bab2 ni.. Mmg travel partner saya paling best la. Tq hasben!


Anak2 dr kecik dah ajar travel, so mmg lasak n kental. Takde nk banyak songeh time travel, easy nk handle janji cukup makan. Rehat pn depa tak kisah sbb dapat berjalan kan.



Masa tunggu bot nak balik, tgk ada segerombolan ikan2 berenang. EE rasa nak amek tangguk tu ha tangkap je masuk dalam balang hehehe..


Abg yg konon2 nk bergambar dgn ikan hehehe...


Wednesday, October 7, 2015

Aiskrim Premium Yg Memukau

27 August yg lepas saya telah menghadiri majlis pelancaran Magnum Aiskrim yg terbaru iaitu Magnum White Almond. Majlis pelancaran yg bertemakan evening party amat memukau dan memberikan kelainan menerusi gaya tersendiri. Sama seperti Aiskrim Magnum yg dikeluarkan penuh esklusif dan mempunyai status tersendiri.





Konsep parti yang mewah dan ekslusif ini turut menyajikan kami dgn dessert enak2 seperti kek keju dgn konsep open table top, kalau anda nk makan just grab it and eat! Konsep yg santai  bukan?


Introducing our "King of the Day" - The lastest product innovation  Magnum White Almond yg dihasilkan daripada vanilla aiskrim yg disaluti oleh coklat putih  premium Belgium yang tebal dan ditabur pulak kepingan badam ranggup yg akan memberi kita rasa keterujaan dalam setiap gigitan.


Barisan aiskrim mewah yg dihidangkan dan boleh kami berpeluang utk menikmatinya secara free flow. Sememangnya Magnum White Almond mempunyai keistimewaan rasa tersendiri yg unik dan rasa coklat Belgium adalah sukar utk ditepis menyebabkan saya non-stop berulang ke kaunter top ini untuk menikmati aiskrim yg hebat ini.


Pelancaran Magnum White Gold dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, iaitu Mr Rakesh Mohan seterusnya merasmikan majlis pelancaran aiskrim ini. Beliau turut menjamin konfeksi aiskrim Magnum White Almond yg baru ini pastinya memberikan rasa yg tidak akan dilupa.


Acara seterusnya adalah persembahan tarian oleh 2 org penari yg berjaya memukau penonton di dalam GrandBall Room pada malam itu. Tarian itu penuh maksud tersirat yg mana penari tersebut berusaha naik ke atas menggunakan kain yg dijatuhkan utk mengambil aiskrim Magnum White Almond yg berada tinggi nun di atas. Kreatif kan?



Kepuasan menikmati aiskrim Magnum White Almond yg tak tergambar dek kata2. Anda harus mencuba nya sendiri. Ianya telah berada di pasaran. Boleh didapati di pasaraya terdekat.


Aiskrim ini boleh dibeli dgn harga RM 4.50 sebatang dan pek (multipack of 3) RM13.50.

Untuk maklumat lanjut mengenai Magnum White Almond uolls boleh layari Magnum Facebook Page di www.facebook.com/Magnum atau www.walls.com.my/magnum


Ini packagingnya ya uols, jangan tersilap ambil. Sila la cuba dan rasainya sendiri aiskrim mewah yg penuh kenikmatan ini. Pasti anda menyukainya!

As a token of appreciation, kami telah diberikan pendrive yg kecik lagi comel ni, setiap kali melihat pendrive ni rasa nk makan Magnum je. Menarik sungguh!


Monday, October 5, 2015

Kos semakin mahal

Last jumpa dentist masa preggy mayyah. Dah nak masuk 2 tahun princess tu kiranya its about time g check gg jugak hehehe.

Kelmarin cakap kat hasben nk g jumpa dentist, kemain la die menakotkan kita gitu gini, kita pn slumber je jawab " dah rasa sakit beranak, so takat g jumpa dentist tu apa la sangat" . Ceh, berlagak sangat ayat tu kan. HAHA hasben tau sejak dulu saya ni mmg la penakot jumpa dentist. Rasanya kalau nk jumpa dentist tu, amalm sebelum tu mmg tak lena tido la saya, punya kritikal ketakotan tu.

Semalam nekad gak la pi, bukan pe takot gigi dah rosak kat akar kang lagi naya. Lagi la macam2 kene buat baik pergi cek dan kalau perlu bt apa2 at least dah boleh la cegah.

Clinic gg dekat je sebelah opis, so set appoiment pepagi, masa lunch lari jap g check gigi. Memula kita nak scalling ngn check apa yg patut. Bila check tu, dentist advice suh xray utk tgk akar ok ke tak. Xray ni better bt 2 tahun skali ni untuk gg yg belah belakang yg geraham2 last skali tu, payah nk nengok, nk lagi yg akar tu mana nampak kan sbb kat dalam gusi. Doc kata kalau sakit tu selalunya akar dah rosak, tu yg kene bt root canal tu, cost mahai plak tu.

Bila dah xray doc tunjuk, alhamdulillah mujur takde rosak lagi, seme ok, akar pun seme ok lg, cuma ada 3 batang geraham yg kene tampal sbb dah nampak tanda2 berlubang tu. Kita minta tampal sebatang je dlu, lagi 2 batang next visit la ye doc.

Lepas cuci tu, dah xray baru bt tampal. Pestime tampal gigi ni seumor idop. Ya ampun ngilu betul rasa masa korek2 tampal2 tu. Bila dah tampal eh mcam gg baru la plak. Putih berseri.

Siyes lepas cuci gg dan tampal gg rasa bersih ja, lepas 6 bulan nnt berkerak balik hahaha. Saya kene start la kot disiplinkan diri bab jmpa dentist. Untuk pastikan gg tak rosak. Seram noks kalau sakit gigi. Sakit terpaling sakit kata org.

Ok total kos semalam, scalling, tampal dan xray seme RM460 pergh mahaiiii tol. Pejam mata je, demimu gigi. Kalau dah rosak kene bt root canal ke apa lagi la mahai. 


Kos makin mahai, dulu sy scalling gg RM120 je skang dah naik RM180. Beza 2 tahun gap. Huhu sape la yg kata kos idup tak menaik. Service jumpa dentist pn naik ok, ni kan kos hidup.


Friday, October 2, 2015

Promenade Ampartment, Kota Kinabalu

Lepas g Poring kami g Kinabalu Park, tapi jalan2 pusing2 dalam kereta je sbb anak2 tido pulak dalam kereta pastu terus gerak ke KK, konon nk singgah rumah terbalik last2 terlepas hihi pastu malas nak patah balik so terus je gerak ke KK cari hotel. Ni pestime bt keje gila, tak book otel, mmg vacation main terjah je. Sbbnya pk bukan musim cuti sekolah so rasanya otel ada je available cuma mahai atau murah aje la. 
 Ktorg pusing2 area dataran nk cr otel yg dekat dengan pasar malam, nk walking distance je so banyak gak hotel dok tnya price. Mostly above 100. Last2 kami sewa promenade ampartment je dapat la RM90 satu malam.

Agak selesa pada saya bilik dia, dan yg penting kat abwah ada McDonald dan banyak kedai makan lain. Nak pergi pasar malam pun jalan kaki je, nk g pasar Filipin pun jalan kaki je.  Everything walking distance.


Siap dapur seme, malam tu kami g pasar malam beli sayap ayam tak habis makan, masuk freezer. Pagi2 besok hasben dok panaskan guna kuali hehe. Berfungsi tau dapor gas tu bukan sekadar hiasan.

.
Konsep studi room, ada living area, katil queen satu, toilet and balkoni. Agak selesa dan berbaloi dgn harga :)


Thursday, October 1, 2015

Air Panas Poring

Pagi tu kami tak bekpes trs je gerak g Poring, takde makan fancy2 pun. Area Kundasang ni mmg payah skit nak makan, so kalau org cerewet elok la bawa bekal roti ke apa sesiap.

Dr pekan Kundasang nk ke Poring amek masa sejam jugak, jalan bengkang bengkok tp best suasana nyaman sejuk je...

Sampai2 air panas poring, kami sapedek dulu kat deret2 kedai depan Poring tu. Kedai ala2 je, jgn expect maknan sedap2 ye.  Asal makan sudah. Sy tak makan pun, hasben makan. Ada sebab kenapa saya tak makan hehehe ..


Ni la die air panas poring, ni kali kedua saya sampai sini so dah tau apa yg ada kat sini. Basically kolam ciptaan manusia tp air panas mmg dr mata gunung , kira dr bawah tanah la punca air panas tu... ada banyak kolam kat sini, ms kami smpi tak ramai org kalau nk mandi mmg selesa sangat tapi kami tak mandi pun. Tak bawa baju pun, mmg saja nak jalan2 je g sini.



ni air terjun ms odw nak masuk ke Poring tu. Nengok air terjun ni geram je rasa.



Kat sini bukan ada air panas je, ada kanopi walk, kalau rasa gigih jalan boleh la explore. Ktorg dgn budak kecik 2 org ni mmg tak gigih nk jalan jauh ke dalam. Hihi so jalan setakat poring ngn taman kupu2  aje la.








Sebabkan kami tak mandi, kami cuma bt aktiviti rendaman kaki. Hihi anak2 pun sama rendam kaki, hilang rasa lenguh tu.. Pas dah kembang daki2 boleh la gosok hahahaha.. eh tapi syiok tau rendam kaki dalam air panas ni... memula je mcm terperanjat sbb panas, lelama naik syiok hihi..








Ada jugak kolam yg air sejuk, pool rock namanya. Sejuk gile air die. boleh mandi kolam ni, tapi kami sekadar celup2 tangan je.  anak2 dah mengelupur nak mandi.





Overall tempat ni wajib singgah nad bawalah baju. Kalau nak bermalam pun dekat sini ada chalet yg disediakan. Kami agak mengejar masa sbb nk bk KK semula ptg tu so tu yg malas nk mandi manda bagai tu.



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails