Thursday, October 1, 2015

Air Panas Poring

Pagi tu kami tak bekpes trs je gerak g Poring, takde makan fancy2 pun. Area Kundasang ni mmg payah skit nak makan, so kalau org cerewet elok la bawa bekal roti ke apa sesiap.

Dr pekan Kundasang nk ke Poring amek masa sejam jugak, jalan bengkang bengkok tp best suasana nyaman sejuk je...

Sampai2 air panas poring, kami sapedek dulu kat deret2 kedai depan Poring tu. Kedai ala2 je, jgn expect maknan sedap2 ye.  Asal makan sudah. Sy tak makan pun, hasben makan. Ada sebab kenapa saya tak makan hehehe ..


Ni la die air panas poring, ni kali kedua saya sampai sini so dah tau apa yg ada kat sini. Basically kolam ciptaan manusia tp air panas mmg dr mata gunung , kira dr bawah tanah la punca air panas tu... ada banyak kolam kat sini, ms kami smpi tak ramai org kalau nk mandi mmg selesa sangat tapi kami tak mandi pun. Tak bawa baju pun, mmg saja nak jalan2 je g sini.



ni air terjun ms odw nak masuk ke Poring tu. Nengok air terjun ni geram je rasa.



Kat sini bukan ada air panas je, ada kanopi walk, kalau rasa gigih jalan boleh la explore. Ktorg dgn budak kecik 2 org ni mmg tak gigih nk jalan jauh ke dalam. Hihi so jalan setakat poring ngn taman kupu2  aje la.








Sebabkan kami tak mandi, kami cuma bt aktiviti rendaman kaki. Hihi anak2 pun sama rendam kaki, hilang rasa lenguh tu.. Pas dah kembang daki2 boleh la gosok hahahaha.. eh tapi syiok tau rendam kaki dalam air panas ni... memula je mcm terperanjat sbb panas, lelama naik syiok hihi..








Ada jugak kolam yg air sejuk, pool rock namanya. Sejuk gile air die. boleh mandi kolam ni, tapi kami sekadar celup2 tangan je.  anak2 dah mengelupur nak mandi.





Overall tempat ni wajib singgah nad bawalah baju. Kalau nak bermalam pun dekat sini ada chalet yg disediakan. Kami agak mengejar masa sbb nk bk KK semula ptg tu so tu yg malas nk mandi manda bagai tu.


1 comment :

  1. Bestnyer jalan-jalan di Kundasang. Tak pernah sampai sana. Hope one day.

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails