Tuesday, October 13, 2015

Rayyan 5th besday celebration

4th October Ahad lepas genap dah usia Ar Rayyan 5 tahun. Ya allah sekejap sngat masa. Tup tup dah bujang dah anak sulung kami ni. Macam biasa Rayyan tau October adalah bulan besday dia. Masuk 1 october je dah demand hadiah hehe. So ritu bawa la g Chow Kit cari adiah, dia sibuk nak skuter. Pilih2 dapat la adiah sebijik skuter eh bukan skuter motor tu tau hahaha. Ni skuter yg bebudak naik selalu tu. Next entri la saya cerita.

4 october jatuh hari Ahad, kebetulan hari tu papanya keje plak. So saya just order kek dari Fad. Mujur Fad willing nak hantar ke rumah, nk drive ber3 g collect cake mmg horror kot. Kang habis la penyek kek dikejekan si adik ni, bukan leh caya ni.

Tghari hasben balik nak celebrate, siap beli belon deco2 seme. Masa tu anak2 seme tgh tido, so berdua la dgn hasben dok deco, tiup belon hihi padahal nak celebrate anak beranak je. Tak pe la kasik feel skit, maklum lah tahun ni kami celebrate berempat je. Tahun lepas siap party, Rayyan rikuest gak bt party, tapi tahun ni mama bizi sangat and bajet pn tak meriah. Nnt la tahun2 depan bila adik pn dah paham kita bt besday party lagi ye.

Bangun2 tido, terkejut Rayyan tengok "ehhhhhh lawanya siap belon".. Muka terus senyum sbb tau besday dia.. Siap tanya, nnt kekawan datang ke mama.. aloooooo tahun ni celebrate berempat je la sayang. next year la if ada rezeki lebih... Pujuk2 la cakap, dah bawa g Legoland apa seme. pastu dia ok je. Happy2 nyanyi lagu beday, potong cake hehehe..

Gambar kami selfie.. hehe guna monopod je seme gambar ni.. Dr DSLR ada gak tapi tak transfer lagi. Apa ada je la ye..

Adik muka masam sbb baru bangun tido... suh tinyum taknak tinyum pun..


kek tu sempena besday papa, rayyan and adik hahha adik besday 11 october tak jauh beza dr abang so celebrate la sekali jalan ye dik.. adik pn tak paham lagi..


Ni besday boi tua plak nak potong cake... Mmuahhhh! Love you papa, smg murah rezeki dan sihat selalu!


Ni mood baru mari hehehhe...


Mama harap rayyan membesar dgn sihat, jadik anak yg soleh yg mendoakan mama dan papa, yg boleh jaga adik jaga mama bila mama dah tua nnt. Mama sayang rayyan. Mama tau mama garang, tapi mama garang sbb mama sayang Rayyan, mama nak Rayyan jadik manusia berguna, berakhlak...

Sebak sebak ...


No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails