Thursday, May 14, 2009

Menghitung detik itu Episod 1

Lebeh kurang 7 bulan lagi majlis perkahwinan saya. Bagi yang belum tahu, secara rasmi diberitahu disini, majlis akad nikah akan diadakan pada 25 Disember 2009. Majlis bersanding pulak pada 26 Disember 2009.

Minggu lepas dah settle dua perkara utama dalam mana2 majlis perkahwinan. Mak andam & Juru foto. Letih tau mencari yang berkenan di hati. Bukan setakat berkenan je, keadaan ketebalan poket pun kena pikir jugak. Kang kempis je semata-mata nak memuaskan nafsu hati.

Dua hari saya dan Encit Lee menghabeskan masa survey bridal yang ada dalam list. Bertanyakan pakej sewa pelamin bagi dewan, baju, make-up and so on.. Penat jangan kata la, dari Ampang, Kajang, Bangi, KL sume kami jalan. Kami memang dah sepakat nak settlekan pasal dua perkara nie dalam bulan nie, since saya akan outstation mulai minggu depan selama 3 minggu so by the time saya balik KL, kami hanya ada masa lebey kurang 5 bulan je lagi. Mana sempat.... Bunga telur pun tak siap lagi nie.

Stress penggantin pun saya dah lalui. Gara-gara pakej andaman yang terlalu mahal, saya telah menangis dengan beriya-iya sebab tensen tak dapat pakej yang saya idamkan dengan harga yang di dalam kemampuan saya. Giler ahh.. Ada ke orang nageh sebab pakej kawen mahal? HAHAHAHA. Gelakkan la saya puas-puas. Anda yang belum kawen akan laluinya jugak satu hari nanti. Aik berbaur ancaman ayat saya nie. Sebenarnya saya pun rasa lawak giler, memang bakal penggantin akan berjiwa sensitip kut, senang sangat nak emosi. Hikhikhik. Seb bek la Encit Lee pandai pujuk dan yang penting die sedia menemani saya ke hulu ke hilir tanpa mengeluh. Kira macam memberi sokongan penuh la. (I love you sayang for this, credit for you!) Maunye tak bagi sokongan, kalau die mengeluh mesti saya akan bertambah stress dan air mata lagi berambu-rambu la keluar. Hahahaha.

Untuk entri kali nie saya akan story pasal Mak Andam saya. Pakej yang saya amek dari Kak Mila nie, pakej dewan. Yang penting pelamin yang ada dalam koleksi dia adalah pelamin idaman hati saya, pelamin itu cukup besar bagi pentas yang akan menjadi saksi perkahwinan saya nanti, tidak lupa budget masih di dalam kemampuan saya, penting nie. Budget adalah perkara utama dalam urusan persediaan perkahwinan saya nie, maklumlah perkahwinan budget. Ok, saya tak mahu berhabisan di sini, kang lepas kawen nak makan ape. Tak kan nak makan bunga2 atas pelamin tuh kot. Tidakkkkk...

Pelamin tersebut memang saya sangat suke, berkonsepkan fresh, moden & kotemporari. Saya tak suka tradisional, sebab tu saya tak nak pakai songket hari bersanding nanti hahahaha. Saya tak suka scallop sana sini, tarik kain dari hujung kiri ke hujung kanan. Not my type. Saya suka yang simple but yet nice & sweet. Bukankah ada pepatah, the lesser the better. Itu hanya pandangan saya, orang lain mungkin lain citarasa. Yang penting pelamin saya nanti turut dihiasi fresh flower atas permintaan gadis bunga. Siapa gadis bunga? Aik, saya lah! Teka lah bunga apa.. Bukan bunga ros yang pasti...Saya turut berbincang dengan Kak Mila serta memberi idea pelamin idaman hati saya, naseb baek die nampak tak keberatan nak melabur untuk membeli material yang baru sebab katanya skang ramai penggantin yang memang cari pelamin berkonsep seperti idea yang saya berikan. Itu saya sangat suke. Accept my idea..

Perkahwinan impian saya mungkin mampu direalisasikan oleh Kak Mila, harap Kak Mila tak mengecewakan saya.

Habes satu bab. Baju pulak, memang banyak koleksi lace hijau di bridal Kak Mila tapi tak de pulak warna hijau yang berkenan di hati. Design baju pun saya tak berapa suka. Saya minta baju baru, dan Kak Mila setuju dengan caj tambahan RM300. Ok la. Sebab masa saya survey tuh ada bridal minta sampai Rm500-RM800. Pastu baju tuh jadi hak milik butik. Tak kuasa la acik. Dengan Kak Mila, kami setuju untuk bayar separuh. Yang penting baju tuh akan ikut ukuran saiz badan saya dan design saya. HoooYeaaaaaa... I loooveee this... Nanti saya akan share design baju sanding saya yang memang dah terlakar dalam paler nie sekian lama...

Tu je update persiapan perkahwinan saya setakat ini. Doakan saya tenang-tenang aje, tiada lagi stress penggantin melanda. HikHikHik


6 comments :

  1. susah and payah gak nak kawen ni ek..mcm2 plak nak pk..huuuu takpe kak..relek2..=)

    ReplyDelete
  2. si lampu neon: memang susah... bridal stress lagi teruk dari study stress.. Aiyakk.. Be prepare mentally, physicallay & money.. hahaha

    ReplyDelete
  3. moga panas hingga ke jinjang pelamin tewwww.. salammms juee

    ReplyDelete
  4. nak kawin ni mmg ne kuat dr segi mental,duit dan batin kn..

    jom la jmpa sebelun ko jd bini orang.. =)

    ReplyDelete
  5. eee.
    xsbr nk tgk photo kawen sis.

    uish.
    manyak btl nk kene pkr utk kawen.

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails