Wednesday, May 28, 2014

Hannah dah 7 bulan!

Hannah Sumayyah yg cheecky ni dah berusia 7 bulan. Alhamdulillah, sihat sejahtera anak mama ni, setakat ni Sumayyah belum pernah demam lagi, pernah selsema je la... Alhamdulillah, utk anak kedua ni mama dah berilmu sket so seboleh mungkin elakkan pengambilan ubat, kalau selsema tu malam2 mama bt garlic sock, bt garlic oil sapu kat adada, bt steam biar hingus keluar... Ikhtiar cara natural dulu, tapi tetap la bawa g clinic bg doc cek condition terok atau tidak, cuma dr segi rawatan tu seboleh mungkin mama elakkan makan ubat..

Achievement Sumayyah setakat ni, dah boleh duduk baby chair.. Clap clap hand... so skang makan luar memang mudah, letak je adik dalam baby chair then bg biskut sekeping, aman mama nak makan hihi.... Sumayyah ni suka makan orangnya, kalau dapat maknan mmg senyap, leka mengunyah menikmati makanan...


Skang Sumayyah dah boleh guna lion ni, Sumayyah guna tok pektis berjalan... Adik skang dah boleh berdiri, meniti dari sofa hujung ke hujung.... Memang cepat progress adik ni, agaknya sebab pengaruh abang yg asyik ajak main je. Tu yg tak sabar dia nk berjalan tu...


Ni ada la port peberet adik, selalunya adik akan berpaut dengan box storage tu atau activity table die tu, then berjalan la keliling hihihi.. Kat storage box tu die suka memunggah segala mak nenek lotion die dalam bakul tu....


Bukti betapa aktifnya adik ni, boleh tahan jugak ni....



Malam nak tido pun sebok nak memapah dinding nak berjalan... Bukannya masuk bilik terus tido, nak main jugak.. Kalau dengar suara abang die, lagi la taknak tido.. mengekek2 gelak...




Sumayyah skang dah kenal orang, so bukan seme orang die nak... Kalau orang yg die jarang jumpa tu, memang melalak la taknak...

Pastu kalau nampak kita pakai tudung, tangan terkepak2 nak suh kita amek.. kalau tak amek, memang menages la kan... Kuat pulak tu suara, jenis menages meneran2.. adududududu....

1 comment :

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails